Anda di halaman 1dari 10

ISU-ISU BERKAITAN ILMU FALAK DALAM IBADAH

Oleh : Haji Mohd Shukri bin Haji Ali Pejabat KDYMM Sultan Terengganu

ISU 1 : PENENTUAN AWAL RAMADHAN DAN SYAWAL


Tersilap puasa puasa termakan bulan Arab Saudi terima matahari lebih lewat 5 jam dari Malaysia, tetapi berpuasa/berhari Raya lebih dahulu. PENETAPAN AWAL BULAN. Penetapan awal bulan Hijrah termasuk Ramadhan dan Syawal adalah berdasarkan salah satu daripada 2 perkara berikut : 1. Melihat anak bulan ketika terbenam matahari (Maghrib) 29hb. 2. Mencukupkan 30 hari bulan Sya'ban. : .Firman Allah s.w.t


185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; Surah Al Baqarah : 185 Sabda Junjungan Besar s.a.w.

: ,
Maksudnya; Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari). (Riwayat Imam Muslim) Bagaimanapun, dalam Hidayatus Sibyan (hal. 22 23) dan kitab-kitab Feqah lain, awal bulan Hijrah terutama puasa dan raya dapat ditentukan dengan 9 sebab; 1. Melihat anak bulan 2. Sempurna bilangan 30 hari Syaaban 3. Ada khabar mutawatir kelihatan anak bulan, walau dari orang kafir sekalipun

4. Pemerintah menerima perkhabaran orang yang adil yang nampak anak bulan 5. Membenarkan khabar orang melihat anak bulan walaupun dari kanak2 atau orang fasik sekali pun 6. Pemerintah berijtihad sabit telah masuk Ramadhan 7. Dengan zan timbul bulan ramadhan dengan ijtihad seperti orang kena tawan atau yang jauh dari masyarakat 8. Percaya kepada orang yang berpegang kepada hisab/falak 9. Melihat beberapa tanda masuknya Ramadhan seperti: 1. Dengar tembakan meriam 2. Dipasang qindil atau lampu 3. Atau apa-apa isyarat lain menandakan kehadiran Ramadhan Daripada Ibnu Abbad r.a. katanya, seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata : "Sesungguhnya aku telah melihat anak bulan Ramadhan. Sabda Baginda : "Apakah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah?" Katanya : "Ya". Tanya Baginda : "Apakah kamu menyaksikan bahawa Muhammad itu utusan Allah?" Jawabnya : "Ya". Sabda Baginda : "Wahai Bilal, isytiharkan kepada orang ramai hendaklah mereka berpuasa pada esok hari". Ibnu Hibban di dalam Mawarid az-Zham'an dan Al-Hakim Dengan ini, apabila anak bulan (hilal) kelihatan di suatu negeri, maka penduduk negeri yang berhampiran dengan negeri yang melihat anak bulan itu wajib berpuasa. Ukuran jarak jauh dan dekat adalah berdasarkan kepada perbezaan (( )tempat terbit anak bulan ). Berdasarkan sebuah hadith lain yang panjang yang diriwayatkan oleh Muslim (1087 ), para ulama mengatakan : Apabila puasa tidak diwajibkan terhadap penduduk negeri yang jauh, lalu seseorang penduduk negeri yang telah melihat anak bulan bermusafir ke negeri tersebut, maka hendaklah dia berpuasa bersama mereka di akhir bulan walaupun dia telah menyempurnakan puasa selama 30 hari. Ini kerana disebabkan perpindahannya ke negeri tersebut, dia dianggap salah seorang dari mereka. Dengan itu dia mesti mengikut hukum mereka, berdasarkan kaedah "Apabila kamu berada di tempat itu, maka jadi lah kamu hukum tempat itu". Di Malaysia, penentuan awal bulan Islam (Qamariah) bagi tahun Hijriah berdasarkan kepada kaedah Rukyah dan Hisab yang digunakan bagi menentukan 3 bulan utama Islam iaitu awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah. Kaedah yang sama juga digunakan terutamanya bagi bulan yang lain dan bagi tujuan pembinaan Taqwim/Kalendar Islam. Rukyah : Rukyah ialah melihat anak bulan (hilal) pada 29hb di tempattempat rasmi seluruh Malaysia dengan mata kasar atau dengan bantuan 2

