Anda di halaman 1dari 2

Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi - Tidak Hadir Ke Sekolah

Kamu tidak dapat hadir ke sekolah semalam .Tuliskan sepucuk surat kepada guru
kelas kamu untuk memaklumkan tentang perkara itu.Berikan alasan yang
munasabah.

Tahun 6 Bijak,
Sekolah Kebangsaan St. Bernadettes Convent,
Jalan Pusing,
31000 Batu Gajah,
Perak,
_____________________________________________________________________________
Cikgu Noor Azian binti Abdul Karib,
Sekolah Kebangsaan St. Bernadettes Convent ,
Jalan Pusing,
31000 Batu Gajah,
Perak.

5 OGOS 2015

Cikgu,
Tidak Hadir Ke Sekolah
Dengan segala hormatnya, saya Alyaa Syazana binti Hashim ingin memaklumkan
bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah semalam kerana menziarah nenek yang sakit
tenat di kampung.

2.
Keluarga saya telah menerima telegram malam semalam. Kami telah bertolak ke
Negeri Sembilan sejurus selepas menerima telegram itu. Keadaan ini menyebabkan
saya tidak sempat untuk menghubungi cikgu atau rakan-rakan sekelas. Saya cuba untuk
menghubungi bapa saudara saya yang tinggal berhampiran rumah untuk
memaklumkan kepada pihak sekolah tentang ketidakhadiran saya ke sekolah kerana
tergesa-gesa pulang ke kampung.

3.

Semoga cikgu dapat memaafkan kesalahan saya ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Eryana
-------------------------------(ERYANA ERRA ELANA MANJA)
Pelajar Tahun enam,

SOALAN : Murid-murid digalakkan pergi ke perpustakaan. Berikan pandapat kamu tentang


faedah-faedah

yang

diperoleh

jika

seseorang

itu

memanfaatkan

perpustakaan.

Perpustakaan adalah gedung ilmu yang terdapat banyak buku yang boleh dibaca seperti
buku cerita, novel, majalah, jurnal dan lain-lain lagi. Perpustakaan banyak memberi
faedah kepada kita.
Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan
perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan dapat mengelakkan diri
daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan terhindar
daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain
lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka
akan lebih cerah.
Murid-murid yang rajin ke perpustakaan dapat menambahkan ilmu pengetahuan
mereka kerana perpustakaan mempunyai banyak buku-buku yang berunsur ilmu
pengetahuan dan ilmiah. Pengetahuan murid-murid semakin bertambah

melalui

pembacaan dan keadaan ini membantu murid-murid dalam pelajaran.


Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan
mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising,
memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan
seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisiplinkan diri di
perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.
Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat
menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua
buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Oleh itu, wang yang
mahu digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan di dalam tabung.
atau membeli barang keperluan yang lain.
Kesimpulannya, perpustakaan mendatangkan banyak faedah kepada kita. Justeru
itu, kita perlu memanfaatkan perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam
pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai