Anda di halaman 1dari 22

ANTOLOGI PUISI TRADISIONAL DAN

MODEN KANAK-KANAK

D
DIIƧƧLLEEK
KƧƧIIA
A

dengan suku kata

berwarna Hakeem Isa


PENGHARGAAN

Salam, di sini saya ingin berterima kasih dan bersyukur


kehadrat Tuhan kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat juga
saya menyiapkan tugasan bagi subjek Penulisan Kreatif Sastera
Kanak-Kanak (BMMB3103). Sepanjang saya menjalankan tugasan
ini, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman sama ada pahit
mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup
saya yang bakal bergelar sebagai seorang pendidik kelak.
Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan
ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.

Saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Pn. Siti


Salamah binti Mohamad Yusof, pensyarah bagi kursus Penulisan
Kreatif Sastera Kanak-Kanak yang tidak mengenal erti penat lelah
dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak
lupa juga kepada ibu saya yang selalu memberi sokongan moral
dan nasihat sebagai pembakar semangat kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada rakan-rakan yang selalu menyumbang pendapat dan
idea-idea yang bernas ketika saya buntu dalam menyiapkan
tugasan ini.

Akhir kata, ucapan ini khasnya ditujukan kepada semua pihak


yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Setiap
bantuan yang anda berikan amatlah saya hargai kerana tanpa
bantuan anda semua tugasan ini tidak akan dapat dilaksanakan
dengan sempurna.

I
HAKEEM ISA
BIODATA PENULIS

Hakeem Isa atau nama sebenar Fareez Hakeem bin Md Isa ialah
pelajar tahun tiga Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(PISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
(IPGKBM). Alam persekolahannya yang sibuk dengan aktiviti dan
pertandingan debat telah mendorong beliau dalam bidang
kebahasaan khususnya dalam penulisan seni kreatif. Harapan
beliau setelah berjaya menghasilkan buku sulungnya ini iaitu
antologi puisi tradisional dan moden kanak-kanak berjudul
Disleksia adalah agar menjadi permulaan yang baik dalam karier
baharu yang diceburi ini. Melalui minat dalam penulisan kreatif
kesusasteraan ini juga beliau berharap supaya karyanya dapat
memberi gambaran baik kepada masyarakat dan menggalakkan
ekspresi melalui dalam ruangan selamat dan medium yang sihat.

II
HAKEEM ISA
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN I
BIODATA PENULIS II
ISI KANDUNGAN III
PANTUN 2 KERAT
Kelas Bersih 1-2
PANTUN 4 KERAT
Harga Setiap Manusia 3-5
SYAIR
"Buatmu Affan" 6-8
GURINDAM 2 BARIS
INGATAN
INGATAN BUAT
BUAT SEMUA
SEMUA 9-10
SELOKA
Sahabatku 11
SAJAK
Pesan Ayah 12-13
D
DIIƧƧLLEEK
KƧƧIIA
A 14
Rintik Hujan
Februari 15-16

III
HAKEEM ISA
PANTUN 2 KERAT

Kelas Bersih
Jambu dipetik terus dibilas,
Mari bersama mengemas kelas.

Duduk bersantai mengupas mangga,


Kebersihan lantai bersama dijaga.

Rumah kampung atapnya nipah,


Ayuh kita menyapu sampah.

Mekar bunga diberi baja,


Mari semua aturkan meja.

Indah bunyi tiupan bangsi,


Lekas semua susun kerusi.

1
HAKEEM ISA
PANTUN 2 KERAT

Leka pemuda mendengar gurindam,


Papan hitam segeralah padam.

Bersinar cincin dipakai raja,


Teruslah rajin siapkan kerja.

Indah rupa molek sikap,


Usah lupa tutup tingkap.

Buah rambutan minta dibelah


Mari bersama menjaga sekolah.

Pergi Kertih petik peria,


Kelas bersih kita ceria.

2
HAKEEM ISA
PANTUN 4 KERAT

HARGA SETIAP
MANUSIA
Bingka labu dibuat makan,
Sebelum lupa dipotong tiga.
Jasa ibu kerana didikan,
Jasa bapa kerana menjaga.

Kancil cerdik gagar manfaat,


Singa kencang mustahil goyang.
Berkat adik sentiasa taat,
Berkat abang sentiasa sayang.

