Anda di halaman 1dari 9

DRAMA 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ( TINGKATAN 4 )


Drama mengisahkan Aiman, seorang murid berusia 17 tahun yang memberi
berbagai-bagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN).Cerita bermula apabila Aiman menerima sepucuk surat tawaran daripada
Jabatan Latihan Khidmat Negara yang dihantar oleh posmen.Surat tawaran tersebut
memaklumkan pemilihan Aiman sebagai pelatih PLKN.Keadaan ini menimbulkan
konflik dalaman kepada Aiman kerana dia tidak berminat untuk mengikuti siri PLKN
disebabkan kurang pengetahuan dan permahan tentang kebaikan seseorang remaja
mengikuti program tersebut.Selain itu, Aiman beranggapan bahawa PLKN akan
menggugat zon keselesaanya kerana dia berasal dari keluarga yang berada dan
sudah biasa hidup dalam serba kemewahan.

  Konflik antara Aiman dan Nek Sinah bermula apabila dia merasakan Nek Sinah
seolah-olah mengatur kehidupannya apabila Nek Sinah menjemputnya makan
tengah hari.Aiman tidak menyukai Nek Sinah memanggilnya 'nak' kerana dia hanya
memandang Nek Sinah sebagai orang gajinya sahaja.Oleh itu,dia telah melayan
orang gajinya dengan kasar dan kurang sopan.Nek Sinah kecewa dengan sikap
Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua.Walau bagaimanapun, Nek
Sinah hanya bersabar ketika berhadapan dengan kerenah Aiman itu.
 

Cerita diteruskan dengan peristiwa Aiman di sekolah.Kawan-kawannya memberitahu


Aiman tentang namanya yang telah terpilih bagi mengikuti PLKN.Aiman tawar hati
apabila mendengar berita itu.Sundarani,Nora,Syuhada,Ah Tiau dan Aiman
berbincang tentang PLKN.Sundarani terpilih untuk masuk Kem De
Bana,Jempol,Negeri Sembilan.Ah Tiau terpilih ke Kem Paya Indah Wetland,Hulu
Langat,Selangor.Syuhada dan Aiman terpilih untuk memasuki kem yang sama iaitu
Kem Teluk Sari,Mersing,Johor.Masing-masing melahirkan rasa bangga dan teruja
kerana terpilih sebagai pelatih baharu PLKN kecuali Aiman.Semasa sesi
pembelajaran di kelas, Cikgu Dahari telah menerangkan kapada Aiman dan rakan
sekelas tentang PLKN dengan panjang lebar.Kebetulan Cikgu Dahari juga
merupakan pangajar sambilan PLKN yang mengfokuskan modul PPSB,iaitu
Program Penghayatan Sastera dan Budaya.

  Selepas pulang dari sekolah,Aiman mengemukakan masalah pemilihan namanya


sebagai pelatih PLKN kepada bapanya bagi meraih simpati dan pertolongan.Puncak
cerita dalam dram ini apabila hasrat Aiman meminta bantuan bapanya yang
mempunyai pengaruh dan kedudukan untuk mengecualikan pernyataan dalam
PLKN tidak kesampaian apabila bapanya menolak kemahuannya.Sebaliknya,bapa
Aiman bertegas agar Aiman mengikuti PLKN kerana program tersebut banyak
mengandungi kebaikan yang tidak diketahui oleh Aiman.Sementara itu, Puan
Masnah,iaitu ibu Aiman menyebelahi anaknya.Dia kurang bersetuju Aiman mengikuti
PLKN atas faktor keselamatan nyawa anaknya.Namun, bapanya tetap teguh dengan
pendirian asalnya.Kegagalan ibunya memujuk bapanya menyebabkan Aiman masuk
ke biliknya.Sementara itu ,bapa Aiman bercadang untuk merehatkan fikirannya di
kelab golf.

  Ketika Aiman melayari internet di biliknya,dia telah terbaca berita tentang kejayaan
seniournya, Syufia yang dulunya sentiasa mengasingkan diri dan tidak bercampur
dengan orang lain, kini dia telah mendapat anugerah pelatih terbaik wirawati di Kem
Gerakhas,Desaru,Johor dan juga seniournya, Ziman yang dulunya kuat makan dan
tidur, kini dia telah berjaya hidup berdikari selepas menjalani program
PLKN.Akhirnya, Aiman tersedar akan kesilapannya yang memberikan tanggapan
negatif terhadap pelaksanaan PLKN.Aiman telah berjanji akan mengikuti PLKN bagi
membentuk dirinya supaya boleh berdikari seterusnya menyahut seruan berkhidmat
untuk tanah air tercinta.

TEMA
1. Kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat cinta akan
negara yang diperoleh melalui penglibatan mereka dalam PLKN.
2. Rasa bangga dan teruja dalam kalangan generasi muda untuk mengikuti
PLKN, pasti dapat melahirkan generasi muda yang siap siaga untuk
berkhidmat untuk negara.

