Anda di halaman 1dari 3

Cikgu Roslan Daud

CERPEN HIPERTENSI

Standard Pembelajaran
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional.

SINOPSIS
Isikan tempat kosong di bawah dengan perkataan yang sesuai.
menampar perdebatan sedar kebijaksanaan berhalusinasi
bosan merotan penerokaan memprotes menyindir
ponteng kelas terapi profesor berpijak kelapa dara

Aiman berehat di rumah banglo keluarganya yang terletak di lereng bukit yang sudah gondol akibat kerja-kerja
(1)_____________________ dan pembangunan tanah. Aiman teringat kembali peristiwa Cikgu Faridah mengajarnya dan
murid-murid sekelasnya yang lain berkaitan dengan Teori Graviiti berlaku (2)____________________ idea antara Aiman
dengan Cikgu Faridah sehingga suasana di dalam kelas itu menjadi riuh. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai
(3)__________________ disebabkan kepintarannya dan dia mempunyai daya berfikir yang tinggi serta matang berbanding
dengan rakan-rakannya yang lain.

Ketika di rumah, Aiman selalu (4)______________________ adik-adiknya yang kurang bijak menyelesaikan masalah
matematik. Ketika menuntut di sekolah rendah, Aiman teringat akan perbuatannya yang selalu ponteng sekolah akibat berasa
(5)________________ dan jelek dengan silibus sekolah rendah yang dikatakan tidak setanding dengan daya pemikirannya
yang cerdik dan pintar pada waktu itu. Disebabkan Aiman dikurniakan (6)____________________, dia gemar mengganggu
kawan-kawannya. Perbuatannya itu menyebabkan guru kelas Aiman melaporkan perkara itu kepada ibu bapa Aiman. Bapa Aiman
telah (7)___________________ Aiman pada bahagian pinggul sehinggga lebam kerana terlalu marah.

Aiman telah (8)________________________. Kesempatan itu digunakan oleh Aiman (9)____________________


tentang dunia penerokaan sains angkasa lepas. Sikap peliknya terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas dengan menjadikan
pohon (10)______________________ sebagai lokasi imaginasi telah diketahui oleh ibu dan bapanya. Kesudahannya, pinggul
Aiman dirotan lagi oleh bapanya. Ibunya (11)_________________ tindakan bapanya itu di dalam hati saja.

Setelah Aiman meningkat remaja, daya imaginasinya terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas itu masih kuat.
Keadaan itu menyebabkan bapanya yang tegas dan kasar itu sering kali (12)__________________ Aiman hingga gagap. Bagi
mengatasi masalah Aiman yang gagap dalam pertuturan, ibu dan bapa Aiman telah membawa Aiman untuk menjalani latihan
intensif dan latihan (13)_____________________. Aiman terdengar suara ghaib yang mengajaknya agar
(14)__________________ di bumi yang nyata, iaitu kepada Ilahi. Akhirnya, Aiman (15)________________ akan kesilapan
yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan mengharapnya ke hadrat Ilahi.

WATAK DAN PERWATAKAN


PETA POKOK
Aiman Aqil

Seorang yang bijak Seorang yang sombong Seorang yang pendendam Seorang yang mudah insaf

Aiman digelar oleh gurunya


Aiman sombong kerana Aiman yang suka
sebagai profesor kerana Aiman berdendam kepada
sering menyindir adik- berhalusinasi telah
kebijaksaannya dalam ayahnya yang bengis dan
adiknya yang tidak tahu terdengar suara ghaib yang
pelajaran. Dia juga telah sering merotan pinggulnya
menyelesaikan masalah mengajaknya agar berpijak
mencipta formula matematik kerana dia sering ponteng
matematik. Dia juga sering di bumi yang nyata, iaitu
dan boleh menyelesaikan sekolah. Ayahnya juga
mengganggu rakannya yang kepada Ilahi. Akhirnya,
masalah matematik sering menamparnya hingga
lambat membuat kerja Aiman insaf dan berdoa
tingkatan lima pada usia menjadikan Aiman gagap.
sekolah. kepada Tuhan.
lapan tahun.

1
Cikgu Roslan Daud

LATIHAN
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Proses keremajaan diri sendiri mulai terasa. Dia giat melemparkan pandangan ke bawah dari pucuk kepala yang tinggi
menjulang.
Eh, wajah geruh babah dan ibunya bersedia hendak menyambutnya dengan hamparan tilam empuk yang gebu, persis
sambutan penuh kemeriahan dan istiadat kepulangan angkasawan negara sesudah beberapa minggu di Stesen Angkasa
Antarabangsa dan kemudian beberapa minggu lagi di permukaan bulan.
Fikir Aiman, adakah dia akan terjun bersama-sama dengan beberapa biji buah kelapa seperti Si Luncai yang terjun
dengan labu-labunya?
Tengok sekarang, dia sedang menyusun sepuluh jarinya. Babah dan ibunya sedar akan perkara itu. Jari-jemarinya jelas
montok dan gebu; padat berisi sebagai tanda perut yang tergalas secukupnya. Makanan seimbang dan amalan gaya hidup
sihat selalu menjaduali rutin hariannya di tengah-tengah keluarganya yang bengis dan kasar.
Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’,
oleh ....
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2

Bahan 2

PANTUN MENJAGA KESIHATAN DIRI

Berdagang rempah ke Tanah Sulu, Raja berburu di hutan Senggora,


Di Batu Sawar berhenti menyinggah; Penat berjalan menjerat nuri;
Aktiviti riadah diamalkan selalu, Masalah terbuku diluah segera,
Peluh keluar penyakit dicegah. Elak tekanan menguasai diri.

Keris bersadur dari Kukup, Tiga pemuda duduk berehat,


Berwarna suasa eloknya dicanang; Sambil menghidu mawar semerbak;
Rehat dan tidur pastikan cukup, Doktor dijumpa jika tak sihat,
Rasa gembira kerja pun tenang. Mengawal dahulu sebelum merebak.

Menjalar galak pokok tuba, Burung nuri di pohon saga,


Dipetik rapi si anak kelasi; Berkicau sebentar terbang ke hulu;
Rokok dan arak jangan dicuba, Kesihatan diri mari dijaga,
Jantung dan hati terjejas fungsi. Penyakit dihindar ceria selalu.

Sumber: Internet

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud diluah segera. [2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan cara-cara untuk mengekalkan kesihatan sepanjang hayat. [4 markah]

(iii) Pemakanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran amat penting untuk kesihatan.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan makan buah-buahan dan sayur-sayuran? [3 markah]

(iv) Rakan anda mempunyai masalah tekanan perasaan akibat keputusan peperiksaannya yang tidak memuaskan. Dia tidak
mahu datang ke sekolah dan berjumpa dengan rakan-rakan kerana malu.
Sebagai rakan yang prihatin, cadangkan cara-cara yang boleh anda lakukan untuk membantunya. [4 markah]

2
Cikgu Roslan Daud

JAWAPAN

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud diluah segera. Markah


P1 diberitahu / diungkapkan / dimaklumkan cepat / lekas 2m
P2 diberitahu / diungkapkan / dimaklumkan segera 1m
P3 diluah cepat / lekas 1m
Isi tepat : 2 markah
Markah maksimum : 2 markah

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan cara-cara untuk mengekalkan kesihatan sepanjang hayat. Markah
P1 makanan seimbang [B1] 1m
P2 gaya hidup sihat [B1] 1m
P3 aktiviti riadah diamalkan selalu [B2] 1m
P4 rehat dan tidur pastikan cukup [B2] 1m
P5 rokok dan arak jangan dicuba [B2] 1m
P6 masalah terbuku diluah segera [B2] 1m
P7 doktor dijumpa jika tak sihat [B2] 1m
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 4 markah

(iii) Pemakanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran amat penting untuk kesihatan. Markah
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan makan buah-buahan dan sayur-sayuran?
P1 mengelakkan penyakit 1m
P2 membekalkan vitamin 1m
P3 melancarkan penghadaman 1m
P4 mengurangkan berat badan 1m
P5 membekalkan nutrien yang banyak 1m
P6 mencantikkan kulit / melambatkan penuaan 1m
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3 markah

(iv) Rakan anda mempunyai masalah tekanan perasaan akibat keputusan peperiksaannya yang tidak memuaskan. Markah
Dia tidak mahu datang ke sekolah dan berjumpa dengan rakan-rakan kerana malu.
Sebagai rakan yang prihatin, cadangkan cara-cara yang boleh anda lakukan untuk membantunya.
P1 memberikan kata-kata semangat 1m
P2 membawanya berjumpa dengan kaunselor 1m
P3 mengajaknya beriadah / berekreasi / bersukan / bersenam / bersiar-siar 1m
P4 belajar bersama-sama / secara berkumpulan 1m
P5 mendengar luahan perasaannya 1m
P6 menyuruhnya mengamalkan diet yang seimbang 1m
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 4 markah

Anda mungkin juga menyukai