Anda di halaman 1dari 9

KSL 6233 PSIKOLOGI BILLAZIM

TUGASAN KUMPULAN

TAJUK: INSOMNIA REVIEW

KECELARUAN TIDUR

PROGRAM : SARJANA MUDA KAUNSELING

KUMPULAN :2

SESI PENGAJIAN : SEMESTER 2 SESI 2019/2020

NAMA PENSYARAH : PN. AZWA AMIRA BINTI HUSSAIN

BI NAMA PELAJAR NO MATRIK


L
1. FATIN SYAFIQAH BINTI HAMIL I17101787
2 FATIN SYAHIRAH BINTI HAMIL I17101788
3. NUR ATHIRAH BINTI MOHD SHAPIEE I17191829
4. AMIRAH SHAZWANI BINTI ABU HASAN I17101805
1.0 PENGENALAN

Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang
lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di
antara 4-5 jam sehari. Ini mengenai kecelaruan tidur, yang membincang tentang imsonia iaitu
tidur yang terlalu sedikit.

2.0 SINOPSIS

Dormer mengetahui bahawa Burr telah pergi ke Finch. Dia mendapati surat Kay di pangsapuri
Finch dan menyedari bahawa Finch berhasrat untuk membunuh Burr. Dia belajar rumah tasik
Finch dan bergegas ke sana. Di rumah, Finch mengetuk Burr tidak sedar sama seperti Dormer
tiba, dan mengambil pistol Burr. Dormer terlalu bercelaru kerana kurang tidur untuk melawan
Finch. Burr memulihkan dan menyelamatkan Dormer, sementara Finch melarikan diri. Burr
mendedahkan dia tahu Dormer ditembak Eckhart, dan dia mengakui bahawa dia tidak lagi pasti
jika ia adalah kemalangan. Dari kandangnya, Finch menembak mereka dengan senapang patah,
dan Burr mengembalikan api dengan senapang Dormer sementara Dormer menyelinap ke lokasi
Finch. Selepas kecederaan di mana Dormer merampas senapang Finch, Finch menembak
Dormer dengan senapang Burr, dan Dormer menembak dan membunuh Finch dengan senapang.
Burr bergegas ke Dormer yang cedera parah dan menghiburkannya dengan menegaskan bahawa
penangkapan Eckhart tidak sengaja, kemudian bergerak untuk membuang sarung shell 9 mm
untuk mengekalkan reputasi Dormer. Dormer berhenti Burr, bagaimanapun, menasihatinya agar
tidak kehilangan integriti sebelum dia meninggal dunia.

3.0 DEFINISI KECELARUAN TIDUR

Kecelaruan tidur merupakan bentuk gangguan tidur yg meliputi kesukaran untuk tidur, sering
bangun pada waktu tengah malam,serta tidur pada waktu tidak sesuai.Terdapat sesetengah
individu mengalami kecelaruan tidur dan mereka yg menderitainya jarang sekali berusaha utk
mendapatkan pertolongan. Selain itu, seseorang itu meraskan bahawa tidak puas atau kekurangan
tidur walaupun telah mendapat peluang untuk tidur dengan secukupnya. Gangguan tidur adalah
sebarang kecelaruan yang mempengaruhi, mengganggu, atau melibatkan tidur. Terdapat lapan
puluh jenis gangguan tidur yang berbeza seperti sindrom apnea tidur obstruktif, insomnia,
parasomnia, dan sebagainya.

4.0 SIMPTOM

4.1 Kesukaran untuk tidur

Mengikut dalam movie tersebut, dia tidak boleh tidur dalam tempoh yang agak panjang ataupun
lama. Seolah-olah, tidak boleh menutup mata. Sering terjaga dan sukar untuk tidur. Jika individu
terkena imsonia, otak akan mencegah diri daripada tidur ataupun rehat.

4.2 Terjaga di pertengahan malam

Pada waktu malam, individu yang mengalami simptom seperti ini tidak akan boleh tidur dengan
lena serta kerap akan terjaga dengan sendirinya.

