Anda di halaman 1dari 8

Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam

Mengurangkan kesesakan lalu lintas


Menjimatkan masa
Mengurangkan kos
Mengurangkan pencemaran udara
Dapat menambah pendapatan negara

Dunia kian berkembang pesat termasuklah negara kita Malaysia yang semakin menuju ke status
negara maju. Namun demikian, penggunaan pengangkutan awam masih dipandang sepi oleh
segelintir masyarakat. Perkhidmatan awam kini adalah lebih baik jika hendak dibandingkan satu
dekad yang lalu. Pihak kerajaan telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menambah baik
mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Jika diperhalusi, ada berbagai-bagai faedah yang kita
peroleh apabila menggunakan pengangkutan awam.

Faedah utama pastinya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering menghantui
jutaan penduduk di bandar-bandar besar. Hal ini bertambah runcing lagi apabila tiba waktu puncak
ketika pergi dan pulang dari bekerja. Sekiranya orang ramai sepakat menggunakan perkhidmatan
awam untuk ke tempat kerja, pastinya masalah kesesakan ini tidak berlaku. Sebagai contoh, semua
orang menggunakan bas awam untuk ke tempat kerja, maka jumlah kereta persendirian di atas jalan
raya pastinya berkurangan.

Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga pasti akan menjimatkan masa individu yang
menggunakannya. Hal ini demikian kerana, penggunaan Transit Aliran Ringan (LRT) atau Monorel
yang tidak melalui jalan raya pastinya mempercepat masa untuk sampai ke satu-satu destinasi.
Stesen-stesen LRT ini juga dibina di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti Pudu Sentral, Kuala
Lumpur Sentral dan Pasar Seni. Secara tidak langsung, kita tidak perlu menempuh jalan raya yang
sesak dengan kenderaan.

Di samping itu, apabila kita menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, kita dapat
menjimatkan kos pengangkutan. Sebagai contoh, harga petrol yang tinggi dan juga bayaran parkir
kenderaan pasti perlu ditanggung jika kita menggunakan kenderaan persendirian ke tempat kerja.
Namun demikian, dengan kos yang rendah kita tidak perlu risau dengan kos petrol dan bayaran
parkir berkenaan apabila menaiki kenderaan awam. Wang lebihan berkenaan boleh dibuat tabungan
kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Seterusnya, indeks pencemaran udara juga dapat dikurangkan jika kita sepakat untuk
menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana destinasi. Hal ini tidak dapat dinafikan
kerana apabila kenderaan di atas jalan raya semakin berkurangan, maka pelepasan gas karbon
monoksida yang berbahaya kepada manusia turut berkurangan. Kesannya, kita dapat mengurangkan
pencemaran udara dan kesan rumah hijau sekali gus. Secara tidak langsung juga, rakyat Malaysia
dapat hidup dengan sihat dan sejahtera.

Tambahan pula, penggunaan pengangkutan awam yang efisien turut mampu menarik minat
pelancong asing untuk berkunjung ke negara kita. Justeru, pendapatan negara akan meningkat
seiring dengan penambahan jumlah pelancong tersebut. Hal ini membolehkan pihak kerajaan
merangka lebih banyak kemudahan dan prasarana untuk kegunaan rakyat tempatan. Oleh itu,
penggunaan pengangkutan awam ini perlu digalakkan demi memastikan kelangsungan
penggunaanya dalam masyarakat.

Izharnya, sudah terang lagi bersuluh, penggunaan pengangkutan awam di negara kita ini
mendatangkan seribu satu faedah buat rakyat dan negara. Oleh itu, semua pihak perlu berganding
bahu bagai aur dengan tebing bagi memastikan kemudahan yang disediakan ini diselenggara dan
dijaga dengan rapi untuk memastikan kelangsungan penggunaannya. Jika semua perkara ini tidak
dipandang enteng, tidak mustahil negara kita mampu mencapai status negara maju menjelang tahun
2020 seperti yang dicita-citakan.












