Anda di halaman 1dari 5

Cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum ~ Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat


mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini
dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar
seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. 

3. Penapis asap /Catalytic converter ~ Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh


pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan
penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan
asap yang tidak mencemarkan udara.

4. Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) ~ Bagi mengatasi


masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap
tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat dikurangkan.

5. Penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik, tenaga suria)  ~ Dalam usaha


mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas,
lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan.
Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta  hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga
suria.  

7. Kempen Alam Sekitar ~ Bagi melindungi alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara,
kempen berbasikal boleh dilancarkan. Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
telah menganjurkan Kempen Berbasikal Kali Ke 12 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada
tahun 2012. ( Link : Sinar Harian ).

Masalah Pengangkutan Awam

1. Tambang Mahal ~ Sesetengah pengangkutan awam seperti teksi dan LRT mengenakan
bayaran yang agak tinggi yang tidak mampu dibayar oleh penumpang. Oleh itu, perkhidmatan
teksi dan LRT hanya menjadi pilihan ketika keadaan terdesak seperti hendak ke pejabat dan
mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Tambang bulanan bas/van sekolah juga agak mahal. Contohnya untuk seorang anak, ibubapa
terpaksa memperuntukan sebanyak sekurang-kurangnya RM100 sebulan. Bayangkan jika
terdapat 3 atau 4 orang anak yang bersekolah, sudah tentu peruntukan untuk bayaran tambang
bas/van sekolah mencecah RM500!

2. Kemalangan ~ Pada musim perayaan, kita sering digegarkan dengan kes-kes kemalangan yang
menyayat hati yang melibatkan perkhidmatan bas ekspres. Kemalangan ini dapat dielakkan jika
pemandu bas menjalankan tugasnya dengan berhemah dan bertanggungjawab.   

Kemalangan yang melibatkan pelajar sekolah juga sering terpapar di dada akhbar. Kemalangan
ini berlaku kerana bas sekolah yang dinaiki terlalu penuh sehingga menyebabkan terdapat
penumpangnya terpaksa berdiri di tangga bas. Situasi seperti ini amat bahaya dan berisiko
kepada berlakunya kemalangan.

3. Keselamatan penumpang terancam ~ Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu


bas dan teksi telah membawa padah kepada penumpang! Penumpang merasa tidak selamat
untuk menggunakan perkhidmatan bas ekspres atau teksi. Sikap seperti ini juga boleh
mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sikap tamak pemilik bas/van sekolah yang hanya mementingkan keuntungan, telah sanggaup
bertindak mengancam keselamatan penumpangnya yang terdiri daripada pelajar-pelajar
sekolah. Bas/van sekolah yang dinaiki oleh pelajar-pelajar ini biasanya melebihi muatan.

4. Kesesakan lalu lintas ~ Pada waktu puncak iaitu di awal pagi (7.00 hingga 8.00 pagi) dan
waktu petang (4.00 hingga 6.00 petang) perkhidmatan LRT, KTMB dan Rapid K.L gagal
beroperasi dengan baik.   Biasanya kesesakan lalu lintas berlanjutan selama 2 hingga 3 jam
ketika waktu puncak di Kuala Lumpur.

5. Jangka masa lama ~ Sebelum dilancarkan Rapid Kuantan, pengguna terpaksa menunggu
perkhidmatan bas henti-henti hampir sejam. Ketibaan bas yang tidak tentu juga menyukarkan
penumpang yang menggunakan khidmat bas
ini.  (kelip-kelipancontest.blogspot.com/2013/03/masalah-pengankutan-awam.html)

Langkah mengatasi kesan pembandaran


~ menambah kawasan hijau untuk menyerdehanakan suhu

~ merawat air supaya dapat digunakan semula untuk kegunaan bandaran dan industri.

~ membaiki sistem perparitan seperti membina SMART TUNNEL untuk laluan air ketika hujan
lebat bagi mengelakkan kejadian banjir kilat.

~ Kuat kuasa undang-undang seperti denda dan saman bagi pengilang yang menyebabkan
pencemaran udara dan pencemaran air. Juga tindakan saman oleh pihak JPJ terhadap pengguna
jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya seperti pengeluaran asap hitam yang
mencemarkan udara.

~ Pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah melalui mata pelajaran Kajian Tempatan,
Geografi dan Sains. Juga melalui persatuan atau kelab seperti MNS dan WWF.

~ Kempen kesedaran alam sekitar yang dijalankan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Contohnya MNS dan WWF yang menjalankan kempen, seminar dan ceramah bagi menyedarkan
masyarakat pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar.

~ Amalan kitar semula bahan buangan seperti kertas suratkhabar, kotak dan botol kaca.

~ Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti bas dan LRT.

~ Wujudkan bandar baru/bandar satelit bagi mengurangkan kesesakan penduduk di pusat


bandar. Contohnya Petaling Jaya dan Subang Jaya.

~ Pindah kilang ke pinggir bandar dan wujudkan zon penampang bertujuan mengurangkan
pencemaran udara. (http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2013/07/langkah-mengatasi-
masalah-pembandaran.html)
KAEDAH KAJIAn

Terdapat tiga kaedah kajian yang telah saya lakukan bagi memenuhi keperluan
melaksanakan kerja kursus Geografi pada tahun ini.

Antara kaedah kajian yang saya lakukan ialah soal selidik. Saya telah mengedarkan
sebanyak 20 helai borang soal selidik kepada para penumpang yang menggunakan
perkhidmatan pengangkutan awam sebagai kenderaan harian.

Kaedah penyelidikan yang seterusnya yang saya lakukan ialah dengan melayari internet.
Saya telah melayari laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Rapid_Penang sebagai salah satu
sumber yang membekalkan maklumat tentang pengangkutan awam.

Kaedah kajian yang terakhir ialah temuramah. Saya telah menemuramah dengan Encik
Ismail Bin Halim iaitu seorang pemandu bas Rapid Penang yang selalu mengangkut penumpang
yang berpusat di pekan Kepala Batas.

KAWASAN KAJIAN

            Kawasan kajian saya adalah terletak di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Kawasan ini terletak di pekan Kepala Batas iaitu salah satu daerah dalam negeri Pulau Pinang.
Dari kawasan Kepala Batas ini terdapat banyak taman perumahan seperti Taman Desa Sena,
Taman Sepadu, Taman Koskam dan lain-lain.

            Kawasan Kepala Batas Ini terletak di arah utara dalam Pualau Pinang. Pandang darat
fizikal kawasan ini terletak di kawasan tanah pamah yang rata sesuai untuk pembinaan jalan
pengangkutan darat dan petempatan. Oleh sebab itu, kawasan ini menjadi tumpuan peduduk
untuk menggunakan pengangkutan awam iaitu bas.

Jarak mutlak antara kawasan Kepala Batas dari Buterworth ialah 15km. jarak relative dari masa
yang diambil dengan menaiki bas adalah lebih kurang 20 minit dari pekan Kepala Batas.

Pengangkutan awam ialah sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak


menggunakan kenderaan sendiri. Jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian
saya ialah bas Pengangkutan  awam adalah penting di pekan Kepala Batas, Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang kerana ia meningkatkan mobiliti penduduk terutama yang tidak mempunyai
kenderaan.

 Kepentingan lain ialah mengangkut penumpang, menjimatkan kos dan mengurangkan


kesesakan lalu lintas. Walaubagaimanapun, penduduk di Kepala Batas ini menghadapi beberapa
masalah berkaitan pengangkutan awam seperti jangka masa lama, pencemaran udara dan
pencemaran bunyi.

Saya mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan masalah-masalah tersebut seperti


menguatkuasakan undang-undang, menganjurkan kempen alam sekitar, dan berkongsi
kenderaan ke tempat kerja.
Saya berharap pihak yang terlibat akan perihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh
penumpang di pekan Kepala Batas ini. Saya bangga kerana pihak terbabit berusaha memperbaiki
perkhidmatan bas di pekan Kepala Batas ini. (http://amirthaqif.blogspot.com/)

Faktor Pemilihan Tapak Petempatan Luar Bandar/Bandar

1. Bentuk Muka Bumi


      Tanah pamah yang rata dan luas biasanya menjadi tarikan untuk dijadikan petempatan.
Kegiatan ekonomi seperti pertanian, perikanan dan perindustrian sesuai dijalankan di kawasan
ini. Kemudahan infrustruktur seperti jalan pengangkutan, perhubungan, bekalan air dan elektrik
dapat disediakan dengan mudah. Darjah ketersampaian ke tempat ini juga tinggi berbanding
petempatan di kawasan tanah tinggi. Contohnya : Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan,
Dataran Besut, dan Lembah Klang.
2. Tanah yang subur
        Kesuburan tanah juga menjadi pilihan petempatan dibina di situ. Contohnya, tanih aluvium
yang sesuai dengan tanaman padi menyebabkan Dataran Kedah-Perlis dan Dataran Kelantan
menjadi pilihan penduduk untuk menanam padi dan mendirikan petempatan di kawasan
tersebut. Tanah laterit di Dataran Johor menjadi tarikan penduduk untuk kegiatan peladangan
getah dan kelapa sawit. Pembukaan KEJORA menyebabkan banyak petempatan dibina dan
taburan penduduknya menjadi sederhana padat.
3. Kedudukan Yang Strategik
       Pada zaman awal petempatan, lokasi yang menjadi pilihan petempatan ialah gua dan
puncak bukit. Contohnya Gua Niah di Malaysia. Ini kerana gua dan kawasan tanah tinggi boleh
melindungi penduduk daripada ancaman musuh dan binatang buas.   Lokasi strategik seperti di
tebing sungai, pinggir laut juga menjadi pilihan petempatan. Kawasan ini sesuai dijadikan
pelabuhan. Contohnya : Kuantan dan Kuala Lumpur (Pelabuhan Klang).
4. Sumber Alam
      Penemuan sumber alam seperti bijih timah menyebabkan kawasan Ipoh, Kuala Lumpur dan
Seremban dibangunkan sebagai petempatan perlombongan bijih timah. Kertih, Miri dan Lutong
pula dibangunkan kerana penemuan petroleum, sementara Bintulu pula kerana sumber gas asli.
5. Peranan Governan
        Tindakan pihak kerajaan membuka kawasan pembangunan wilayah seperti KEJORA (Johor),
KSEDAR (Kelantan), KETENGAH (Trengganu), DARA (Pahang) serta pembangunan tanah
persekutuan (FELDA & FELCRA) untuk dijadikan kawasan perladangan getah & kelapa sawit;
telah menyebabkan kawasan yang tiada penduduk ini menjadi kawasan petempatan yang
sederhana padat penduduknya.
         Pembinaan lebuhraya di seluruh Semenanjung Malaysia juga menyebabkan wujudnya
petempatan di sepanjang lebuh raya tersebut. Contohnya : Ayer Keroh di Lebuh raya Utara-
Selatan. (http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2015/02/faktor-pemilihan-tapak-
petempatan-luar.html)
KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 2

SMK MUNSHI SULAIMAN 83000 BATU PAHAT,JOHOR

BORANG SOAL SELIDIK

Nama:Foo Xin Tien

Anda mungkin juga menyukai