Anda di halaman 1dari 17

HIPERTENSI

NAMA AHLI : NURHAZIQAH HANIS BINTI MARSUNI


NUR IZZATI HAZIQAH BINTI MOHD
RAZALEE
SITI NABIHAH BINTI AZAN
SITI NUR AIN BINTI NORIZAN
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan seorang pelajar bernama Aiman Aqil yang sangat
meminati bidang penerokaan sains angkasa lepas. Cerita dimulakan dengan kisah
Aiman yang berehat di rumah banglo keluarganya yang terletak di lereng bukit
yang sudah tergondola akibat kerja-kerja penerokaan dan pembangunan tanah.
Kemudian, cerita ini berkisarkan tentang peristiwa masa lalu yang ditempuhi oleh
Aiman sepanjang perjalanan hidupnya. Aiman teringat kembali peristiwa Cikgu
Faridah mengajarnya dan murid-murid sekelasnya yang lain berkaitan dengan
Teori Graviiti yang dicetuskan oleh Isaac Newton dalam sesi pengajaran subjek
Sains tersebut, berlaku perdebatan idea antara Aiman dengan Cikgu Faridah
sehingga suasana di dalam kelas itu menjadi riuh. Cikgu Faridah menggelar Aiman
sebagai professor disebabkan kepintarannya dan dia mempunyai daya berfikir
yang tinggi serta matang berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.
Aiman juga teringat akan kisah dirinya sebagai anak sulung dan
mempunyai dua orang adik perempuan, iaitu Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.
Ketika di rumah, Aiman selalu menyindir adik-adiknya yang kurang bijak
menyelesaikan masalah matematik. Ketika menuntut di sekolah rendah, Aiman
teringat akan perbuatannya yang selalu ponteng sekolah akibat berasa bosan dan
jelek dengan silibus sekolah rendah yang dikatakan tidak setanding dengan daya
pemikirannya yang cerdik dan pintar pada waktu itu. Disebabkan Aiman
dikurniakan daya berfikir yang tinggi, dia gemar menyakat kawan-kawannya yang
agak lambat menyelesaikan latihan terutamanya bagi mata pelajaran
Matematik. Perbuatannya yang suka menyakat kawan-kawannya dan merayau di dalam
kelas itu menyebabkan Aiman selalu ditegur oleh guru kelas. Guru kelas Aiman
melaporkan perkara itu kepada ibu bapa Aiman. Ibu dan bapa Aiman berasa marah apabila
mengetahui hal tersebut. Bapa Aiman telah merotan Aiman pada bahagian pinggul
sehinggga lebam.
Aiman telah ponteng kelas disebabkan lebam pada pinggulnya yang belum hilang.
Kesempatan itu digunakan oleh Aiman untuk berhalusinasi tentang dunia penerokaan
Sains angkasa lepas. Dalam imaginasinya itu, usianya pada waktu itu telah ditambah
sepuluh tahun. Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya diandaikan sebagai
tempat berlepas ke angkasa lepas dengan menggunakan sebuah kapal angkasa Soyuz. Sikap
peliknya terhadap dunia penerokaan Sains angkasa lepas dengan menjadikan pohon kelapa
dara sebagai lokasi imaginasi telah diketahui oleh ibu dan bapanya. Kesudahannya, pinggul
Aiman dirotan lagi oleh bapanya. Ibunya memprotes tindakan bapanya itu di dalam hati
saja.
Aiman semakin galak membayangkan dirinya sebagai seorang angkasa yang telah
diberi peluang mengikuti latihan intensif di bawah program Aeroangkasa bersama-sama
dengan pihak Rusia. Aiman membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan yang
mendarat di bulan dengan menaiki kapal angkasa Soyuz dari Stesen Angkasa Antarabangsa.
Aiman berpendapat bahawa dia perlu membuat kajian saintifik di Stesen Angkasa
Antarabangsa itu terlebih dahulu sebelum meneroka bulan. Seterusnya, daya imaginasi
Aiman semakin meluas apabila dia membayangkan dirinya berada di ruang udara angkasa
bulan tanpa udara. dengan berpakaian lengkap sebagai seorang angkasawan, dia melihat
ciri-ciri fizikal dan keadaan bulan yang sebenar.

