Anda di halaman 1dari 5

TEKNOLOGI PENGANGKUTAN

Pada zaman ini, seluruh negara sedang berlumba-lumba untuk memajukan teknologi
dalam bidang sains fizik terutamanya. Perkembangan dalam ilmu fizik sejak dari dulu lagi
telah membawa kepada pelbagai ciptaan berteknologi tinggi yang dapat kita lihat di
sekeliling kita. Teknologi-teknologi yang telah dicipta ini, bertujuan untuk memudahkan
manusia dalam urusan pekerjaan dan kehidupan seharian. Dahulu, manusia bergerak ke
satu tempat ke satu tempat dengan berjalan kaki sahaja. Penemuan roda oleh Thomson
pada tahun 1845 telah membawa perubahan yang besar dalam bidang pengangkutan
manusia. Manusia mula menggunakan kereta kuda dan kereta lembu untuk mengangkut
manusia dan barang. Kemajuan teknologi pengangkutan berkembang lagi dengan
penciptaan enjin diesel yang lebih berkuasa (Roszana, 2011). Kemudian, manusia mula
menggantikan kereta dan kereta api berenjin diesel dengan enjin menggunakan petrol
seperti sekarang. Pengangkutan darat dan laut juga berkembang seiring dengan kemajuan
teknologi pada harini. Namun demikian, terdapat pelbagai kelebihan dan kekurangan dalam
perkembangan teknologi pengangkutan ini.

Antara kelebihan yang terdapat dalam perkembangan teknologi pengangkutan yang


terkini ialah, pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan. Menurut statistik yang dikeluarkan
oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, sebanyak 17,368,234 kenderaan berada di atas jalan
raya pada 2013 berbanding hanya 14,271,570 pada tahun 2009 (Salmiah, 2015). Oleh itu,
peningkatan kenderaan bermotor ini menyumbang kepada pelepasan hidrokarbon, gas
karbon dioksida dan gas monoksida ke atmosphera yang sangat tinggi. Pelepasan gas ini
bukan sahaja dapat mencemarkan alam sekitar, malah menjadi salah satu penyebab
kepada pemanasan global yang sedang kita hadapi kini. Oleh hal demikian, perkembangan
teknologi fizik pada harini telah membawa kepada perindustrian kenderaan yang dilengkapi
teknologi hibrid yang menggunakan dua atau lebih punca tenaga atau kuasa untuk
menggerakkan kenderaan tersebut. Menurut Prof. Dr. Azhar Abdul Aziz, kenderaan hybrid
ini menggunakan “start-stop system” iaitu mematikan enjin apabila kenderaan berhenti
seketika dan akan menghidupkan enjin apabila kenderaan bergerak. Hal ini bertujuan untuk
mengurangkan pengeluaran asap ekzos yang mengandungi pelbagai gas-gas yang
berbahaya disamping dapat menjimatkan kos minyak berbanding kenderaan yang

menggunakan enjin konvensional iaitu enjin pembakaran dalam.

Selain itu, perkembangan teknologi pengangkutan juga dapat memendekkan masa


perjalanan dari satu tempat ke satu tempat. Buktinya, negara-negara maju seperti China,
Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman telah mencipta kereta api elektrik yang lebih berkuasa,
berkelajuan tinggi dan senyap atau lebih dikenali sebagai Bullet Train. Kereta api
berkelajuan tinggi ini menggunakan teknologi “Maglev” yang mana kereta api tersebut
bergerak berdasarkan prinsip magnetasi dan keapungan (Zach Spiegel, 2015). Teknologi ini
akan menghasilkan sifar geseran antara roda dengan landasan kerana kereta api bergerak
secara terapung di atas landasan. Sebagai contohnya, Bullet Train yang terkenal ialah Fly
California di California, Amerika Syarikat mampu bergerak dengan kelajuan hampir 200km/j.
Oleh itu, manusia dapat bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah dan cepat
tanpa menempuhi kesesakan lalu lintas terutamanya pada pada hari bekerja mahupun
musim perayaan. Pembangunan pengangkutan awam dapat mengurangkan segala jenis
masalah yang dikaitkan dengan penggunaan kenderaan peribadi seperti mengurangkan
statistik kemalangan jalan raya, masalah hutang pembelian kenderaan dan masalah
pencemaran udara (Firdaus Ismail, 2018). Oleh hal demikian, jelaslah bahawa
perkembangan teknologi pengangkutan ini dapat membantu manusia untuk bergerak dari
satu tempat ke satu tempat dengan lebih efisien.

Namun demikian, terdapat juga kekurangan dalam perkembangan teknologi


pengangkutan yang terkini. Antaranya ialah, harga permilikan yang tinggi. Seperti kita
ketahui, kenderaan yang dilengkapi teknologi terkini, mempunyai kualiti dan sistem yang
lebih canggih berbanding kereta dengan enjin pembakaran dalaman. Hal ini menyebabkan
harga melambung tinggi sehingga tidak mampu dibayar oleh pembeli biasa yang masih
mementingkan asas praktikaliti, tujuan penggunaan dan bajet pembelian sebuah kereta.
Walaupun pihak kerajaan telah memberikan rebat dan promosi kepada pembeli, namun
pembeli terpaksa melabur wang yang tinggi untuk kos penyelenggaraan kenderaan mereka
dari segi enjin, minyak hitam, tayar dan sebagainya agar kuasa kenderaan semasa
memecut tidak berkurang, serta meningkatkan kelajuan maksimum kenderaan dan jangka
hayat enjin. Sebagai contohnya, model kereta BMW 118i Sport yang diakategorikan sebagai
model BMW yang paling murah dipasarkan dengan harga RM176,800 manakala model
paling mahal tak lain tak bukan iaitu BMW i8 dengan harga RM1,188,800 seunit (Kay
Suhaimi, 2017). Reka bentuk yang menarik serta keselesaan semasa memandu model
kereta BMW ini dapat menarik minat golongan atasan dan bawahan untuk memiliki
kenderaan tersebut sehingga terpaksa membuat pinjaman dengan pihak bank beratus ribu-
ribu ringgit walaupun harga dan kos penyelenggaraan kenderaan yang agak mahal.

Disamping itu, perkembangan teknologi pengangkutan juga telah menyebabkan


pelaburan berjuta-juta ringgit oleh pihak kerajaan untuk membuka landskap baharu. Hal ini
disebabkan oleh kebanjiran kenderaan yang memasuki ruang bandaraya meningkat dari
tahun ke tahun, telah menyebabkan kesesakkan jalan raya yang amat teruk berbanding
negara-negara jiran. Jalan raya yang terhad untuk menampung ribuan kereta dalam satu
masa menjadi salah satu penyebab kepada masalah tersebut. Oleh itu, berdasarkan berita
Utusan yang bertajuk “Penduduk Bantah Tebang 200 Pokok di Pandan Perdana”, sebanyak
200 batang pokok di bahu jalan-jalan utama sekitar Pandan Perdana akan ditebang bagi
memberi laluan kepada pelebaran jalan di kawasan tersebut. Hal ini akan menyebabkan
penduduk di kawasan perumahan berkenaan hilang sumber alam semula jadi hijau. Hal ini
akan mengganggu keseimbangan ekosistem di kawasan tersebut yang dikategorikan
sebagai kawasan perumahan berkepadatan tinggi serta berisiko tinggi akan bencana alam
seperti kejadian banjir dan ketandusan tanih. Sebagai contohnya, kejadian banjir lumpur
yang berlaku di Sungai Sungkai, Perak pada tahun 2000 dan di bandar raya Kuala Lumpur
pada bulan Oktober 2001 (Zulinah, 2012).