PERSOALAN

1. Kesediaan generasi muda mengikuti dasar


kerajaan.Contohnya,Nora,Syuhada,Ah Tiau dan Sundarani mewakili
golongan generasi muda yang berasa bangga dan begitu teruja untuk
mengikuti PLKN.
2. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.Contohnya,Datuk Khir Ghazali
amat menyayangi Aiman dan keluarganya.Beliau memutuskan agar Aiman
perlu menghadiri PLKN untuk membentuk sahsiah positif dalam diri anaknya
itu yang diharapkan menjadi insan yang brguna kepada nusa dan bangsa.
3. Tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan kebekersanan dasar
kerajaan.Contohnya,sebagai bapa,Datuk Khir Ghazali bertanggungjawab
untuk menyokong setiap dasar kerajaan dengan mewajibkan anaknya, Aiman
menyertai PLKN.
4. Kesedaran tentang kepentingan menyertai program
kerajaan.Contohnya,Aiman sedar akan sikap negatif dan tanggapannya yang
salah terhadap pelaksanaan PLKN.Dia berazam untuk menyertai PLKN dan
menyahut seruan berkhidmat untuk negara tercinta.
5. PLKN membentuk sikap brdikari dan jati diri dalam diri generasi
muda.Contohnya, Ziman telah berjaya membina sikap brdikari dan jati diri
dalam hidupnya setelah mengikuti denagan jayanya Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN).

WATAK
AIMAN 

1. Nama penuhnya ialah Aiman Faizullah bin Khir Ghazali.


2. Dia mrupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik.
3. Dia berumur 17  tahun.
4. Seorang yang bersifat agresif, iaitu dia menentang keras pemilihan namanya
sebagai pelatih baharu PLKN.
5. Seorang yang suka tidur.Contohnya,Aiman akan tidur apabila mempunyai
masalah untuk menenangkan fikirannya.
6. Seorang yang mementingkan kemewahan hidup.Contohnya,dia tidak mahu
menyertai PLKN kerana tidak sanggup berpanas.
7. Seorang yang bersikap biadap dan kurang sopan.Contohnya,dia
menggunakan kata-kata yang kurang sopan sewaktu bercakap dengan Nek
Sinah.
8. Seorang yang sedar kesilapan dan ingin berubah.Contohnya,Aiman sedar
akan kesilapannya tentang PLKN dan berazam untuk menyertai PLKN bagi
memupuk sikap berdikari.

KHIR GHAZALI

1. Bapa kepada Aiman dan Dapnia.
2. Suami kepada Masnah.
3. Beliau berpangkat Datuk.
4. Seorang yang gigih bekerja .Contohnya,Khir Ghazali biasanya pulang ke
rumah hanya pada waktu malam lantaran gigih mrncari rezeki.
5. Seorang yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat.Contohnya,Masnah
mencadangkan suaminya menggunakan kedudukan dan pengaruh untuk
mendapatkan pengecualian untuk Aiman supaya tidak perlu untuk menyertai
PLKN.
6. Seorang yang berpandagan jauh.Contohnya,Khir Ghazali menerangkan
faedah yang akan diperoleh Aiman apabila dia menyertai PLKN di samping
boleh membetuk sikap berdikari dalam diri Aiman.
7. Seorang yang penyayang.Contohnya,Khir Ghazali mahu Aiman menyertai
PLKN supaya cuti sekolahnya selama tiga bulan itu akan terisi dengan aktiviti
yang berfaedah.

MASNAH

1. Ibu kepada Dapnia dan Aiman.
2. Beliau bergelar Datin.
3. Seorang yang penyayang.Contohnya, dia tidak bersetuju Aiman menyertai
PLKN kerana bimbang akan keselamatan anaknya.
4. Seorang yang sibuk dengan berbagai-bagai urusan.Contohnya,dia telah
menggunakan khidmat orang gaji bagi menguruskan rumahnya.
5. Seorang yang mudah mengakui kesilpan sendiri.Contohnya,Masnah berasa
bersalah dengan tindakannya memihak kepada Aiman dan cuba memujuk
semula hati suaminyayang terluka.

CIKGU DAHARI
1. Beliau bertugas sebagai guru sastera di sekolah Aiman.
2. Beliau bertugas sebagai fasilitator sambilan di ken PKLN yang terlibat dalam
pengajaran modul PPSB-Program Penghayatan Sastera dan Budaya.
3. Seorang yang mudah mesra dan disenangi orang lain.Contohnya,dia begitu
mesra melayani setiap pertanyaan anak - anak muridnya.
4. Seorang yang berpengetahuan luas tentang pelaksanaan
PLKN.Contohnya,dia berjaya menerangkan maklumat PLKN secara terperinci
kepada anak-anak muridnya.