Setelah Aiman meningkat remaja, daya imaginasinya terhadap dunia


penerokaan sains angkasa lepas itu masih kuat. Keadaan itu menyebabkan
bapanya yang tegas dan kasar itu seringkali menampar Aiman yang masih kuat
berangan-angan sehingga menyebabkan dia menjadi gagap. Bagi mengatasi
masalah Aiman yang gagap dalam pertuturan, ibu dan bapa Aiman telah
membawa Aiman untuk menjalani latihan intensif dan latihan terapi. Aiman
terdengar suara ghaib yang mengajaknya agar berpijak di bumi yang nyata,
iaitu kepada Ilahi. Aiman berasa bahawa ibu dan bapanya tidak perlu lagi
membawanya untuk mengikuti latihan intensif dan latihan terapi itu. Akhirnya,
Aiman sedar akan kesilapan yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan
doa dan mengharapnya ke hadrat Ilahi.
TEMA:

- bertemakan "keinginan yang tinggi dalam


bidang yang diingini sehingga menyebabkan
seseorang berimaginasi".
PERSOALAN:
i. Persoalan tentang tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya. Contohnya,
ibu bapa Aiman menghantar Aiman untuk mendapat rawatan intensif dan terapi
setelah Aiman gagap pertuturannya.

ii. Persoalan tentang kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah sesuatu


perkara. Contohnya, Aiman mampu menyelesaikan masalah matematik murid
tingkatan 5 walaupun dia baru berada di sekolah rendah.

iii. Persoalan tentang rasional dalam membuat sebarang keputusan. Contohnya,


guru Aiman mengambil tindakan tegas menegur Aiman yang suka merayau-rayau
di dalam kelas serta melaporkan perbuatan Aiman kepada ibu bapanya.

iv. Persoalan tentang sikap tanggungjawab guru kepada anak muridnya.


Contohnya, Cikgu Faridah mengajar matematik kepada Aiman dan murid-
muridnya yang lain dengan bersungguh-sungguh.
v. Persoalan tentang impian dan angan-angan yang tidak
kesampaian. Contohnya, impian Aiman untuk menjadi seorang
angkasawan tidak kesampaian kerana apa yang berlaku pada
dirinya hanyalah imaginasinya sahaja.

vi. Persoalan tentang perasaan dendam akibat kesalahan masa


lampau. Contohnya, Aiman menyimpan rasa dendam kepada
bapanya yang telah menampar serta merotannya kerana sikapnya
yang suka mengganggu murid lain serta suka berimaginasi.
WATAK DAN PERWATAKAN
Aiman Aqil:
- berwajah cengkung dan jari-jemarinya yang kurus runcing.
- anak sulung daripada 3 beradik.
- gagap semasa bercakap. Cth - mulutnya akan menganga lebar sebelum kata-
kata dapat dikeluarkan dari mulutnya.
- seorang yang pintar. Cth - boleh menyelesaikan masalah matematik murid
sekolah menengah walaupun masih berada di sekolah rendah.
- suka menyakat orang lain. Cth - di sekolah Aiman suka menyakat rakannya
yang lambat menyelesaikan masalah matematik.
- bercita-cita tinggi. Cth - bercita-cita untuk menjadi angkasawan terkenal
seperti Neil Armstrong.
- suka memberontak. Cth - Aiman akan ponteng sekolah apabila dirotan oleh
ayahnya setelah diadukan sikapnya yang suka merayau di dalam kelas.
- pendendam. Cth - menyimpan dendan terhadap bapanya yang sering merotan
dan menamparnya.
- insap dengan kesilapannya. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu
suka berimaginasi dan akhirnya berserah kepada Tuhan.
Bapa Aiman:
- seorang jurutera makenikal.
- seorang yang bertanggungjawab. Cth - menghantar
Aiman yang gagap untuk mendapatkan rawatan intensif
dan terapi.
- bengis dan garang. Cth - pernah merotan dan
menampar Aiman kerana kedegilan anaknya.
- seorang yang penyayang. Cth - berusaha memulihkan
pertuturan Aiman yang gagap dengan menghantar
untuk mendapat rawatan intensif dan terapi.
LATAR
LATAR TEMPAT
1. Sekolah . Contohnya Aiman dan rakan-rakannya belajar mata pelajaran sains
daripada Cikgu Faridah di sekolah
2. Rumah banglo Aiman. Contohnya Aiman sekeluarga tinggal di sebuah rumah
banglo.
3. Stesen Angkasa Antarabangsa. Contohnya tempat permulaan kapal angkasa
Soyuz ke bulan adalah di Stesen Angkasa Antarabangsa.

