Anda di halaman 1dari 4

DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA OLEH AFFIX ZULKARNAEN ADAM

Drama ini mengisahkan Aiman, seorang murid berusia 17 tahun yang memberikan berbagai-
bagai alasan untuk tidak menyertai program latihan khidmat negara (PLKN). Setelah
menerima sepucuk surat tawaran daripada jabatan latihan khidmat negara aiman mengalami
konflik dalaman kerana dia tidak berminat untuk mengikuti siri plkn disebabkann
pengetahuan serta pemahamannya yang kurang tentang kebaikan seseorang remaja mengikuti
program berkenaan. Selain itu, aiman beranggapan bahawa plkn mungkin akan menggugat
zon keselesaannya kerana dia berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup
dalam kemewahan.

Konflik antara Aiman dengan nek sinah bermula apabila dia merasakan nek sinah seolah-olah
mengatur kehidupannya apabila menjemputnya untuk makan tengah hari. Oleh itu, dia telah
melayan orang gajinya itu dengan kasar dan kurang sopen. Nek sinah kecewa dengan sikap
aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua. Walau bagaimanapun, nek sinah hanya
bersabar ketika berhadapan dengan kerenah aiman itu.

Cerita diteruskan dengan peristiwa aiman di sekolah. Kawan-kawannya memberitahu aiman


tentang namanya yang telah terpilih bagi mengikuti PLKN . Aiman tawar hati apabila
mendengar berita itu. Sundarani, Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Aiman berbincang tentang
plkn. Masing-masing melahirkan rasa bangga dan teruja kerana terpilih sebagai pelatih baharu
plkn kecuali aiman. Semasa sesi pembelajaran di kelas, Cikgu Dahari telah menerangkan
PLKN kepada aiman dan rakan-rakan sekelasnya dengan panjang lebar. Kebetulan, Cikgu
Dahari juga merupakan pengajar sambilan PLKN yang memfokuskan modul ppsb, iaitu
program penghayatan sastera dan budaya.

Setelah pulang dari sekolah, aiman mengemukakan masalah pemilihan namanya sebagai salah
seorang pelatih plkn kepada bapanya bagi meraih simpati dan pertolongan. Puncak cerita
dalam drama ini apabila hasrat Aiman meminta bantuan bapanya yang mempunyai pengaruh
dan kedudukan untuk mengecualikan penyertaannya dalamPLKN tidak kesampaian apabila
bapanya menolak kemahuannya. Sebaliknya, bapa Aiman bertegas agar Aiman mengikuti
PLKN kerana program tersebut banyak mengandungi kebaikan yang tidak diketahui oleh
Aiman. Sementara itu, puan masnah, iaitu ibu Aiman menyebelahi anaknya. Dia kurang
bersetuju Aiman mengikuti plkn atas faktor keselamatan anaknya. Namun, bapanya tetap
teguh dengan pendirian asalnya. Kegagalan ibunya memujuk bapanya menyebabkan Aiman
masuk ke biliknya.

Ketika Aiman melayari internet di biliknya, dia telah terbaca berita tentang kejayaan
seniornya, Ayufia mendapat anugerah pelatih terbaik wirawati di Kem K has, Desaru, Johor dan
juga seniornya, Ziman yang berjaya hidup berdikari selepas menjalani program PLKN
Kejayaan mereka itu telah menyuntik semangat baharu dalam dirinya. Akhirnya, Aiman
tersedar akan kesilapannya yang memberikan tanggapan negatif terhadap pelaksanaan PLKN
Aiman berjanji akan mengikuti PLKN bagi membentuk dirinya supaya mampu berdikari, dan
seterusnya menyahut seruan berkhidmat untuk tanah air tercinta.
TEMA
Kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat cinta akan negara yang diperoleh
melalui penglibatan mereka dalam program latihan khidmat negara (PLKN).

PERSOALAN:
PERSOALAN:
2. Kesibukan dalam kalangan ahli
1. Sikap positif golongan remaja
keluarga yang merenggangkan
yang berminat untuk menyertai
hubungan kekeluargaan.
PLKN dan memberikan
sumbangan kepada negara. Contoh: Aiman sentiasa berasa kesunyian
kerana ayahnya sibuk bekerja manakala
Contoh: Nora, Sundarani, Ah Tiau dan
ibunya Datin Masnah sibuk dengan urusan di
Syhada berasa seronok apabila mereka
luar dan kakaknya Dapnia sibuk dengan
terpilih sebagai peserta PLKN dan nama
tugasnnya di universiti.
mereka terpamp[ang di papan kenyataan
sekolah.

PERSOALAN:

3. Sikap segelintir ibu bapa yang


terlalu memanjakan anak.

Contoh: Datin Masnah menyokong


hasrat Aiman yang ingin
mengecualikan diri daripada
menyertai PLKN. Sebagai seorang ibu
dan juga isteri kepada seseorang yang
terpengaruh, beliau sepatutnya
mendorong dan memberi motivasi
kepada anaknya untuk berkhidmat
kepada negara.
WATAK DAN PERWATAKAN
WATAK UTAMA ( AIMAN)

I. AIman Faizullah bin Khir Ghazali


II. Anak bongsu daripada dua orang adik-beradik.
III. berumur 17 tahun.
IV. Seorang yg bersifat agresif Aiman menentang keras
pemilihan namanya sebagai pelatih baharu PLKN.
V. Seorang yg bersikap biadap - menggunakan kata-kata yang
kurang sopan sewaktu bercakap dengan Nek Sinah
VI. Seorang yg mudah sedar akan kesilapan - Aiman sedar akan
kesilapannya tentang PLKN dan berazam untuk menyertai
PLKN bagi memupuk sikap berdikari.

WATAK SAMPINGAN KHIR GHAZALI

i. Ayah kepada Aiman


ii. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: walaupun sibuk bekerja beliau
mengambil berat terhadap Aiman dan apabila Aiman berdepan dengan masalah beliau
mendengarnya dengan sabar dan cuba menyelesaikannya.
iii. Seorang yang tegas. Contoh: Apabila Aiman meminta Khir Ghazali membantunya
mendapatkan pengecualian daripada PLKN, beliau bertegas untuk tidak membantunya.
Hal ini adalah kerana beliau tahu bahawa PLKN akan banyak memanfaatkan Aiman
iv. Seorang yg berpengaruh dalam kalangan masyarakat - Masnah mencadangkan
suaminya menggunakan kedudukan dan pengaruh untuk mendapatkan pengecualian
untuk Aiman supaya tidak perlu menyertai PLKN.
v. Seorang yang berpandangan jauh Khir Ghazali menerangkan faedah yang akan
diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN di samping boleh membentuk sikap
berdikari dalam Aiman.
man.
i. ibu kepada Dapnia dan Aiman
ii. bergelar Datin.
iii. Seorang yang penyayang - Datin
Manisah tidak bersetuju Aiman menyertai
PLKN kerana bimbangkan keselamatan
anaknya.
iv. Seorang yang sibuk dgn pelbagai
urusan Datin Manisah sering tiada di
rumah kerana sibuk berpersatuan.

MANISAH

R 1. Rumah Khir Ghazali.


- Posmen telah datang menghantar sepucuk surat tawaran kepada Aiman
sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
2. 2. Sekolah
LATAR TEMPAT
- Cikgu Dahari telah berbincang dengan anak-anak muridnya, iaitu Aiman,
Nora, Ah Tiau, Sundarani dan Syuhada berkaitan dengan PLKN di sekolah.
3. 3. Bilik Aiman.
- Aiman melayari Internet menggunakan komputer riba di biliknya.

Anda mungkin juga menyukai