Anda di halaman 1dari 6

Fungsi Zakat Dan Pelaksanaannya Pada Zaman Bani Umayyah.

Pengenalan Zakat berasal daripada perkataan Arab iaitu daripada kata dasar zaka yang bererti penambahan atau persucian. Dari segi bahasa zakat bermaksud kesuburan, kesucian, keberkatan dan kedamaian. Dari segi syarak pula zakat merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta apabila sudah sampai nisabnya dan genap setahun (haul) dan ia akan diberikan kepada orang yang berhak menerimanya. Fungsi zakat :

Mendatangkan kesyukuran dan penyuburan pahala. Mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa Mewujudkan kedamaian Merapatkan jurang kekayaan dalam kalangan masyarakat Islam Menyemai semangat bertanggungjawab dan tolong menolong Mengikis sifat-sifat tamat dalam pemilikan harta Membuktikan sifat mentaati hukum agama Mendapatkan keberkatan

Pelaksanaan zakat zaman Bani Umaiyah :

Pelaksanaan zakat pada zaman Bani Umaiyah menonjol ketika era pemerintahan khalifah Umar b. Abd. Aziz. Beliau telah memastikan institusi zakat ditadbir dengan baik dan sistematik.

Melantik Amil :

Baginda

membentuk

institusi

zakat

dan

melantik

amil

untuk

memungut

zakat dibahagian-bahagian yang berbeza mengikut ukuran nisab tertentu

Menggalakkan umat Islam bekerja keras :

Melalui institusi zakat baginda berjaya menggalakkan umat Islam bekerja keras dan bermuafakat sehingga menjadi masyarakat yang makmur. Kemakmuran masyarakat dapat dilihat sehingga tiada seorang pun yang layak menerima zakat pada zamannya.

Zakat pada zaman Bani Umaiyah dibahagikan kepada 5 jenis iaitu:


Zakat Emas dan Perak sebanyak 2.5% Zakat binatang ternakan seperti kambing, unta dan lembu; Setiap 40-100 ekor zakatnya seekor kambing. Jika 100-200, zakatnya seekor setiap 100 ekor.

Bagi unta; setiap 5 hingga 24 ekor, zakatnya seekor kambing. Jika 25 ekor zakatnya anak unta betina berumur setahun.

Lembu/kerbau; setiap 30 ekor zakatnya anak betina umur setahun. Apabila sampai 60 ekor zakatnya seekor tetapi berumur 2 tahun.

Kuda; dikenakan zakat jika digunakan untuk tujuan perniagaan. Zakat barangan perdagangan dikenakan 2.5% mengikut syarat zakat emas dan perak.

Zakat galian dan harta yang tertanam; jika di bumi perang zakatnya 1/5, jika di bumi aman 2.5%.

Zakat tanaman dan buah-buahan; jika guna siraman air hujan 1/10, jika usaha sendiri 1/20

Menentukan golongan yang layak menerima zakat : Hasil kutipan zakat disalurkan kepada 8 asnaf (penerima) yang layak iaitu :

Fakir Miskin

Amil Mualaf yang dinakkan hatinya Hamba yang hendak memerdekakan dirinya Orang berhutang Orang yang berjihad Musafir

Menubuhkan Diwan al Kharaj : Sebuah jabatan dinamakan Diwan al Kharaj ditubuhkan untuk melicinkan tugas pungutan cukai (sebahagian besarnya adalah zakat )dan mengeluarkan perbelanjaan negara. Kesimpulan : Zakat memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi Negara Islam. Ia merupakan bahan penting dalam sistem percukaian negara. Melalui pelaksanaan zakat jurang perbezaan ekonomi antara umat Islam dapat dikurangkan.

Perlaksanaan zakat dan kepentingannya pada Zaman Kerajaan Bani Abassiyah Pengenalan
Zakat merupakan salah satu amalan yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam Zakat mula difardhukan pada tahun ke-2 hijrah setelah nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke

Madinah.
Setelah kerajaan Bani Abbasiyah mengambil alih pemerintahan Islam daripada kerajaan Bani

Umaiyah pada tahun 132H, khalifahnya masih meneruskan malah mengukuhkan lagi dasar dan pelaksanaan zakat.

Pelaksanaan Zakat pada Zaman Bani Abbasiyah :


Pelaksanaan zakat pada zaman ini terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah wajib ditunaikan setelah selesai mengerjakan ibadah puasa pada bulan ramadhan. Zakat harta ialah zakat harta benda seperti, binatang ternakan, emas dan perak, barang

perdagangan dan bijirin. Zakat Fitrah Menurut Mazhab Syafie : Menurut mazhab Syafie zakat fitrah harus ditunaikan sebelum solat aidilfitri kerana jika diberikan selepasnya ia dianggap sedekah biasa. Zakat ini harus diberi kepada hamba atau orang merdeka tidak dikira jantina yang memerlukan berdasarkan hadis nabi Muhammad s.a.w. : Rasulullah mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan sebanyak sa kurma/ sa gandum

bagi hamba sahaya dan orang merdeka, baik lelaki mahupun perempuan dan baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. (Bukhari dan Muslim)
Zakat Harta : Pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah harta benda yang wajib dikeluarkan zakat ialah, ternakan, emas dan perak, barang perniagaan dan biji-bijian seperti beras, gandum, barli dan lain-lain. Zakat Hasil Ternakan : Antara binatang ternakan yang wajib ditunaikan zakat ialah unta, lembu, dan kambing, yang merupakan hasil pendapatan pada masa itu. Syarat wajib zakat ternakan ialah cukup haul dan cukup nisab. Binatang ini mestilah diternak di padang rumput yang bebas dan binatang tersebut mestilah tidak digunakan untuk bekerja. Kadar zakatnya adalah sama seperti yang dikenakan oleh kerajaan Bani Umaiyah.

Zakat Emas dan Perak : Zakat emas dan perak wajib ditunaikan sekiranya mencapai syarat-syarat yang ditetapkan, iaitu: Cukup nisab 5 dirham daripada 200 dirham bagi perak yang telah disepuh. Manakala bagi emas pula nisabnya 20 dinar (96 gram emas). Cukup haul cukup setahun. Milik sempurna barang yang diamanahkan, dipinjam, perhiasan wanita dan harta rampasan tidak wajib dizakatkan. Zakat perdagangan yang diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w telah diteruskan hingga zaman ini. Cara pengeluaran zakat perniagaan seperti berikut: Apabila sudah cukuphaul, seorang peniaga hendaklah menggabungkan semua hartanya iaitu modal, keuntungan, simpanan, serta hutang yang dijangka dapat dipungut. Seterusnya dia memeriksa barang perniagaan dan menilai barang-barang tersebut, lalu dicampurkan dengan wang dan hutang dan kemudian mengeluarkan zakat sebanyak 2.5%. Zakat Pertanian : Biji-bijian seperti padi, gandum dan lain-lain wajib dikeluarkan zakat. Antara syarat wajib zakat pertanian ialah:
Islam

Mengetahui hukum wajib mengeluarkan zakat Tanah pertanian yang diusahakan itu hendaklah daripada jenis tanah yang dikenakan cukai usyur iaitu tanah milik sendiri. Jika tanah itu tanah kharaj iaitu tanah rampasan perang, maka tidak wajib dikeluarkan zakat. Kadar zakatnya ialah 1/10 jika disirami air hujan dan 1/20 jika diusahakan sendiri dengan alat penyiram.

Kepentingan zakat pada zaman kerajaan Bani Abassiyah Dapat mengeratkan hubungan atau tali persaudaraan antara umat Islam khususnya antara golongan kaya dan miskin. Mereka yang kurang bernasib baik akan dapat menjalani kehidupan lebih sempurna dan menguatkan perpaduan ummah. Dapat membersihkan jiwa dan rohani manusia yang kotor. Terhapusnya sifat ini akan melahirkan masyarakat yang lebih aman dan bahagia. Medan ujian bagi golongan yang kaya seterusnya meningkatkan Qanaah yang membendung mereka dikuasai hawa nafsu dan kemahuan yang tidak terbatas. Mewujudkan suasana harmoni antara golongan berada dan miskin serta mendekatkan jurang sosial antara mereka. Membersihkan harta seseorang daripada bercampur dengan harta lain yang sememangnya bukan hak individu tersebut. Membawa kepada perkembangan intelektual yang pesat pada zaman kerajaan Abassiyah. Kesimpulan

Zakat merupakan sumber pendapatan yang amat penting kepada negara dan masyarakat Islam kerana zakat bukan sahaja dapat mewujudkan suasana yang muhibbah tetapi dapat meningkatkan ketaqwaan seseorang terhadap Allah.

Anda mungkin juga menyukai