Bebuluh rakit biar sejajar,


Menuju ke hulu lekas bermudik.
Nilai murid tekun belajar,
Nilai guru gigih mendidik.

3
HAKEEM ISA
PANTUN 4 KERAT

Hujan lebat dibawa awan,


Datang membasuh bumi serumpun.
Budi sahabat mesra berkawan,
Budi bermusuh kembali berampun.

Tali perimpin mengikat besi,


Simpulnya erat ketat diikat.
Hebat pemimpin pada aspirasi,
Hebat rakyat pada sepakat.

Sedang terkinja sekawan rusa,


Seekor tersekat lalu melolong.
Hemat ketua bertimbang rasa,
Hemat masyarakat tolong-menolong.

Sudah senja pulanglah gegas,


Gusar tersua sepasang nisan.
Baik pekerja laksana tugas,
Baik majikan berpunya ihsan.

4
HAKEEM ISA
PANTUN 4 KERAT

Terbang merata si rama-rama,


Asalnya datang dari pinggiran.
Santun saudara sentiasa bersama,
Santun tetangga manis berjiran.

Jalan selisih terlanggar si buta,


Maaf dipinta semurni bahasa.
Sayang kekasih meluah cinta,
Sayang peneman berkongsi rasa.

Riwayat lagenda sarat dek kismat,


Ada yang sukar untuk dibayang.
Lembut yang tua jika dihormat,
Lembut yang muda jika disayang.

5
HAKEEM ISA
SYAIR

"Buatmu Affan"
Hebatmu Affan di usia muda,
Gundah malangmu bertimpa duka,
Hilang penjaga pelindung jiwa,
Teguhlah selama mu di dunia.

Gagahmu Affan diduga Tuhan,


Ayah tumpas dalam peperangan,
Ibu pergi dalam kehilangan,
Tinggalmu di dunia keseorangan.

Dengarlah Affan anak firdausi,


Ghaliblah anakanda jangan kau lesi,
Biarpun kami tiada di sisi,
Teruslah gali ilmu nan berisi.

6
HAKEEM ISA
SYAIR

Aduhai Affan sayang kami,


Tidak dilunas puas ditamat mati,
Hatimu bersih diujilah begini,
Kukuhlah walau dilanda tsunami.

Wahai Affan hatimu singkapkan,


Sedih dan pedih hematlah simpan,
Jernihkan budi teguhkan iman,
Nescaya duniamu abadi aman.

Dengarlah Affan ayahanda berperi,


Kepadamu anakanda muda bestari,
Nasihat kebajikan ayahanda beri,
Amalkan jangan malaskan diri.

Aduhai Affan anak ibu manja,


Jika anakanda menjadi remaja,
Hati yang bersih hendaklah bersahaja,
Hendaklah rajin dalam bekerja.

7
HAKEEM ISA
SYAIR

Wahai Affan masa itu emas,


Atur hidupmu tersusun kemas,
Kerja kebajikan janganlah malas,
Zahir dan batin usahlah culas.

Setiap nasihat yang diberikan,


Ambil dan patuh lekas amalkan,
Menuntut ilmu usahlah segan,
Ilmu yang benar jangan yang bukan.

Berbudi jangan mengharap balas,


Perlu bantu yang meminta belas,
Jernihkan hati dengan ikhlas,
Seperti air bersih di dalam gelas.

8
HAKEEM ISA
GURINDAM 2 BARIS

INGATAN
INGATAN
BUAT SEMUA
BUAT SEMUA
Budi diterima harus dibalas,
Jasa diberi mestilah ikhlas.

Andai ilmu tidak amalkan,


Nanti diri tidak dibanggakan.

Siapa baik dapat saudara,


Siapa jahat dapat sengsara.

Kata orang masa itu emas,


Maka aturlah ia dengan kemas.

Ibu bapa tiada gantinya,


Sayangi mereka sebaiknya.

9
HAKEEM ISA
GURINDAM 2 BARIS

Buat jahat jangan sekali,


Kerana mati takkan kembali.

Jika elak membayar hutang,


Aral lain yang akan datang.

Menipu itu dosa hukumnya,


Kalau diamal melarat jadinya.

Sayangkan muda jangan dilupa,


Sayangkan tua hormat bersapa.

Baik bahasa baiklah kawan,


Buruk bahasa muncullah lawan.

10
HAKEEM ISA
SELOKA

Sahabatku
Sahabatku,
Andai aku tidak bersamamu,
Jangan engkau lupakan diriku,
Walau aku tiada di sisimu,
Jangan engkau lupakan namaku,
Kerana aku mengingatimu,
Kerana aku mencintaimu.

Andai aku,
Bisa bertemumu,
Dengan senyum ku tadah syukurku,
Andai aku bisa menyentuhmu,
Air mata pasti deras gugur
Kerana aku merinduimu,
Kerana aku sentiasa mencintaimu.

Walau kamu,
Jauh di mataku,
Jangan aku hilang dalam kalbu,
Saat aku samar di hatimu,
Jangan aku terus kau lupakan,
Kerana aku sentiasa mengingatimu,
Kerana aku sentiasa menyayangimu.

11
HAKEEM ISA
SAJAK

pesan ayah
Pesan ayah,
Ilmu itu suci bersih,
Datangnya pula memilih hati,
Kalau gelap,
Busuk dan iri,
Ilmu itu pergi,
Kalau terang,
Bersih dan suci,
Ilmu itu akan kekal abadi.

Pesan ayah,
Selangkah aku maju,
Kalau rasa pahit,
Percayalah,
Itu jalan yang betul.
Teruskanlah mara,
Tekadkan jiwa,
Sebab manisnya ada di depan.

12
HAKEEM ISA
SAJAK

Pesan ayah lagi,


Setapak aku melangkah,
Kalau terpijak duri,
Jangan terus mengeluh,
Luka-luka itu dilihat Ilahi,
Balasan akan mengganti nyeri,
Pertolongan akan tiba juga nanti.

Tetapi,
Selangkah aku berundur,
Pasti aku rugi,
Itu namanya lari dari realiti,
Getir hadapi duga duniawi,
Gundah kecut di dalam hati,
Yang padanya hanya perlu berani,
Yang hakikatnya sebuah ekspedisi,
Yang akhirnya memberi erti,
Untuk hari-hari menanti.

13
HAKEEM ISA
SAJAK

D
DIIƧƧLLEEK
KƧƧIIA
A
Ƨaya bodoh.
TiaDa ƨiapa boleh kata;
Ƨaya pandai mengɘja,
Ƨaya bijak meNuliƨ,
Ƨaya fasih mengiЯa.

Ƨaya dilahiЯkan untuk mɘnjadi hɘbat.


Itu ƨalah!
Ƨaya iaLah kɘgagalan,
Ƨaya ialah kɘkɘcEwaan,
Ƨaya ialah kehampaan.

Tiada ƨiaPa akan bɘritahu ƨaya yang;


Ƨaya mampu bɘЯjaya,
Ƨaya bolɘh cɘmɘЯlang,
Ƨaya bɘЯdaya untuk mɘnanG dalam kɘhidupan,
Ƨaya memang dilahiЯkan untuk mɘnjadi hɘbat.

(sekarang, baca dari bawah ke atas)

14
HAKEEM ISA
SAJAK

RINTIK HUJAN

Februari
Mari menari!
Rintik hujan Februari sudah turun!
Melompat sebebasnya.
Benih-benih akan bangkit
Tumbuh sihat semahunya,
Menari bersama,
Riang ceria bersama.
“Tumbuh, benih, tumbuh!”
“Mari, benih, mari!”
Biar kuat suara bersorak,
Biar tapak kaki menghentak,
Harap benihnya tumbuh mencanak.

15
HAKEEM ISA
SAJAK

Rintik hujan Februari,


Semakin lebat dan berat!
Mari berpusing dalam bulatan!
Menari sebahagianya!
Kejutkan benih-benih yang lama tidur,
Di katil kering bawah tanah.
Biar katilnya lembab mendapat air,
Biar tunasnya lekas mencari cahaya,
Harap tumbuhnya melata membawa jasa.
Mari menari!
Bersama rintik hujan Februari.
Sebelum rintiknya berhenti,
Diganti pelangi.

16
HAKEEM ISA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
BAHASA MELAYU

Anda mungkin juga menyukai