Anda di halaman 1dari 7

TEMA

• Tema drama ini ialah kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat cinta akan Negara yang
diperoleh melalui penglibatan mereka dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

• Terbitnya rasa bangga dan teruja dalam kalangan generasi muda untuk mengikuti PLKN ini sudah pasti
dapat melahirkan generasi muda yang sentiasa bersiap sedia berkhidmat untuk Negara, mengukuhkan
pembinaan sahsiah diri di samping memupuk semangat perpaduan kaum dan integrasi nasional.

PERSOALAN

Kesedian generasi muda mengikuti dasar kerajaan.

• Nora, Syuhada, Ah Tiau dan Sundarani mewakili golongan generasi muda yang berasa bangga dan
begitu teruja untuk mengikuti PLKN.

Tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan keberkesanan dasar kerajaan.

• Sebagai bapa, Khir Ghazali bertanggungjawab untuk menyokong setiap dasar kerajaan dengan
mewajibkan anaknya,Aiman menyertai PLKN.

Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.

• Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau berpendapat Aiman perlu
menghadiri PLKN untuk membentuk sahsiah positif dalam diri anaknya itu yang diharapkan menjadi
insan yang berguna kepada nusa dan bangga.

Kesedaran tentang kepentingan menyertai program kerajaan.

• Aiman sedar akan sikap negatif dan tanggapannya yang salah terhadap pelaksaan PLKN setelah
membaca berita tentang PLKN di laman sesawang. Dia berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut
seruan berkhidmat untuk Negara tercinta.

PLKN membentuk sikap berdikari dan jati diri dalam diri generasi muda.
• Ziman telah berjaya membina sikap berdikari dan jati diri dalam hidupnya setelah mengikuti dengan
jayanya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

WATAK PERWATAKAN WATAK UTAMA

AIMAN

• Nama penuhnya ialah Aiman Faizullah bin Khir Ghazali.

• Merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik.

• Berumur 17 tahun.

Seorang yang bersifat agresif.

• Menentang keras pemilihan namanya sebagai pelatih baharu PLKN.

Seorang yang suka tidur.

• Aiman akan tidur apabila mempunyai masalah untuk menenangkan fikirannya.

Seorang yang mementingkan kemewahan hidup.

• Dia tidak mahu menyertai PLKN kerana tidak sanggup berpanas.

Seorang yang bersikap biadap dan kurang sopan.

• Dia menggunakan kata-kata yang kurang sopan sewaktu bercakap dengan Nek Sinah.

Seorang yang sedar akan kesilapan dan ingin berubah.

• Aiman sedar akan kesilapannya tentang PLKN dan berazam untuk menyertai PLKN bagi memupuk
sikap berdikari.

LATAR TEMPAT

Rumah Khir Ghazali.


• Posmen telah datang menghantar sepucuk surat tawaran kepada Aiman sebagai pelatih Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Sekolah.

• Cikgu Dahari telah berbincang dengan anak-anak muridnya, iaitu Aiman, Nora, Ah Tiau, Sundarani dan
Syuhada berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) disekolah.

Bilik Aiman.

• Aiman melayari internet menggunakan komputer riba di biliknya .

• Latar tempat lain termasuklah:

- Kem Gerakhas, Desaru, Johor.

- Kem De Bana, Jempol, Negeri Sembilan.

- Kem Paya Indah Wetland, Hulu Langat, Selangor.

- Kem Teluk Sari, Mersing, Johor.

- Kelab Golf, universiti dan kantin sekolah.

LATAR MASA

Cuti hujung minggu.

• Sewaktu Aiman bersantai di rumah dan melakukan segala perkara yang diinginkan pada cuti hujung
minggu.

Waktu tengah hari.

• Posmen datang ke rumah Khir Ghazali untuk menyampaikan sepucuk surat kepada Aiman, iaitu
tentang pemilihan Aiman sebagai salah seorang pelatih PLKN yang baharu pada waktu tengah hari.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang meninggalkan semangat patriotik/cinta akan negara.


• Kawan-kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah Tiau dan Sudarani sangat teruja
dan berbangga apabila nama mereka terpilih sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN).

Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga.

• Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau mewajibkan Aiman menjadi
pelatih baharu PLKN untuk membentuk sahsiah anaknya itu supaya menjadi seorang insan yang mampu
berdikari dan berguna kepada nusa dan bangsa.

Masyarakat yang berintegriti dan amanah dalam memikul tanggungjawab.

• Posmen bermohon diri daripada Aiman menyambung kerjanya menghantar surat kepada para
pelanggan yang lain.

Masyarakat yang berpandangan jauh.

• Datuk Khir Ghazali menerangkan faedah yang akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN.

Masyarakat yang mempunyai pengaruh dan kedudukan dalam kalangan masyarakat.

• Datin Masnah mencadangkan suaminya menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk


mendapatkan pengecualian Aiman daripada menyertai PLKN.

Masyarakat yang terlalu memanjakan anak.

• Datin Masnah tidak bersetuju tentang penyertaan Aiman sebagai pelatih PLKN kerana bimbang akan
keselamatan nyawa anaknya.

Masyarakat yang berpendirian tegas.

• Datuk Khir Ghazali tetap dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walaupun dipujuk
oleh Aiman dan Masnah.

NILAI

Nilai kasih sayang.


• Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau memutuskan agar Aiman
menghadiri PLKN untuk membentuk peribadi anaknya itu menjadi seorang insan yang berguna kepada
nusa dan bangsa.

Nilai baik hati.

• Encik Posmen telah menyerahkan surat tawaran PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar
menerima tawaran tersebut.

Nilai tanggungjawab.

• Cikgu Dahari melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan baik apabila turut
menyentuh tentang pelaksanaan dan keberkesanan PLKN untuk membentuk generasi muda yang
berjiwa patriotik.

Nilai cinta akan negara/patriotisme.

• Kawan-kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah Tiau dan Sundarani sangat teruja
dan berbangga apabila nama mereka terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara.

Nilai kegigihan.

• Cikgu Dahari gigih membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelatih PLKN tentang Program
Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB).

Nilai hemah tinggi.

• Nek Sinah bertutur dengan suara yang lemah lembut ketika mengajak Aiman makan tengah hari
walaupun Aiman melayannya dengan bersikap kurang sopan.

Nilai berpandangan jauh.

• Datuk Khir Ghazali ingin Aiman menyertai PLKN untuk membentuk perwatakan positif menerusi nilai-
nilai murni disamping menanam semangat patriotik dalam jiwa anaknya.

Nilai berdikari.

• Syufia telah berjaya memupuk sikap berdikari apabila terpilih sebagai pelatih terbaik wirawati untuk
Kem Gerakhas, Desaru, Johor dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Nilai kesedaran.

• Aiman sedar akan sikap negatifnya terhadap pelaksanaan PLKN setelah membaca berita PLKN di laman
sesawang. Dia berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat untuk Negara tercinta.

Nilai kesabaran.

• Nek Sinah bersabar dengan sikap biadap Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua.

PENGAJARAN

Kita hendaklah memupuk semangat patriotik/cinta akan negara dalam kalangan generasi muda.

• Cikgu Dahari memberikan sokongan kepada Nora, Sundarani, dan Ah Tiau yang bersemangat kerana
terpilih untuk mengikuti PLKN.

Kita perlulah menjadi seorang insan yang berintegriti tinggi dan amanah dalam memikul tanggungjawab
yang diberi.

• Posmen menjalankan tugasnya menghantar surat-surat pelanggan dengan penuh integriti.

Kita mestilah rajin membaca dalam usaha membentuk sebuah masyarakat yang berilmu dan
berpengetahuan luas dalam satu-satu perkara.

• Cikgu Dahari rajin membaca dan mendalami maklumat berkaitan dengan Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN).

Kita hendaklah bersabar menghadapi karenah manusia yang biadap.

• Nek Sinah bersabar dengan sikap biadap Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua.

Kita perlulah berpandangan jauh dalam usaha membina kehidupan yang lebih sempurna.

• Datuk Khir Ghazali menerangkan faedah yang diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN.

Kita mestilah berpendirian tegas dan teguh dalam menegakkan satu-satu perkara yang bermanfaat
kepada nusa dan bangsa.
• Datur Khir Ghazali tetap dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walaupun dipujuk
oleh Aiman dan Datin Masnah.

Kita hendaklah gigih mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga.

• Datuk Khir Ghazali selalu pulang ke rumah pada waktu malam lantaran gigih mencari rezeki untuk
menyara keluarganya.

Kita mestilah bersifat adil dan saksama dalam membuat satu-satu keputusan dengan tidak
menggunakan pangkat dan pengaruh yang ada.

• Datuk Khir Ghazali tidak menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk mengecualikan anaknya
daripada mengikuti PLKN.

Anda mungkin juga menyukai