Anda di halaman 1dari 6

3. KEBURUKAN INTERNET.

3.1 penipuan dalam penghasilan tugasan ilmiah

Kewujudan internet di dalam dunia cyber yang menjadi kemudahan


kepada para pelajar sama ada peringkat rendah hinggalah ke
peringkat tertinggi adalah merupakan satu keistimewaan. Namun
terdapat segelintir pelajar yang telah menyalahgunakan kemudahan
ini dengan cara melakukan kesalahan plagiat tugasan ilmiah. Perkara
ini telah menyebabkan internet tidak lagi mendatangkan kebaikan
kepada para pelajar tetapi telah mendatangkan keburukan lagi krebiliti
seorang pelajar sebagai pelajar.Kegiatan memplagiat dikalangan
pelajar telah dibuktikan dalam jurnal yang bertajuk Internet
Plagiarism among College Students yang telah di tulis oleh Scanlon, P.
M & Neumann, D. R. beliu telah menyatakan bahawa pelajar - pelajar
di peringkat kolej menggunakan internet untuk melakukan kegiatan
memplagiat tugasan mereka bagi memudahkan tugasan yang diberikan
oleh pihak kolej supaya dapat disiapkan dengan mudah tanpa rujukan
yang banyak.Dalam jurnal ini juga ada memetik , McCabe (1992)
melaporkan bahawa 67.4% pelajar mengakui menipu sekurang-
kurangnya sekali ujian atau tugasan utama. Jelaslah di sini bahawa
kemudahan internet juga ada membawa kesan buruk kepada pelajar
dalam proses pembelajaran mereka jika tiada langkah - langkah
pembendungan diambil.

3.2 Ketagihan Internet.

Jika di lihat di pasaran ketika ini dapat dikatakan bahawa terdapat


berbagai tawaran yang dilakukan oleh syarikat telekomunikasi seperti
Celcom, DIGI, Hotlink dan berbagai - bagai lagi syarikat
telekomunikasi yang mempunyai capaian internet ini melakukan
promosi masing - masing. Maka dengan itu ibu bapa pastinya tidak
akan melepaskan peluang keemasan ini .Semestinya akan melanggani
mana - mana syarikat capainan interent yang memberikan promosi
yang menarik. Dari itu akan bermulalah satu babak di mana pelajar -
pelajar akan disajikan dengan pelbagai hiburan di dalam internet, sama
ada dalam bentuk permainan, chit - chat seperti di facebook, yahoo
messenger, atau twitter.Didalam jurnal yang bertajuk Attitudes of
Students Towards Internet yang di tulis oleh Isman, Aytekin and Dabaj,
Fahme telah mendapati dari hasil kajian yang dilakukan bahawa
Internet mewujudkan ketagihan sebanyak 38.7 peratus. Ketagihan ini
juga menyebabkan para pelajar kerugian masa untuk berlajar. Hal ini
disebabkan sebahagian masa mereka telah diperuntukkan kepada
melayari internet samaada bermain permainan secara di atas talian
atau memperuntukkan masa mereka dengan cara bersosial di laman
sosial seperti yahoo messenger atau facebook.Dapatan ini juga telah
diperolehi oleh Isman, Aytekin and Dabaj, Fahme dalam jurnal mereka
yang bertajuk Attitudes of Students Towards Internet bahawa terdapat
34 peratus mengatakan bahawa keseronokan berbual di talilan
internet. Oleh hal yang sedemikian, satu tindakan perlu diambil untuk
mengelakkan internet membawa keburukan kepada pelajar. Para
pelajar juga perlu pandai memperuntukan masa untuk berinternet agar
tidak terleka dengan belaian dan godaan internet. Ini bagi menjamin
peruntukan masa khusus untuk pembelajaran tidak diganggu gugat.

3.3 masalah sosial

tidak di nafikan internet adalah suatu kemudahan interaksi moden di


zaman ini. walaubagaimanapun internet adalah merupakan satu
pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan.Di mana
terdapat kebaikan dan keburukan kepada pelajar umumnya.golongan
pelajar yang baru meningkat usia dalam lingkungan 12 hingga 17
tahun mudah terdedah dengan gaya hidup moden yang dipengaruhi
dengan hiburan ,games dan bahan - bahan lucah yang terdapat di
laman-laman internet yang tidak bertapis.perkara - perkara bergini
akan membawa kepada masalah sosial pelajar seperti ponteng sekolah ,
menontong video lucah dan mengunjungi pusat - pusat internet yang
menyediakan permaian di atas talian.menurut AMINUDIN MANSOR
PhD Persuratan Melayu, UKM, Bangi. Kaji selidik di Britain kanak-
kanak melayari Internet untuk gambar lucah. Sebanyak 23 peratus dari
4.8 juta kanak-kanak Britain yang berusia 16 tahun adalah pengunjung
tetap bilik sembang. Jumlah pengguna Internet bawah 17 tahun di
Britain meningkat hampir dua kali ganda iaitu dari 1 juta kepada 1.5
juta pada Mac 2002. Pada masa kini angka itu tentulah lebih dua kali
ganda. Di Malaysia tiada kajian tentang perkara ini, namun dikatakan
pelajar yang selalu bermain komputer juga sering terdedah dengan
laman lucah yang boleh melalaikan mereka untuk menumpukan
pelajaran.

