Anda di halaman 1dari 3

Gejala Sosial Rogol Atau Jenayah Rogol

Definisi jenayah rogol adalah dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada
serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk
melakukan hubungan seksual. Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti
"serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol"
sebagai serangan seksual dengan penembusan. "Rogol" boleh juga merujuk kepada
hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup
umur. Dalam bahasa pasar, istilah "rogol kenalan" merujuk kepada perogolan yang berlaku
antara individu yang berjumpa atau berkenalan. Selain itu Rogol yang disebabkan
penggunaan pukau dan seumpama untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan diri
sebelum diserang.
Sejak akhir-akhir ini, masyarakat Malaysia sering dikejutkan dengan berita mengenai kes
rogol hingga membawa kepada kes bunuh selepas dirogol di negara kita pada saban tahun.
Fenomena ini berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya ialah, keadaan politik di
Malaysia kerana ianya melibatkan kepimpinan negara. Senario politik yang berlaku ini
menyebabkan pengabaian program untuk mendidik masyarakat.negara kita. Apabila didikan
diperingkat Negara tidak dijalankan melalui media elektronik dan media massa maka
masyarakat akan kosong jiwa mereka.
Selain itu, punca jenayah rogol juga adalah berpunca daripada rancangan di media
elektronik. Sebagai contohnya rancangan realiti TV yang banyak berunsurkan seks melalui
pakaian artis-artis yang menjolok mata sehingga mempengaruhi generasi muda-mudi
terikut-ikut cara pemakaian mereka. Apabila cara pemakaian telah melanggar hukum
menutup aurat dalam Islam, faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah ini.
Selain itu dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat ini contohnya teknologi telefon
bimbit yang terlalu canggih sehingga kerajaan ataupun pihak berkuasa tidak dapat
mengawalnya. Akhirnya terjadilah penyalahgunaan telefon bimbit ini sehingga berlakunya
penyebaran video lucah yang dilakonkan sendiri oleh golongan remaja di Malaysia
terutamanya remaja melayu yang beragama Islam. Cuba kita lihat di sana sini, majalah
hiburan merata-rata dijual dengan gambar-gambar yang menjadi perangsang kepada nafsu.
Ditambah dengan media elektronik seperti TV, DVD, internet yang sukar dibendung.
Kemudahan yang disalah guna untuk perkara yang tidak sepatutnya mengubah naluri
manusia untuk bersikap ganas seterusnya mendorong mereka melakukan jenayah tersebut.
Oleh yang demikian, disebabkan faktor ini juga hingga dapat mempengaruhi masyarakat
yang nipis imannya dan kurangnya pengetahuan agama dihanyutkan nafsu serakah mereka.
Bahkan yang lebih mengecewakan apabila timbul pula Istilah haruan makan anak ataupun
harapkan pagar,pagar makan padi,inilah istilah yang paling sesuai digunakan untuk
golongon ini.
Namun harus diingatkan juga bahawa perlakuan jenayah rogol juga bukan hanya
disebabkan berpunca daripada lelaki sahaja tetapi berpunca juga daripada wanita yang
menjadikan tubuh badannya yang cantik dan sempurna itu sebagai tatapan khalayak ramai.
Gaya pemakaian wanita ini menjadi serius akibat terpengaruh dengan fesyen terkini yang

datangnya dari negara barat, maka wanita di Negara ini lupa asal usul dirinya yang
sepatutnya berpegang dengan kaedah pemakaian Islam.
Akhirnya disebabkan budaya pemakaian artis ataupun wanita di negara barat ini telah
meresapi ke dalam masyarakat wanita Negara ini, maka inilah yang menyebabkan
terjadinya jenayah rogol. Jelaslah Islam mewajibkan pemakaian pakaian yang menutup aurat
bagi wanita adalah mempunyai mesej yang sangat bernilai dan menjadi benteng yang utuh
serta mencegah daripada berlakunya jenayah rogol ini. Berdasarkan firman Allah s.w.t aurat
ini mempunyai hubungan dengan mata, sekiranya terdedahnya aurat maka secara
automatiknya nafsu akan memberontak. Apabila nafsu sudah memberontak maka terjadilah
jenayah rogol akibat desakan nafsu yang menguasai dirinya sehingga melupakan sifat
sebagai seorang insan yang sepatutnya mempunyai sifat keperikemanusiaan. Tanpa agama
manusia akan terpesong kerana tiada sempadan hidup. Mungkin ramai yang mengatakan
agama mengongkong tetapi dengan kongkongan itulah menyebabkan hidup lebih aman.
Sebaliknya dengan kehidupan bebas tanpa sempadan pula akan mengucar kacirkan
kehidupan di dunia ini. Nilai-nilai murni bukan mudah untuk diterapkan, kadangkala masih
terdapat individu yang rajin solat tapi masih mengumpat, memfitnah, melakukan maksiat.
Ini disebabkan oleh kurangnya penghayatan dalam solat itu sendiri. Selain itu, pengejaran
material yang melampau juga sering menyebabkan individu tersebut lalai menunaikan
tanggungjawab sosial samada terhadap keluarga ataupun masyarakat. Disebabkan itulah
kurangnya perhatian terhadap keluarga dan kawasan kejiranan. Ini berlaku apabila ibubapa
seharian mencari duit tanpa mengikuti perkembangan keluarga dan kawasan setempat.
Apabila kurang perhatian, maka akan timbulnya jenayah yang berlaku oleh mereka yang
perlu diberi perhatian. seterusnya kurangnya nilai-nilai murni yang diterapkan dalam diri
seperti yang kita ketahui, pegangan agama penting bagi memberikan landasan dalam
hidup. Selain itu terdapat juga individu yang memperlekehkan agama dengan memberi
alasan Kubur lain-lain. Memang benar kubur lain-lain tetapi kalau bala menimpa, ianya
bukan terkena pada mereka saja, orang yang tiada kena mengena akan terkena tempiasnya
juga. Bermula dari itulah runtuhnya intitusi kekeluargaan sehingga tugas dan
tanggungjawab sebagai Ibu bapa diabaikan sebagaimana digambarkan oleh Rasululah s.a.w
bahawa anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu dalam keadaan bersih maka kedua
Ibu bapanya yang akan mencorakkannya.
Malangnya sekarang ini Intitusi kekeluargaan mengalami keruntuhan yang serius berdasar
statistik penceraian di Malaysia yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, maka inilah
juga punca yang menyebabkan berlakunya jenayah rogol.
Penyelidikan yang dijalankan ini adalah berkaitan punca jenayah rogol ini berlaku.
Penyelidikan telah dijalankan di Unit halaqah Penjara Kajang Selangor hasil secara temubual
mendapati hamper 90% jenayah rogol berlaku akibat kurangnya penekanan aspek agama
terutamanya solat lima waktu yang menjadi asas kepada agama Islam. Justeru, hal ini
memerlukan masa yang amat panjang untuk mentarbiah kembalikan masyarakat Islam
untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Kesimpulannya masing-masing memainkan peranan penting dalam menangani gejala sosial
ini sebagai contohnya pihak kerajaan haruslah lebih efektif dalam merencanakan program

untuk masyarakat kearah memulihkan akidah Islam yang kukuh supaya menjadi benteng
yang utuh berteraskan keiamanan dan ketakwaan kepada Allah.

Anda mungkin juga menyukai