Anda di halaman 1dari 44

Teks Drama:

Berkhidmat untuk Negara.

Nama: Nur Dania Aina


Teh Suet Teng
Aishwariya
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan Aiman, seorang
pelajar yang berusia 17 tahun yang
memberikan pelbagai alasan untuk tidak
menyertai Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN). Oleh sebab berasal daripada keluarga
yang berada dan sudah biasa hidup dalam
kemewahan, Aiman beranggapan bahawa
PLKN mungkin akan menggugat zon
keselesaannya.
Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak
kepada Aiman agar tidak menyertai PLKN,
namun ayahnya Khir Ghazali memberi
galakkan dan kata-kata perangsang
kepada Aiman untuk menyertainya.
Watak Khir Ghazali ayah kepada Aiman,
Posmen, Nora, Sundarani, AhTiau,
Syuhada dan Cikgu Dahari turut
memberikan dorongan kepada Aiman
untuk menyertai Khidmat Negara.
Puncak cerita dalam drama ini apabila
hasrat Aiman meminta bantuan bapanya
yang mempunyai pengaruh dan
kedudukan untuk mengecualikan
penyertaannya dalam PLKN tidak
kesampaian apabila bapanya menolak
kemahuannya.
Akhirnya, setelah melayari sesawang
yang memaparkan kejayaan pelajar
senior yang menyertai dan menerima
anugerah PLKN, hati Aiman terbuka
untuk menyertai PLKN dan dia bertekad
untuk membuktikan sikap berdikari dan
semangat cinta akan tanah air.
TEMA
Tema drama ini ialah kesedaran
generasi muda dalam memupuk
semangat cinta akan negara yang
diperoleh melalui penglihatan mereka
dalam Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN).
PERSOALAN

o Kesediaan generasi muda mengikut dasar


kerajaan.

Contohnya : Nora, Syuhada, Ah Tiau


dan Sundarani mewakili golongan
generasi muda yang berasa bangga dan
begitu teruja untuk mengikuti PLKN.
o Tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan
keberkesanan dasar kerajaan.

Contohnya : sebagai bapa, Khir


Ghazali bertanggungjawab dengan
mewajibkan anaknya, Aiman
menyertai PLKN.
o Kesedaran tentang kepentingan menyertai
program kerajaan.

Contohnya : Aiman sedar akan sikap


negative dan tanggapannya yang
salah terhadap pelaksanaan PLKN
setelah membaca berita tentang PLKN
di laman sesawang.
WATAK DAN PERWATAKAN
AIMAN
Seorang yang suka tidur. Contohnya, Aiman akan tidur
apabila mempunyai masalah untuk menenangkan
fikirannya.
Seorang yang mementingkan kemewahan hidup.
Contohnya, dia tidak mahu menyertai PLKN kerana
tidak sanggup berpanas.
Seorang yang bersikap biadap dan kurang sopan.
Contohnya, dia menggunakan kata-kata yang kurang
sopan sewaktu bercakap dengan Nek Sinah.
Khir Ghazali
Bapa kepada Aiman dan Dapnia.
Seorang yang berpandangan jauh.Contohnya, Khir
Ghazali menerangkan faedah yang akan diperoleh oleh
Aiman apabila dia menyertai PLKN di samping boleh
membentuk sikap berdikari dalam diri Aiman.
Seorang yang bersifat merendah diri.Contohnya, Datuk
Khir Ghazali tidak menggunakan pengaruh dan
kedudukannya bagi mengeluarkan nama anaknya
daripada senarai pelatih baharu PLKN.
Masnah
Ibu kepada Daphia dan Aiman.
Seorang yang penyayang. Contohnya, dia tidak
bersetuju Aiman menyertai PLKN kerana
bimbang akan keselamatan anaknya.
Seorang yang sibuk dengan berbagai-bagai
urusan. Contohnya, dia telah menggunakan
khidmat orang gaji bagi mengurus rumahnya.
Cikgu Dahari
Beliau bertugas sebagai guru sastera di sekolah Aiman.
Beliau bertugas sebagai fasilitator sambilan di Kem
PLKN yang terlibat dalam pengajaran modul PPSB-
Program Penghayatan Sastera dan Budaya.
Seorang yang berpengetahuan luas tentang
pelaksanaan PLKN. Contohnya, dia berjaya
menerangkan maklumat PLKN secara terperinci
kepada anak-anak muridnya.
Posmen
Dia bertugas sebagai penghantar surat.
Seorang yang berintegriti dalam melaksanakan
tugasnya. Contohnya, dia amanah dalam tugasnya
menghantar surat-surat kepada pelanggannya.
Seorang yang suka memberikan nasihat.
Contohnya, dia menasihati Aiman agar berfikir
secara mendalam mengenai penolakannya
sebagai pelatih PLKN.
Nek Sinah
Orang gaji kepada keluarga Khir Ghazali.
Seorang yang penyabar. Contohnya, dia tetap
bersabar berhadapan dengan sikap biadap
Aiman yang tidak menghormatinya.
Seorang yang prihatin. Contohnya, Nek Sinah
memasakkan lauk kegemaran Aiman, iaitu ayam
masak asam pedas bagi menambat hati Aiman.
LATAR TEMPAT

Rumah Khir Ghazali.

Contohnya : Posmen telah datang


menghantar sepucuk surat tawaran
kepada Aiman sebagai pelatih Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Sekolah.

Contohnya : Cikgu Dahari telah


berbincang dengan anak-anak
muridnya, iaitu Aiman, Nora, Ah
Tiau, Sundarani, dan Syuhada
berkaitan dengan PLKN di sekolah.
Bilik Aiman.

Contohnya : Aiman melayari


internet menggunakan komputer
riba di biliknya.
LATAR MASA

Cuti hujung minggu.

Contohnya : Masa Aiman bersantai di


rumah dan melakukan segala perkara
yang diinginkannya pada cuti hujung
minggu.
Waktu tengah hari.

Contohnya : Nek Sinah menjemput


Aiman menikmati makan tengah
hari.
Waktu petang.

Contohnya : Selepas balik dari


sekolah Aiman berbual bersama-
sama dengan ayah dan ibunya di
rumah.
LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang berpandangan jauh.

Contohnya : Datuk Khir Ghazali


menerangkan faedah yang akan
diperoleh oleh Aiman apabila dia
menyertai PLKN.
Masyarakat yang terlalu memanjakan
anak.

Contohnya : Datin Masnah tidak


bersetuju tentang penyertaan
Aiman sebagai pelatih PLKN
kerana bimbang akan
keselamatan nyawa anaknya.
Masyarakat yang berpendirian tegas.

Contohnya : Datuk Khir Ghazali


tetap dengan keputusannya
meminta Aiman meyertai PLKN
walaupun dipujuk oleh Aiman dan
Masnah.
PLOT-Binaan Plot
Permulaan

- Drama mengisahkan watak Aiman yang


menerima sepucuk surat daripada Jabatan
Latihan Khidmat Negara sebagai pelatih
baharu PLKN.
Perkembangan

- Aiman menunjukkan berbagai-bagai


reaksi setelah menerima surat tawaran
daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara
yang dihantar oleh posmen.
Klimaks

- Aiman cuba meminta bantuan bapanya


yang mempunyai pengaruh dan kedudukan
untuk mengecualikannya daripada PLKN.
Namun begitu, bapanya menolak
kemahuannya itu.
Peleraian

- Aiman masuk ke dalam biliknya selepas


usaha memujuk bapanya gagal. Aiman
melayari internet. Aiman tersedar akan
kesilapannya dan berjanji untuk mengikuti
kursus PLKN bagi membentuk dirinya.
TEKNIK PLOT
Teknik dialog .Dialog antara Aiman dengan posmen yang
menghantar surat tawaran PLKN ke rumahnya.Contohnya:

POSMEN: Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir


Ghazali di rumah ini?

AIMAN: Ada, sayalah orangnya.Surat apa ini?

POSMEN: Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat


Negara.Bagus program itu.Kalau umur abang tak akan
lepaskan peluang ini.
Teknik konflik. Konflik yang berlaku antara Aiman
dengan Nek Sinah. Aiman kurang menyenangi kata
gelaran yang digunakan oleh Nek Sinah kepadanya.
Contohnya:

AIMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman!Saya bukan anak


Nek Sinah.Nek Sinah tu cuma orang gaji di rumah
ini,faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya
nak tunggu Kak Dapnia balik,saya nak makan dengan dia.
NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini.
Tadi Dapnia ada telefon beritahu yang dia tak balik makan
tengah hari, dia banyak tugasan di universiti.Datin juga
sibuk, malam baru dia pulang.
Teknik monolog.Aiman berfikir sesuatu secara bersendirian
sambil menanyakan dirinya tindakan yang perlu dibuat
dengan surat tawaran PLKN yang diterimanya. Contohnya:

(POSMEN berlalu. Tinggal AIMAN sendirian memikirkan


sesuatu)
AIMAN: Patutlah aku simpan surat ini atau buang saja?Hmm,
kalau aku buang, nanti ada orang lain jumpa pula.Hah, baik
aku bakar! Tak ada kesannya nanti. Baik aku simpan dulu,
cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar.
GAYA BAHASA
Bahasa Inggeris.
Contohnya: mummy,
daddy.

Simile.
Bahasa Arab.
Contohnya : Terasa Contohnya:
seperti ada sesuatu Assalamualaikum,
yang menarik pada Waalaikumussalam.
hari itu

Sinkope.
Contohnya:
Tak baik kau cakap
macam tu kepada
aku.
NILAI

Nilai baik hati

Contohnya : Encik Posmen telah menyerahkan


surat tawaran PLKN kepada Aiman sambil
menasihatinya agar menerima tawaran tersebut.
Kegigihan

Contohnya: Cikgu Dahari gigih


membimbing dan memberi tunjuk ajar
kepada pelatih PLKN tentang Program
Penghayatan Sastera dan Budaya
(PPSB).
Kesabaran

Contohnya: Mek Sinah bersabar


dengan sikap biadab Aiman yang tidak
menghormatinya sebagai orang tua.
PENGAJARAN
Kita perlulah menjadi seorang insan yang
berintegriti dan amanah dan memikul
tanggungjawab.

Contohnya: Posmen menjalankan


tugasnya menghantar surat-surat
pelanggannya dengan penuh integriti.
Kita hendaklah bersabar menghadapi
kerenah manusia yang biadab.

Contohnya: Nek Sinah bersabar


dengan sikap biadab Aiman yang tidak
menghormatinya sebagai orang tua.
Kita perlulah berpandangan jauh dalam
usaha membina kehidupan yang lebih
sempurna.

Contohnya: Datuk Khir Ghazali


menerangkan faedah yang akan
diperoleh oleh Aiman apabila dia
menyertai PLKN.
3 SOALAN
1. Pada pendapat anda, wajarkah seseorang anak
muda menggunakan kata-kata yang kasar dan kurang
sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua.
Berikan tiga sebab.
- Tidak wajar kerana orang tua yang perlu dihormati.
- Percakapan yang kasar dan kurang sopan boleh
mencetuskan perbalahan dan hubungan menjadi
tidak harmoni.
- Dipandang rendah oleh masyarakat.
2. Berikan dua pengajaran dalam bentangan ini.
- Kita hendaklah bersabar menghadapi karenah
manusia yang biadap. Contohnya, Nek Sinah bersabar
dengan sikap biadap Aiman yang tidak
menghormatinya sebagai orang tua.
- Kita perlulah berpandangan jauh dalam usaha
membina kehidupan yang lebih sempurna.
Contohnya, Datuk Khir Ghazali menerangkan faedah
yang akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai
PLKN.
3. Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang
patut dilakukan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan
lagi pemahaman rakyat Malaysia berkaitan dengan
kelebihan menyertai PLKN?
Nyatakan dua tindakan itu.
- Memasukkan tajuk Kelebihan Program Latihan
Khidmat Negara dalam satu-satu bab atau sukatan
pelajaran bagi pengajaran guru di sekolah.
- Mengadakan pelbagai pertandingan yang berkaitan
dengan PLKN.

Anda mungkin juga menyukai