POSMEN

1. Dia bertugas sebagai penghantar surat.


2. Seorang yang terperinci dalam melaksanakan tugasnya.Contohnya,dia
amanah dalam tugasnya menghantar surat-surat kepada pelanggannya.
3. Seorang yang suka memberi nasihat.Contohnya,dia menasihati Aiman agar
berfikir secara mendalam mengenai penolakkannya sebagai pelatih PLKN.

NEK SINAH

1. Orang gaji kepada keluarga Khir Ghazali.


2. Seorang yang berhemah tinggi dan berperwatakan lemah
lembut.Contohnya,dia menggunakan bahasa yang sopan ketika bercakap
dengan Aiman.
3. Seorang yang penyabar.Contohnya,dia tetap bersabar berhadapan dengan
sikap biadap Aiman yang tidak menghormatinya.
4. Seorang yang penyayang.Contonya,dia mengajak Aiman makan tengahari
denagn menggunakan kata panggilan "nak".
5. Seorang yang prihatin.Contohnya, Nek Sinah memasakkan lauk kegemaran
Aiman,iaitu ayam masak asam pedas bagi menambat hati Aiman.

LATAR TEMPAT

1. Rumah Khir Ghazali.Posmen telah datang menghantar sepucuk surat


tawaran kepada Aiman sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negra
(PLKN).
2. Sekolah.Cikgu Dahari telah berbincang dengan anak -anak muridnya, iaitu
Aiman ,Nora,Ah Tiau ,Sundarani,dan Syuhada berkaitan dengan Program
Latiahn Khidmat Negara (PLKN) di sekolah.
3. Bilik Aiman.Aiman melayari internet menggunakan komputer riba di bliknya.
4. Latar tempat lain temasuklah Kem Gerakhas, Desaru, Johor; Kem De Bana,
Jempol, Negeri Sembilan; Kem Paya Indah Wetland, Hulu Langat, Selangor;
Kem Teluk Sari, Mersing, Johor; Kelab Golf; Universiti dan Kantin sekolah.
LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang mementingkan semangat patriotik / cinta akan negara.


Contohnya, kawan-kawan  sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora,
Syuhada, Ah Tiau, Sundarani sangat teruja dan berbangga apabila nama
mereka terpilih sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
2. Masyarakat yang menyayangi ahli keluraga.Contohnya, Datuk Khir Ghazali
amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau mewajibkn Aiman menjadi
pelatih baharu PLKN untuk membentuk sahsiah anaknya itu supaya menjadi
seorang insan yang mampu berdikari dan berguna kepada nusa dan bangsa.
3. Masyarakat yang berintergriti dan amanah dalam memikul
tanggungjawab.Contohnya, posmen bermohon diri daripada Aiman untuk
menyambung kerjanya menghantar surat kepada para pelanggan yang lain.
4. Masyarakat yanng berpandangan jauh.Contohnya,Datuk Khir Ghazali
menerangkan faedah yang akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai
PLKN.
5. Masyarakat yang selalu memanjakan anak.Contohnya,Datin Masnah tidak
bersetuj tentang peneyrtaan Aiman sebagai pelatih PLKN kerana bimbang
akan keselamatan nyawa anaknya.
6. Masyarakat yang berpendirian tegas.Contohnya, Datuk Khir Ghazali tetap
dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walaupun dipujuk
oleh Aiman dan Masnah.

NILAI

1.  Nilai baik hati . Contohnya, Encik posmen telah menyerahkan surat tawaran
PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar menerima tawaran tersebut.
2. Nilai kegigihan. Contohnya, Cikgu Dahari gigih membimbing dan memberi
tunjuk ajar kepada pelatih PLKN tentang Pogram Penghayatan Satera dan
Budaya (PPSB).
3. Nilai hemah tinggi. Contohnya, Nek Sinah bertutur dengan suara yang lemah
lembut ketika mengajak Aiman makan tengah hari walaupun Aiman
melayannya dengan bersikap kurang sopan.
4. Nilai kesabaran. Contohnya, Nek Sinah bersabar dengan sikap biadap Aiman
yang tidak menghormatinya sebagai orang tua.

LATIHAN 1
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

AH TIAU       :Kamu berdua dapat masuk kem mana?  Saya terpilih untuk
masuk       Kem Paya Indah Wetland, Hulu Langat, Selangor.  Seronoknya. Dapat
juga saya tengok kawasan lain.

SUNDARANI :Saya akan ditempatkan di Kem De Bana, Jempol, Negeri Sembilan.

AH TIAU       :Awak pula Aiman, kem mana?

SUNDARANI :Dia dapat masuk Kem Majidi.

AH TIAU       :Hah, sejak bila kem itu menjadi kem untuk PLKN?

AIMAN          :Boleh tak kita cerita tentang perkara lain, bosan aku dengan cerita
PLKN.  Baik kau bagi tahu aku keputusan perlawanan bola sepak malam tadi.  Aku
terlepas, terlelap sampai pagi.

SYUHADA    :Aiman… kita dapat kem yang sama.

SUNDARANI :Kem mana?

SYUHADA    :Dari jauh aku tengok kau asyik bercerita dengan Aiman, tak bagi  tahu
kem mana yang dia akan masuk untuk PLKN nanti?

SUNDARANI :Kem Majidi kata dia.

SYUHADA    :Mana boleh, aku baca senarai penempatan kem tadi, nama Aiman
tersenarai di Kem Teluk Sari, Mersing.

AIMAN          :Mersing? Hmmm.

SYUHADA    :Kenapa?Kan bagus tempat itu.  Kawasannya di tepi pantai


menghadap Laut China Selatan lagi.

(i)    Nyatakan lokasi penempatan kem yang bakal disertai oleh Aiman dan rakan-
rakannya.                                                                                      [2 markah]
(ii)   Pada pendapat anda, apakah kelebihan yang akan diperoleh oleh seseorang
remaja yang berpeluang mengikuti PLKN di luar kawasan asalnya?  Nyatakan tiga
kelebihan tersebut?                                                       [3 markah]

Dapat menambah kenalan

pengalaman

LATIHAN 2

Baca petikan drama dan pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

SEMUA PELAJAR: Assalamualaikum dan selamat sejahtera, cikgu.

CIKGU DAHARI : Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh


duduk. Semua dah baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk
PLKN?

NORA : Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk
menyertainya. Tak sabar rasanya.

CIKGU DAHARI : Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja
seperti kalian. Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.

SUNDARANI : Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?

CIKGU DAHARI : Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun


nama ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang
baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk
pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat
patriotik dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta
integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana
model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.

Bahan 2
 
Pantun PLKN Generasi Patriotik

Generasi patriotik impian kerajaan,


Lalu tercetuslah program khidmat Negara;
Program khidmat Negara adalah satu perjuangan,
Mempertahankan Negara bersemangat membara.

Program PLKN amat berfaedah lagi menyeronokkan,


Tiada sifat penderaan ataupun hukuman;
Proses pembelajaran tidak membosankan,
Apabila tamat menjadi kenang- kenangan.

Menyemarakkan/ meningkatkan semangat patriotisme objektif PLKN,


Generasi muda biar cergas penuh keyakinan;
Menempuh cabaran dengan kebijaksanaan,
Agar generasi terdidik semangat patriotik dan kesukarelaan.

Setiap aktiviti dijalankan penuh muhibbah,


Hormat menghormati walaupun pelbagai kaum;
Memegang senjata tidak menggelabah,
Dilakukan dengan bangga dan kagum.

Setiap pelatih diajar semangat waja,


Berdisplin dan berkeyakinan tinggi;
Budaya bekerjasama terpupuk di kalangan remaja,
Tercapailah sudah motif memupuk nilai-nilai murni.

i. Berdasarkan bahan 1, berikan maksud rangkai kata amat teruja. ( 2m )


Berdasarkan bahan 1, maksud rangkai kata amat teruja ialah sangat bersemangat.

ii. Berdasarkan semua bahan, apakah kepentingan menyertai PLKN?


( 3m )
Berdasarkan semua bahan, kepentingan menyertai PLKN ialah dapat mengukuhkan
semangat patriotik dalam kalangan generasi muda. Selain itu, melatih remaja bijak
menempuh cabaran.
iii. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan remaja tidak berminat
untuk menyertai PLKN? ( 4m )
memberitahu tentang kebaikan plkn
minta bantuan kaunselor
berbincang dgn ibu bapanya supaya memberi sokongan dan galakan kepadanya
iv. Rakan anda tidak mahu menyertai PLKN.Sebagai seorang rakan, apakah yang
perlu anda lakukan supaya dia menyertai PLKN.
( 4 m)

Novel
Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan contoh peristiwa latar
masyarakat yang tabah menghadapi cabaran.

Novel yang telah saya pelajari ialah leftenan Adnan Wira Bangsa. Latar
masyarakat yang tabah menghadapi tentangan penduduk kampung terdapat dalam
novel ini. Contohnya walaupun Pak Saidi mendapat tentangan daripada penduduk
kampung kerana menghantar Adnan ke sekolah Inggeris, Pak Saidi tetap tabah
menghadapinya.
Selain itu, terdapat latar masyarakat yang tabah menghadapi musuh.
Walaupun pasukan Leftenan Adnan kekurangan anggota dan senjanta, namun
mereka tetap tabah mempertahankan negara sehingga titisan darah terakhir.

Anda mungkin juga menyukai