peralatan-peralatan optik yang canggih seperti teleskop, teodolit, total station dan binocular dan dikendalikan oleh mereka-mereka yang pakar dan terlatih. Pada petang 29hb Sya'aban, 29hb Ramadhan dan 29hb Zulkaedah pada setiap tahun, Jawatankuasa melihat anak bulan peringkat negeri akan melaksanakan rukyah di 28 buah tempat cerapan rasmi di seluruh negara. Sekiranya hilal iaitu anak bulan kelihatan, maka keesokan harinya ditentukan sebagai awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah. Sekiranya anak bulan tidak kelihatan, hisab kedudukan bulan akan digunakan berpandukan kepada satu kaedah yang dinamakan KRITERIA IMKANUR-RUKYAH iaitu kebolehnampakan hilal. Tarikh melihat anak bulan dan penetapan tarikh puasa dan hari raya diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia dan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu melalui media massa bila tiba masanya. Hisab : Hisab pada bahasa bermaksud pengiraan. Ia adalah merujuk kepada perkiraan bagi menentukan kedudukan hilal pada petang 29hb Qamariah. Di Malaysia ia akan merujuk kepada kedudukannya di Tg. Atiam, Sabah (stesyen rujukan rasmi paling timur) dan di Tanjung Chincin, Langkawi, Kedah (stesyen rujukan rasmi paling barat). Kriteria Imkanur-Rukyah? Kreteria ini diperkenalkan dalam Muktamar Hilal Bagi Penentuan Bulan Hijrah di Istanbul pada 26-29 November 1978 dengan ketetapan;
1. Ketinggian hilal tidak kurang dari 5 ketika matahari terbenam.

2. Jarak lengkung hilal-matahari tidak kurang daripada 8 ketika matahari terbenam. Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menerimapakai Deklirasi Istanbul 1978 ini dengan tambahan syarat alternatif yang ke 3:
3. Umur hilal tidak kurang dari 8 jam ketika hilal terbenam.

Bermula tahun 1993, Negara-negara anggota MABIMS (Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura) bersepakat menerimapakai kriteria Imkanur-Rukyah ini dengan sedikit pengubahsuaian, iaitu; 1. ketika matahari terbenam; a. ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang dari 2 b. jarak lengkung hilal-matahari tidak kurang dari 3
ATAU

2. Ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam selepas ijtimak berlaku. Umur hilal 8 jam 3

Jaras Lengkung Bulan ke Matahari a 3

Altitud Hilal 2

IJTIMAK berlaku apabila bulan, bumi dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama

Isu Puasa Termakan Bulan Antara isu yang popular di kalangan masyarakat kita ialah kenapa hari pertama kita berpuasa atau berhari raya, hilal telah kelihatan besar dan tinggi di langit? Sebagai contoh : Data Hilal pada hari Rukyah 11 Okt 2007; Ijtimak berlaku jam 1.14 tengahari Bulan terbenam : 6.54 mlm Hilal berumur 6 jam 05 minit dari masa ijtimak Umur Hilal 11 Okt 2007- 6 jam 05 minit Umur Hilal 12 Okt 2007- 30 jam 05 minit Umur Hilal 13 Okt 2007- 54 jam 05 minit Masyarakat kita yang tidak didedahkan tentang ilmu kaji bintang ini akan menjadi keliru apabila melihat hilal dengan mata kasar dan kedudukan hilal itu sudah tinggi di ufuk, maka tercipta lah satu istilah "PUASA TERMAKAN BULAN". Kesannya cukup besar, sehingga ada di kalangan masyarakat kita yang mengambil tindakan sendiri dengan berpuasa atau berhari raya lebih awal dari yang sepatutnya. Mereka telah mencabuli hukum syarak iaitu berbuka dengan sengaja di bulan Ramadhan atau berpuasa pada hari syak (30hb), 4

