Anda di halaman 1dari 1

Pegawai Kesihatan Daerah

Klinik Kesihatan Puchong


Batu 14, Jalan Puchong,
Puchong, 47100, 01 Jun 2023
Selangor

Tuan,

PERMOHONAN KEHADIRAN PEGAWAI KESIHATAN UNTUK PROGRAM PEMERIKSAAN


KESIHATAN ORANG TUA
Merujuk kepada perkara di atas.
Saya sebagai setiausaha Program Amal Jalinan Kasih, dengan hormatnya ingin mengemukakan
permohonan kehadiran seorang pegawai kesihatan untuk program yang kami anjurkan. Program ini
bertujuan untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan awam kepada warga tua yang
tinggal di Pusat Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas.
3. Pusat Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas adalah sebuah institusi yang memberikan
perkhidmatan penjagaan dan rawatan kepada orang tua yang memerlukan bantuan dan sokongan.
Maklumat program adalah seperti berikut :
Tarikh : 24hb Jun 2023 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Tempat : Pusat Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas
Lot 3530, Jalan Batu 18, Kampung Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor

4. Kami berharap agar tuan dapat memberikan sokongan dan kehadiran dalam program ini.
Kehadiran pegawai kesihatan akan memberikan pandangan dan pengetahuan yang berharga kepada
pelajar-pelajar kami, serta memberikan motivasi dan inspirasi dalam usaha kami untuk memberikan
sumbangan positif kepada masyarakat dalam bidang kesihatan.

5. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon kelulusan dari tuan agar dapat
mempertimbangkan permohonan saya untuk mengadakan program tersebut dengan usahasama
bersama pihak tuan. Disini juga saya lampirkan tentatif program dan surat kelulusan daripada pihak
PACE UUM untuk makluman pihak tuan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya di talian 017-
3976985.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………….
Anusuya A/P Thanasamy
Setiausaha
Program Amal Jalinan Kasih

Anda mungkin juga menyukai