LATAR MASA
1. Waktu siang. Contohnya peristiwa Aiman belajar di sekolahnya berlaku pada
waktu siang.
2. Waktu pagi. Contohnya peristiwa Aiman dilahirkan di bilik bersalin berlaku
pada waktu pagi.
3. Zaman sekolah rendah. Contohnya Aiman kerap ponteng kelas semasa di
sekolah rendah kerana sikapnya yang mudah bosan dan jelak terhadap
pengajaran guru.
4. Zaman remaja. Contohnya Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh
berimaginasi dan kembali ke dunia realiti.
LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang yang


diidamkannya.
Contohnya Aiman menyimpan angan-angan dan bercita-cita
untuk menjadi seorang angkasawan yang berjaya seperti Neil
Armstrong.
2. Masyarakat yang bijak dan pintar dalam pelajaran. Contohnya
Aiman merupakan murid yang bijak dan pintar dalam pelajaran.
3. Masyarakat yang bekerja sebagai pendidik . Contohnya Cikgu
Faridah merupakan guru matapelajaran Sains yang mengajar
Aiman dan rakan-rakannya.
4. Masyarakat yang penyayang terhadap ahli keluarga. Contohnya
ibu aiman amat menyayangi anak-anaknya.
TEKNIK PLOT

Bahagian pengenalan dan eksposisi cerpen ini mengisahkan watak Aiman yang
berehat di rumah banglo keluarganya. Banglo tersebut terletak di lereng bukit
yang sudah gondol akibat kerja-kerja penerokaan dan pembangunan tanah.

Cerita sampai ke tahap perkembangan apabila melalui teknik imbas kembali,


iaitu Aiman teringat tentang Cikgu Faridah mengajarnya dan murid-murid yang
sekelas dengannya berkaitan dengan Teori Graviti yang dicetuskan oleh Isaac
Newton. Dalam sesi pengajaran subjek Sains tersebut, berlaku perdebatan idea
antara Aiman dan Cikgu Faridah sehingga mencetuskan suasana riuh dalam
kelas itu. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai profesor disebabkan
kepintarannya dan dia mempunyai daya berfikir yang tinggi dan matang
berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.
Cerita memasuki tahap perumitan apabila Aiman teringat akan perbuatannya yang selalu
ponteng sekolah akibat berasa bosan dan jelak dengan silibus sekolah rendah yang
dikatakan tidak setanding dengan daya pemikirannya yang cerdik dan pintar pada waktu
itu. Disebabkan aiman dikurniakan daya berfikir yang tinggi, dia gemar menyakat kawan-
kawannya yang agak lambat menyiapkan latihan terutamanya bagi mata pelajaran
Matematik. Perbuatannya yang suka menyakat kawan-kawannya dan merayau di dalam
kelas itu menyababkan Aiman selalu ditegur oleh guru kelas. Guru kelas Aiman
melaporkan perkara itu kepada ibu dan bapa Aiman. Ibu dan bapa Aiman berasa marah
apbila mengetahui hal tersebut. Bapa aiman telah merotan Aiman pada bahagian pinggul
sehingga lebam.

Puncak atau klimaks cerpen apabila daya imaginasi Aiman terhadap dunia penerokaan
sains angkasa lepas itu masih begitu kuat setelah Aiman meningkat remaja. Keadaan itu
menyebabkan bapanya yang tegas dan kasar itu seringkali menampar Aiman yang masih
kuat berangan-angan sehingga menyebabkan dia menjadi gagap. Bagi mengatasi masalah
Aiman yang gagap dalam pertuturan, bapa dan ibu Aiman telah membawa Aiman untuk
menjalani latihan intensif dan latihan terapi.
Cerita mencapai tahap peleraian apabila Aiman
sedar dan insaf daripada imaginasi dan angan-
angannya selama ini. Hal ini demikian kerana dia
terdengar suara ghaib yang mengajaknya agar
berpijak di bumi yang nyata, iaitu melihat dirinya
sendiri dalam kehidupan realiti dan lebih
mendekatkan diri kepada Ilahi.
GAYA BAHASA:
i. Penggunaan diksi - sesuai dengan cerita. Cth - orbit,
aeroangkasa, planet.
ii. penggunaan bahasa Inggeris - IQ, genius.
iii.Pengulangan/ repetasi - Cth - "Tidak ada udara. Tidak ada air.
iv. Personafikasi. Cth - "Tamparan selalu singgah di pipiku"
v. Simile. Cth - "Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun
lamanya"
vi. Metafora. Cth - dedaun kemaafan/ tasik hati.
vii. Sinkope. Cth - "Betapa tak bangganya?"
NILAI:
i. Kasih sayang. Cth - Ibu aiman amat menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila Aiman
dirotan oleh bapanya.
ii. Kebijaksanaan. Cth - Aiman dapat menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5
walaupun baru bersekolah rendah.
iii. Belas kasihan/ simpati. Cth - Ibu Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan
oleh bapanya.
iv. Dedikasi. Cth - Cikgu Faridah menerangkan Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh
kepada Aiman dan rakannya di dalam kelas.
v. Tanggungjawab. Cth - Bapa Aiman bertanggungjawab mendapatkan rawatan intensif dan
latihan terapi kepada Aiman yang telah gagap pertuturannya.
vi. Kesabaran. Cth - Ibu Aiman tetap sabar dengan sikap suaminya yang terlalu garang
ketika mendidik anak-anaknya.
vii. Keinsafan. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu jauh berimajinasi lalu
berdoa kepada Allah serta kembali dalam kehidupan sebenar.
viii. Kebersihan fizikal dan mental. Cth - Aiman mengamalkan makanan seimbang dan
menjalani gaya hidup sihat.
ix. Rasional. Cth - Guru Aiman berfikiran rasional dengan menasihati Aiman yang suka
merayau supaya kembali ke tempat duduknya dan tidak mengganggu rakannya yang lain.
PENGAJARAN:
i.Kita mestilah menyayangi keluarga kita. Cth - Ibu Aiman menyayangi
anak-anaknya dan sedih apabila melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
ii. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Cth
- Aiman dapat menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5
walaupun baru berada di sekolah rendah.
iii. Kita mestilah dedikasi dan amanah. Cth - Cikgu Faridah mengajar
Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan
rakannya.
iv. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga kesihatan keluarga kita.
Cth - Bapa Aiman mendapatkan rawatan intensir dan terapi kepada
Aiman yang gagap pertuturannya.
v. Kita mesti bersabar apabila berdepan dengan masalah. Cth - Ibu
Aiman bersabar apabila melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
vi. Kita mestilah rasional apabila melakukan tindakan. Cth - Guru
aiman menasihati Aiman supaya duduk di kerusinya dan tidak merayau
serta mengganggu rakan lain.

Anda mungkin juga menyukai