Anda di halaman 1dari 12

3.

4 Komponen-komponen
Kemahiran Menulis
Disediakan oleh: Teh Chia Min
Kod Kursus: BMM1034
Nama Kursus: Kemahiran Bahasa dalam
Bahasa Melayu
Nama Pensyarah: Puan Rodiah Ahmad
Mencari Isi
Kepentingan perenggan isi:
 Fokus terpenting dalam sesebuah
karangan
 Bahagian terbesar dan utama dalam
karangan
 Konsep isi dan penyampaian merupakan
unsur terpenting
Cara menulis perenggan isi
1. Ayat isi
 Kehendak soalan + isi karangan
 Tepat, jelas, padat, konkrit
 Jangan gabungkan dengan huraian dan contoh

2. Pengembangan isi
 Huraian, bahasan, fakta, contoh
 Apa? Siapa? Mengapa? Bila? Bagaimana?
 Ayat penegas isi
 Penanda Wacana
Tajuk: Aku Sebatang Pen

Pengenalan:
Aku sebatang pen berjenama Pilot. Aku dilahirkan di sebuah kilang
alat tulis Pilot yang terkenal di negeri Melaka. Badanku berwarna
merah gelap. Darahku berwarna merah.

Isi 1:
Selepas aku diperiksa, aku dimasukkan ke dalam sebuah
kotak. Badanku dibalut dengan sekeping plastik. Kemudian, aku dan
kawan-kawanku dimasukkan ke dalam sebuah lori untuk dihantar ke
sebuah kedai alat tulis. Dalam perjalanan, aku telah berkenalan
dengan ramai kawan-kawan yang baru yang berlainan jenama iaitu
seperti Kilometrico, Faber Castell, Luna, Pappermate, Pelikan dan
sebagainya. Perjalanan itu mengambil masa dua jam untuk tiba ke
destinasi.
Isi 2:
Sebaik sahaja kami tiba di sebuah kedai alat tulis. Aku terus
dipamerkan bersama barangan lain. Aku dipamerkan di dalam
almari kaca bersama-sama dengan pen-pen yang berjenama
daripada luar negara. Disitu, aku telah berkenalan lagi dengan
kawan baru. Pada suatu hari seorang wanita bernama Linda datang
membeliku. Rupa-rupanya Linda merupakan seorang guru.
Isi 3:
Linda selalu membawaku ke sekolah. Aku digunakan untuk
menanda buku-buku latihan murid-muridnya. Linda seorang guru
yang berdedikasi dan murah hati. Apabila rakan sekerjanya
memerlukan pen, Linda akan meminjamkan aku kepada mereka.
Kesemua rakannya memuji aku kerana darah merahku yang terang
dan mudah digunakan. Begitu juga dengan Linda. Dia sangat
menyukai aku. Linda menjaga aku dengan baik. Setiap kali selepas
aku digunakan, aku akan disimpan dengan baik.
Penutup:

Lama-kelamaan darahku mulai kering. Aku


tidak dapat bekerja lagi. Linda berasa sedih kerana
aku tidak dapat berkhidmat lagi kepadanya. Walau
bagaimanapun, Linda telah menyimpan aku
dengan baik di dalam sebuah bekas pensel. Aku
berasa bangga mempunyai tuan yang baik hati
seperti Linda. Kini tuanku Linda telah mempunyai
pen yang baru.
Menghubung Kait Isi Dengan Tajuk

