Anda di halaman 1dari 1

xxxxxx xxxxxxx 18 Oktober 20xx

Tuan, RAYUAN PENGURANGAN YURAN KOLEJ KEDIAMAN Merujuk kepada perkara di atas, kami pelajar xxxxxxxx ingin memohon pengecualian pembayaran yuran kolej kediaman sebanyak RMxxxx. 2. Untuk makluman pihak tuan, kami adalah bekas pelajar dari universiti lain dan kurang maklum tentang peraturan berkaitan yuran asrama yang telah diwartakan di universiti ini. Kami tidak maklum bahawa kami masih perlu menjelaskan pembayaran yuran asrama meskipun permohonan keluar asrama kami telah diluluskan. 3. Tambahan pula, pembiayaan pengajian kami adalah sepenuhnya ditanggung oleh kami sendiri. Kami pelajar tanpa tajaan dan adalah menjadi beban kepada untuk membayar amaun tersebut. 4. Sekiranya pihak tuan tidak dapat meluluskan rayuan kami ini, kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat mengurangkan jumlah bayaran yuran yang dikenakan ke atas kami. Kami amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini. Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan kami dahulukan dengan jutaan terima kasih. Sekian.

Yang benar, ( )

Anda mungkin juga menyukai