FAEDAH MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM
Pendahuluan.
Kesedaran untuk menggunakan pengangkutan awam dalam kalangan masyarakat agak rendah.
Membimbangkan kerajaan - pelbagai langkah diusahakan - namun belum berhasil. Pengangkutan
awam ada banyak kepentingan.

1. Pengangkutan awam dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama.
- penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan.
- kesesakan dapat dielakkan.
- menjimatkan masa masyarakat yang berurusan di bandar.

2. Penggunaan pengangkutan awam dapat menjimatkan wang.
- tambang pengangkutan awam lebih murah.
- kenaikan harga minyak sering berlaku.
- kos bahan api kenderaan dapat digunakan untuk perkara yang lebih penting.

3. Pengangkutan awam menggalakkan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat.
- masyarakat Malaysia dapat berinteraksi antara satu sama lain.
- mengeratkan hubungan antara kaum dan saling menghormati antara satu sama lain.
- mendokong gagasan 1 Malaysia yang mementingkan perpaduan.

4. Dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia.
- penggunaan yang optimum akan menggalakkan syarikat pengakutan awam membaiki
perkhidmatan.
- wujud persaingan sihat antara syarikat pengangkutan awam.
- pengenalan pelbagai jenis pengangkutan awam moden spt LRT, monorel, kereta api laju,
perkhidmatan penerbangan tambang murah.

5. Dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.
- Lebih ramai orang menggunakan pengakutan awam, bilangan kenderaan dapat
dikurangkan, justeru kemalangan juga berkurangan.
- negara rugi apabila kadar kemalangan yang berlaku tinggi, dari segi infrastruktur dan
modal insan.
- meningkatkan imej negara sebagai negara yang mempunyai pengangkutan awam yang
selamat.

Kesimpulan
- pengangkutan awam memang banyak kepentingannya. Semua pihak perlu mengubah sikap untuk
menggunakan pengangkutan awam. Jika tidak negara kita akan terus dibelenggu pelbagai masalah
pengangkutan.


ISU - PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA

Tugasan - faedah-faedah pengangkutan awam di Malaysia

Idea

dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas terutama di bandar-bandar besar
dapat mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya
dapat mengurangkan pencemaran udara akibat asap kenderaan
dapat mengurangkan kemalangan jalan raya
dapat menjimatkan kos hidup kesan daripada kenaikan harga minyak
dapat menjimatkan masa akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya
dapat sampai ke destinasi dengan cepat dan selamat
dapat menarik pelancong asing datang ke Malaysia

Tugasan - langkah-langkah meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam

Idea

kerajaan perlu memperbanyakkan pengangkutan awam untuk menampung permintaan pengguna
yang semakin bertambah
kerajaan perlu memastikan mutu perkhidmatan pengangkutan awam sentiasa terbaik dengan
membuat pemantauan dari semasa ke semasa
pengusaha pengangkutan awam perlu berdisiplin dan bertanggungjawab dengan tidak mengenakan
tambang sesuka hati
penguatkuasaan undang-undang perlu lebih ketat untuk memastikan pemandu teksi di ibu kota
tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong asing
pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan masa dipatuhi untuk mengelakkan pengguna
lambat sampai ke destinasi
kerajaan hendaklah memastikan pengangkutan awam yang disediakan adalah selesa dan tidak
membahayakan pengguna
kerajaan perlu mewajibkan pengusaha pengangkutan awam sentiasa membuat pemeriksaan
terhadap kenderaan masing-masing secara berkala
kerajaan perlu memastikan pemandu penggangkutan awam berhemat ketika memandu untuk
memastikan keselamatan penumpang
pemandu pengangkutan awam hendaklah mesra dengan pelanggan mereka

KEBAIKAN MENGGUNAKAN PENGANKUTAN AWAM
Isu-isu yang berkaitan dengan pengangkutan awam kerap dibincangkan oleh orang ramai. Hal ini
kerana pengangkutan awam amat penting dalam kehidupan orang ramal, terutama di bandar-
bandar yang besar. Pihak kerajaan perlu membina lebih banyak kemudahan pengangkutan awam
supaya lebih ramai rakyat yang menggunakannya. Terdapat beberapa kebaikan jika kita
menggunakan pengangkutan awam seperti bas, teksi, kereta api dan kapal terbang.

Antara kebaikan menggunakan pengangkutan awam ialah kita akan dapat menjimatkan
perbelanjaan. Dengan menaiki bas, kita juga akan dapat menjimatkan perbelanjaan minyak
kenderaan. Sesungguhnya, harga petrol dan diesel pada masa sekarang adalah tinggi. Kita juga tidak
perlu membuat bayaran tempat letak kenderaan kerana bayaran tempat letak kenderaan juga
semakin tinggi.

Selain itu, kita juga dapat menjimatkan tenaga apabila menggunakan pengangkutan awam. Hal Ini
kerana kita tidak perlu mengeluarkan tenaga untuk memandu. Memandu kenderaan kadangkala
amat meletihkan terutama di bandar-bandar besar kerana sering berlaku kesesakan lalu lintas.
Dengan menalki pengangkutan awam, badan kita akan lebih bertenaga apabila berada di tempat
kerja.

Dengan menaiki pengangkutan awam juga, kita akan lebih selamat. Hal ini kerana kenderaan yang
kita naiki adalah lebih besar daripada kenderaan kita. Jika berlaku sebarang kemalangan, kita pasti
lebih selamat jika dibandingkan dengan menaiki kenderaan sendiri. Kita juga tidak perlu memikirkan
keselamatan kenderaan kita apabila kita meletak kenderaan di tempat letak kenderaan.

Di samping itu, dengan menggunakan kemudahan awam, kita tidak perlu lagi membeli kenderaan
sendiri. Pada masa kini harga kenderaan seperti kereta adalah tinggi. Oleh itu, kita boleh
menggunakan wang pendapatan bulanan kita untuk membeli keperluan asas lain yang lebih penting
seperti rumah, pakaian dan makanan. Kita juga boleh menggunakan wang tersebut untuk simpanan
masa hadapan.

Kebaikan lain menalki pengangkutan awam ialah kita dapat menjimatkan masa. Contohnya, jika kita
memandu kenderaan sendiri, masa yang diperlukan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu adalah
selama tujuh jam. Jika kita menaiki kapal terbang pula, masa yang diperlukan adalah satu jam sahaja.
Justeru, kita boleh menjimatkan masa selama enam jam jika menggunakan pengangkutan awam.


Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda telah
menyumbang kepada faktor perubahan sistem pengangkutan awam secara drastik. Menurut Kamus
Dewan dan Pustaka Edisi Keempat, pengangkutan awam dapat didefinisikan sebagai sistem
pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang digunakan oleh orang ramai di
kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Pada zaman yang serba canggih ini,
sistem pengangkutan moden kian mempengaruhi kehidupan masyarakat. Berdasarkan perangkaan
terkini yang diperoleh, didapati bahawa kenderaan awam tidak terhad dalam sistem perhubungan di
darat malah di udara juga di laut. Apakah kepentingan pengangkutan awam kepada pengguna dan
persekitaran negara kita? Antara tamsilan pengangkutan awam yang selalu digunakan oleh
pengguna ialah bas, teksi, LRT, monorel dan kapal terbang. Umum mengetahui bahawa bas awam
merupakan kemudahan awam yang paling meluas digunakan di seluruh negara termasuklah di
bandar dan di kawasan pedalaman. Oleh itu, kelebihan-kelebihan pengangkutan awam yang
mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.


Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan perkhidmatan
pengangkutan awam kepada semua. Bertitik tolak daripada itu, dengan menggunakan
pengangkutan awam sebenarnya dapat menjimatkan masa seseorang untuk sampai ke sesuatu
destinasi seterusnyadapat menjimatkan kos perjalanan. Sebagai contohnya, jika
dahulu perjalanan ke Ipoh dengan memandu kereta mungkin memakan masa hingga tiga jam dan
kadangkala meletihkan kerana terpaksa menempuh kesesakan yang tidak diduga sepanjang
perjalanan. Namun, pada hari ini anda boleh menikmati kopi panas dan membaca
buku kegemaran anda dengan menaiki kereta api elektrik (ETS) yang hanya mengambil masa dua
jam lima minit sahaja perjalanan pada kadar tambang yang berpatutan. Sudah jelas di sini bahawa
penggunaan ETS dapat menjimatkan masa seseorang lebih kurang 50 minit berbanding penggunaan
kereta persendirian. Impaknya, pengangkutan awam dapat menjimatkan masa dan kos perbelanjaan
dengan tambang yang berpatutan seperti juga pengangkutan awam yang lain iaitu LRT (Light Rail
Transit) dan MRT(Mass Rail Transit) yang menjadi pilihan ramai terutamanya golongan pertengahan
di kawasan bandar. Malahan kita boleh pergi ke mana-mana destinasi tanpa perlu memikirkan kos
petrol yang semakin meningkat dan pengguna tidak perlu memikirkan bayaran tol serta bayaran
tempat meletak kenderaan. Seterusnya, kos yang dapat dijimatkan itu boleh digunakan untuk
membeli barang keperluan yang lebih penting. Peribahasa yang bertepatan dengan situasi di atas
ialah Ingat Sementara Belum Kena, Jimat Sebelum Habis dan Masa Itu Ibarat Emas. Sudah Terang
Lagi Bersuluh, pengangkutan awam dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan seseorang.


Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat perlu menggunakan
pengangkutan awam agardapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Perkhidmatan bas telah lama
menerima persepsi negatif umum sebagai pengangkutan bagi golongan miskin. Perkhidmatan bas
semasa tidak mampu menandingi kelajuan, keupayaan dan kekerapan perkhidmatan rel yang tinggi
kerana bas perlu meredah kesesakan lalu lintas bersama-sama ribuan kenderaan lain. Bagi
mengatasi masalah ini, tiga usaha utama merentasi 12 koridor menuju ke bandar utama iaitu Bus
Expressway Transit (BET), Bus Rapid Transit (BRT), dan Lorong Bas telah disediakan. Perkhidmatan
BET akan dilancarkan di empat lebuh raya di Lembah Klang yang tidak digunakan sepenuhnya.
Pengguna akan menikmati pengurangan kesesakan lalu lintas daripada perkhidmatan ini kerana
pengangkutan awam ini mempunyai jumlah hentian yang terhad dan laluan khas di kawasan tol bagi
melancarkan perjalanan. Selain itu, pengguna yang mengutamakan perkhidmatan pengangkutan
awam dan tidak mementingkan diri sendiri, Bagai Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-
Masing dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Kekurangan kenderaan persendirian
di jalan raya secara langsungnya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kronik. Secara
implisitnya, kadar kemalangan dapat dikurangkan sekali gus. Dengan ini, diharapkan masyarakat
sedar akan kelebihan pengangkutan awam yang dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu
lintas.


Pengangkutan Awam sebenarnya mempunyai perkaitan yang amat kuat dengan pembinaan bandar
lestari atau bandar hijau malah mengurangkan pencemaran alam. Mahu atau tidak, pengangkutan
awam akan menjadi nadi penting dalam memperkasakan bandar yang bersih atau mampu
mengurangkan karbon atau gas beracun di kawasan bandar. Kawasan bandar yang kurang
kenderaan persendirian bermaksud akan bertambah kurangnya karbon dilepaskan. Tambahan pula,
LRT, MRT dan Monorel digerakkan menggunakan tenaga elektrik. Pembinaan pengangkutan awam
yang efisyen membolehkan bandar raya dibangunkan dengan sempurna. Kajian masa depan perlu
dilakukan untuk memikirkan kesesakan bandaraya pada masa akan datang. Walaupun adanya
bandar satelit yang membantu mengurangkan kesesakan bandar utama, perancangan pengangkutan
awam yang sempurna perlu difikirkan. Kenderaan bermotor yang padat di kawasan bandar
menyumbang kepada pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Dari satu segi, fenomena ini
menunjukkan kemajuan ekonomi sesebuah negara. Manakala dari sisi alam sekitar pula, hal ini
menunjukkan kemerosotan alam sekitar. Keadaan yang bercanggah inilah yang sepatutnya
diselarikan supaya kenderaan bermotor bukan sahaja boleh digunakan sebagai petunjuk kemajuan
ekonomi negara, bahkan turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Bagaimanakah kedua-
duanya dapat diselarikan? Jawapannya adalah dengan memperkenalkan Sistem Pengangkutan Hijau
yakni satu sistem pengangkutan awam yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan yang
berkualiti iaitu cepat, cekap dan selesa bahkan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Sekiranya
sistem pengangkutan hijau berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya di kawasan bandar tanpa
gangguan daripada kenderaan persendirian dan motosikal sudah pasti matlamat untuk
meningkatkan kualiti hidup penduduk di bandar akan tercapai. Hal ini kerana gangguan dari segi
tekanan, ketidakselesaan, kerumitan, kelewatan jadual perjalanan, kesesakan lalu lintas telah
berjaya diatasi. Keselesaan dan kesejahteraan penduduk dalam berinteraksi di jalan raya juga
merupakan sumbangan kepada peningkatan kualiti hidup penduduk. Izharlah bahawa sistem
pengangkutan awam yang moden di negara kita mampu melestarikan alam sekitar seterusnya
pencemaran udara tidak akan menjadi masalah lagi.


Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan pengangkutan awam moden dapat memudahkan
perjalanan. Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan kapal terbang sebagai pengangkutan
utama bagi masyarakat Islam yang ingin menunaikan haji. Penggunaan kapal terbang dapat
mempercepat perjalanan di samping memudahkan jemaah haji yang ingin menunaikan tuntutan
rukun Islam yang kelima. Jika dibandingkan pada tahun 1950-an, jemaah haji yang menunaikan haji
akan mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk sampai ke destinasinya. Hal ini amat
menyusahkan, berbanding sekarang hanya 8 jam sahaja, seseorang itu telah sampai ke
Mekah. Situasi ini jelas menunjukkan penggunaan pengangkutan awam moden telah memudahkan
perjalanan bagi jarak yang amat jauh melangkaui sempadan antarabangsa. Selain itu, Sistem Transit
Aliran Ringan (LRT), komuter, monorel dan KLIA Ekspress telah terbukti dapat memudahkan
perjalanan kerana bebas daripada kesesakan lalu lintas. Hal ini disebabkan pengangkutan awam ini
mempunyai laluan atau rel yang tersendiri. Selain itu, keistimewaan pengangkutan awam ini juga
memudahkan perjalanan kerana mempunyai jadual perjalanan yang telah ditetapkan. Sekali gus,
orang ramai dapat merancang perjalanan mereka dan membuat persediaan awal seperti
peribahasa Sediakan Payung Sebelum Hujan. Tegasnya, perjalanan akan menjadi lebih mudah bagi
pengguna apabila pengangkutan awam ini tidak dipinggirkan.


Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya maka sebagai akhirulkalam, pengangkutan awam
banyak mendatangkan manfaat dalam memudahkan manusia menjalani urusan seharian. Semua
lapisan masyarakat Malaysia digalakkan menggunakan pengangkutan awam. Sekiranya langkah
yang drastik dan efektif ini tidak diikuti, sudah tentu banyak masalah akan timbul dalam kehidupan
kita di bumi yang fana ini. Jika dikaji sehingga ke akar umbi, masalah ini berpunca daripada asap
kenderaan. Oleh itu, pihak kerajaan juga hendaklah memainkan peranan yang vital dengan menaik
taraf perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia agar setanding dengan negara-negara gergasi
yang lain bak peribahasaBerdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah. Oleh hal yang demikian, anggota
masyarakat perlu menyokong langkah kerajaan yang berstrategi serampang dua mata bagi
menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Sesungguhnya, kemajuan dalam pengangkutan
awam yang disokong sepenuhnya oleh rakyat Malaysia akan dapat meningkatkan kualiti hidup dan
kesejahteraan insan seiring dalam memenuhi aspirasi negara menjelang pencapaian Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai