Anda di halaman 1dari 2

Sesat di Hujung Jalan, Balik ke Pangkal Jalan

Ayah kau bising kerana kau balik lewat. Hari ini balik cepat sikit,kata Mak Jah semasa
Adhwa sedang memakai kasut.
Adhwa ialah anak lelaki sulungnya daripada empat adik beradik. Pada Adhwalah yang
diharapkan untuk menjaga keluarga jika apa-apa terjadi kepadanya.
Petang ini Adhwa ada kelas tambahan. Adhwa tak janji boleh balik awal. Emak cakap sahaja
pada ayah, PMR dah dekat, jadi Adhwa perlu mengulang kaji pelajaran.
Kalau kau balik lambat kerana belajar, tak apalah. Emak risau kau menyimpang ke tempat
lain pula.
Adhwa melangkah ke arah sekolah. Tetapi di simpang tiga, Badul dan Budin sedang
menunggunya.
Hari ini sahaja kau ikut kami. Esok kami tak ganggu kau lagi,kata Badul.
Dah dua hari aku ponteng sekolah. Kalaulah ayah aku tahu,habislah aku,kata Adhwa.
Hatinya masih teringatkan sekolah. Tetapi keseronokan yang ada di siber kafe sukar untuk dia
lupakan. Di sekolah dia terpaksa berdepan dengan peraturan yang ketat, tugasan yang menimbun,
dan leteran guru yang berterusan. Adhwa berfikir lagi.
Badul dan Budin terus memujuk. Akhirnya, Adhwa termakan dengan pujukan rakannya itu.
Mereka menuju ke siber kafe seperti kebiasaannya. Di situ menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan
internet termasuklah perjudian secara online.Ketika melangkah masuk, sudah ramai pengunjung
yang memakai uniform sekolah dari sekolah yang berdekatan. Ada juga yang menghisap rokok.
Jika di sekolah masa terasa bergerak begitu lambat tetapi di bilik bercahaya suram itu, cepat
sahaja masa berlalu. Perut Adhwa sudah berkeroncong tetapi keseronokan tanpa ada penghujung
menyebabkan dia lupa akan segala-segalanya.
Lari! Lari! Lari! Polis!Tiba-tiba terdengar jeritan daripada seorang pengunjung. Tanpa
membuang masa, Adhwa merempuh pintu belakang dan dia lari sekuat hati. Dia tidak tahu nasib
Badul dan Budin. Apa yang difikirkan ialah nasib dirinya sendiri. Sesekali dia menoleh ke belakang,
terlihat beberapa pengunjung sedang digari oleh polis. Dia takut kalau-kalau dia tertangkap.
Oleh sebab terlalu takut dan kurang berwaspada, dia terjatuh ke dalam longkang. Tubuhnya
terhempap ke mayat yang reput. Bau busuk dan hanyir menusuk ke rongga hidungnya, Dia
menggeletar ketakutan. Dia bangun semula dan terus belari.
Apabila tiba di rumah dia terus masuk ke bilik. Ibunya terkejut melihatkan tubuhnya yang
kotor. Adhwa tidak menjawab pertanyaan ibunya. Dia terus mandi dan kemudian tidur. Dalam
tidurnya, dia bermimpi mayat itu mengejarnya. Dia menjerit ketakutan dan tersedar daripada
mimpinya.
Keesokan harinya dia terbaca akan suatu berita di akhbar. Rupa-rupanya mayat tersebut ialah
seorang penagih dadah. Dia tersedar seketika. Dia tidak mahu kesudahan hidupnya sama dengan
mayat itu. Dia tidak sanggup lagi membohongi kedua-dua orang tuanya. Begitulah kata peribahasa,
sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
Kini, Adhwa menjadi insan baharu yang mempunyai keazaman yang tinggi dan tidak lagi
terpengaruh dengan pujukan rakan-rakan yang bersikap negatif.





Paduan Mengarang Karangan Peribahasa
TEKNIK HURAIAN

1)Jelaskan maksud peribahasa

2)Jelaskan kaitannya dengan masyarakat hari ini

3)Kaitkan peribahasa ini dengan peribahasa lain yang sama maksudnya
Sebagai contoh carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga sama dengan air dicincang takkan
putus

4)Huraikan pengajaran daripada peribahasa serta contoh

TEKNIK CERITA

1)Mestilah dapat menjelaskan maksud peribahasa

2)Dapat menggambarkan pandangan anda terhadap peribahasa

3)Ada binaan plot (Permulaan, Perkembangan, Kemuncak,Peleraian)

4)Ada teknik plot (contoh: saspens,imbas muka,imbas kembali,kejutan, monolog, dialog)

5)Berdasarkan rekaan atau pengalaman anda

Anda mungkin juga menyukai