Anda di halaman 1dari 17

ISU-ISU BERKAITAN ILMU FALAK DALAM IBADAH1

Oleh : Haji Mohd Shukri bin Haji Ali Pejabat KDYMM Sultan Terengganu

ISU 1 : PENENTUAN AWAL RAMADHAN DAN SYAWAL


Tersilap puasa puasa termakan bulan Arab Saudi terima matahari lebih lewat 5 jam dari Malaysia, tetapi berpuasa/berhari Raya lebih dahulu. PENETAPAN AWAL BULAN. Penetapan awal bulan Hijrah termasuk Ramadhan dan Syawal adalah berdasarkan salah satu daripada 2 perkara berikut : 1. Melihat anak bulan ketika terbenam matahari (Maghrib) 29hb. 2. Mencukupkan 30 hari bulan Sya'ban. : .Firman Allah s.w.t


185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; Surah Al Baqarah : 185 Sabda Junjungan Besar s.a.w.

: ,
Maksudnya; Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari). (Riwayat Imam Muslim) Bagaimanapun, dalam Hidayatus Sibyan (hal. 22 23) dan kitab-kitab Feqah lain, awal bulan Hijrah terutama puasa dan raya dapat ditentukan dengan 9 sebab; 1. Melihat anak bulan 2. Sempurna bilangan 30 hari Syaaban
1

Kertas ini dibentangkan di dalam Seminar Penghayatan Ilmu Falak/Astronomi Terengganu 2008 anjuran Jabatan Mufti Terengganu, Pusat Sains & Kreativiti Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu bertempat di Auditorium Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu pada 27 Ogos 2008.

3. Ada khabar mutawatir kelihatan anak bulan, walau dari orang kafir sekalipun 4. Pemerintah menerima perkhabaran orang yang adil yang nampak anak bulan 5. Membenarkan khabar orang melihat anak bulan walaupun dari kanak2 atau orang fasik sekali pun 6. Pemerintah berijtihad sabit telah masuk Ramadhan 7. Dengan zan timbul bulan ramadhan dengan ijtihad seperti orang kena tawan atau yang jauh dari masyarakat 8. Percaya kepada orang yang berpegang kepada hisab/falak 9. Melihat beberapa tanda masuknya Ramadhan seperti: 1. Dengar tembakan meriam 2. Dipasang qindil atau lampu 3. Atau apa-apa isyarat lain menandakan kehadiran Ramadhan Daripada Ibnu Abbad r.a. katanya, seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata : "Sesungguhnya aku telah melihat anak bulan Ramadhan. Sabda Baginda : "Apakah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah?" Katanya : "Ya". Tanya Baginda : "Apakah kamu menyaksikan bahawa Muhammad itu utusan Allah?" Jawabnya : "Ya". Sabda Baginda : "Wahai Bilal, isytiharkan kepada orang ramai hendaklah mereka berpuasa pada esok hari". Ibnu Hibban di dalam Mawarid az-Zham'an dan Al-Hakim Dengan ini, apabila anak bulan (hilal) kelihatan di suatu negeri, maka penduduk negeri yang berhampiran dengan negeri yang melihat anak bulan itu wajib berpuasa. Ukuran jarak jauh dan dekat adalah berdasarkan kepada perbezaan (( )tempat terbit anak bulan ). Berdasarkan sebuah hadith lain yang panjang yang diriwayatkan oleh Muslim (1087 ), para ulama mengatakan : Apabila puasa tidak diwajibkan terhadap penduduk negeri yang jauh, lalu seseorang penduduk negeri yang telah melihat anak bulan bermusafir ke negeri tersebut, maka hendaklah dia berpuasa bersama mereka di akhir bulan walaupun dia telah menyempurnakan puasa selama 30 hari. Ini kerana disebabkan perpindahannya ke negeri tersebut, dia dianggap salah seorang dari mereka. Dengan itu dia mesti mengikut hukum mereka, berdasarkan kaedah "Apabila kamu berada di tempat itu, maka jadi lah kamu hukum tempat itu". Di Malaysia, penentuan awal bulan Islam (Qamariah) bagi tahun Hijriah berdasarkan kepada kaedah Rukyah dan Hisab yang digunakan bagi menentukan 3 bulan utama Islam iaitu awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah. Kaedah yang sama juga digunakan terutamanya bagi bulan yang lain dan bagi tujuan pembinaan Taqwim/Kalendar Islam. 2

Rukyah : Rukyah ialah melihat anak bulan (hilal) pada 29hb di tempattempat rasmi seluruh Malaysia dengan mata kasar atau dengan bantuan peralatan-peralatan optik yang canggih seperti teleskop, teodolit, total station dan binocular dan dikendalikan oleh mereka-mereka yang pakar dan terlatih. Pada petang 29hb Sya'aban, 29hb Ramadhan dan 29hb Zulkaedah pada setiap tahun, Jawatankuasa melihat anak bulan peringkat negeri akan melaksanakan rukyah di 28 buah tempat cerapan rasmi di seluruh negara. Sekiranya hilal iaitu anak bulan kelihatan, maka keesokan harinya ditentukan sebagai awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah. Sekiranya anak bulan tidak kelihatan, hisab kedudukan bulan akan digunakan berpandukan kepada satu kaedah yang dinamakan KRITERIA IMKANUR-RUKYAH iaitu kebolehnampakan hilal. Tarikh melihat anak bulan dan penetapan tarikh puasa dan hari raya diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia dan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu melalui media massa bila tiba masanya. Hisab : Hisab pada bahasa bermaksud pengiraan. Ia adalah merujuk kepada perkiraan bagi menentukan kedudukan hilal pada petang 29hb Qamariah. Di Malaysia ia akan merujuk kepada kedudukannya di Tg. Atiam, Sabah (stesyen rujukan rasmi paling timur) dan di Tanjung Chincin, Langkawi, Kedah (stesyen rujukan rasmi paling barat). Kriteria Imkanur-Rukyah? Kreteria ini diperkenalkan dalam Muktamar Hilal Bagi Penentuan Bulan Hijrah di Istanbul pada 26-29 November 1978 dengan ketetapan;
1. Ketinggian hilal tidak kurang dari 5 ketika matahari terbenam.

2. Jarak lengkung hilal-matahari tidak kurang daripada 8 ketika matahari terbenam. Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menerimapakai Deklirasi Istanbul 1978 ini dengan tambahan syarat alternatif yang ke 3:
3. Umur hilal tidak kurang dari 8 jam ketika hilal terbenam.

Bermula tahun 1993, Negara-negara anggota MABIMS (Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura) bersepakat menerimapakai kriteria Imkanur-Rukyah ini dengan sedikit pengubahsuaian, iaitu; 1. ketika matahari terbenam; a. ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang dari 2 b. jarak lengkung hilal-matahari tidak kurang dari 3
ATAU

2. Ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam selepas ijtimak berlaku. Umur hilal 8 jam Jaras Lengkung Bulan ke Matahari a 3 Altitud Hilal 2

IJTIMAK berlaku apabila bulan, bumi dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama

Isu Puasa Termakan Bulan Antara isu yang popular di kalangan masyarakat kita ialah kenapa hari pertama kita berpuasa atau berhari raya, hilal telah kelihatan besar dan tinggi di langit? Sebagai contoh : Data Hilal pada hari Rukyah 11 Okt 2007; Ijtimak berlaku jam 1.14 tengahari Bulan terbenam : 6.54 mlm Hilal berumur 6 jam 05 minit dari masa ijtimak Umur Hilal 11 Okt 2007- 6 jam 05 minit Umur Hilal 12 Okt 2007- 30 jam 05 minit Umur Hilal 13 Okt 2007- 54 jam 05 minit Masyarakat kita yang tidak didedahkan tentang ilmu kaji bintang ini akan menjadi keliru apabila melihat hilal dengan mata kasar dan kedudukan hilal itu sudah tinggi di ufuk, maka tercipta lah satu istilah "PUASA TERMAKAN BULAN". Kesannya cukup besar, sehingga ada di kalangan masyarakat kita yang mengambil tindakan sendiri dengan berpuasa atau berhari raya lebih awal 4

dari yang sepatutnya. Mereka telah mencabuli hukum syarak iaitu berbuka dengan sengaja di bulan Ramadhan atau berpuasa pada hari syak (30hb), sekaligus mengenepikan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja seperti yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja . Ulasan : Hilal pada petang 13 Okt itu sudah berumur lebih 54 jam kerana ijtimak berlaku agak lewat dan Hilal berumur 40 jam ke atas akan dapat dicerap dengan mata kasar manusia dan sudah tinggi sekira-kira lebih 40 darjah di ufuk barat. Isu Makkah Raya Dahulu Satu lagi isu yang tidak kurang juga hebatnya ialah kenapa kita di Malaysia menerima matahari 5 jam lebih cepat dari Arab Saudi, tetapi mereka yang mendahului kita dalam berpuasa dan berhari raya. Ulasan : Ijtimak berlaku satu masa dalam satu dunia. Contohnya; jika di Malaysia ijtimak berlaku jam 1.14 tengahari, bermakna di Arab Saudi ketika itu jam 8.40 pagi (perbezaan waktu 5 jam). Menjelang Maghrib, hilal di Malaysia baru berumur 6 jam lebih tetapi di Arab Saudi hilal sudah pun melebihi 10 jam (sudah melebihi Kriteria Imkanur-Rukyah). Ini bermakna semakin ke barat kedudukan negara itu, maka semakin tinggi peluang untuk hilal itu dapat dicerap atau memenuhi Kriteria ImkanurRukyah. Sebagai contoh, sila teliti perbandingan data hilal di dua stesyen paling timur dan paling barat di Malaysia ini:
Temp at Tg Atiam Tg Cinci n Terbenam 18:10 19:29 Terbenam 18:28 19:29 Tinggi 03 53 04 20 J/Lengkun g & 07 01 07 41 Umur 14:30 15:51 Tempoh Atas Ufuk 00:19 00:21

ISU 2 : PUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH DAN PENETAPAN AIDIL ADHA


Satu lagi isu dalam masyarakat kita ialah kekeliruan berkaitan penetapan Hari Raya Korban (Idul Adha) kerana beranggapan bahawa Idul Adha hendaklah disambut mengikut penetapan Idul Adha di Arab Saudi iaitu sehari selepas Hari Wukuf di Arafah sewaktu ibadat haji. Antara hujjah yang biasa digunakan ialah, Padang Arafah yang menjadi tumpuan jemaah berwuquf adalah terletak di Arab Saudi bukan di Malaysia. Maka sebarang keputusan penetapan Aidil Adha, puasa sunat Hari Arafah dan sebagainya hendaklah mengikut Arab Saudi. 5

Fakta kes Aidil Adha tahun lepas (1428M/2007H) adalah sangat menarik untuk dibincangkan.
18 Dis 9 Zulhijja h (Wukuf) 19 Dis 10 Zulhijjah (Aidil Adha) 9 Zulhijjah (Wukuf) 20 Dis 11 Zulhijjah (H/Tasyrik 1) 10 Zulhijjah (Aidil Adha) 21 Dis 12 Zulhijjah (H/Tasyrik 2) 11 Zulhijjah (H Tasyrik 1) 22 Dis 13 Zulhijjah (H/Tasyrik 3) 12 Zulhijjah (H Tasyrik 2) 23 Dis

Arab Saudi Malaysi a

13 Zulhijjah (H Tasyrik 3)

1. Puasa Sunat Arafah di Malaysia 18 Dis atau 19 Dis? 2. Apakah 19 Dis itu haram berpuasa kerana hari itu Aidil Adha? 3. Apa sah sembelihan korban di Malaysia jika dilakukan pada 19 Dis atau 23 Dis? Fenomena berlaku : Ramai yang berpuasa pada 18 Dis. dan meletakkan hukum sebagai HARAM berpuasa pada 19 Dis, kerana hari itu sudah dikira sebagai Hari Raya Aidil Adha yang telah disambut di Mekkah. Tetapi ramai juga yang berpuasa pada 19 Dis dan berhari raya pada hari berikutnya, dengan hujjah feqah yang mengatakan "apabila kamu berada di suatu tempat, maka jadilah kamu hukum tempat itu"

Penulis nampak ada 2 faktor yang menyebabkan kekeliruan ini berlaku; i. Sandaran hadis "" " Haji itu (salah satu rukunnya) adalah wuquf di Arafah" yang telah disalahtafsirkan khususnya ibadat puasa sunat 9 Zulhijjah, sehingga dianggap puasa sunat itu hendaklah bersamaan dengan tarikh Wukuf di Arafah sana. Kurangnya kefahaman masyarakat kita dengan konsep penentuan awal bulan Hijrah seperti yang dibincangkan dalam isu penetapan puasa dan raya termasuk Kriteria Imkanur-Rukyah, kedudukan hilal, berlainan terbit matahari ()dan sebagainya.

ii.

Ulasan Hadis "Al Hajj Arafah" sebenarnya menerangkan kewajipan berwuquf di dalam ibadah haji yang merupakan salah satu rukun haji. Tanpanya haji tidak sah. Demikian yang dimaksudkan oleh Syeikh Izzudin Ibn Salam;

""
"Maksud daripada "Al Hajj Arafah" itu ialah ibadah Haji dapat sempurna (sah) dengan wuquf di Arafah"

Pendapat ini disokong oleh Al Syeikh Zainuddin Abdul Aziz Al Malibari dalam ( Juzuk 2/hal. 325) dan Imam Abu Ishak Al Syirazi di dalam

(Juzuk 2/hal.774)

Ini bermakna Hadis tersebut dan hadis-hadis yang berkaitan dengan wuquf adalah menerangkan bahawa wuquf adalah salah satu daripada rukun-rukun ibadat haji dan para ulama al-Syafiiyyah tidak menghubungkan hadis tersebut dengan penentuan tarikh Aidil Adha kerana ianya tidak menunjukkan sebarang isyarat bahawa Aidil Adha itu tertakluk dengan wukuf di Arafah terutamanya negara-negara yang tidak sama ( )terbit matahari dengan negara Arab Saudi. Hal ini dikuatkan lagi dengan Hadis dari Ummi Salamah:

" : "
Maksudnya; Daripada Ummi Salamah bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda; Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang mahu berkorban maka hendaklah dia (orang yang hendak melakukan korban) jangan memotong rambut dan kukunya. (Riwayat Imam Muslim) Hadis di atas menjelaskan bahawa penentuan Aidil Adha itu adalah berdasarkan kepada rukyah anak bulan Zulhijjah dan tidak ditentukan berdasarkan Hari Wukuf di Arafah. Manakala Rukyah pula mestilah tertakluk kepada matla yang menunjukkan kepada waktu terbit matahari dan waktu terbit bulan. Hadis Kuraib yang panjang menjelaskannya; Maksudnya; Kuraib menceritakan bahawa Ummu al-Fadl telah menghantarnya menemui Muawiyah di negeri Syam. Kuraib berkata, Aku tiba di Syam dan menunaikan hajatnya sedangkan pemberitahuan dan perisytiharan tentang kelihatan anak bulan berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat kemudian aku balik ke Madinah al-Munawwarah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan. Katanya, Bilakah kamu melihat anak bulan?. Aku menjawab, Kami melihat pada malam Jumaat!. Ibnu Abbas bertanya lagi katanya, Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?. Aku menjawab, Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa. Ibnu Abbas berkata, Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan Syawal. Aku bertanya, Tidakkah memadai bagi kamu dengan penglihatan anak bulan itu oleh Muawiyah dan puasanya?. Ibnu Abbas menjawab, Tidak! Beginilah caranya Rasulullah s.a.w. menyuruh kami. (Riwayat Imam Muslim) 7

Hadis ini menunjukkan bahawa Ibnu Abbas tidak mengambil kira rukyah penduduk Syam dan tidak menjadi wajib atas penduduk satu-satu negeri beramal dengan rukyah yang berlaku di negeri lain yang berlainan terbit matahari (.) Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskannya dalam Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi;

" ." ...


Dan apabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq. Berdasarkan hujjah-hujjah syarak yang muktabar ini, Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan bagi menentukan awal bulan Zulhijjah sama dengan cara penentuan awal Ramadhan dan Syawal dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-30 yang diadakan pada 22 Ogos 1992. Oleh yang demikian, hujjah yang mengatakan bahawa kita perlu menentukan 9 Zulhijjah untuk berpuasa sunat Arafah dan 10 Zulhijjah bagi merayakan Aidil Adha mengikut Arab Saudi kerana kerja-kerja haji berlaku di sana, adalah satu hujjah aqal tanpa disandarkan kepada mana-mana hujjah syarak yang kuat. Menurut YB Dato Haji Noh bin Gadut, Mufti Kerajaan Negeri Johor (Tafsiran Hadis "Al Hajj Arafah dan Ibadah Puasa Sunat 9 Zulhijjah, hal 13.): "Fahaman yang menyatakan Idul Adha disambut berdasarkan ketentuan Hari Wukuf di Arafah (sama dengan Arab Saudi) bagi negara yang tidak sama matla dengan Arab Saudi adalah tertolak dan tidak boleh diterima. Ini kerana Hari Wukuf di Arafah dan Idul Adha adalah tertakluk kepada penentuan awal Zulhijjah menurut hisab penentuan awal bulan hijriah" Kaedah penentuan awal bulan Zulhijjah adalah sama dengan cara penentuan awal Ramadhan dan Syawal sepertimana yang telah dijelaskan dalam isu penentuan Ramadhan dan Syawal sebelum ini. Oleh itu, bagi negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari ( )penentuan 9 Zulhijjah dan Aidil Adha adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing berdasarkan hujjah feqah yang mengatakan "apabila kamu berada di suatu tempat, maka jadilah kamu hukum tempat itu".

ISU 3 : PENENTUAN ARAH KIBLAT


Kiblat Masjid Kristal terpesong 80-85 degree / 30 degree..? Adakah tempat ghurub matahari KIBLAT bagi kita?
8

Mengadap arah qiblat adalah salah satu syarat sah solat berdasarkan perintah Allah s.w.t. di dalam Firmannya


Maksudnya; Dan dari mana sahaja Engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haram (Kaabah)... Surah Al Baqarah : 150 Penentuan arah Kiblat Kesemua empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali telah bersepakat bahawa menghadap qiblat merupakan syarat sah solat. Syeikh Abd. Rahman al-Jaziri dalam kitab Fiqh Empat Mazhab menjelaskan kaedah penentuan arah Kiblat: 1. Menghadap qiblat dengan penuh yakin iaitu bagi yang berada di dalam Masjidil Haram sama ada nampak Kaabah atau tidak, wajib menghadap ke Kaabah dengan yakin. Ia dapat dipastikan dengan melihat atau menyentuhnya bagi orang buta atau dengan apa cara sekalipun, asalkan ada keyakinan. Kaedah ini dinamakan "qiblat yakin ". 2. Menghadap Qiblat Secara Dzanni iaitu bagi mereka yang berada jauh dari Kaabah iaitu berada di luar Masjidil Haram atau di sekitar Tanah Suci Makkah. Mereka dikehendaki menghadap ke arah Masjidil Haram sebagai maksud menghadap ke arah Kaabah secara dzanni. Kaedah ini dinamakan "qiblat dzanni". 3. Menghadap Qiblat Secara Dzanni juga terpakai kepada mereka yang berada di luar Tanah Suci Makkah dengan menggunakan kaedah IJTIHAD bagi menentukan arah qiblat seperti menggunakan panduan Bintang Polaris ( Qutbi ), Fenomena Istiwa Matahari di atas Kaabah, Trigonometri Sfera, peralatan moden seperti teodolit, kompas dan sebagainya. Bagi mereka yang tidak tahu berijtihad, hendaklah mengikut (taqlid) kepada orang yang berijtihad. Ijtihad bagi menentukan arah Kiblat hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Menurut Syeikh Daud al-Patthani di dalam Buqhyatul Tulab, berijtihad bagi menentukan arah kiblat sangat penting, kerana tanpa mengadap kiblat yang betul, solat kita dikira tidak sah. Oleh itu tuntutan mempelajari kaedah menentukan arah qiblat adalah sama seperti belajar syarat sah solat yang lain seperti cara-cara berwudhu, bersuci daripada najis dan syarat-syarat yang lain. Walaubagaimanapun, masyarakat kita masih memandang remeh soal penentuan arah kiblat ini sehingga berlaku kesilapan dalam menentukannya. Lebih membimbangkan lagi bilamana banyak pertimbangan logik aqal digunakan di dalam menentukan arah kiblat tanpa berlapik kepada hujjahhujjah syarak yang muktabar. Contoh terbaru, ialah tersebar secara meluas di internet, malah di papan tanda masjid-masjid dan surau, bahawa arah kiblat Masjid Kristal yang

terpesong arah kiblat sehingga 30 darjah. Ada juga yang mengatakan sehingga 80 85 darjah. Perlu juga disebut bahawa beberapa surau (tidak perlu sebut di mana) yang penulis sempat buat kajian arah kiblat bersama pasukan pengkaji dari KUSZA (UDM sekarang) yang terpesong arah kiblat sehingga 20 - 24 darjah. Mungkin arah kiblat surau-surau ini diukur sendiri oleh penduduk setempat atau tukang/kontraktor dengan menggunakan kompas, arah matahari terbenam dan sebagainya dan tidak dapat pengesahan dari pihak berwajib. Bagaimanapun setakat ini, tidak terdapat kiblat masjid-masjid di Negeri Terengganu yang terpesong dari arah kiblat sebenar kerana telah diukur dengan profesional oleh pihak JUPEM dan disahkan oleh Jabatan Mufti. Hukum syarak sebenarnya memberikan kelonggaran yang agak luas dalam kaedah "qiblat dzani" ini dengan tidak meletakkan sebarang sempadan atau had sudut tertentu ketika menentukan arah kiblat, berdasarkan hujjah FirmanNya yang mulia;


Maksudnya: " Maka kami benarkan engkau berpaling mengadap qiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram dan di mana sahaja kamu berada hadapkanlah mukamu ke arahnya ". Surah Al Baqarah : 144 KESAN BESAR Walaupun begitu, kelonggaran yang diberikan itu tidak wajar dipandang ringan kerana kesan yang timbul dari terpesong atau dakwaan terpesong arah kiblat ini amat besar. Sebagai contoh, kordinat Bukit Besar di Kuala Terengganu yang berada pada kedudukan (5 18' 19'' U dan 103 08' 08'' T), jaraknya ke Kaabah lebih kurang 7028 kilometer dan selisih satu darjah akan menyebabkan pemesongan sejauh 123 kilometer. Ini bermakna jika arah kiblat terpesong 20 x 123 km = 2,460 km dari arah kiblat sebenarnya. Bayangkan jika dakwaan Masjid Kristal terpesong sebanyak 30 x 123 km = 3,690 km. Atau dakwaan terpesong 80 = 9,840 km dari kaabah. Ijtihad Tentukan Arah Kiblat. Ibn Rusyd memetik pendapat Imam As Syafie dalam Bidayatul Mujtahid bahawa kita perlu tepat mengadap ke arah qiblat dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Usaha dan ikhtiar ini dinamakan ijtihad. Tidak memadai hanya sekadar meneka-neka atau mengikut istilah saya rasa... kiblat ikut sini... Kaedah Ijtihad Tentukan Arah Kiblat. 10

Penulis bahagikan kepada 3 kaedah yang besar kemudian akan dikembangkan pecahannya. 1. Menggunakan peralatan moden 2. Menggunakan buruj atau bintang 3. Menggunakan kedudukan dan peredaran matahari 1. MENGGUNAKAN PERALATAN MODEN a. Kompas Penggunaan kompas sangat popular kerana senang dan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Ia juga mudah didapati di kedaikedai dalam berbagai bentuk dan saiz seperti kompas sejadah, dan harganya pun ada yang murah dan ada yang mahal. Namun ia mempunyai risiko yang agak tinggi kerana beberapa faktor; i. Arah yang ditunjukkan oleh sesuatu kompas adalah arah yang merujuk kepada arah utara magnet yang tidak semestinya bersamaan dengan arah utara benar. Perbezaan arah utara ini dipanggil sebagai sudut serong magnet. Jarum kompas boleh terpengaruh dengan tarikan graviti tempatan di mana ia terkesan dari kewujudan bahan-bahan logam atau arus elektrik di sekeliling kompas yang digunakan. Jarum kompas itu mungkin lemah disebabkan harga yang murah atau kompas itu sudah lanjut usianya.

ii.

iii.

Oleh yang demikian, pengguna perlu berhati-hati menggunakan kompas ketika menentukan arah kiblat. Cara yang paling mudah dan selamat ialah pastikan terlebih dahulu kesahihan jarum kompas itu dengan beberapa buah masjid yang sudah pasti arah kiblatnya sebelum digunakan di tempat lain termasuk di rumah, di kubur dan sebagainya. b. Teodolit. Teodolit merupakan alat termoden yang digunakan oleh juruukur dan pihak yang melakukan kerja menentukan arah qiblat seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Jabatan Mufti. Ia memberi kejituan bacaan yang tinggi dan tepat, tetapi penggunaannya memerlukan kemahiran yang sangat tinggi dan harganya juga mencecah puluhan ribu ringgit.

11

Teodolite 2. Menggunakan Kaedah Buruj Bintang Buruj Bintang ialah sekumpulan bintang yang berada di suatu kawasan langit serta mempunyai bentuk yang hampir sama dan kelihatan berdekatan antara satu sama lain. Menurut International Astronomical Union ( IAU ), langit dibahagikan kepada lapan puluh lapan (88) kawasan buruj bintang. Bintang-bintang yang berada disuatu kawasan yang sama adalah dalam satu buruj. Pemerhati purba telah menetapkan sesuatu buruj bintang mengikut bentuk yang mudah mereka kenal pasti seperti bentuk-bentuk haiwan, geometri dan seumpamanya. Dengan mengetahui bentuk buruj-buruj bintang tertentu, arah utara dan arah qiblat dari sesuatu tempat boleh ditentukan. a. Buruj Orion (Al Barbadour) Pada buruj ini terdapat tiga bintang yang berderet iaitu An Nitak, An Nilam dan Al Mintaka. Arah qiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah tiga bintang berderet tersebut ke arah barat. Buruj Orion akan berada di langit Malaysia ketika waktu subuh bulan Julai dan kemudian akan kelihatan pada bulan Disember. Pada bulan Mac Buruj Orion akan berada ditengah-tengah langit pada waktu Maghrib.

b. Bintang Al Qutbi (Polaris). Bintang ini terletak dalam Buruj Bajak (Ursa Minoris ) dan ia menunjukkan arah utara benar dari mana-mana tempat di muka bumi ini. Di luar Tanah Arab khususnya di Nusantara, kaedah penentuan arah qiblat berdasarkan bintang ini agak rumit kerana ia berada rendah di ufuk. Dalam Risalah Badri Huda wa-Qatril Nida, arah qiblat dari negeri Nusantara boleh ditentukan dengan kedudukan bintang Qutbi pada pelepis telinga kanan, 12

muka kita telah mengadap ke arah qiblat atau dengan berdasarkan perbezaan sudut sebanyak 68 ke kiri dari kedudukan bintang ini.

c. Buruj Pari Selatan (Southern Cross) Buruj ini menunjukkan arah selatan benar dari mana-mana tempat di muka bumi ini. Ia berada rendah di ufuk selatan. Arah qiblat dari negeri Nusantara boleh ditentukan dengan kedudukan buruj ini pada pelepis telinga kanan, muka kita telah mengadap ke arah qiblat atau berdasarkan perbezaan sudut sebanyak 112 ke kanan dari kedudukan bintang ini.

Mengukur Sudut Setelah dipastikan arah timur, barat, selatan dan utara dengan petunjuk bintang dan buruj itu, arah kiblat boleh ditentukan dengan menggunakan jari kita sebagai petunjuk untuk menentukan nilai bukaan sudut seperti berikut;

3. Menggunakan Pergerakan Dan Peredaran Matahari a. Kaedah Matahari Terbenam. Cara yang paling popular di kalangan orang tua-tua kita menentukan arah kiblat ialah menggunakan petunjuk matahari jatuh. Seperti juga dengan dengan penggunaan kompas, kaedah ini juga mengundang risiko yang besar jika tidak digunakan dengan betul. Ini adalah kerana arah matahari terbenam di Malaysia akan berubah-ubah dari azimut 13

235 hingga 295. Manakala arah kiblat bagi negeri-negeri di Malaysia adalah 291 dan 292.

Kaedah ini boleh digunakan secara selamat jika kita mengetahui perbezaan sudut di antara arah matahari dengan arah qiblat pada bulan-bulan berkaitan. Anggaran perbezaan sudut antara arah qiblat dengan matahari terbenam bagi kegunaan di Malaysia secara purata dalam jadual di bawah: BULAN Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember ANGGARAN ARAH KIBLAT DARI MATAHRI TERBENAM Ke kanan 45 Ke kanan 40 Ke kanan 25 Ke kanan 15 Ke kanan 05 Ke kiri 01 Ke kanan 01 Ke kanan 05 Ke kanan 15 Ke kanan 30 Ke kanan 40 Ke kanan 45

Cara mengukur bukaan sudut dalam kaedah ini juga sama dengan petunjuk jari tadi. b. Matahari Istiwa Atas Kaabah (Istiwa A'zam). Kejadian matahari istiwa atau tepat di atas Kaabah berlaku dua kali setahun. Fenomena ini berlaku pada 28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan pada 16 Julai kira-kira jam 5.28 petang ( mengikut waktu piawai Malaysia ). Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan membetuli arah qiblat.

14

Panduan untuk menentukan arah qiblat dari sesuatu tempat pada tarikh dan masa yang ditentukan diatas: i. Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak disemak arah qiblatnya. ii. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletak sebarang pemberat yang diikat dihujung tiang berkenaan. iii. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinaran matahari. Oleh kerana matahari berada dilangit barat, maka bayang akan jatuh kearah Timur, maka arah qiblat ialah bayang yang menghadap ke barat. c. Kaedah Tongkat Istiwa Kitab Pati Kiraan (hal. 30) menhuraikan, kaedah ini menggunakan suatu tiang (tongkat) dipacakkan di tengah suatu bulatan di tapak di mana kiblat hendak ditandakan. Bayang hujung tongkat sebelum dan selepas istiwa yang mencecah bulatan tersebut ditandakan. Suatu garisan dibuat menghubungkan kedua-dua tanda pada bulatan tersebut, membentuk garisan timur dan barat tepat. Menggunakan prinsip geometri, arah kiblat boleh ditandakan menggunakan beza sudut arah kiblat dari garis timur barat tersebut.
Arah kiblat

x = ??

y = 10 meter = x= 270 00' 00'' azimut kiblat stesyen ( 291 48' 19'') 21 48' 19'' atau 22 y tan 10 tan 22 3.87 meter

d.

