Anda di halaman 1dari 2

KATA ADJEKTIF

1. Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau
frasa nama.
2. Kata Adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif yang bertugas sebagai predikat
sesuatu ayat.
3. Kata Adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat dan sebagainya yang
bertugas sebagai penguat.
4. Kata Adjektif terbahagi kepada sembilan jenis iaitu :
Jenis Kata Adjektif
KATA ADJEKTIF KEADAAN
Ia menerangkan sifat atau keadaan
KATA ADJEKTIF WARNA
Ia menerangkan warna.
KATA ADJEKTIF UKURAN
Ia menerangkan ukuran
KATA ADJEKTIF BENTUK
Ia menerangkan bentuk atau rupa
KATA ADJEKTIF WAKTU
Ia menerangkan konsep masa
KATA ADJEKTIF JARAK
Ia menerangkan konsep ruang antara dua benda
atau keadaan
KATA ADJEKTIF CARA
Ia menerangkan keadaan kelakuan atau ragam.

1.
2.
1.
2.
1.
2.
1.
2.
1.
2.
1.
2.
1.
2.

KATA ADJEKTIF PERASAAN


Ia menerangkan konsep perasaan.
KATA ADJEKTIF PANCAINDERA
Ia menerangkan konsep rasa, pandang, dengar,
bau dan sentuh atau gabungan kelima-lima
indera ini.

1.
2.
1.
2.
3.

Contoh Ayat
Dia budak pandai
Gadis cantik itu kekasihnya
Daun pisang berwarna hijau.
Bajunya berwarna merah
Dia telah habis membaca buku yang tebal
itu.
Adiknya lebih tinggi daripada abangnya.
Mereka bermesyuarat di meja bulat.
Telur ayam berbentuk lonjong
Saya baru menelefonnya semalam
Perjalanan dengan kereta api sangat lambat
Rumah tunangnya jauh di pedalaman
Polis itu nyaris terbunuh dalam rompakan
malam tadi.
Orang muda bergerak lebih pantas daripada
orang tua.
Saya tidak tahu butir percakapannya kerana
suaranya perlahan.
Farid pemalu untuk mengajak gadis itu
keluar bersama-sama dengannya.
Saya masih ragu-ragu akan penjelasannya.
Air kopi ini terlalu manis
Bunga ros memang harum baunya.
Adunan roti canai ini perlu diuli sehingga
lembut.

PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF


1. Proses pembentukan Kata Adjektif Kata Adjektif menghasilkan :
(a) Kata Adjektif Tunggal
(b) Kata Adjektif Terbitan
(c) Kata Adjektif Majmuk
(a) Kata Adjektif Tunggal.
1. Ia hanya terdiri daripada satu bentuk perkataan atau kata tunggal sahaja.
2. Ia terhasil daripada bentuk kata dasar, yakni tidak berimbuhan dan tidak mengalami prosesproses seperti penggandaan.
3. Ia dapat digunakan dengan mudahnya untuk menerangkan kata nama dengan atau tanpa kata
penguat dan kata bantu.

Contoh :
1.
2.
3.
4.
5.

Kata Adjektif
merdu
nyenyak
jingga
terang
besar

1.
2.
3.
4.
5.

Contoh Ayat
Suara Anita Sarawak merdu.
Adik sedang tidur nyenyak di dalam buaian.
Mary suka memakai baju yang bewarna jingga
Sungguh terang cahaya bulan pada malam ini.
Rumahnya besar.

(b) Kata Adjektif Terbitan


1. Ia terhasil daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan seperti awalan dan apitan.
Contoh :
Kata Adjektif Terbitan
a) Awalan ter, se
Contoh :
Termashyur, terpanjang,
Secantik, setinggi.
b) Apitan ke..an
Contoh :
Kemelayuan, kebaratan.

Contoh Ayat
1. Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan terpanjang di Malaysia.
2. Ramlah tidak secantik adiknya Hasnah.
1. Walaupun Karim seorang melayu tetapi cara hidupnya sungguh
kebaratan.

(c) Kata Adjektif Majmuk


1. Kata Adjektif Majmuk dibentuk dengan merangkaikan dua atau lebih kata dasar yang
mempunyai maksud tertentu.
2. Kata Adjektif Majmuk dieja terpisah tetapi bertindak sebagai satu unit.
Contoh :
Kata Adjektif Majmuk
Merah jambu
Kuning langsat
Muda remaja

Contoh Ayat
1. Baju yang berwarna merah jambu itu sangat mahal.
2. Isterinya mempunyai kulit kuning langsat.
3. Fesyen pakaian penyanyi itu menjadi ikutan kaum muda
remaja.

Anda mungkin juga menyukai