Anda di halaman 1dari 3

Bahagian C (no 3)

Bulan Kemerdekaan merupakan peristiwa yang penting dan bermakna. Ini menunjukkan berakhirnya penjajahan di Negara kita setelah bertahun lamanya. Baru-baru ini, sekolah saya mengadakan sambutan Bulan Kemardekaan di peringkat sekolah. Sambutan ini amat meriah kerana banyak aktiviti yang dijalankan sempena bulan tersebut. Aktiviti dimulakan dengan ucapan Pengetua dan guru-guru di dewan. Semua murid berkumpul di dewan dengan pakaian yang kemas dan mengikut tema. Setelah selesai, maka aktiviti pun dijalankan mengikut jadual. Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah perarakan pelajar yang memakai baju berwarna-warni mengikut tema. Perarakan ini berlangsung selama tiga puluh minit di padang sekolah. Suasana amat meriah dengan pelbagai jenis perarakan tersebut. Orang ramai menggerumuni padang sekolah dan ada juga yang mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Seterusnya, aktiviti pertandingan memang wajib diadakan dalam mana-mana acra. Sempena Bulan Kemerdekaan, pihak sekolah mengadakan pertandingan mencipta logo, menulis esei, permaianan padang dan banyak lagi. Ramai pelajar yang menyertai pertandingan mencipta logo dan tidak kurang juga yang menyertai pertandingan menulis esei. Pemenang dikira dari tempat yang pertama sehingga saguhati. Tajuk yang dipilih sempena pertandingan mencipta esei bersesuaian dengan tema yang diadakan. Di samping itu, aktiviti padang yang dijalankan seperti pertandingan bola tampar, bola sepak, catur, bola jaring dan sebagainya juga mendapat tarikan daripada pelajar untuk menyertainya. Aktiviti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan mencipta pengalaman yang berharga untuk diri pelajar. Keceriaan terpancar pada muka-muka pemenang yang memenangi acara yang dipertandingkan. Ini membuatkan mereka lebih bersemangat untuk menceburi lagi aktivi tersebut pada masa yang akan datang. Sepanjang pertandingan berlangsung, sikap bekerjasama dan bertolak ansur jelas dipamerkan oleh pelajar-pelajar. Pengetua berharap agar aktiviti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dengan lebih seronok dan meriah. Pengetua mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan pelajar yang berjaya memeriahkan aktiviti bersempena Bulan Kemerdekaan ini.

Bahagian C (NO 4)
Dewasa ini, segelintir golongan pelajar yang kurang menghormati orang tua. Hal ini berlaku kerana, remaja zaman sekarang terpengaruh dengan anasir barat seperti black metal, gejala vendalisma, gejala social yang berleluasa yang membolehkan para pelajar tidak mempunyai sifat baik, tidak menghormati orang yang lebih tua, malahan berani melawan ibu bapa mereka. Antara usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan remaja termasuklah para remaja zaman sekarang perlu diberi didikan agama yang lebih mendalam oleh ibu bapa. Ibu bapa perlulah memberi didikan agama yang secukupnya dari kecil hingga mereka dewasa. Peribahasa melayu ada menyatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu jugalah untuk mendidik para remaja supaya menjadi orang yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua. Di samping itu, remaja yang kurang menghormati warga tua disebabkan juga kurang kasih sayang daripada ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu mencurahkan kasih sayang yang secukupnya bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu mengajar atau mendidik anak-anak mereka untuk menghormati warga tua sejak mereka masih kecil lagi. Hal ini, dapat mengurangkan gejala tidak menghormati orang tua. Seterusnya, pihak yang berwajib juga pelu mengembleng usaha untuk memupuk sekap menghormati warga tua dalam kalangan remaja, selain daripada peranan ibu bapa. Pihak yang berwajib perlu menguatkuasakan lagi undang-undang supaya dapat mengurangkan berlakunya gejala social, merempit, dan lain-lain yang boleh merosakkan golongan remaja zaman sekarang. Hal ini, dapat menghindari sikap tidak hormat-menghormati, dalam kalangan remaja. Selain itu, remaja itu sendiri perlu mengubah sikapnya menjadi seorang yang mempunyai rasa hormat terhadap orang yang lebih tau daripadanya. Para remaja perlu manjauhi perkara yang boleh merosakkan akhlak seperti merempit, membuli, merokok, bergaul dengan orang yang tidak baik akhlaknya supaya dapt menjadikan diri remaja mempunyai sikap menghormati, bertoleransi, dan baik hati. Di samping itu, majlis agama atu pihak sekolah perlu mengadakan ceramah motivasi diri kepada segelintir golongan remaja yang tidak menghormati warga tua, dengan adanya motivasi seperti ini remaja akan mendapat sokongan moral, motivasi dan bimbingan daripada masyarakat. Kesimpulannya, semua pihak wajib mengembleng tenaga bagi memastikan usaha-usaha untuk memupuk sikap menghormati warga tua dapt disemai dalam jiwa para remaja zaman sekarang, supaya dapat member pengajaran kepada remaja untuk sentiasa menghormati warga tua.

Bahagian C (NO 5)
Peribahasa alah bias, tagil biasa membawa maksud segala kesusahan tidak akn terasa lagi sekiranya sudah biasa. Peribahasa ini snagt sesuai ditujukan kepada seorang budak yang bernama Amir yang berusia 18 tahun. Sebaik sahaja mendapt keputusan SPM, Amir berhasrat ingin menyambung pelajaran ke universiti. Amir merupakan anak sulung daripada lima orang adikberadik. Ayahnya, Samad dan ibunya, Aminah sangat gembira kerana anaknya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Selepas seminggu mendapat keputusan, Amir menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Sejak itu ayahnya, Samad bekerja keras untuk menampung perbelanjaan university anaknya. Tiba-tiba ayah Amir jatuh sakit dan meninggal dunia. Amir berasal dari keluarga yang miskin.Amir sangat sedih dengan kematian ayahnya dan Amir juga terpaksa melupakan hasratnya untuk menyambung pelajaran. Amir adalah pengganti ayahnya. Amir bekerja sebagai buruh. Hidup mereka sekeluarga diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pernah beberapa kali Amir terpaksa mengikat perut demi adik-adiknya. Amir sudah terbiasa dengan keadaan sebegitu. Amir bekerja keras untuk menyara keluarga dan perbelanjaan sekolah adikadiknya. Kehidupan mereka amat susah kerana tidak mempunyai wang untuk memenuhi keperluan mereka. Amir tidak mengeluh kerana dia terpaksa melakukan dua pekerjaan dalam sehari. Amir mencari kerja sambilan dibandar. Pada waktu siang Amir bekerja sebagai pembina rumah dan pada waktu malam pula sebagai pemandu teksi dibandar. Amir sudah biasa melakukan dua pekerjaan dalam sehari. Bagi ibunya, Amir adalah tempat bergantung jikalau dia tiada tidak tahulah nasib mereka sekeluarga. Jika kita mengalami kesusahan kita hendaklah sabar menghadapinya. Seperti peribahasa alah bias, tegal biasa. Kita juga akan berasa terbiasa dengan kesusahan yang kita hadapi.

Anda mungkin juga menyukai