Anda di halaman 1dari 3

Karangan: Bahagian D

(30 Markah)

Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam

JAWAPAN GURU

Dunia kian berkembang pesat termasuklah negara kita Malaysia yang


semakin menuju ke status negara maju. Namun demikian, penggunaan
pengangkutan awam masih dipandang sepi oleh segelintir masyarakat.
Perkhidmatan awam kini adalah lebih baik jika hendak dibandingkan satu dekad
yang lalu. Pihak kerajaan telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam
menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Jika diperhalusi, ada
berbagai-bagai faedah yang kita peroleh apabila menggunakan pengangkutan
awam.
           
            Faedah utama pastinya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang
sering menghantui jutaan penduduk di bandar-bandar besar. Hal ini bertambah
runcing lagi apabila tiba waktu puncak ketika pergi dan pulang dari bekerja.
Sekiranya orang ramai sepakat menggunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat
kerja, pastinya masalah kesesakan ini tidak berlaku. Misalnya, semua orang
menggunakan bas awam untuk ke tempat kerja, maka jumlah kereta persendirian di
atas jalan raya pastinya berkurangan.

            Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga pasti akan menjimatkan


masa individu yang menggunakannya. Hal ini demikian kerana, penggunaan Transit
Aliran Ringan (LRT) atau Monorel yang tidak melalui jalan raya pastinya
mempercepat masa untuk sampai ke satu-satu destinasi. Stesen-stesen LRT ini juga
dibina di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti Pudu Sentral, Kuala Lumpur
Sentral dan Pasar Seni. Secara tidak langsung, kita tidak perlu menempuh jalan
raya yang sesak dengan kenderaan.

            Di samping itu, apabila kita menggunakan perkhidmatan pengangkutan


awam, kita dapat menjimatkan kos pengangkutan. Sebagai contoh, harga petrol
yang tinggi dan juga bayaran parkir kenderaan pasti perlu ditanggung jika kita
menggunakan kenderaan persendirian ke tempat kerja. Namun demikian, dengan
kos yang rendah kita tidak perlu risau dengan kos petrol dan bayaran parkir
berkenaan apabila menaiki kenderaan awam. Wang lebihan berkenaan boleh dibuat
tabungan kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

            Seterusnya, indeks pencemaran udara juga dapat dikurangkan jika kita
sepakat untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana destinasi.
Hal ini tidak dapat dinafikan kerana apabila kenderaan di atas jalan raya semakin
berkurangan, maka pelepasan gas karbon monoksida yang berbahaya kepada
manusia turut berkurangan. Kesannya, kita dapat mengurangkan pencemaran udara
dan kesan rumah hijau sekali gus. Secara tidak langsung juga, rakyat Malaysia
dapat hidup dengan sihat dan sejahtera.

            Tambahan pula, penggunaan pengangkutan awam yang efisien turut mampu
menarik minat pelancong asing untuk berkunjung ke negara kita. Justeru,
pendapatan negara akan meningkat seiring dengan penambahan jumlah pelancong
tersebut. Hal ini membolehkan pihak kerajaan merangka lebih banyak kemudahan
dan prasarana untuk kegunaan rakyat tempatan. Oleh itu, penggunaan
pengangkutan awam ini perlu digalakkan demi memastikan kelangsungan
penggunaanya dalam masyarakat.

            Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, penggunaan pengangkutan


awam di negara kita ini mendatangkan seribu satu faedah buat rakyat dan negara.
Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi
memastikan kemudahan yang disediakan ini diselenggara dan dijaga dengan rapi
untuk memastikan kelangsungan penggunaannya. Jika semua perkara ini tidak
dipandang enteng, tidak mustahil negara kita mampu mencapai status negara maju
menjelang tahun 2020 seperti yang dicita-citakan.

Anda mungkin juga menyukai