Anda di halaman 1dari 5

RUMUSAN

Pengangkutan ialah sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak


menggunakan kenderaan sendiri. Jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya
ialah motorsikal, basikal, kereta dan van.

Kepentingan kenderaan ini adalah untuk menghantar anak ke sekolah, berulang-alik


ke tempat kerja, dan pergi ke pasar. Walaubagaimanapun, penduduk di kg Panji ini
menghadapi beberapa masalah berkaitan pengangkutan seperti jalan raya yang sempit,
pencemaran bunyi yang datang daripada perlumbaan motor, dan keselamatan penumpang.

Saya mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan masalah-masalah


tersebut seperti menguatkuasakan undang-undang, menganjurkan kempen alam sekitar, dan
memberi ceramah berkaitankepentingan pemakaian helmet.

Saya berharap pihak yang terlibat akan prihatin terhadap masalah-masalah yang
dihadapi oleh penduduk kampong ini dan lebih peka berkaitan keselamatan ketika menaiki
kenderaan. Saya bangga kerana pihak berkuasa telah berusaha mengatasi masalah
perlumbaan haram dengan pembinaan bonggol dan pemantauan yang berterusan.

PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menengah Rendah 2013, saya selaku pelajar
Tingkatan 3 diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus Geografi di sekolah. Saya telah memilih
tajuk Pengangkutan di Kg Panji.

Saya telah memilih tajuk Pengangkutan di Kg Panji sebagai kawasan kajian saya
kerana di kawasan ini memudahkan saya menjalankan kajian kes kerana kawasan ini ialah
tempat tinggal saya. Kawasan kajian ini padat dengan penduduk dan menggunakan
pengangkutan awam untuk pergerakan harian mereka.
Saya Berjaya melengkapkan kajian ini dalam masa sepuluh minggu dengan menulis
laporan kajian dengan lengkap bermula dari bulan Mac hingga bulan Mei.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian tentang pengangkutan awam di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang ini
adalah untuk mencapai objektif berikut:

Mentakrif Konsep pengangkutan awam


Menyata dan menghuraikan Jenis-jenis pengangkutan awam
Menyata dan menghuraikan Kepentingan perkembangan pengangkutan awam
Menyenarai dan menghuraikan Masalah perkembangan pengangkutan awam
Mencadang dan menghuraikan Cadangan untuk mengatasi masalah
perkembangan pengangkutan awam
Memupuk Nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

8.4 Masalah Pengangkutan Awam


Antara masalah-masalah yang sering dialami oleh pengguna pengangkutan awam ialah :

1. Keselamatan penumpang terancam

Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu tidak memakai helmet ketika


bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

2. Perlumbaan haram mendatangkan pencemaran bunyi

Sesetengah remaja menyalahgunakan motorsikal untuk melakukan perlumbaan


haram dan mengubahsuai motorsikal mereka. Hal ini menyebabkan pencemaran bunyi
berlaku.

3. Kos Bahan Api Meningkat


Harga minyak yang semakin meningkat menyebabkan motorsikal digunakan sebagai
altenatif menggantikan kereta.

4. Kenderaan lama

Kenderaan lama yangdigunakan oleh golongan yang agak berumur boleh


membahayakan keselamatan
5. Pencemaran udara

Kenderaan yang tidak diservis menyebabkan udara dicemari dengan gas karbon
monosida dan asap hitam yang berjelaga yang mencemarkan udara.

8.5 Cadangan mengurangkan masalah pengangkutan


Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam
ialah :-

1. Kuat kuasa undang-undang

Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan yang
berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut. Pihak JPJ
boleh mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van sekolah yang
mengeluarkan asap hitam yang mencemarkan udara.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam


pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara
terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

3. Penapis asap /Catalytic converter


Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan
teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan
ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.

4. Mengurangkan kos operasi

Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi
diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat
dikurangkan.

5. Penggunaan bahan api alternatif

Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari
kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang
mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta hibrid
(menggunakan bateri) dan tenaga suria.

6. Kursus pemanduan berhemah

Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh
tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan
boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan
tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang
dan mematuhi peraturan jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai