Anda di halaman 1dari 1

Ayat-ayat dalam karangan ini mengandungi kesalahan tatabahasa.

Tulis semula karangan


ini dengan membetulkan kesalahan tatabahasanya.

Patrick berasa bangga apabila menerima pujian daripada gurunya kerana beroleh
markah tertinggi dalam ujian Matematik tempoh hari. Dia berpendapat kawan-kawannya
tentu berasa cemburu pada dirinya. Tetapi, pendapat Patrick sebenarnya meleset. Kawan-
kawan Patrick tahu, Patrick tidak jujur dalam ujian Matematik yang lalu. Patrick telah
menyalin buku rujukan sewaktu ujian itu dijalankan.

Sebagai sahabat baik Patrick, Zaidi menasihati Patrick supaya mengubah sikapnya.
Dia menasihati Patrick supaya berusaha untuk beroleh kejayaan. Perbuatan Patrick itu seolah-
olah menipu dirinya sendiri. Walaubagaimanapun, teguran Zaidi itu menimbulkan
kemaharan Patrick. Beliau meminta Zaidi supaya jangan mengambil tahu urusannya.

Sikap Patrick semakin menjadi-jadi. Setiap kali ada ujian dia pasti meniru. Oleh
kerana itulah, dia sentiasa memperoleh markah yang tinggi dalam semua mata pelajaran.
Nama Patrick kini dikenali dalam kalangan guru-guru kerana bagi mereka Patrick merupakan
seorang pelajar yang paling cemerlang.

Melihat sikap Patrick yang menjadi-jadi dan tidak berusaha mengubahnya, Zaidi
akhirnya mengambil keputusan untuk memberitahu perkara tersebut kepada guru kelasnya.
Dia tidak mahu Patrick, sahabat baiknya itu menyesal di kemudian hari.

Guru kelas Zaidi iaitu Puan Normah berasa terkejut apabila mendengar apa yang
disampaikan oleh Zaidi. Puan Normah berjanji akan menyiasat perkara itu.

“Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.” Patrick ditangkap


ketika sedang meniru buku kerja dalam ujian Kemahiran Hidup. Patrick berasa sungguh
malu. Setelah dinasihati oleh gurunya, barulah Patrick menyesal. Dia berjanji akan mengubah
sikapnya dan belajar bersungguh-sungguh.

Anda mungkin juga menyukai