Anda di halaman 1dari 12

DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL


izzatdespicable01@gmail.com
www.kkomsas.blogspot.my

10/12/2019 CERPEN HIPERTENSI 1


TEMA
 Keinginan yang tinggi dalam bidang
yang diingini sehingga menyebabkan
seseorang berimaginasi.
 Contohnya; Aiman sangat meminati
bidang aeroangkasa sehingga
berimaginasi mendarat ke bulan dengan
menaiki kapal Soyuz yang diterbangkan
dari Stesen Angkasa Antarabangsa.

10/12/2019 CERPEN HIPERTENSI 2


PERSOALAN
 Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya.
 ibu bapa Aiman menghantar Aiman untuk mendapat
rawatan intensif dan terapi setelah Aiman gagap
pertuturannya.
 Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah
sesuatu perkara.
 Aiman mampu menyelesaikan masalah matematik murid
tingkatan 5 walaupun dia baru berada di sekolah rendah.
 Rasional dalam membuat sebarang keputusan.
 guru Aiman mengambil tindakan tegas menegur Aiman
yang suka merayau-rayau di dalam kelas serta
melaporkan perbuatan Aiman kepada ibu bapanya.

10/12/2019 CERPEN HIPERTENSI 3


PERSOALAN
 Sikap tanggungjawab guru kepada anak muridnya.
 Cikgu Faridah mengajar matematik kepada Aiman dan
murid-muridnya yang lain dengan bersungguh-sungguh.
 Impian dan angan-angan yang tidak kesampaian.
 Impian Aiman untuk menjadi seorang angkasawan tidak
kesampaian kerana apa yang berlaku pada dirinya
hanyalah imaginasinya sahaja.
 Perasaan dendam akibat kesalahan masa lampau.
 Aiman menyimpan rasa dendam kepada bapanya yang
telah menampar serta merotannya kerana sikapnya yang
suka mengganggu murid lain serta suka berimaginasi.

10/12/2019 CERPEN HIPERTENSI 4


WATAK & PERWATAKAN
AIMAN AQIL

 berwajah cengkung dan jari-jemarinya yang kurus runcing.


 anak sulung daripada 3 beradik.
 gagap semasa bercakap.
 mulutnya akan menganga lebar sebelum kata-kata dapat dikeluarkan dari mulutnya.
 seorang yang pintar.
 Boleh menyelesaikan masalah matematik murid sekolah menengah walaupun masih berada di sekolah
rendah.
 suka menyakat orang lain.
 Di sekolah Aiman suka menyakat rakannya yang lambat menyelesaikan masalah matematik.
 bercita-cita tinggi.
 Bercita-cita untuk menjadi angkasawan terkenal seperti Neil Armstrong.
 suka memberontak.
 Aiman akan ponteng sekolah apabila dirotan oleh ayahnya setelah diadukan sikapnya yang suka
merayau di dalam kelas.
 pendendam.
 Menyimpan dendan terhadap bapanya yang sering merotan dan menamparnya.
 insap dengan kesilapannya.
 Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu suka berimaginasi dan akhirnya berserah kepada Tuhan.

10/12/2019 CERPEN HIPERTENSI 5


WATAK & PERWATAKAN
BAPA AIMAN
 Seorang jurutera mekanikal.
 Seorang yang bertanggungjawab.
 Menghantar Aiman yang gagap untuk
mendapatkan rawatan intensif dan terapi.
 Bengis dan garang.
 Pernah merotan dan menampar Aiman kerana
kedegilan anaknya.
 Seorang yang penyayang.
 Berusaha memulihkan pertuturan Aiman yang
gagap dengan menghantar untuk mendapat
rawatan intensif dan terapi.

10/12/2019 CERPEN HIPERTENSI 6


WATAK & PERWATAKAN
IBU AIMAN
 Bertugas sebagai saintis bidang geologi.
 Penyayang.
 Berasa kasihan melihat Aiman dirotan oleh
bapanya.
 Taat kepada suami.
 Ibu Aiman tidak membantah apabila suaminya
merotan Aiman. Dia hanya menentang di dalam
hati sahaja.
 Penyabar
 Sabar dengan sikap suaminya mendidik Aiman
dengan garang

10/12/2019 CERPEN HIPERTENSI 7


WATAK & PERWATAKAN
CIKGU FARIDAH
 Cikgu Faridah ialah guru Sains di sekolah Aiman.
 Dia seorang yang dedikasi.
 Contohnya, dia menerangkan ilmu Teori Graviti secara
bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-
kawannya.
 Dia seorang yang cepat marah.
 Contohnya, wajahnya segera berubah apabila Aiman
mempertikaikan teori gravity yang diajarinya dengan
kuasa Tuhan.
 Cikgu Faridah seorang yang bijak melihat potensi
murid.
 Contohnya, dia menggelar Aiman sebagai professor
kerana kepintaran dan kecerdikan muridnya itu.

10/12/2019 CERPEN HIPERTENSI 8


GAYA BAHASA
 Penggunaan diksi - sesuai dengan cerita.
 orbit, aeroangkasa, planet.
 penggunaan bahasa Inggeris
 IQ, genius.
 Pengulangan/ repetasi
 Tidak ada udara. Tidak ada air.
 Personafikasi.
 Tamparan selalu singgah di pipiku
 Simile.
 Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun lamanya
 Metafora.
 dedaun kemaafan/ tasik hati.
 Sinkope.
 Betapa tak bangganya?

10/12/2019 CERPEN HIPERTENSI 9


NILAI
 Kasih sayang.
 Ibu aiman amat menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila
Aiman dirotan oleh bapanya.
 Kebijaksanaan.
 Aiman dapat menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5
walaupun baru bersekolah rendah.
 Belas kasihan/ simpati.
 Ibu Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh
bapanya.
 Dedikasi.
 Cikgu Faridah menerangkan Teori Graviti dengan bersungguh-
sungguh kepada Aiman dan rakannya di dalam kelas.
 Tanggungjawab.
 Bapa Aiman bertanggungjawab mendapatkan rawatan intensif
dan latihan terapi kepada Aiman yang telah gagap
pertuturannya.

10/12/2019 CERPEN HIPERTENSI 10


NILAI
 Kesabaran.
 Ibu Aiman tetap sabar dengan sikap suaminya yang
terlalu garang ketika mendidik anak-anaknya.
 Keinsafan.
 Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu jauh
berimajinasi lalu berdoa kepada Allah serta kembali dalam
kehidupan sebenar.
 Kebersihan fizikal dan mental.
 Aiman mengamalkan makanan seimbang dan menjalani
gaya hidup sihat.
 Rasional.
 Guru Aiman berfikiran rasional dengan menasihati Aiman
yang suka merayau supaya kembali ke tempat duduknya
dan tidak mengganggu rakannya yang lain.

10/12/2019 CERPEN HIPERTENSI 11


PENGAJARAN
 Kita mestilah menyayangi keluarga kita.
 Ibu Aiman menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila melihat Aiman
dirotan oleh bapanya.
 Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
 Aiman dapat menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5 walaupun
baru berada di sekolah rendah.
 Kita mestilah dedikasi dan amanah.
 Cikgu Faridah mengajar Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh
kepada Aiman dan rakannya.
 Kita mestilah bertanggungjawab menjaga kesihatan keluarga kita.
 Bapa Aiman mendapatkan rawatan intensir dan terapi kepada Aiman
yang gagap pertuturannya.
 Kita mesti bersabar apabila berdepan dengan masalah.
 Ibu Aiman bersabar apabila melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
 Kita mestilah rasional apabila melakukan tindakan.
 Guru aiman menasihati Aiman supaya duduk di kerusinya dan tidak
merayau serta mengganggu rakan lain.
10/12/2019 CERPEN HIPERTENSI 12

Anda mungkin juga menyukai