Anda di halaman 1dari 2

eknik Mengolah Karangan dengan Menggunakan Formula

1. Pendahuluan
i. Ikatan 2 Hati (IKTHH- Isi, Kesan, Tindakan, Hasil, Hubung kait) - Formula Dr. Ghazali Lateh

Contoh perenggan pendahuluan


Statistik kemalangan jalan raya seringkali meningkat pada musim perayaan utama negara kita. (I)
Hal ini telah menyebabkan banyak kecederaan berlaku dalam kalangan pengguna jalan raya di
samping banyak juga nyawa manusia yang terkorban. (K) Oleh itu pihak berkuasa telah
meningkatkan usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya seperti penguatkuasaan undang-
undang melalui “ops sikap” dan juga kempen keselamatan jalan raya. (T) Diharapkan jumlah
kemalangan jalan raya akan dapat dikurangkan setelah langkah-langkah yang berkesan diambil oleh
pihak berkuasa. (H) Oleh yang demikian usaha pihak berkuasa itu perlu diteruskan bukan sahaja
pada musim perayaan malah pada hari-hari biasa untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya
daripada terus meningkat di negara kita. (H) (96 perkataan)

ii. Ismail Kena Cium Lembu Hitam (IKCLH – Isi, Kesan, Contoh, Langkah, Hasil)

Contoh perenggan pendahuluanTerdapat projek perumahan yang terbengkalai atau tidak disiapkan
oleh pemaju perumahan di negara kita. (I) Hal ini sudah tentu akan menyusahkan pembeli–pembeli
rumah yang mengharapkan rumah mereka disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. (K)
Terdapat beberapa kes seperti ini yang berlaku di Kuala Langat, Gombak dan Hulu Langat, iaitu
seperti yang dilaporkan oleh media massa arus perdana. (C) Oleh itu pihak berkuasa perlu
mengambil tindakan tegas terhadap pemaju perumahan yang bersikap seperti “harapkan pagar,
pagar makan padi” ini untuk mengatasi masalah tersebut sebelum menjadi lebih serius. (L)
Diharapkan langkah tersebut akan dapat mengatasi masalah yang terpaksa ditanggung oleh pembeli
rumah yang hendak berpindah ke rumah sendiri. (H) (96 perkataan)

2. Isi Karangan
i. 5W1H (Apa, Siapa, Mengapa, Bila, Di mana, dan Bagaimana)

Contoh perenggan isi


Kemalangan jalan raya yang berlaku kebanyakannya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya
yang cuai. Mereka biasanya tidak menumpukan perhatian semasa memandu kenderaan di jalan
raya. (A) Kebiasaannya juga mereka menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan
ataupun memandu dalam keadaan mengantuk. (M) Keadaan ini seterusnya menyebabkan pemandu
kenderaan hilang kawalan dan seterusnya menyebabkan berlakunya kemalangan. (Ba) Oleh yang
demikian, pengguna jalan raya perlulah berhati-hati dan tidak cuai semasa memandu kenderaan di
jalan raya agar kemalangan dapat dielakkan daripada berlaku. Hal ini bertepatan dengan pepatah
Melayu iaitu beringat sebelum kena dan janganlah sudah terhantuk baru nak tengadah. (M) (79
perkataan)

ii. Individu dan Keluarga (Inke), Masyarakat (Kawan, Jiran dan Sekolah), Negara, Teknologi, dan
Antarabangsa. ((InkeManeTekA)

Contoh perenggan isiSalah satu punca penagihan dadah adalah disebabkan oleh pengaruh rakan
sebaya. (Kawan) Para ramaja biasanya mudah terpengaruh oleh perbuatan yang dilakukan oleh
rakan-rakan mereka. Selain itu mereka juga ingin tahu dan ingin mencuba perkara tersebut. Hal ini
biasanya akan menyebabkan mereka ketagih terhadap dadah.

iii. Inikah Hasilnya Cinta (IKHC – Isi, Kesan, Huraian, Contoh)

Contoh perenggan isi


Aktiviti sukan yang kita lakukan boleh menyihatkan badan kita. (I) Hal ini demikian kerana semasa
kita bersukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. (K) Seterusnya perkara ini berlaku disebabkan
oleh jantung kita bekerja kuat dan mengepam darah ke seluruh badan. (H) Contoh aktiviti sukan
yang boleh kita lakukan adalah seperti bermain bola sepak, badminton, hoki, dan berjoging. (C)

3. Penutup/kesimpulan
i. Rasa Cinta Aku Pasti Hilang (RCAPH – Rumusan, Cadangan, Ancaman, Harapan) - Formula Dr.
Ghazali Lateh (saya tambah dengan P iaitu peribahasa)

Contoh perenggan kesimpulan


Kesimpulannya, masalah rasuah perlulah ditangani segera oleh pihak berkuasa di negara kita. (R)
Oleh yang demikian pihak berkuasa perlulah mengadakan kempen secara besar-besaran tentang
keburukan rasuah. Kempen tersebut bolehlah dijalankan di media-media massa arus perdana dan
juga melalui ceramah yang dijalankan oleh pegawai-pegawai Badan Pencegah Rasuah. (C) Hal ini
demikian kerana jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu akan merosakkan jentera
pentadbiran negara. Jika jentera pentadbiran negara kita rosak sudah pasti kita semua yang akan
menerima padahnya.(A) Perkara ini bertepatan dengan ungkapan, lebih baik mencegah daripada
mengubati sesuatu penyakit.(P) Jadi, kita semua berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan
berkesan sebelum berleluasa atau menjadi lebih serius. (H) (102 perkataan)

ii. Kena Hati-Hati (Kesimpulan, Hurai, Harapan)

Contoh perenggan kesimpulanKesimpulannya semua pihak perlu bekerjasama untuk membanteras


jenayah yang berlaku di negara kita. (K) Anggota masyarakat perlulah membantu pihak berkuasa
dengan melaporkan kejadian jenayah yang berlaku dengan segera. (H) Dengan cara itu masalah
jenayah ini diharapkan dapat dikurangkan dan dibanteras daripada terus berleluasa. Seterusnya hal
ini membolehkan masyarakat di negara kita ini hidup dalam keadaan aman, tenteram dan
harmoni.(H)

Penutup
Teknik yang dibincangkan tadi diharapkan dapat membantu murid-murid dalam menghuraikan dan
mengembangkan isi karangan dengan baik. Diharapkan juga murid-murid dapat membina setiap
perenggan karangan dengan teratur dan seimbang. Perenggan pendahuluan, perenggan isi, dan
perenggan kesimpulan akan menjadi seimbang jika olahan dan huraian dirancang dengan baik dan
jumlah perkataan yang dikehendaki akan dapat dipenuhi oleh murid-murid. Di samping itu murid-
murid juga dinasihatkan agar membaca bahan-bahan bacaan yang relevan dan sesuai untuk
membantu proses pengolahan dan pengembangan isi karangan. Murid-murid turut digalakkan
membaca suratkhabar Utusan Malaysia dan Berita Harian, majalah Dewan Masyarakat, Dewan Siswa,
Pelita Bahasa, Fokus, Kosmik dan sebagainya. Selain itu murid-murid juga dinasihatkan supaya
banyak berlatih untuk mengembangkan isi karangan supaya tidak menghadapi masalah semasa
berada di dalam dewan peperiksaan. Selamat mencuba formula yang dicadangkan ini.

Anda mungkin juga menyukai