Pada pendapat saya, perkembangan teknologi pengangkutan ini dapat memberi


impak kepada aspirasi murid. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025)
telah membahagikan aspirasi murid kepada enam elemen. Elemen ini bukan sahaja
menekankan kepentingan pengetahuan dan kemahiran tetapi juga pembangunan kemahiran
pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, kemahiran memimpin, kemahiran dalam Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris, sasiah dan nilai serta semangat identiti nasional yang kuat (Faizan
Zuhdi, 2014). Buktinya, murid berpeluang untuk mengumpul dan mendapatkan maklumat
dan pengetahuan dalam bidang lain iaitu teknologi fizik dalam pengangkutan. Walaupun
penting bagi murid menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains, namun pengetahuan dalam bidang ini mampu membantu
murid untuk mengaplikasikan dalam situasi harian. Sebagai contohya, murid dapat
menyertai mana-mana pertandingan reka cipta dengan mencipta satu inovasi teknologi
pengangkutan seperti basikal elektrik yang menggunakan tenaga solar. Seterusnya,
pengetahuan tentang teknologi pengangkutan yang murid ada, memudahkan murid untuk
menggunakan pengangkutan yang sedia ada untuk bergerak dari satu tempat ke satu
tempat tanpa berasa kekok. Tambahan pula, sistem pendidikan negara berasaskan KBAT
iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang memerlukan pelajar mengeluarkan idea kreatif dan
inovatif dalam memberi jawapan. Murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan
mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi berbeza[ CITATION Sha \l 17417 ]. Oleh itu,
pengetahuan murid tentang teknologi pengangkutan ini sedikit sebanyak dapat membantu
murid untuk mengaplikasikan dan menjawab peperiksaan dalam subjek sains terutamanya.

Sebagai kesimpulannya, teknologi pengangkutan telah berkembang dari tahun ke


tahun bermula daripada manusia berjalan kaki, menaiki kereta lembu, kereta, kereta api,
dan seterusnya. Tidak mustahil pada suatu hari nanti, manusia akan berjaya mencipta
pengangkutan yang boleh terbang di udara seperti bas, dan kereta api. Walaupun
perkembangan pengangkutan pada hari ini mempunyai kelebihan dan kekurangan, namun
masyarakat haruslah sentiasa menyumbang idea dan menyokong usaha-usaha yang telah
dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memperbaiki kekurangan-kekurangan yang terdapat
dalam teknologi pengangkutan. Pihak kerajaan juga haruslah memainkan peranan yang
lebih tinggi dengan menaik taraf pengangkutan di Malaysia agar setanding dengan negara-
negara gergasi seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan Jerman. Pepatah melayu pernah
menyatakan bahawa berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Oleh hal demikian,
perkembangan teknologi pengangkutan bukan sahaja memberi kesan kepada negara,
malah dapat meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan insan seiring dalam memenuhi
aspirasi negara menjelang pencapaian wawasan 2020.

RUJUKAN:
Firdaus Ismail. (2018, Jun 21). Majukan Pengangkutan Awam. Retrieved Sept 15, 2018, from Utusan
Online: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/majukan-pengangkutan-awam-
1.693583

Kay Suhaimi. (2017, Des 12). 10 Jenama Kenderaan Paling Laris di Malaysia. Retrieved Sept 15, 2018,
from Iluminasi: https://iluminasi.com/bm/10-jenama-kenderaan-paling-laris-di-
malaysia.html

Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim, & Anisah Hashim. (2017). Pengantar Pengajian Professional.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Siti Aniza Kamsari. (2017, Okt 31). Penduduk bantah tebang 200 pokok di Pandan Perdana. Retrieved
Sept 15, 2018, from Utusan Online: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-
sekitar/video-penduduk-bantah-tebang-200-pokok-di-pandan-perdana-1.545511

Zulinah. (2012, Des). Kesan-kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan
Liar. Retrieved Sept 15, 2018, from http://geogtingsatu.blogspot.com/2012/12/unit-15-
kesan-kesan-kegiatan-manusia.html

Anda mungkin juga menyukai