3.4 penyebaran maklumat palsu

Internet adalah satu gedung maklumat yang terdiri daripada segenap


pelusuk dunia terkumpul dan beredar di alam maya internet. namum
setiap maklumat yang terdapat di alam maya yang kita perolehi belum
tentu maklumat itu adalah sah dan diperakui kebenaran maklumat
tersebut.pelajar - pelajar sebenarnya terlalu senang terdedah denngan
maklumat palsu ini terutama pelajar peringkat bawah berbanding
dengan pelajar di peringkat univesiti atau kolej .ini kerana mereka
masih boleh menilai akan kebenaran maklumat tersebut.kita dapat lihat
bagaimana sesorang itu boleh menipu seseorang melalui internet
dengan hanya membuat sedikit penyamaran .sebagai contoh dalam
laman sosial facebook terlalu ramai yang mengunakan gambar orang
lain dan meniu umur sebenar. ini jelas menunjukan penipuan
maklumat dalam internet. di dalam internet juga boleh berlaku
penyebaran fitnah ke atas seseorang tanpa rasa bersalah dikalangan
pelajar . pada masa kini terlalu banyak penyebaran fitnah di dalam
internet seperti you tube.
4. menyelesaian kesan negatif internet kepada pelajar

4.1 kuatkuasa undang-undang


undang-undang cyber perlu ditabah baikan agar para pengguna
internet tidak menyalahkan gunakan kemudahan internet yang
terdadat dinegara kita.tidak dinafikan internet adalag
merupakan gedung ilmu kepada para pelajar tetapi
penguatkuasaan akta pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan
1950 adalah untuk melindungi pihak yang teraniaya melalui
fitnah internet ini. dengan penguatkuasaan akta ini maka
penyebaran maklumat paslu tidak akan lagi beredar di alam
maya internet ini. dengan itu para pengguna internet akan
menggunakan dan memanafaatkan internet dengan sebaikan
mungkin.

4.2 pemantauan oleh ibu bapa

kebebasan berinternet yang diberikan kepada anak - anak juga


perlu hadnya agar tidak disalah gunakan oleh anak - anak.
pelajar -pelajar masa kini bergitu pintar .mereka pandai
berlakon di hadapan ibu bapa. dimana mereka bersama ibu
bapa mereka menggunakan internet dengan sebaik mungkin
tetapi apabila ibu bapa tidak melakukan pemantauan
penggunakan ineternet mereka maka disitulah mereka akan
melayari laman -laman internet prono. dan menghasbiskan
masa dengan permaian di atas talian. pemantauan ibu bapa juga
dapat mengelakkan dari masalah sosial yang berpunyai dari
interent dapat di atasi . ibu bapa boleh melakukan pemantauan
internet dengan menyekat talian internet prono. permaian di
atas tallian .
4.3 kenankan tindakan tatatertib kolej
pelajar - pelajar diperingkat univesiti atau kolej internet adalah
merupakan nadi kepada pergerakan tugasan ilmiah mereka.
tidak menjadi kehairanan jika kegiatan memplagiat tugasa n
akan berlaku . justeru itu pihak univeiti atau kolej perlu
mempunyai satu perisian pengesanan plagiat. mana - mana
pelajar yang melakukan memplagiat hasikl tugas perlu
dikenakan tindajkan tatatertib ataupemotongan markah hasil
tugasan ataupun mengulangi hasil tugasan lain . cara ini juga
akan memberikan maran kepada pelajar lain agar kegiatan
memplagiat ini tidak diulangi oleh pelajar lain .disini juga
penggunaan internet akan digunakan dengancara yang betul.

4.4 hadkan penggunaan internet di rumah

sekali lagi ibu bapa perlu memainkan peranan dengan sebaik


mungkin untuk kebaikan pelajar.penggunakan internet ini jika
tidak kawal penggunaannya akan menimbulkan ketagihan
kepada pelajar. maka adalah perlu ibu bapa memberikan satu
peruntukan masa untuk pelajar -pelajr ini melayari internet
gagar mereka tidak ketagihan internet dan masa tidak akan
dibazirkan bergitu sahaja.

5. penutup

rujukan
http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/2012/DR16201
2.pdf
Oleh : AMINUDIN MANSOR PhD Persuratan Melayu, UKM, Bangi.
Tarikh : November 29, 2011 dipetik pada 20.11.2012. akhbar sinar
harian

Title of Journal/Article Attitudes of Students Towards Internet

Writers Isman, Aytekin and Dabaj, Fahme

Source Turkish Online Journal of Distance Education-


ISSN 1302-6488, 5(4)

Year of publication 2004

Title of journal article Internet Plagiarism among College Students


Writer Scanlon, P. M & Neumann, D. R.
Source Journal of College Student Development, 43 (3)
Year of publication 2002

kamus dewan,.2010.kamus dewan .kuala lumpur.dewan bahasa dan


pustaka.

Anda mungkin juga menyukai