4,3 Terjaga daripada tidur pada waktu begitu awal.

Baru berapa jam tidur, penghidap kecelaruan tidur ini akan terjaga dalam waktu yang singkat
kerana tidur tidak lena. Individu berasa lelah dan tubuh tidak dapat rehat secukupnya.

4.4 Berasa gelisah.

Individu yang keluh kesah dengan tindakan yang dilakukannya sehinggakan menggangu
tidurnya. Peristiwa itu menggangu pemikiran individu menyebabkan seseorang itu tidak boleh
tidur. Individu yang sering berfikir pada waktu malam dan menyebabakan matanya sukar lelap.

5.0 PREVALENCE

Gangguan berlainan mengikut tahap umur. Kanak-kanak susah atau tidak boleh tidur iaitu
meragam dan terjaga waktu malam. Anggaran 25% hingga 40%. Kecelaruan insomnia kurang
berlaku kepada remaja dan dewasa. Warga tua kerap berlaku kecelaruan ini iaitu berumur 65
tahun dengan anggaran 25%.
6.0 JENIS-JENIS INSOMNIA

Antaranya ialah Insomnia sementara iaitu kesulitan tidur hanya bebearpa malam. Selain itu,
Insomnia jangka pendek iaitu 2 atau 4 minggu mengalami kesulitan tidur. Kedua-dua jenis
insomnia ini biasanya menyerang orang yang sedang mengalami stress dan sindrom Jet-lag.
Seterusnya, Insomnia kronik iaitu kesulitan tidur yang dialami hampir setiap malam selama
sebulan atau lebih.

5 JENIS INSOMNIA YANG DIALAMI OLEH MANUSIA:

6.1 Acute Insomnia.

Keadaan ini tidak kerap berlaku, kebiasaanya ia disebabkan sesuatu yang terjadi dalam
kehidupan seperti stres dengan pekerjaan, terima buruk dan juga perjalanan yang jauh.
Kebiasaan acute insomnia ini tidak memerlukan rawatan

6.2 Chronic Insomnia.

Kesukaran untuk tidur dalam jangka masa yang lama, dan ia dianggap kronik apabila
pesakit pengalami kesukaran tidur sekurang - kurangnya tiga hari seminggu dalam masa
tiga bulan dan lebih.

6.3 Comorbid Insomnia.

Keadaan ini kebiasaannya berlaku apabila anda mengalami gangguan psikologi seperti
kebimbangan dan kemurungan. Masalah sakit sendi dan sakit belakang juga
menyebabkan insomnia atau membuat anda sukar melelapkan mata.

6.4 Onset Insomnia

Mengalami kesukaran tidur pada awal malam.


6.5 Maintenance Insomnia.

Sukar untuk sambung tidur, keadaan ini menyebabkan penderita sering terjaga dan sukar
untuk melelapkan matanya semula.

7.0 FAKTOR KECELARUAN TIDUR

7.1 Gangguan fizikal

Gangguan fizikal ialah gangguan yang melibatkan rangsangan terhadap anggota badan.
Gangguan fizikal ini melibatkan sesetengah anggota badan yang didapati menghadapi
masalah seperti kekejangan otot, sakit, luka atau sebagainya. Justeru, gangguan fizikal
yang dialami oleh seorang pesakit adalah salah satu faktor kepada gangguan tidur.
Sebagai contohnya, pesakit akan mengalami sakit ulser, kepedihan perut, kekejangan
otot, masalah hormone dan sebagainya,

7.2 Dadah dan ubat

Dadah atau ubatan adalah faktor kepada gangguan tidur seseorang. Bagi individu yang
mengalami penyakit asma, buah pinggang, gastrik, darah tinggi dan selain daripada itu.
akan mengalami simptom atau gejala seperti kerap mengambil ubat-ubatan untuk jangka
masa yang panjang. Oleh itu, ubat-ubatan dari farmasi ataupun klinik dibeli dan
digunakan bagi merawat penyakit atau mengurangkan sakit. Ada di antara individu
mengambil ubat pada kadar yang berlebihan dan pada waktu yang tidak sesuai.Gangguan
psikiatri

7.3 Gangguan psikiatri adalah gangguan yang dialami oleh individu yang bermasalah
dari segi emosi, kognitif, sosial dan perilaku. Gangguan ini disebabkan tekanan mental
seseorang yang tidak dapat dikawal dengan baik. Sebagai contoh, individu akan
mengalami kemurungan, stress, bipolar, gangguan personaliti dan sebagainya. Akibat
daripada gangguan yang dialami, kebiasaannya individu tersebut akan mengalami
gangguan tidur dan sering berhalusinasi.

7.4 Masalah persekitaran

Masalah persekitaran adalah faktor kepada gangguan tidur. Persekitaran yang


dimaksudkan itu ialah gangguan yang dialami oleh individu akibat dari pengaruh,
bebanan kerja atau sebagainya. Sebagai contohnya, penggunaan alcohol yang berlebihan,
pengambilan kafein yang tidak terkawal, ketagihan permainan video lewat malam, dan
tugasan kerja.

7.5 Tabiat tidur yang kurang baik

Tabiat tidur yang kurang baik ini dimaksudkan apabila seseorang mengalami masalah
tidur pada jangka masa yang lama. Contohnya ialah apabila mereka tidak mendapatkan
posisi tidur yang baik, penggunaan bantal yang tidak selesa, memikirkan masalah kerja,
jadual kerja yang tidak menentu dan sebagainya. Akibat daripada itu, mereka akan
terbiasa dengan rutin seharian yang dilakukan pada setiap hari.

8.0 KESAN INSOMNIA

8.1 Tekanan dan kebimbangan

Jika seseorang individu tidak mencukupi masa rehatnya iaitu 8 jam ke bawah maka
individu tersebut akan mengalami stress disebabkan tidak cukup tidur.

8.2 Gaya hidup

Gaya hidup individu tersebut akan berubah sekiranya pola tidurnya berubah dan ini akan
menyebabkan aktiviti yang selalu dilakukan oleh individu tersebut tergendala.

8.3 Penyalahgunaan ubat dan bahan

Kebanyakannya individu yang mengalami insomnia ini akan mengambil pelbagai jenis
ubat-ubatan walaupun yang terlarang semata-mata supaya boleh tidur.
8.4 Syarat perubatan

Masalah insomnia yang dihadapi oleh seseorang individu akan menyebabkan individu
tersebut bergantung sepenuhnya dengan ubat-ubatan untuk tidur.

8.5 Kecelaruan mental

Sekiranya penderita insomnia tidak mendapat rehat yang secukupnya maka risiko untuk
tekanan itu tinggi kerana memaksa badan yang letih untuk mengerjakan sesuatu
pekerjaan.

9.0 RAWATAN

9.1 Dapatkan rawatan doktor

Melakukan pemeriksaan fizikal dan mendapatkan rawatan perubatan yang lebih kerap.
Salah satu rawatan yang disyorkan oleh doktor adalah seperti Polisomnografi,
elektroensefalogram dan ujian darah genetik. Rawatan Polisomnografi ialah rawatan yang
menilai kadar oksigen, pergerakan badan dan gelombang otak ntuk menentukan
bagaimana ia menganggu tidur. Selain itu, rawatan elektroensefalogram adalah ujian
menilai aktiviti gelombang elektrik di otak dan mengesan sebarang masalah berpotensi
yang berkaitan dengan aktiviti ini. Malahan ujian darah genetik juga digunakan untuk
mendiagnosis narkolepsi dan keadaan kesihatan yang mungkin menyebabkan masalah
tidur.

9.2 Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat

Seseorang yang mengalami masalah tidur boleh mengamalkan pemakanan seimbang


mengikut pyramid makanan. Sebagai contohnya, amalkan makan buah-buahan dan
sayuran berkhasiat serta makanan yang mempunyai zat dan protein yang tinggi yang baik
untuk kesihatan. Elakkan makan makanan yang manis seperti coklat atau minum
minuman yang bergas. Amalkan minum air kosong yang banyak.
9.3 Melakukan aktiviti fizikal (kurangkan tekanan)

Aktiviti fizikal adalah aktiviti yang terbaik dalam kurangkan tekanan luar dan ia juga
dapat membantu individu yang mengalami masalah tidur yang berpanjangan. Aktiviti
fizikal yang dianjurkan adalah seperti bermain basikal, badminton, hiking dan
sebagainya. Aktiviti yang mengeluarkan peluh dapat menyihatkan sistem imunisasi badan
serta badan akan lebih cergas.

9.4 Merancang jadual tidur

Bagi individu yang bekerja lebih masa, dianjurkan untuk merancang jadual tidur dengan
lebih baik. Ia adalah penting bagi individu untuk merancang waktu yang baik untuk
merehatkan badan. Jika ada diantara individu yang tidak merancang jadual tidur yang
baik, ia mungin akan menghadapi masalah tidur serta berkemungkinan mendapat sakit,
badan menjadi lemah, kurang fokus serta sebagainya.

9.5 Menghadkan pengambilan kafein

Pengambilan kafein selalunya bagi individu yang bekerja lebih masa. Selalunya individu
ini lebih bekerjaya dan mementingkan pekerjaan. Jadi apabila diberi tugasan untuk
disiapkan dalam tempoh yang singkat, maka individu ini akan mengambil langkah untuk
berjaga di malam hari. Oleh itu, pengambilan kafein adalah salah satu cara untuk
kurangkan mengantuk. Dengan itu, apabila ia kerap diambil, individu tersebut boleh
mengalami masalah tidur.

9.6 Kurangkan pengambilan alkohol

Pengambilan alkohol yang berlebih boleh mengakibatkan gangguan tidur. Apabila


seseorang mengambil alcohol yang terlalu kuat, kesan sampingannya boleh
mengakibatkan seseorang itu berjaga di malam hari. Malahan ia boleh ejaskan kesihatan.
10.0 RUMUSAN

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak cerita yang terpampang di dada akhbar mengenai
kejadian yang melibatkan masalah gangguan mental seperti amuk, bunuh diri dan sebagainya.
Berdasarkan pemerhatian di media sosial yang memaparkan isu-isu tersebut kebanyakannya
memberi komen yang negatif kepada si penderita masalah mental ini terutamanya isu membunuh
diri kerana mengatakan bahawa mereka yang membunuh diri ini tidak cukup iman dan
sebagainya disebabkan mereka lebih memilih jalan yang salah untuk menyelesaikan masalah
yang mereka hadapi. Sedangkan masyarakat sekeliling sendiri mengambil remeh mengenai
masalah ini sehingga menimbulkan tanggapan yang negatif terhadap si penderita gangguan
mental ini.

Kesimpulannya, bagi menangani masalah ini daripada berlaku pihak atasan memainkan peranan
untuk mengadakan program kesedaran mengenai gangguan mental supaya masyarakat tidak
memandang ringan akan masalah yang berlaku dalam masyarakat sekarang.

Selain itu, ahli keluarga memainkan peranan yang penting untuk memberi sokongan kepada ahli
yang mengalami masalah gangguan mental ini supaya tidak membawa mudarat kepada diri
sendiri dan orang disekelilingnya.

Akhirnya, kaunselor perlu mempromosikan sesi kaunseling yang dijalankan ataupun memberi
taklimat mengenai gangguan mental seperti jenis, simptom, kesan serta cara untuk mengatasinya
bagi penderita mudah untuk berurusan dengan kaunselor.

Anda mungkin juga menyukai