Membina perenggan isi seterusnya dengan


menggunakan penanda wacana yang sesuai
Contohnya: “ Selain itu,…” “Di samping itu,
….”
Contoh Rangka Karangan
a) Pendahuluan
Apa itu hobi? Sesuatu yang gemar dilakukan pada waktu
lapang - terdiri daripada pelbagai aktiviti sama ada dilakukan
di dalam rumah atau di luar rumah.
Contoh hobi:

membaca buku, memasak, melayari internet , bersenam,


melukis

b) Isi-isi (faedah/kebaikan)

boleh mengisi masa lapang dengan membuat kerja-kerja yang


berfaedah - boleh mengelak diri daripada terjebak dengan
gejala negatif
boleh memperoleh banyak maklumat - contoh: membaca dan
melayari internet-menimba banyak ilmu pengetahuan yang
bermanfaat.
menjana pendapatan - contoh hobi memasak
dan membuat kraf tangan - masakan dan
bekas tangan boleh dijual dan mendatangkan
keuntungan
boleh menyihatkan tubuh badan dan
meredakan tekanan - bermain
badminton,bermain bola sepak - dapat
beriadah

c)Penutup
pelbagai jenis hobi boleh dipilih
Contoh Esei
Faktor-faktor menyebabkan kes juvana dan
langkah-langkah membendung kes ini.
Muktahir ini, kes juvana di negara kita telah menunjukkan kadar
peningkatan yang ketara. Hal ini amat membimbangkan kerana generasi
muda merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa depan. Oleh itu,
pelbagai faktor perlu dikenal pasti yang menyumbang kepada
peningkatan ini dan usaha-usaha perlu dilakukan untuk membendungnya.

Antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes jenayah juvana ialah


masalah keluarga. Keluarga yang mempunyai masalah seperti berlakunya
konflik penceraian dan pengabaian terhadap penjagaan dan pendidikan
anak-anak telah mendorong anak-anak terlibat dalam jenayah juvana.
Tidak kurang pula, sikap dan perlakuan ibu bapa yang buruk telah
menyebabkan anak-anak terjebak dalam jenayah ini. Pendek kata,
keluarga yang bermasalah menjadi punca meningkatnya gejala jenayah
juvana.
Selain itu, pengaruh media massa turut dikenal pasti menjadi faktor
penyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana. Hal ini
demikian kerana media massa memaparkan pelbagai unsur negatif
seperti aksi-aksi ganas dan ekstrem yang mendorong remaja
melakukan gejala sosial. Sebagai kesannya, remaja akan melakukan
aktiviti tidak bermoral seperti amalan budaya kuning, pergaulan
bebas, seks rambang, dan sebagainya. Tegasnya, kadar kes juvana
meningkat disebabkan oleh pengaruh media massa.

Usaha membendung gejala juvana dapat dilakukan melalui


pendidikan agama dan moral. Ibu bapa berperanan menyemai nilai-
nilai murni kepada anak-anak dan perlu menjadi contoh teladan
kepada mereka. Pendidikan di rumah pula diperkukuhkan di sekolah
dengan pengajaran guru dan aktiviti-aktivti kokurikulum. Jika
terdapat pelajar yang bermasalah, khidmat kaunseling perlu
diberikan agar mereka berkelakuan baik. Kesemua mekanisme
pendidikan ini dapat membentuk jati diri remaja dan menghalang
mereka terjebak dalam jenayah juvana.
Seterusnya, kempen-kempen kesedaran perlu digiatkan bagi
membendung gejala juvana. Kerajaan perlu menjalankan
kempen-kempen dari semasa ke semasa seperti ”Kempen Belia
Benci Dadah”. Pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) perlu lebih
proaktif dalam menganjurkan program-program yang bermanfaat
seperti kem motivasi dan kemasyarakatan. Sejajar dengan perkara
ini, media massa perlu menyebarluaskan kempen-kempen ini
dalam membantu kerajaan dan NGOs untuk menyedarkan
golongan remaja. Natijahnya, melalui kempen-kempen ini,
remaja akan sedar akan tanggungjawab mereka kepada
masyarakat dan negara.

Kesimpulannya, kadar peningkatan dalam kes jenayah remaja


dapat dibendung jika faktor-faktor penyumbang dikenal pasti dan
seterusnya mengambil langkah-langkah mengatasinya. Semua
pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti masyarakat
serta pihak kerajaan perlu berkerjasama dan berganding bahu
dalam melahirkan remaja sebagai modal insan kepada negara.

Anda mungkin juga menyukai