Anda di halaman 1dari 2

SULIT

Bahagian A
( 30 Markah)
Masa yang dicadangkan : 45 Minit

Gambar di bawah ini menunjukkan punca –punca remaja terlibat dengan gejala sosial.
Huraikan pendapat anda, tentang punca –punca remaja terlibat dengan gejala sosial.
Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Keluarga yang porak -


peranda Pengaruh rakan sebaya

Diri remaja itu sendiri.

1
SULIT

Bahagian B
(100 Markah)
Masa yang di cadangkan: 1 Jam 30 Minit
Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Anda baru sahaja menerima sepucuk surat daripada sahabat baik anda yang ingin anda
berkongsi teknik –teknik belajar sehingga anda dianugerahkan sebagai Tokoh Pelajar
Sekolah anda.
Balas surat tersebut selengkapnya.

2. Jatuh bangun sesebuah negara ditentukan oleh generasi muda yang bakal menjadi
peneraju negara,tetapi jatuh bangun generasi muda ditentukan oleh keluarga.

Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk budaya menabung dalam diri anak –anak.

3. Berbagai –bagai usaha telah dijalankan oleh semua pihak yang bertanggungjawab
untuk membantu warga tua di negara kita.

Jelaskan usaha –usaha yang telah diambil untuk menjaga kebajikan dan masa depan
warga tua tersebut.

4. Perkembangan semasa memperlihatkan bahawa dunia akan menghadapi krisis


makanan dunia yang membimbangkan.

Jelaskan akibat –akibat yang bakal ditanggung oleh hidupan di muka bumi ini sebagai
akibat krisis yang membimbangkan ini.

5. Tuliskan sebuah cerpen yang berakhir dengan ayat di bawah tersebut.

Aku memeluk erat tubuh tua itu. Kulihat air jernih itu mengalir di pipi
tuanya. Aku tahu itu pasti air mata kegembiraan. Aku berjanji tidak
akan kusia –sia peluang kedua ini. Syukur padaMu Ya Allah, kerana
memberikan kupeluang kedua ini.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai