Anda di halaman 1dari 10

Lampiran

JENIS JENIS
PENGANGKUTAN AWAM

Berdasarkan pemerhatian saya dan hasil soal selidik


bersama 10 orang responden di sekitar Taman Bunga
Raya iaitu;

• Teksi. Merupakan pengangkutan awam penduduk


taman bunga raya yang tidak mempunyai kenderaan
sendiri kerana lebih mudah lebih mudah. Kebiasannya
penduduk akan menghubungi pusat hentian teksi untuk
mengambil mereka di kediaman dan seterusnya.
Menghantar mereka ke destinasi yang hendak dituju.
Penduduk akan dikenakan bayaran mengikut jarak jauh
yang dilalu.

• Bas. Dengan 4/10 orang responden memilih bas. Bas


atau dikenali sebagai Rapid KL. Masa perkhidmatan
beroperasi bermula pada pukul 6.00 pagi dan berakhir
pada pukul 11.00 malam. Tambang perjalan mengikut jarak
jauh contohnya dari Taman Bunga Raya ke Wangsa Walk.
Antara jalan utama yang dilaluinya ialah Stesen Taman
Melati.

• Grab. Dengan 2/10 orang responden memilih grab. Masa


perkhidmatan grab adalah 24 jam. Grab adalah
perkhidmatan atas permintaan (on-demand service)
dengan tambang tetap yang mengabungkan teksi dan
kereta biasa di seluruh Malaysia. Hal ini bermaksud
penumpang yang menempah Grab akan diberikan
kenderaan terdekat, sama ada teksi atau pun kereta
biasa.
KONSEP

Berdasarkan wikipedia,pengangkutan awam atau


transit awam merangkumi segala sistem
pengangkutan awam yang mana penumpang tidak
bergerak mengunakan kenderaan sendiri.
Pengangkutan awam biasanya dikenali sebagai
pengankutan umum dan biasanya diataur untuk
menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan
tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang
transit bergerak dalam lingkungan kawasan
tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja,
pusat beli belah atau institusi pendidikan. Menurut
kamus dewan edisi keempat ialah sistem
pengangkutan bermotor seperti teksi,bas dan kereta
api yang boleh digunakan oleh orang ramai di
kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah
ditetapakan.
MASALAH

Melalui soal selidik yang saya lakukan, saya dapati 4/10 respon memilih
kos tambang yang mahal sebagai masalah yang ada di sekitar Taman
Bunga Raya.
Masalah kos tambang yang mahal ini mungkin berpunca kerana kawasan
bandar berteknologi tinggi ataupun kerananya disebabkan kos sara yan
semakin meningkat dan sukar bagi pemandu pengangkutan awam sama
juga dengan pengguna awam.
Saya juga dapati segelintir pemandu teksi tidak menggunakan meter dan
menggunakan caj yang mahal kepada pengguna. Inilah sebabnya ramai
rakyat Malaysia kurang menggunakan pengangkutan awam.

Saya juga dapati 3/10 respon memilih pencemaran udara. Saya


tidak terkejut responden memilih pencemaran udara.
Bas yang mengeluarkan asap mencemarkan udara yang
memberikan kesan buruk kepada manusia, haiwan dan atmosfera.
Asap yang hitam legap menyebabkan pemanasan global tetapi
masih ramai juga orang menggunakan bas sebagai pengangkutan
awam seharian mereka.

3/10 memilih keselamatan penumpang. Keselamatan


penumpang sangat tidak terjamin selalu kerana segelintir pemandu
munkin menghisap rokok. Dengan ini penumpung mungkin
menghidap asma dan tidak selamat kepada mereka.
Atau juga bermain telefon semasa memandu dengan ini boleh
berlaku kemalangan semasa perjalanan ke destinasi yang ditujui
mereka.
CADANGAN

4/10 responden memilih penguatkuasaan undang-undang


bagi menyelesaikan masalah keselamatan penumpang.
Pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang bagi
mengurangkan masalah keselamatan penumpang. Dengan ini
penumpang berasa lebih selesa dan tidak lagi berasa khuatir
apabila menempah pengangkutan awam.

saya dapati 4/10 responden memilih diskaun dan promosi untuk


kumpulan sasaran bagi kos tambang yang mahal. Diskaun dan
promosi untuk kumpulan sasaran dapat mengurangkan harga yang
terlalu mahal untuk pengguna yang gunakan pengangkutan awam di
Taman Bunga Raya.
Langkah ini diperlukan memandangkan ramai pekerja
memerlukan pengangkutan awam dan dapat berjimat cermat.

2/10 Memilih kempen alam sekitar. Penyedaran bahawa asap


yang dikeluarkan oleh pengangkutan awam terlalu banyak. Bas
perlulah diservis setiap bulan untuk membersihkan enjin,
menukarkan penapis minyak dan minyak hitam.
Kita perlulah mengambil berat mengenai pencemaran udara
supaya kadar pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera
berkurangan.
RUMUSAN

Kajian yang saya jalankan di sekitar Taman Bunga


Raya telah banyak memberi pengalaman dan pengetahuan
yang amat berguna kepada saya.

Melalui kajian ini saya berpeluang mengenal pasti


jenis pengangkutan dan masalah-masalah pengangkutan
yang terdapat di Taman Bunga Raya. Jenis pengangkutan
yang lebih digunakan oleh penduduk di Taman Bunga Raya
ialah Teksi, bas dan grab. Masalah-masalah yang dihadapi
di Taman Bunga Raya ialah tambang yang mahal. Kajian ini
membolehkan saya mengetahui masalah-masalah yang
dihadapi penduduk tempatan dengan lebih mendalam.

Melalui kajian ini saya juga berpeluang untuk


mengetahui langkah-langkah penambahbaikan yang boleh
dilakukan di Taman Bunga Raya. Antaranya adalah
membuat promosi dan menambah diskaun.

Saya berharap agar langkah-langkah


penambahbaikan berkenaan dapat memberi kesan positif
dan memberi faedah kepada semua penduduk di Taman
Bunga Raya.
RUJUKAN

a) Buku teks:
Kang Chai Yoeng, Zulkipli bin Ismail dan
Rajanderan Subramaniam, 2017, Buku Teks Geografi
Tingkatan 2,IMS BOOKS TRADING SDN.BHD.
b) Internet:
https://maps.google.com/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_awam
https://docs.google.com/forms
c) Orang Sumber:

Anuar bin ibrahim


Fayyadh bin Amir
Rahim bin Amri
Aisya bt Jamal
Fia binti Ali
Azli bin Fakri
Fatima Fazli
Ina Binti Samsudin
Hew Tan Yoon
Hani Sofea Faizal

Anda mungkin juga menyukai