Anda di halaman 1dari 24

1.

6 AKTIVITI BERTUTUR SECARA


KONTEKSTUAL
 Berbual
 Bercerita
 Berbicara
 Disediakan oleh: Teh Chia Min
 Nama Pensyarah: Puan Rodiah Ahmad
BERBUAL
Contoh Perbualan:
Tajuk: Masalah Matematik

A: Salam sejahtera, cikgu.


B: Salam sejahtera.
A: Cikgu, saya ingin minta pertolongan cikgu untuk
selesaikan masalah matematik yang saya tidak faham
ini cikgu.
B: Baik, apa masalahnya, mari saya bantu.
BERCERITAContoh:
KERBAU BALAR
Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar.
Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang
lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar
selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan
makan bersama dan tidur sekandang.
"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang
lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka
selalu disisihkan.
Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu
mendengar tuan mereka akan menangkap mereka. Semuanya
akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke
tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat
beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan
itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya
terjadi.
Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor
kerbau balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang
lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-
duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi.
BERBICARA

Contoh teks berbicara


 Pendahuluan:
-Assalamualaikum Wr. Wb.
-Selamat pagi, salam sejahtera
-Yang terhormat guru bidang yang saya hormati, serta teman-
teman sekalian yang saya sayangi.
 Penutup:

-Sekian dari saya, mohon dimaafkan jika ada kata yang kurang
berkenan dan terima kasih atas kesempatan yang telah diberikan.
-Wassalamualaikum Wr. Wb.
BINAAN PLOT
JENIS KARYA SASTERA
 A) Cerpen
 B) Novel

 C) Prosa Klasik

 D) Puisi Moden

 E) Sajak

 F) Drama

 G) Gurindam
CONTOH CERPEN
 Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad)
 Sinopsis 1
 Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu
Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai
sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu
yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam,
Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu
berehat dan esoknya kembali cergas.
 Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu.
Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada
tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi
musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau.
Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah
kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai
sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa
aku masih anak teruna dan ibu masih muda.
 Sinopsis 2
 Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu.
Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak
ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu
sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah,
keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di
kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi
sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu.

 Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan


sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap
yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan
isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada
masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun
masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.
CERPEN IBU DAN CEPER
Tema
 Kepentingan sungai yang membekalkan air untuk
kehidupan masyarakat yang dahulu
Persoalan
 Pencemaran sungai akibat manusia yang tidak
bertanggungjawab
BINAAN PLOT
 (i) Permulaan
 Aku menerangkan perasaan sayang dan cinta akan Sungai Ceper dan ibu
yang banyak berjasa kepadanya.Aku terkenang akan sungai ini yang
jernih ,tenteram, deras dan menjadi lubuk ikan. Ibu juga seperti Ceper yang
aktif bersawah dan bekerja. Namun, ibu berehat pada waktu malam
manakala Ceper sama sahaja pada siang atau malam.

 (ii) Perkembangan
 Kemarahan ibu kepada Sungai Ceper yang melimpah akibat hujan lebat
sehingga memusnahkan tanaman . Ibu juga memarahi sikap suaminya yang
sambalewa terhadap tanggungjawab keluarga dan asyik dengan ketitir.
Kemarahan ibu semakin memuncak apabila Sungai Ceper semakin cetek
akibat kemarau. Hal ini menyebabkan sawah-sawahnya kering , sumber
makanan dan minuman terjejas sehingga memaksa ibu menggunakan telaga
sebagai sumber air. Setelah 40 tahun berlalu,Sungai Ceper semakin
tercemar akibat pengabaian masyarakat. Ibu dan ayah sudah meninggal
dunia dan aku telah pun berkeluarga dan mempunyai cucu.
BINAAN PLOT
 (iii) Klimaks
 Ibu meninggal dunia dan Sungai Ceper semakin sakit. Sungai ini
semakin cetek, alirannya lambat dan banyak sampah daripada
pelbagai bahan buangan berada di perutnya. Airnya busuk kerana
bangkai binatang , kain-kain buru , plastik, dan sisa-sisa makanan
dibuang ke dalamnya. Bapa juga telah meninggal dunia.

 (iv) Peleraian
 Sungai Ceper masih mengalir tetapi amat lambat. Keadaannya
semakin parah. Aku dan isteri telah tua dan anak-anak pula
menggantikan kami. Ceper dikatakan sudah mati kerana airnya
sudah tidak bergerak dan timbunan sampah tindih-menindih. Ibu
benar-benar telah mati tetapi Ceper walaupun masih wujud tetapi
sudah tidak berfungsi lagi.
WATAK DAN PERWATAKAN

 Watak Utama
 Ibu
 1. Cekap bekerja.
 Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh
sehingga hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja.
 2. Rajin .
 Ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya, tanpa
bantuan suaminya yang menjadi kaki burung.
 3. Bermasyarakat.
 Walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara

di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia.


 4. Kuat semangat.
 Walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu

tidak berputus asa untuk mengusahakan sawahnya semula.


WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Sampingan
 Aku
1. Anak tunggal dalam keluarga.
2. Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah.
3. Sudah berumah tangga .
4. Penyayang.
-Aku merupakan seorang anak yang penyayang kerana masih
mengingati pengorbanan ibunya walaupun telah 40 tahun berlalu.
5. Bertanggungjawab.
-Aku bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya
yang tua.
LATAR
 Latar masa
 Waktu subuh, waktu malam, musim banjir dan kemarau

 Latar tempat
 Sungai Ceper, sawah padi, rumah

 Latar masyarakat
-Masyarakat petani
Mereka mengusahakan tanaman padi secara tradisional. Keluarga
aku mewakili sebahagian daripada anggota masyarakat yang
mengusahakan tanaman padi secara tradisional seperti menajak dan
menyisir selut.
GAYA BAHASA
 1. Kata ganda - kehijauan-hijauan
 2. Simpulan bahasa - naik angin
 3. Simile –seperti manik-manik dipanah cahaya lampu
 4. Repetisi- sudah mati sama seperti ibu; sama seperti
bapa meskipun ceper masih wujud
NILAI DAN PENGAJARAN
 Nilai
 - kegigihan, kasih sayang, mengenang jasa

 Pengajaran

 1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk menyara


keluarga.
 2.Kita hendaklah menjaga kebersihan sungai sepanjang
masa.
CONTOH PROSA KLASIK
-PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

 Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang


mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya terpinga-pinga sambil
bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang, tetapi
jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut
kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang
berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku
Nakhoda Tua.
 “Ampun Tuanku, patiklah yang memelihara geliung ini
daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin.’’
 Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya
terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang penuh
berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini,
kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan.
 Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di
Pulau Tapai. Anak-anak geliung bersuka ria dengan
pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku Nakhoda Tua
berkata, ”Jikalau selamat geliung ini sampai ke Tanah
Jawa, akan kukahwinkan puteriku Dayang Seri Jawa
dengan sesiapa yang menyelamatkannya.
 “Ampun Tuanku, patiklah akan menjadi galang gantinya
hingga selamat sampai ke Tanah Jawa,sembah jurumudi.
 “Sabarlah wahai jurumudi, sekarang kita masih dalam
perjalanan, kita belum lepas daripada bahaya yang besar,
kerana bajak laut terlalu banyak di lautan depan ini.”
CONTOH TEKS DRAMA
-FORUM REMAJA 2020 ( SHARIF SHARRY )
 Chandran : Terima kasih atas penghormatan itu. Cuma satu saja yang saya ragu.
Perkataan potensi yang saudara sebutkan itu membawa implikasi bahawa negara
kami belum lagi mencapai taraf prestasi yang boleh dibanggakan sebagai sebuah
negara membangun. Sedangkan kami rasa setiap keadaan dalam negara ini adalah
terkawal dan membanggakan.

 MU I : Itu perasaan saja. Hakikatnya belum cukup memuaskan sepenuhnya untuk


dijadikan sebagai sebuah negara model.

 CHONG : Kami rasa, kami sudah mempunyai kualiti-kualiti yang mencukupi sebagai
sebuah negara model yang saudara sebutkan itu. Kami punyai satu bahasa
kebangsaan sebagai bahasa perantaraan untuk tujuan integrasi nasional.

 SALMAH : Kami punyai satu agama rasmi, sementara agama-agama lain dibenar
untuk dipraktikkan.
CONTOH SAJAK
- HARGA REMAJA ( RAHMAN SHAARI )

Berapakah sebenarnya harga remaja a) Remaja yang mempunyai


yang bersih harga diri yang tinggi ialah
dari gelodak kecewa remaja yang sentiasa menjaga
bagai kehijauan daun sebarang kelakuan yang
bagai kesegaran pohon negatif dalam kehidupannya.
di pinggir perjalanan ini?
b) Remaja bebas menentukan
kehidupan mereka sama ada
Dengan apakah akan kaupenuhi
terlibat dengan gejala sosial
piala remajamu
yang tidak baik atau
adakah cuka kesangsian terpengaruh dengan budaya
dari cinta murah yang negatif.
atau madu ajaran
dari ilmu susah?
CONTOH SAJAK
- HARGA REMAJA ( RAHMAN SHAARI )

Remaja amat mahal c) Alam remaja amat


tinggi nilainya. Maruah
sesungguhnya seseorang remaja terletak
tiada terbeli oleh perjanjian pada ketegasan pendirian,
harga remaja adalah sikap yang berani dan ilmu
pengetahuan yang
pendirian dimiliki.
keberanian dan ilmu.
d) Remaja perlu
menentukan matlamat
Penuhilah remajamu kehidupan ke arah yang
dengan ketentuan tuju. lebih baik.
PANTUN
-PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

Terang bulan terang di paya, a)Jelas sekali bahawa pemantun


Anak kambing memakan rumput, mahu dirinya dikenang dengan
sebutan nama baik, iaitu budi.
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut. b)Sekali lagi penegasan tentang
nama baik seseorang dibawa
Anak merak mati tersangkut, hingga ke mati. Budi yang di
Mati dipanah Seri Rama, tabur oleh si mati akan tetap
menjadi sebutan.
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggakan
nama.
PANTUN
-PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

c)Budi, tidak kira sedikit atau


Anak itik terenang-renang, banyak tidak akan hilang atau
Air pasang tenang-tenangan, luput daripada kenang-kenangan
orang yang pernah menerima
Budi sedikit bila kan hilang, budi.
Itu menjadi kenang-kenangan.
d)Budi dikaitkan dengan kasih
sayang. Orang yang menerima
Anak ikan berlima-lima, budi menganggap dirinya
Mati ditimpa punggur berdaun, berhutang seribu tahun.
Maknanya, hutang budi
Kasih tuan saya terima, dikenang sepanjang hayat dan
Sebagai hutang seribu tahun. dibawa ke mati.

Anda mungkin juga menyukai