Anda di halaman 1dari 4

Era globalisasi ini, penggunaan kemudahan pengangkutan

awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan


wang dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di
negara kita. Hal ini demikian kerana penggunaan kemudahan
pengangkutan awam ini telah mendapat perhatian dan menarik
minat pengguna jalan raya di negara ini. Pengguna jalan raya
menggunakan alternetif ini bagi memudahkan mereka menuju
ke destinasi masing-masing. Lantaran itu, mereka telah
memilih pelbagai pengangkutan awam seperti bas, LRT,
monorel dan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka.
Oleh itu, pertumbuhan pengangkutan awam ini telah meningkat
dengan mendadak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Persoalannya, apakah kepentingan yang dapat diperoleh
melalui kemudahan pengangkutan awam ini?

Kepentingan perdana menggunakan kemudahan pengangkutan


awam ialah kita dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Kesesakan lalu lintas berlaku kerana rata-rata rakyat Malaysia
lebih berminat menggunakan kenderaan sendiri berbanding
menggunakan pengangkutan awam. Oleh sebab rakyat
Malaysia yang bersikap hidung tinggi dan malu untuk menaiki
kenderaan awam mengakibatkan jumlah kenderaan di seluruh
negara didapati meningkat hampir dua kali ganda sejak tahun
1980. Oleh sebab itu, kesesakan lalu lintas sering berlaku di
negara kita,terutama sekali di bandar-bandar besar seperti
Kuala Lumpur, Shah Alam, Kota Bharu,dan sebagainya.
Dengan menggunakan kemudahan pengangkutan awam
seperti bas, teksi, monorel akan mengurangkan jumlah
kenderaan di jalan raya, sekali gus dapat mengelakkan
kesesakan lalu lintas. Sebagai contoh, masyarakat di negara
matahari terbit iaitu Jepun, mereka lebih suka menggunakan
pengangkutan awam untuk melakukan kegiatan harian mereka,
oleh itu di negara Jepun tidak berlaku kesesakan lalu lintas
walaupun negara Jepun mempunyai penduduk yang ramai.
Seandainya rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan
awam sebagai rutin harian, nescaya kesesakan lalu lintas dapat
dielakkan. Oleh itu, pihak pengusaha pengangkutan awam
perlu menyediakan pengangkutan yang selesa supaya dapat
menarik minat para penumpang agar rakyat Malaysia tidak
berasa sangsi untuk menggunakan pengangkutan awam dan
kesesakan lalu lintas dapat diatasi. Jelaslah bahawa
penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara ini. 

Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga mampu


mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita. Hal
ini dikatakan demikian kerana, amaun kenderaan yang
menyusur di jalan raya berkurang dan sekali gus dapat
mengalicaukan kenderaan daripada terperangkap dalam
kesesakan lalu lintas yang teruk terutamanya di ibu kota.
Sebagai pengguna yang peka dan sensitif terhadap keadaan
semasa, kita haruslah sedar bahawa, penggunaan kenderaan
persendirian yang bertali arus dapat mengundang risiko yang
tinggi untuk berlaku kemalangan. Sekiranya, semua rakyat
Malaysia memprioritikan pengangkutan awam, sudah tentu
statistik kemalangan jalan raya akan menurun dan secara tidak
langsung juga negara tidak akan mengalami kerugian dari segi
infrastruktur dan modal insan. Sebenarnya, kadar kemalangan
jalan raya meningkat secara mendadak pada musim perayaan
dan pada waktu puncak kerana pada ketika itu bilangan
kenderaan di jalan raya juga meningkat. Jadi semolek-
moleknya, jika kita ingin pulang ke kampung pada musim
perayaan kita wajarlah menggunakan perkhidmatan awam yang
terdapat dalam negara kita sebagai contoh bas, kereta api dan
kapal terbang. Oleh itu, penggunaan pengangkutan awam akan
dapat mengelakkan seseorang daripada menjadi mangsa
nahas kemalangan jalan raya yang keseterusnya. Kita harus
ingat bahawa malang tidak berbau jadi kita perlulah beringat
sebelum terkena.
Seterusnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam juga
dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat
majmuk di negara kita. Untuk menuju ke destinasi, masyarakat
yang berbilang kaum di negara kita akan berpusu-pusu menaiki
pengangkutan awam untuk menuju ke destinasi. Situasi
sedemikian sedikit sebanyak dapat menyimpul tali silaturahim
antara komuniti Melayu, Cina, India dan sebagainya. Sebagai
contoh, apabila kita menaiki sesebuah pengangkutan awam
khususnya monorel sudah semestinya kita akan berinteraksi
dengan individu-individu di sekeliling kita. Seandainya kita
menggunakan inisiatif ini secara konsisten, sudah tentu satu
ikatan yang erat dapat dijalinkan sekali gus merealisasikan
slogan 1Malaysia yang berteraskan satu jiwa satu bangsa.
Tegasnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat
memupuk perpaduan yang jitu dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang akan membawa kepada pembentukan sebuah
negara yang aman dan sentosa ibarat ‘air dalam talam.’ 

Tambahan pula,penggunaan kemudahan awam dapat


merealisasikan persekitaran yang mesra alam selari dengan
hasrat kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas
daripada pencemaran.Hal ini dikatakan demikian kerana gas
karbon monoksida yang dilepaskan daripada asap kenderaan
dapat dikurangkan ekoran berkurangnya jumlah kenderaan di
jalan raya.Sebagai contoh,pembebasan asap daripada
kenderaan akan mendatangkan pelbagai impak negative
terutama kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.Dalam
konteks ini,asap yang dikeluarkan oleh kenderaan akan
menipiskan lapisan ozon dan memaksimumkan tahap
pencemaran kualiti udara.Pencemaran udara ini
diibaratkanseperti duri dalam daging kepada alam sekitar dan
kesihatan manusia.Jika masyarakat menyahut seruan kerajaan
untuk menggunakan kemudahan pengangkutan awam,maka
tahap pencemaran alam sekitar dapat diminimumkan sekali
gus dapat melestarikan persekitaran yang bersih dan
indah.Sudah terang lagi bersuluh,penggunaan kemudahan
pengangkutan awam dapat merealisasikan persekitaran yang
mesra alam.

Tuntasnya, penggunaan perkhidmatan awam di Malaysia


menyumbang banyak manfaat dan kelebihan kepada kita
semua. Dunia serba moden era ini memerlukan masyarakat
yang berdaya saing dalam segala hal. Kerajaan juga hendaklah
menaiktaraf perkhidmatan awam di Malaysia agar setanding
dengan negara maju yang lain bak kata pepatah “Berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah”. Oleh itu, masyarakat Malaysia
diseru supaya bersama-sama menggunakan pengangkutan
awam agar hasrat kerajaan untuk memajukan negara tidak
tinggal impian semata-mata seiring dengan wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai