Anda di halaman 1dari 2

Kegunaan surat rasmi untuk pelbagai tujuan umum mengetahui ia adalah surat yang

mempunyai format dan garisan yang perlu diikuti untuk memastikan tujuannya tercapai.
Ramai menggunakannya sebagai medium untuk menyampaikan hasrat dan isu yang harus
diselesaikan atau pertanyaan mahupun permintaan. Selain itu,surat rasmi berperanan
sebagai format rasmi sebagai arahan yang jelas .
Contoh surat rasmi dibawah adalah dirujuk format surat rasmi terkini yang disediakan khas
untuk membantu meraka yang amat memerlukan disaat penting .
Faezah Binti Yaakob
Kg padang peliang
06500 serdang
Johor Bahru
17 Oktober 2015
Yb Cheng Lock
Kg Dulang Serpih
54200 pulang jaya
Johor Bahru
Tuan,
Per: Memohon Agar Projek Korek Pasir Haram Dihentikan
Seperti yang tertera,saya wakil dari Kg padang peliang ingin memohon kerjasama tuan Yb
untuk menghentikan projek korek pasir yang berlaku di kampung kami.
2. Adalah menjadi keresahan kami sebagai penduduk dimana projek ini dijalankan tanpa
permit yang sah. Tambahan pula,lori dan jentera berat yang kerap memasuki di jalan tar
kawasan kampung telah mengakibatkan kerosakan serius kepada jalan tar tersebut.
3. Sehubungan itu,kami ingin meminta kerjasama tuan untuk membanteras kegiatan ini
hingga ke akar umbi. Sebagai penduduk kampung dan juga ibu saya seringkali risau akan
keselamatan anak-anak kerana kehadiran jentera berat dijalanan kampung amat
membahayakan nyawa orang lain termasuk keluarga saya.
Adalah menjadi harapan kami dengan bantuan tuan yb masuk campur ,kejadian
seumpama ini tidak akan terjadi lagi dan projek haram korek pasir ini dihentikan segera.
Sekian,terima kasih.
Yang Benar

.
Faezah Binti Yaakob

Anda mungkin juga menyukai