Menggunakan Kedudukan Matahari Searah Kiblat Sebagaimana kita telah maklum tadi bahawa matahari yang berubah-ubah tempat terbit dan terbenam harian di mana ia akan berada pada satu kedudukan di mana azimut matahari ketika itu adalah sama dengan azimut kiblat, atau sama dengan unjuran arah kiblat ke timur, seperti dinyatakan dalam persamaan di bawah; Azimut matahari (petang) = Azimut kiblat 15

ATAU Azimut matahari (pagi) = Azimut kiblat 180 4. Kaedah lain Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat, penentuan arah kiblat juga kini semakin canggih dan mudah. Dari internet juga kita dapat tentukan arah kiblat di mana saja kita berada. Antaranya kita boleh gunakan perisian Google Earth atau qiblat locator di http://www.qiblatlocator.com. Kesilapan Dalam Menentukan Arah Qiblat Sekiranya kita bersolat mengadap ke arah qiblat setelah berijtihad. Tetapi setelah selesai didapati solatnya tidak mengadap ke arah qiblat yang betul. Maka, kita tidak perlu untuk mengulangi solat itu. Begitu juga orang yang melakukan taqlid (mengadap ke arah qiblat yang biasa orang lain ikuti) kerana tidak ada orang lain untuk diikuti. Maka hukumnya samalah seperti mujtahid tersebut kerana dia telah melakukan apa yang telah diperintahkan kepadanya. Harapan Semoga kertas ini mampu memberi penjelasan kepada beberapa isu berkaitan ilmu falak dalam ibadah kita, agar ianya dapat meleraikan kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat. Harapan saya agar para peserta seminar dapat sebarkan ke segenap lapisan masyarakat. Mudahan selepas ini kita akan tenang beribadah tanpa diganggu dengan isu-isu yang yang telah dibangkitkan ini. Jika terdapat sebarang kesilapan dan ketidaktepatan, mohon teguran dan pembetulan. Terima kasih.
Haji Mohd Shukri bin Haji Ali Pejabat KDYMM Sultan Terengganu Istana Badariah. 20 Ogos 2008.

Rujukan 1. Al Quran. 2. Al Hadis. 3. Al Syeikh Zainuddin Abdul Aziz Al Malibari,


Dar Al

Darul Fikr, Beirut.

4. Imam Abu Ishak Al Syirazi, Qalam, Damsyik.

5. Imam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya bin Sharf An Nawawi,

Kaherah.

16

6. Syeikh Syamsuddin Muhammad bin Al Khatib Al Syarbini

Kaherah.

7. Syeikh Tahir Jalaludin, PATI KIRAAN. Tanpa tahun & cetakan. 8. Mohd Khair Mohd Taib, TAKWIM HIJRIAH KHAIRIAH, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1987. 9. Haji Abdul Ghani Salleh, ILMU FALAK SYARIE : HISAB WAKTU SOLAT, Kuala Terengganu, 1992. 10. Haji Abdul Ghani Salleh, ILMU FALAK SYARIE : ARAH KIBLAT, Kuala Terengganu, 1992. 11. Haji Abdul Ghani Salleh, ILMU FALAK SYARIE : HISAB AWAL BULAN HIJRAH, Kuala Terengganu, 1992. 12. Baharrudin Zainal, ILMU FALAK TEORI, PRAKTIKAL DAN HITUNGAN, Unit Falak Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) 2003. 13. Baharrudin Zainal, KRITERIA KENAMPAKAN ANAK BULAN DI MALAYSIA, Unit Falak Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) 2002. 14. Baharrudin Zainal, PENGENALAN ILMU FALAK , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2002. 15. Dato Haji Nooh Bin Gadut Mufti Negeri Johor , TAFSIRAN HADIS AL-HAJJ ARAFAH DAN IBADAT PUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH, Johor Bharu. 16. Hj. Ab. Rahman Bin Hj. Hussain (Presiden Persatuan Falak Syarie Malaysia), ASAS PENENTUAN IDUL ADHA DARI SUDUT SYARAK, Muzakarah Falak Anjuran Jakim Pada 30 Jun 2 Julai 2003 Di Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. 17. Ahmad Taufan Abd. Rashid, PENETUAN ARAH KIBLAT, Kursus Falak Syarie KUSZA, 1996. 18. Bahagian Hal Ehwal Islam, TAKLIMAT ARAH KIBLAT MENGGUNAKAN TEODOLITE DAN KOMPAS, Pusat Islam, Kuala Lumpur, 1995. 19. Bahagian Hal Ehwal Islam, MUZAKARAH JAWATANKUASA TEKNIKAL KALENDER ISLAM DENGAN WAKIL JABATAN AGAMA ISLAM SELURUH MALAYSIA, Kuala Terengganu 22 26 September 1995. 20. Jabatan Mufti Negeri Terengganu, LAPORAN PENYEDIAAN TAKWIM BAGI NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, Mesyuarat Jawatankuasa Takwim dan Rukyah Negeri, 2005 -2008.

17

Anda mungkin juga menyukai