Anda di halaman 1dari 9

KARANGAN RESPONS TERBUKA BAHAGIAN C

Kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen dalam usaha menggalakkan masyarakat


menggunakan pengangkutan awam.
Huraikan pendapat anda tentang kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam.
Isi 1:
Isi 2:
Isi 3:

Mengurangkan kesesakan jalan raya


Mengurangkan kadar kemalangan
Menjimatkan kos

Tema
Tugasan

:
:

Pengangkutan awam
kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam.

MENULIS PENDAHULUAN
Ayat 1:
(TEMA)
Kait dengan semasa
Akhir-akhir ini,
Pada masa ini,
Belakangan ini,
Mutakhir,
Marcapada,
Tema
isu berkaitan/gejala/masalah.....................(sebutkan tema)
Sasaran
dalam kalangan pelajar
dalam kalangan remaja
dalam kalangan masyarakat
Prioriti
sering mendapat liputan yang meluas dalam media massa (P)
sering diwara-warakan dalam media arus perdana (P)
saban hari menjadi topik perbincangan hangat (P)
menjadi polemik yang hangat diperdebatkan(N)
Lokasi
di Malaysia/di negara kita
Ayat 2:
Wacana

(TUJUAN)
Justeru, (P)
Sehubungan dengan itu, (N)
Menyedari hakikat ini, (N)
Saranan (Positif)
semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk
Tujuan
meningkatkan ..(tema)sehingga mencapai objektifnya kerana di
(Tema positif)
mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Tujuan
menangani gejala/masalah ini sehingga ke akar umbi sebelum nasi
(Tema negatif)
menjadi bubur.

CSL2011
Karangan PMR Bhg C

Ayat 3:

(TUGASAN)

Persoalan + Tugasan

Persoalannya, apakah...( salin selepas perkataan tentang dalam soalan)


dan berakhir dengan tanda soal (?)

Bina perenggan pendahuluan yang lengkap:


Marcapada, isu berkaitan pengangkutan awam saban waktu diwara-warakan dalam media arus
perdana di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk meningkatkan
penggunaan pengangkutan awam sehingga mencapai objektifnya kerana hendak seribu daya tak hendak
seribu dalih. Persoalannya, apakah kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam?
MENULIS PERENGGAN ISI
ISI PERTAMA
Tugasan:

kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada masyarakat di


negara kita

Isi 1:

Mengurangkan kesesakan jalan raya

Ayat 1:

MENYATAKAN IDEA UTAMA

(GAPO)

Pada pandangan saya, antara............(TUGASAN).........ialah.......(IDEA UTAMA).....


Pada pandangan saya, antara kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada masyarakat di
negara kita ialah mengurangkan kesesakan jalan raya.
Ayat 2:

MENERANGKAN KAITAN IDEA UTAMA DAN TEMA

(BAKPO)

Hal ini demikian kerana kesesakan jalan raya dapat dikurangkan di negara kita apabila masyarakat
memilih menggunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian.
Ayat 3:

MENERANGKAN IMPAK POSITIF IDEA UTAMA

(BAKPO)

Dengan berbuat demikian, bilangan kenderaan persendirian di jalan raya akan dapat dikurangkan terutama
di bandar-bandar besar dan hal ini akan mengurangkan kesesakan jalan raya.

CSL2011
Karangan PMR Bhg C

Ayat 4:

MENYATAKAN BUKTI MENYOKONG IDEA UTAMA

(LAGU MANA)

Sebagai contoh + (bukti untuk menyokong idea)


Sebagai contoh, penggunaan pengangkutan awam seperti bas, LRT dan komuter dalam kalangan warga
kota untuk ke tempat kerja sudah pasti akan berupaya mengurangkan masalah kesesakan jalan raya
yang menjadi duri dalam daging kepada pengguna jalan raya.terutama pada waktu puncak.
Ayat 5:

MENGESAHKAN KERELEVANAN IDEA UTAMA

(YO LO KO NI)

Tegasnya, penggunaan pengangkutan awam ternyata memberi banyak kelebihan kepada masyarakat
kerana pengguna jalan raya dapat mengelakkan daripada masalah kesesakan jalan raya yang menghantui
warga kota sejak sekian lama.
Contoh perenggan Isi Pertama:
Pada pandangan saya, antara kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada masyarakat di
negara kita ialah mengurangkan kesesakan jalan raya. Hal ini demikian kerana kesesakan jalan raya
dapat dikurangkan di negara kita apabila masyarakat memilih menggunakan pengangkutan awam
berbanding kenderaan persendirian. Dengan berbuat demikian, bilangan kenderaan persendirian di jalan
raya akan dapat dikurangkan terutama di bandar-bandar besar dan hal ini akan mengurangkan kesesakan
jalan raya. Sebagai contoh, penggunaan pengangkutan awam seperti bas, LRT dan komuter dalam
kalangan warga kota untuk ke tempat kerja sudah pasti akan berupaya mengurangkan masalah
kesesakan jalan raya yang menjadi duri dalam daging kepada pengguna jalan raya.terutama pada waktu
puncak. Tegasnya, penggunaan pengangkutan awam ternyata memberi banyak kelebihan kepada
masyarakat kerana pengguna jalan raya dapat mengelakkan daripada masalah kesesakan jalan raya
yang menghantui warga kota sejak sekian lama.

CSL2011
Karangan PMR Bhg C

ISI KEDUA
Tugasan:
(Ubahsuai)

kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada masyarakat di


negara kita
manfaat yang diperoleh daripada penggunaan pengangkutan awam

Isi 2:

Mengurangkan kadar kemalangan

Ayat 1:

MENYATAKAN IDEA UTAMA

(GAPO)

Selain itu, + (IDEA UTAMA) juga merupakan antara + (TUGASAN U/S)


Selain itu, mengurangkan kadar kemalangan juga merupakan antara manfaat yang diperoleh daripada
penggunaan pengangkutan awam.
Ayat 2:

MENERANGKAN IDEA UTAMA

(BAKPO)

Saya berpendapat sedemikian kerana risiko kemalangan dapat dikurangkan disebabkan masyarakat
tidak perlu berlumba-lumba mengejar masa. Malah penggunaaan pengangkutan awam lebih selamat dan
terjamin daripada menggunakan kenderaan persendirian.
Ayat 3:

MENERANGKAN IMPAK POSITIF IDEA UTAMA

(BAKPO)

Dalam konteks ini, kita harus akur betapa kerajaan begitu komited untuk memastikan keselamatan rakyat
yang menggunakan pengangkutan awam. Pemantauan dan pemeriksaan yang ketat terhadap ciri-ciri
keselamatan pengangkutan awam dari semasa ke semasa mampu mengurangkan risiko kemalangan.
Ayat 4:

MENYATAKAN BUKTI MENYOKONG IDEA UTAMA

(LAGU MANA)

Sebagai tamsilan, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Datuk Suret Singh
menegaskan statistik menunjukkan kebarangkalian risiko kemalangan pengangkutan awam adalah lebih
rendah berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian.
Ayat 5:

MENGESAHKAN KERELEVANAN IDEA UTAMA

(YO LO KO NI)

Jelaslah, penggunaan pengangkutan awam amat bermanfaat sebagai suatu langkah bijak masyarakat
untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita..
Contoh perenggan Isi Kedua:
Selain itu, mengurangkan kadar kemalangan juga merupakan antara manfaat yang diperoleh
daripada penggunaan pengangkutan awam. Saya berpendapat sedemikian kerana risiko kemalangan
dapat dikurangkan disebabkan masyarakat tidak perlu berlumba-lumba mengejar masa. Malah
penggunaaan pengangkutan awam lebih selamat dan terjamin daripada menggunakan kenderaan
persendirian. Dalam konteks ini, kita harus akur betapa kerajaan begitu komited untuk memastikan
CSL2011
Karangan PMR Bhg C

keselamatan rakyat yang menggunakan pengangkutan awam. Pemantauan dan pemeriksaan yang ketat
terhadap ciri-ciri keselamatan pengangkutan awam dari semasa ke semasa mampu mengurangkan risiko
kemalangan. Sebagai tamsilan, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Datuk Suret
Singh menegaskan statistik menunjukkan kebarangkalian risiko kemalangan pengangkutan awam adalah
lebih rendah berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian. Jelaslah, penggunaan
pengangkutan awam amat bermanfaat sebagai suatu langkah bijak masyarakat untuk mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya di negara kita..

CSL2011
Karangan PMR Bhg C

ISI KETIGA
Tugasan:
(Ubahsuai)

kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada masyarakat di


negara kita
kepentingan penggunaan pengangkutan awam kepada masyarakat

Isi 3:

Menjimatkan kos

Ayat 1:

MENYATAKAN IDEA UTAMA

(GAPO)

Seterusnya, + (TUGASAN U/S) yang berikutnya ialah + (IDEA UTAMA)


Seterusnya, kepentingan penggunaan pengangkutan awam kepada masyarakat yang berikutnya ialah
menjimatkan kos.
Ayat 2:

MENERANGKAN IDEA UTAMA

(BAKPO)

Bertitik tolak daripada itu, kos dapat dijimatkan berikutan kenaikan harga bahan bakar yang begitu
membebankan masyarakat tatkala ini..
Ayat 3:

MENERANGKAN IMPAK POSITIF IDEA UTAMA

(BAKPO)

Sehubungan dengan itu, penggunaan pengangkutan awam memberi lebih nilai kepada setiap wang yang
dibelanjakan oleh masyarakat untuk kos pengangkutan. Tambahan pula, kadar tambang pengangkutan
awam di Malaysia dikawal ketat oleh kerajaan agar tidak membebankan pengguna.
Ayat 4:

MENYATAKAN BUKTI MENYOKONG IDEA UTAMA

(LAGU MANA)

Sebagai analoginya, apabila seseorang itu menggunakan pengangkutan awam, mereka hanya perlu
membayar tambang perkhidmatan pengangkutan itu sahaja. Berbanding dengan penggunaan kenderaan
persendirian, mereka juga perlu memikirkan kos bahan api, penyelenggaraan kenderaan, pembayaran tol
dan sebagainya.
Ayat 5:

MENGESAHKAN KERELEVANAN IDEA UTAMA

(YO LO KO NI)

Saya optimis, daripada bukti yang dipaparkan amat jelas menunjukkan penggunaan pengangkutan
awam amat penting dan signifikan dengan kempen jimat cermat yang dilancarkan oleh kerajaan.
Justeru kita sebagai pengguna, tepuk dada dan tanyalah selera.
Contoh perenggan Isi Ketiga:

CSL2011
Karangan PMR Bhg C

Seterusnya, kepentingan penggunaan pengangkutan awam kepada masyarakat yang


berikutnya ialah menjimatkan kos. Bertitik tolak daripada itu, kos dapat dijimatkan berikutan kenaikan
harga bahan bakar yang begitu membebankan masyarakat tatkala ini.. Sehubungan dengan itu,
penggunaan pengangkutan awam memberi lebih nilai kepada setiap wang yang dibelanjakan oleh
masyarakat untuk kos pengangkutan. Tambahan pula, kadar tambang pengangkutan awam di Malaysia
dikawal ketat oleh kerajaan agar tidak membebankan pengguna. Sebagai analoginya, apabila seseorang
itu menggunakan pengangkutan awam, mereka hanya perlu membayar tambang perkhidmatan
pengangkutan itu sahaja. Berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian, mereka juga perlu
memikirkan kos bahan api, penyelenggaraan kenderaan, pembayaran tol dan sebagainya. Saya optimis,
daripada bukti yang dipaparkan amat jelas menunjukkan penggunaan pengangkutan awam amat penting
dan signifikan dengan kempen jimat cermat yang dilancarkan oleh kerajaan. Justeru kita sebagai
pengguna, tepuk dada dan tanyalah selera.
MENULIS KESIMPULAN
Ayat 1 :
Contoh:

Wacana + Saranan + Harapan

[Saranan]
Kesimpulannya,
Konklusinya,
Sebagai intiha,
Sebagai natijah,
Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama/berusaha untuk meningkatkan/menangani
............(tema)................
[Harapan]
...supaya + impak yang positif secara keseluruhan
i.
negara dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang, dan terbilang
ii.
ekonomi negara dapat ditingkatkan.
iii.
wawasan negara akan tercapai
iv.
kesihatan pelajar terjamin
Contoh:
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam
supaya keselamatan dan keselesaan masyarakat sentiasa terjamin..
Ayat 2:

Seruan

Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah ditagih kerana orang bijak pandai
pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!
ATAU
Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu
batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!
CSL2011
Karangan PMR Bhg C

Contoh perenggan kesimpulan yang lengkap:


Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan penggunaan
pengangkutan awam supaya keselamatan dan keselesaan masyarakat sentiasa terjamin. Usaha yang
sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu,
mestilah bermula dengan langkah yang pertama!
Contoh Karangan Yang Lengkap:
Marcapada, isu berkaitan pengangkutan awam saban waktu diwara-warakan dalam media arus
perdana di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk meningkatkan
penggunaan pengangkutan awam sehingga mencapai objektifnya kerana hendak seribu daya tak hendak
seribu dalih. Persoalannya, apakah kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam?
Pada pandangan saya, antara kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada
masyarakat di negara kita ialah mengurangkan kesesakan jalan raya. Hal ini demikian kerana
kesesakan jalan raya dapat dikurangkan di negara kita apabila masyarakat memilih menggunakan
pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian. Dengan berbuat demikian, bilangan kenderaan
persendirian di jalan raya akan dapat dikurangkan terutama di bandar-bandar besar dan hal ini akan
mengurangkan kesesakan jalan raya. Sebagai contoh, penggunaan pengangkutan awam seperti bas,
LRT dan komuter dalam kalangan warga kota untuk ke tempat kerja sudah pasti akan berupaya
mengurangkan masalah kesesakan jalan raya yang menjadi duri dalam daging kepada pengguna jalan
raya.terutama pada waktu puncak. Tegasnya, penggunaan pengangkutan awam ternyata memberi
banyak kelebihan kepada masyarakat kerana pengguna jalan raya dapat mengelakkan daripada
masalah kesesakan jalan raya yang menghantui warga kota sejak sekian lama.
Selain itu, mengurangkan kadar kemalangan juga merupakan antara manfaat yang diperoleh
daripada penggunaan pengangkutan awam. Saya berpendapat sedemikian kerana risiko
kemalangan dapat dikurangkan disebabkan masyarakat tidak perlu berlumba-lumba mengejar masa.
Malah penggunaaan pengangkutan awam lebih selamat dan terjamin daripada menggunakan kenderaan
persendirian. Dalam konteks ini, kita harus akur betapa kerajaan begitu komited untuk memastikan
keselamatan rakyat yang menggunakan pengangkutan awam. Pemantauan dan pemeriksaan yang ketat
terhadap ciri-ciri keselamatan pengangkutan awam dari semasa ke semasa mampu mengurangkan
risiko kemalangan. Sebagai tamsilan, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Datuk
Suret Singh menegaskan statistik menunjukkan kebarangkalian risiko kemalangan pengangkutan awam
adalah lebih rendah berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian. Jelaslah, penggunaan
pengangkutan awam amat bermanfaat sebagai suatu langkah bijak masyarakat untuk mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya di negara kita..
Seterusnya, kepentingan penggunaan pengangkutan awam kepada masyarakat yang
berikutnya ialah menjimatkan kos. Bertitik tolak daripada itu, kos dapat dijimatkan berikutan kenaikan
harga bahan bakar yang begitu membebankan masyarakat tatkala ini.. Sehubungan dengan itu,
penggunaan pengangkutan awam memberi lebih nilai kepada setiap wang yang dibelanjakan oleh
masyarakat untuk kos pengangkutan. Tambahan pula, kadar tambang pengangkutan awam di Malaysia
dikawal ketat oleh kerajaan agar tidak membebankan pengguna. Sebagai analoginya, apabila seseorang
itu menggunakan pengangkutan awam, mereka hanya perlu membayar tambang perkhidmatan
pengangkutan itu sahaja. Berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian, mereka juga perlu
memikirkan kos bahan api, penyelenggaraan kenderaan, pembayaran tol dan sebagainya. Saya optimis,
daripada bukti yang dipaparkan amat jelas menunjukkan penggunaan pengangkutan awam amat
penting dan signifikan dengan kempen jimat cermat yang dilancarkan oleh kerajaan. Justeru kita
sebagai pengguna, tepuk dada dan tanyalah selera.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan penggunaan
pengangkutan awam supaya keselamatan dan keselesaan masyarakat sentiasa terjamin. Usaha yang

CSL2011
Karangan PMR Bhg C

sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu,
mestilah bermula dengan langkah yang pertama!

CSL2011
Karangan PMR Bhg C

Anda mungkin juga menyukai