sekaligus mengenepikan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja seperti yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja . Ulasan : Hilal pada petang 13 Okt itu sudah berumur lebih 54 jam kerana ijtimak berlaku agak lewat dan Hilal berumur 40 jam ke atas akan dapat dicerap dengan mata kasar manusia dan sudah tinggi sekira-kira lebih 40 darjah di ufuk barat. Isu Makkah Raya Dahulu Satu lagi isu yang tidak kurang juga hebatnya ialah kenapa kita di Malaysia menerima matahari 5 jam lebih cepat dari Arab Saudi, tetapi mereka yang mendahului kita dalam berpuasa dan berhari raya. Ulasan : Ijtimak berlaku satu masa dalam satu dunia. Contohnya; jika di Malaysia ijtimak berlaku jam 1.14 tengahari, bermakna di Arab Saudi ketika itu jam 8.40 pagi (perbezaan waktu 5 jam). Menjelang Maghrib, hilal di Malaysia baru berumur 6 jam lebih tetapi di Arab Saudi hilal sudah pun melebihi 10 jam (sudah melebihi Kriteria Imkanur-Rukyah). Ini bermakna semakin ke barat kedudukan negara itu, maka semakin tinggi peluang untuk hilal itu dapat dicerap atau memenuhi Kriteria ImkanurRukyah. Sebagai contoh, sila teliti perbandingan data hilal di dua stesyen paling timur dan paling barat di Malaysia ini:
Temp at Tg Atiam Tg Cinci n Terbenam 18:10 19:29 Terbenam 18:28 19:29 Tinggi 03 53 04 20 J/Lengkun g & 07 01 07 41 Umur 14:30 15:51 Tempoh Atas Ufuk 00:19 00:21

ISU 2 : PUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH DAN PENETAPAN AIDIL ADHA


Satu lagi isu dalam masyarakat kita ialah kekeliruan berkaitan penetapan Hari Raya Korban (Idul Adha) kerana beranggapan bahawa Idul Adha hendaklah disambut mengikut penetapan Idul Adha di Arab Saudi iaitu sehari selepas Hari Wukuf di Arafah sewaktu ibadat haji. Antara hujjah yang biasa digunakan ialah, Padang Arafah yang menjadi tumpuan jemaah berwuquf adalah terletak di Arab Saudi bukan di Malaysia. Maka sebarang keputusan penetapan Aidil Adha, puasa sunat Hari Arafah dan sebagainya hendaklah mengikut Arab Saudi. Fakta kes Aidil Adha tahun lepas (1428M/2007H) adalah sangat menarik untuk dibincangkan. 5

Arab Saudi Malaysi a

18 Dis 9 Zulhijja h (Wukuf)

19 Dis 10 Zulhijjah (Aidil Adha) 9 Zulhijjah (Wukuf)

20 Dis 11 Zulhijjah (H/Tasyrik 1) 10 Zulhijjah (Aidil Adha)

21 Dis 12 Zulhijjah (H/Tasyrik 2) 11 Zulhijjah (H Tasyrik 1)

22 Dis 13 Zulhijjah (H/Tasyrik 3) 12 Zulhijjah (H Tasyrik 2)

23 Dis

13 Zulhijjah (H Tasyrik 3)

1. Puasa Sunat Arafah di Malaysia 18 Dis atau 19 Dis? 2. Apakah 19 Dis itu haram berpuasa kerana hari itu Aidil Adha? 3. Apa sah sembelihan korban di Malaysia jika dilakukan pada 19 Dis atau 23 Dis? Fenomena berlaku : Ramai yang berpuasa pada 18 Dis. dan meletakkan hukum sebagai HARAM berpuasa pada 19 Dis, kerana hari itu sudah dikira sebagai Hari Raya Aidil Adha yang telah disambut di Mekkah. Tetapi ramai juga yang berpuasa pada 19 Dis dan berhari raya pada hari berikutnya, dengan hujjah feqah yang mengatakan "apabila kamu berada di suatu tempat, maka jadilah kamu hukum tempat itu"

Penulis nampak ada 2 faktor yang menyebabkan kekeliruan ini berlaku; i. Sandaran hadis "" " Haji itu (salah satu rukunnya) adalah wuquf di Arafah" yang telah disalahtafsirkan khususnya ibadat puasa sunat 9 Zulhijjah, sehingga dianggap puasa sunat itu hendaklah bersamaan dengan tarikh Wukuf di Arafah sana. Kurangnya kefahaman masyarakat kita dengan konsep penentuan awal bulan Hijrah seperti yang dibincangkan dalam isu penetapan puasa dan raya termasuk Kriteria Imkanur-Rukyah, kedudukan hilal, berlainan terbit matahari ()dan sebagainya.

ii.

Ulasan Hadis "Al Hajj Arafah" sebenarnya menerangkan kewajipan berwuquf di dalam ibadah haji yang merupakan salah satu rukun haji. Tanpanya haji tidak sah. Demikian yang dimaksudkan oleh Syeikh Izzudin Ibn Salam;

""
"Maksud daripada "Al Hajj Arafah" itu ialah ibadah Haji dapat sempurna (sah) dengan wuquf di Arafah" Pendapat ini disokong oleh Al Syeikh Zainuddin Abdul Aziz Al Malibari dalam ( Juzuk 2/hal. 325) dan Imam Abu Ishak Al Syirazi di dalam

(Juzuk 2/hal.774) 6

Ini bermakna Hadis tersebut dan hadis-hadis yang berkaitan dengan wuquf adalah menerangkan bahawa wuquf adalah salah satu daripada rukun-rukun ibadat haji dan para ulama al-Syafiiyyah tidak menghubungkan hadis tersebut dengan penentuan tarikh Aidil Adha kerana ianya tidak menunjukkan sebarang isyarat bahawa Aidil Adha itu tertakluk dengan wukuf di Arafah terutamanya negara-negara yang tidak sama ( )terbit matahari dengan negara Arab Saudi. Hal ini dikuatkan lagi dengan Hadis dari Ummi Salamah:

" : "
Maksudnya; Daripada Ummi Salamah bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda; Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang mahu berkorban maka hendaklah dia (orang yang hendak melakukan korban) jangan memotong rambut dan kukunya. (Riwayat Imam Muslim) Hadis di atas menjelaskan bahawa penentuan Aidil Adha itu adalah berdasarkan kepada rukyah anak bulan Zulhijjah dan tidak ditentukan berdasarkan Hari Wukuf di Arafah. Manakala Rukyah pula mestilah tertakluk kepada matla yang menunjukkan kepada waktu terbit matahari dan waktu terbit bulan. Hadis Kuraib yang panjang menjelaskannya; Maksudnya; Kuraib menceritakan bahawa Ummu al-Fadl telah menghantarnya menemui Muawiyah di negeri Syam. Kuraib berkata, Aku tiba di Syam dan menunaikan hajatnya sedangkan pemberitahuan dan perisytiharan tentang kelihatan anak bulan berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat kemudian aku balik ke Madinah al-Munawwarah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan. Katanya, Bilakah kamu melihat anak bulan?. Aku menjawab, Kami melihat pada malam Jumaat!. Ibnu Abbas bertanya lagi katanya, Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?. Aku menjawab, Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa. Ibnu Abbas berkata, Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan Syawal. Aku bertanya, Tidakkah memadai bagi kamu dengan penglihatan anak bulan itu oleh Muawiyah dan puasanya?. Ibnu Abbas menjawab, Tidak! Beginilah caranya Rasulullah s.a.w. menyuruh kami. (Riwayat Imam Muslim) Hadis ini menunjukkan bahawa Ibnu Abbas tidak mengambil kira rukyah penduduk Syam dan tidak menjadi wajib atas penduduk satu-satu negeri beramal dengan rukyah yang berlaku di negeri lain yang berlainan terbit matahari (.) 7

Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskannya dalam Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi;

" ." ...


Dan apabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq. Berdasarkan hujjah-hujjah syarak yang muktabar ini, Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan bagi menentukan awal bulan Zulhijjah sama dengan cara penentuan awal Ramadhan dan Syawal dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-30 yang diadakan pada 22 Ogos 1992. Oleh yang demikian, hujjah yang mengatakan bahawa kita perlu menentukan 9 Zulhijjah untuk berpuasa sunat Arafah dan 10 Zulhijjah bagi merayakan Aidil Adha mengikut Arab Saudi kerana kerja-kerja haji berlaku di sana, adalah satu hujjah aqal tanpa disandarkan kepada mana-mana hujjah syarak yang kuat. Menurut YB Dato Haji Noh bin Gadut, Mufti Kerajaan Negeri Johor (Tafsiran Hadis "Al Hajj Arafah dan Ibadah Puasa Sunat 9 Zulhijjah, hal 13.): "Fahaman yang menyatakan Idul Adha disambut berdasarkan ketentuan Hari Wukuf di Arafah (sama dengan Arab Saudi) bagi negara yang tidak sama matla dengan Arab Saudi adalah tertolak dan tidak boleh diterima. Ini kerana Hari Wukuf di Arafah dan Idul Adha adalah tertakluk kepada penentuan awal Zulhijjah menurut hisab penentuan awal bulan hijriah" Kaedah penentuan awal bulan Zulhijjah adalah sama dengan cara penentuan awal Ramadhan dan Syawal sepertimana yang telah dijelaskan dalam isu penentuan Ramadhan dan Syawal sebelum ini. Oleh itu, bagi negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari ( )penentuan 9 Zulhijjah dan Aidil Adha adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing berdasarkan hujjah feqah yang mengatakan "apabila kamu berada di suatu tempat, maka jadilah kamu hukum tempat itu".

