Anda di halaman 1dari 2

Geografi pg.

134

Soalan 3(b)

Pertama sekali ,sistem pengangkutan moden dan cekap telah menyumbang untuk meningkatkan
mobiliti penduduk lalu memajukan sektor ekonomi negara kita.Hal ini dikatakan demikian kerana
penghantaran bahan mentah ke tempat pasaran dapat ditingkatkan. Sebagai contohnya ,kemajuan
pelabuhan meningkatkan proses pengeksportan barangan perdagangan antarabangsa lalu
dipasarkan di medan antarabangsa.

Selain itu,sistem pengangkutan moden juga meningkatkan integrasi penduduk negara.Hal ini
terbukti dengan penduduk di Semenanjung Malaysia dapat dihubungkan dengan penduduk di
sebelah Sabah dan Sarawak dengan wujudnya sistem pengangkutan yang cekap.Misalnya ,kapal
terbang merupakan pengangkutan udara yang efisien.

Di samping itu ,terdapat sumbangan mewujudkan pekerjaan bagi penduduk tempatan.Dengan


ini ,pendapatan penduduk tempatan boleh ditingkatkan sekali gus menambahbaikkan taraf hidup
penduduk.Sebagai contohnya , sistem pengangkutan seperti monorel telah membekalkan penduduk
tempatan kerja misalnya pengutip atau penjual tiket .

Soalan 4(a)

Antara faktor yang menggalakkan perkembangan kegiatan ekonomi


tersebut(perindustrian/pembuatan kereta) ialah kecanggihan teknologi .Hal ini adalah kerana
kecanggihan teknologi akan mengeluarkan produk yang berkualiti dan menigkatkan daya
pengeluaran produk .Contohnya ,wujudnya jentera ,iaitu robot memasang komponen kereta di
kilang perindustrian dan pembuatan kereta .

Selain itu ,terdapat faktor pasaran yang besar dan permintaan tinggi daripada penduduk
terutamanya pada era yang moden ini .Oleh sebab penduduk tempatan memerlukan kenderaan
untuk menggantikan seseorang dalam perjalanan yang mana darjah ketersampaian
ditingkatkan,permintaan terhadap kereta semakin meningkat .Misalnya ,sehingga tahun 2017,telah
terdapat sebanyak 28.2 juta kenderaan didaftar yang menunjukkan permintaan kenderaan yang
tinggi.

Di samping itu ,buruh yang ramai juga menggalakkan perkembangan kegiatan ekonomi
tersebut.Tenaga buruh yang mahir dapat memajukan sektor tersebut dengan memperkenalkan
teknologi canggih yang mampu meningkatkan produktiviti.Sebagai contohnya ,tenaga buruh dari
negara maju seperti Jepun dapat meningkatkan infrastruktur dan bekerjasama meningkatkan sektor
tersebut.

Soalan 4(b)

Pertama sekali ,kegiatan ekonomi tersebut penting dalam memajukan pendapatan negara
.Pendapatan diperoleh apabila kereta dipasarkan ke luar negara melalui eksport.Misalnya ,kereta
buatan Malaysia berjenama Proton telah mendapat pasaran baik di pasaran antarabangsa.

Selain itu ,kegiatan ekonomi tersebut turut mewujudkan peluang pekerjaan kepada kalangan
penduduk tempatan .Dengan ini, kadar pengangguran penduduk negara dapat
dikurangkan.Contohnya,perkembangan sektor tersebut mampu membekalkan pelbagai pekerjaan
seperti mekanik .
Hal yang menarik lagi ,kegiatan ekonomi itu turut mustahak dalam pemindahan teknologi.

Pemindahan teknologi melibatkan pemindahan kemahiran ,kepakaran dan Teknik dari satu negara

ke negara lain melalui proses pembelajaran ,pengalaman, latihan dan peniruan .Tamsilannya,

pemindahan teknologi membuat kereta dari Jepun ke Malaysia bermula dengan pembekalan

bahagian automatif dan alat ganti sehingga mengeluarklan kereta sendiri.

Anda mungkin juga menyukai