Anda di halaman 1dari 6

BUKU PANDUAN STAF

AMANAH TUGAS

Berikut adalah waktu bekerja yang perlu


dipatuhi oleh semua pekerja yang bekerja
sepenuh masa. (sebagai contoh)

Isnin – Jumaat :
9.00 pagi hingga 6.00 petang (8 jam bekerja
dengan 1 jam rehat)

WAKTU Sabtu & Ahad :


BEKERJA Mengikut keperluan

Rehat :
1 jam (fleksibel)

Rehat untuk Jumaat :


1.00 - 2.30 petang (Bagi Pekerja Lelaki
sahaja) Rujuk surat lantikan sekiranya
bukan pekerja sepenuh masa.

ABS Edu Consult PLT © (LLP0000382-LGN)


BUKU PANDUAN STAF

AMANAH TUGAS

Setiap bulan, anda akan diberikan "punch


card" dan perlu di "punch-in" dan "punch
out" setiap kali masuk dan keluar pejabat.
Jika anda gagal berbuat demikian, anda
akan dianggap tidak hadir ke pejabat dan
cuti tahunan akan ditolak.

ATAU
REKOD
KEHADIRAN
Setiap hari, anda akan menandatangani
‘senarai kehadiran bulanan’ dan mesti
ditandatangani setiap kali masuk dan
keluar. Jika anda gagal berbuat demikian,
anda akan dianggap tidak hadir ke pejabat
dan cuti tahunan akan ditolak.

PENTING:

Semua slip cuti ATAU dokumen berkaitan


hendaklah dikepilkan bersama ‘punch card’
atau ‘senarai kehadiran bulanan’.

ABS Edu Consult PLT © (LLP0000382-LGN)


BUKU PANDUAN STAF

AMANAH TUGAS

Anda akan diberikan skop kerja oleh


Ketua/Penyelia semasa mula melapor diri
TUGASAN DAN dan perlu menjalankan tugas seperti yang
TANGGUNGJAWAB
disenaraikan dan diberikan oleh
Ketua/Penyelia. Pihak Syarikat berhak
menambah ATAU mengurangkan tugas-
tugas mengikut keperluan dari semasa ke
semasa.

ABS Edu Consult PLT © (LLP0000382-LGN)


BUKU PANDUAN STAF

SISTEM DAN STRUKTUR GAJI

1. Gaji distrukturkan dengan


mengambil kira tugas dan
tanggungjawab dengan jawatan
yang disandang.

2. Untuk tujuan ini, syarikat terdiri


MAKLUMAT AM daripada pelbagai struktur gaji yang
mencerminkan kedudukan yang
berbeza dalam syarikat.

3. Struktur gaji dinilai dan dikaji


semula apabila dianggap perlu oleh
pihak pengurusan.

1. Gaji akan dikaji semula setiap tahun


berdasarkan laporan penilaian
prestasi yang dikemukakan oleh
Ketua/Penyelia masing-masing.

KENAIKAN GAJI
2. Dalam menentukan jumlah
kenaikan, pihak pengurusan akan
mengambil kira prospek ekonomi
negara dan prestasi syarikat pada
tahun semasa serta prospek masa
depannya.

ABS Edu Consult PLT © (LLP0000382-LGN)


BUKU PANDUAN STAF

SISTEM DAN STRUKTUR GAJI

1. Pengiraan gaji adalah berdasarkan


26 hari bekerja dalam sebulan.

2. Sekiranya anda baru menyertai


TEMPOH GAJI
syarikat, tempoh pembayaran gaji
untuk bulan pertama adalah
daripada hari pertama anda melapor
diri sehingga hari terakhir bulan
tersebut.

1. Gaji yang diperolehi selama sebulan


akan dikreditkan ke dalam akaun
bank (seperti yang ditulis dalam
Borang Maklumat Staf) mengikut
jadual yang telah ditetapkan, dan
pada kebiasaannya pada hujung
WAKTU
PEMBAYARAN GAJI bulan, iaitu pada 30hb ATAU 31hb
dan selewat-lewatnya 07hb bulan
seterusnya pada setiap bulan.

2. Perubahan akan dimaklumkan


sekiranya ada.

3. Gaji adalah HAL PERIBADI DAN


SULIT.

ABS Edu Consult PLT © (LLP0000382-LGN)


BUKU PANDUAN STAF

SISTEM DAN STRUKTUR GAJI

Potongan akan dibuat daripada gaji


berkenaan dengan KWSP, PERKESO dan
cukai pendapatan selaras dengan
perundangan.

Syarikat juga berhak membuat potongan


POTONGAN
DARIPADA GAJI yang telah diberi kuasa oleh pekerja.

Syarikat juga mempunyai hak untuk


membuat apa-apa potongan lain yang
dibenarkan oleh mana-mana undang-
undang bertulis yang diiktiraf di Malaysia.

ABS Edu Consult PLT © (LLP0000382-LGN)

Anda mungkin juga menyukai