Harapan Semoga kertas ini mampu memberi penjelasan kepada beberapa isu berkaitan ilmu falak dalam ibadah kita, agar ianya dapat meleraikan kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat. Harapan saya agar para peserta seminar dapat sebarkan ke segenap lapisan masyarakat. Mudahan selepas ini kita akan tenang beribadah tanpa diganggu dengan isu-isu yang yang telah dibangkitkan ini. Jika terdapat sebarang kesilapan dan ketidaktepatan, mohon teguran dan pembetulan. Terima kasih. 8

Haji Mohd Shukri bin Haji Ali Pejabat KDYMM Sultan Terengganu Istana Badariah.

Rujukan 1. Al Quran. 2. Al Hadis. 3. Al Syeikh Zainuddin Abdul Aziz Al Malibari,


Dar Al

Darul Fikr, Beirut.

4. Imam Abu Ishak Al Syirazi, Qalam, Damsyik.

5. Imam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya bin Sharf An Nawawi,

Kaherah.

6. Syeikh Syamsuddin Muhammad bin Al Khatib Al Syarbini

Kaherah.
7. Syeikh Tahir Jalaludin, PATI KIRAAN. Tanpa tahun & cetakan. 8. Mohd Khair Mohd Taib, TAKWIM HIJRIAH KHAIRIAH, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1987. 9. Haji Abdul Ghani Salleh, ILMU FALAK SYARIE : HISAB WAKTU SOLAT, Kuala Terengganu, 1992. 10. Haji Abdul Ghani Salleh, ILMU FALAK SYARIE : ARAH KIBLAT, Kuala Terengganu, 1992. 11. Haji Abdul Ghani Salleh, ILMU FALAK SYARIE : HISAB AWAL BULAN HIJRAH, Kuala Terengganu, 1992. 12. Baharrudin Zainal, ILMU FALAK TEORI, PRAKTIKAL DAN HITUNGAN, Unit Falak Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) 2003. 13. Baharrudin Zainal, KRITERIA KENAMPAKAN ANAK BULAN DI MALAYSIA, Unit Falak Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) 2002. 14. Baharrudin Zainal, PENGENALAN ILMU FALAK , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2002. 15. Dato Haji Nooh Bin Gadut Mufti Negeri Johor , TAFSIRAN HADIS AL-HAJJ ARAFAH DAN IBADAT PUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH, Johor Bharu. 16. Hj. Ab. Rahman Bin Hj. Hussain (Presiden Persatuan Falak Syarie Malaysia), ASAS PENENTUAN IDUL ADHA DARI SUDUT SYARAK, Muzakarah Falak Anjuran Jakim Pada 30 Jun 2 Julai 2003 Di Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. 17. Ahmad Taufan Abd. Rashid, PENETUAN ARAH KIBLAT, Kursus Falak Syarie KUSZA, 1996. 18. Bahagian Hal Ehwal Islam, TAKLIMAT ARAH KIBLAT MENGGUNAKAN TEODOLITE DAN KOMPAS, Pusat Islam, Kuala Lumpur, 1995. 9

19. Bahagian Hal Ehwal Islam, MUZAKARAH JAWATANKUASA TEKNIKAL KALENDER ISLAM DENGAN WAKIL JABATAN AGAMA ISLAM SELURUH MALAYSIA, Kuala Terengganu 22 26 September 1995. 20. Jabatan Mufti Negeri Terengganu, LAPORAN PENYEDIAAN TAKWIM BAGI NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, Mesyuarat Jawatankuasa Takwim dan Rukyah Negeri, 2005 -2008.

10

Anda mungkin juga menyukai