Anda di halaman 1dari 7

SESI 4: TIDAK SEDARKAN DIRI

OBEJKTIF SESI
Pada akhir sesi ini, anda seharusnya dapat
a) menerangkan maksud tidak sedarkan diri
b) menyatakan sebab-sebab yang boleh mengakibatkan tidak sedarkan diri
c) mengendalikan mangsa yang mengalami keadaan tidak sedarkan diri

4.1 TIDAK SEDARKAN DIRI

Mangsa yang tidak sedarkan diri tidak akan bertindakbalas apabila ditanya
keadaannya.

4.1.1 Untuk mengenalpasti sama ada mangsa sedarkan diri atau tidak

i. Tepuk ringan bahunya


ii. Tanya sama ada dia OK atau tidak.
iii. Sekiranya anda mengenalinya, gunakan namanya.
iv. Cakap dengan kuat.
v. Sekiranya dia tidak bertindakbalas, andaikannya tidak sedarkan diri.

4.1.2 Tahap-tahap tidak sedarkan diri :


Keadaan tidak sedarkan diri boleh dikelaskan kepada beberapa peringkat , iaitu:-

I PENUH SEDAR  DAPAT MENJAWAB SOALAN


 MENGENALI KEADAAN DISEKITARNYA
Ii Mengantuk  Mudah disedarkan
 Boleh menjawab soalan tetapi mudah kembali
untuk tidak sedarkan diri
Iii Separuh sesar  Hanya dapat disedarkan dengan perangsang sakit
 Jawapan tidak menentu
 Percakapan kabur dan tidak jelas
Iv koma  Tidak sedarkan diri langsung
 Tidak bertindak balas apabila dipanggil atau
ditepuk atau dikejutkan

4.2 APAKAH YANG MENYEBABKAN KEADAAN TIDAK SEDARKAN DIRI

 Asfiksia  Penggunaan dadah


 Kecederaan kepala dan otak  Pengambilan ubat yang beerlebihan
 keracunan  Terlalu banyak alkohol
 Renjatan  ada banyak sebab berlakunya pitam,
 Pengsan pengsan dan koma
 Stroke/apople  tercekik
 Serangan sakit jantung  lemas
 Sawan

17
4.3 TANDA-TANDA DAN GEJALA

4.3.1 Umum
 lemah dan tidak dapat berdiri tegak
 muka pucat
 kulit sejuk dan berpeluh
 denyutan nadi lemah/ tidak menentu
 pernafasan pendek

4.3.2 Pitam

- tidak sedarkan diri untuk beberapa ketika dan akan pulih dengan sendirinya

4.3.3 Pengsan

- bermula dengan kelihatan resah seperti orang mabuk,


- kemudian menjadi mengantuk sehingga tidak boleh disedarkan walaupun dicubit
telinganya.
- Mungkin boleh sedar semula atau pun terus tidak sedarkan diri

4.3.4 Koma

- tidak sedarkan diri sepenuhnya

4.4 PENGENDALIAN

4.4.1 Pitam/Pengsan

Jika seseorang berasa hendak pitam, lakukan seperti berikut:

- Dudukkan dia, tundukkan kepalanya di antara dua lutut


- Suruh dia tarik nafas panjang beberapa kali
- Pastikan dia mendapat udara bersih yang banyak
Jika orang itu telah pitam / pengsan, lakukan seperti berikut :

- baringkan dia
- tinggikan kakinya
- longgarkan pakaiannya terutama di bahagian leher
dan pergelangan tangan
- pastikan dia mendapat udara bersih yang banyak
- apabila dia mulai sedar, bantu dia duduk dengan
perlahan-lahan
- terangkan kepadanya apa yang berlaku dan periksa
jika ada kecederaan yang lain.

4.4.2 Tidak Sedarkan Diri

- hubungi pihak ambulans


- kembali kepada mangsa dengan segera
- semak semula keadaan lain yang boleh mengancam nyawa mangsa
- periksa sama ada mangsa
(a) masih bernafas
- dengan meletak kepala anda menghampiri mulut dan hidung mangsa.
- lihat, dengar dan rasa pernafasan mangsa selama kira- kiranya 5 saat.
- perhatikan dada mangsa untuk melihat sama ada ia menaik atau menurun
- Kalau mangsa dalam kedudukan tertiarap, baringkannya pada sisi badannya
dengan berhati-hati, pastikan kepala dan belakang badan selurus yang boleh

Langkah 1

Langkah 2
(b) mempunyai denyutan nadi
- denyutan nadi mangsa dewasa dan kanak-kanak diketahui dengan meletakkan dua
jari anda di bahagian tepi leher
- denyutan nadi bayi dapat dipastikan pada bahagian di antara bahu dan siku

Lihat, Dengar dan Rasa


pernafasan mangsa selama 5
saat. Jari di leher untuk
menyemak denyutan nadi.

(c) mengalami pendarahan teruk


- semak pendarahan dengan memerhatikan badan mangsa dari hujung rambut ke jari
kaki untuk mencari tanda-tanda pendarahan

Sekiranya mangsa tidak bernafas tetapi mempunyai denyutan nadi, lakukan pemulihan
pernafasan

Sekiranya mangsa tidak bernafas dan tidak mempunyai denyutan nadi, lakukan CPR.
Sekiranya mangsa tidak bernafas …

MELAKUKAN PEMULIHAN PERNAFASAN


Anda akan belajar kemudian

4.5 PERINGATAN
Untuk si mangsa yang tidak sedarkan diri
 jangan beri apa-apa melalui mulutnya
 jangan tinggalkannya seorang diri
 menjaga supaya ia tidak mencederakan diri
 ada kemungkinan mangsa ada - kad diabetes
- kad anti-koagulant
- kad steroid

4.6 PENILAIAN KENDIRI


Arahan : Tanda (  ) jika pernyataan betul, dan () jika salah

NO. PERNYATAAN  ATAU



I. Cara yang paling mudah untuk mengetahui seseorang itu
sedarkan diri atau tidak ialah bercakap dengannya.
ii. Orang mengambil terlalu banyak dadah mungkin akan tidak
sedarkan diri
iii. Seseorang yang menjawab soalan tidak menentu adalah separuh
sedar.
iv. Pendarahan yang teruk boleh mengakibatkan si mangsa tidak
sedarkan diri
v. Seseorang yang baru sahaja dalam keadaan koma boleh
menjawab soalan mudah sahaja.
vi. Seseorang yang tidak sedarkan diri juga tidak bernafas.

vii. Si mangsa yang tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas perlu
diletakkan dalam kedudukan koma semasa menjaganya
viii. Orang yang pengsan boleh dipulihkan dengan tinggikan kaki
serta longgarkan pakainya terutama di bahagian leer
ix. Jika anda terjumpa seseorang yang tidak sedarkan diri, anda
perlu menyemak pernafasannya selepas periksa keselamatan
keadaan tempat kejadian
x. Orang yang tidak sedarkan diri memerlukan pemulihan
pernafasan

Anda mungkin juga menyukai