Anda di halaman 1dari 1

IPG Kampus Tun Hussein Onn

KM7.75 Jalan Kluang,


Karung Berkunci,
83000, Batu Pahat
Johor.

Pegawai Klinik Kesihatan


Batu Pahat,
Johor 3 APRIL 2019

Tuan,

Mohon Kebenaran Mengambil Templet Kecemasan, Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak

Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa institut kami merancang untuk
mengadakan Pameran Pengurusan Kecemasan Kanak-kanak.

2. Tujuan pengambilan templet ini adalah untuk mendedahkan kanak-kanak dengan pengetahuan
dan ilmu tentang pengurusan kecemasan, kesihatan dan keselamatan. Penggunaan templet ini juga
diharap dapat memberi kesedaran yang lebih mendalam tentang pengurusan kecemasan, kesihatan dan
keselamatan di dalam diri kanak-kanak.

3. Diharapkan agar permohonan kami ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada tuan. Selain
itu, kami berharap agar tuan dapat memberikan templet memandangkan kami perlu membuat persediaan
awal bagi pameran tersebut.

Pertimbangan daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………………….
DR SITI SALEHA BINTI SAMSURI
Ketua Bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak
IPG Kampus Tun Hussein Onn

Anda mungkin juga menyukai