Anda di halaman 1dari 1

Pendahuluan Pemindahan teknologi ialah usaha mengimport atau membawa masuk peralatan dan pengetahuan seperti kemahiran, tatacara

dan teknik asing demi meningkatkan daya produktiviti industri tempatan. Faktor-faktor (a). Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja tempatan lalu membaiki kualiti hidup mereka. (b). Teknologi moden seperti komputer dapat mempercepatkanpemprosesan data-data dan jentera-jentera seperti mesin menuai dapat mempercepatkan pengeluaran hasil pertanian ataupun hasil perkilangan. (c). Mempercepatkan pembangunan industri dalam negara dengan mengujudkan pertumbuhan industri baru dalam negara misalnya, industri berat membuat kereta nasional Proton Saga. (d). Membuka jalan kepada pembangunan teknologi sendiri melalui pembaikan atau pengubahsuaian teknologi yang diimport misalnya melalui teknologi pembuatan kereta dari Mitsubishi Motor Corporation (melalui projek Proton Saga) dan syarikat pembuatan kereta Daihatsu (melalui projek kereta nasional kedua), anak Malaysia mungkin muncul menjadi pembekal teknologi dan maklumat mengenai industri automobil di rantau ini kelak. (e). Pengimportan teknologi membolehkan bahan-bahan mentahkeluaran negara dieksplotasikan dengan lebih cekap dan sepenuhnya dengan memprosesnya menjadi barang siap. Ini bukan sahaja membebaskan negara dari pergantungan kepada barangan siap dari negara asing malah boleh mendatangkan pertukaran wang asing dengan mengeksportnya. (f). Pemindahan teknologi juga boleh wujudkan kesan rantai positif seperti pertumbuhan sektor-sektor ekonomi lain dan membuka peluang eksport yang baru kepada negara.Misalnya pengeksport kompenen-kompenen keretaoleh kilang yang ditubuhkan untuk membekalkan komponen kereta kepada PROTON.

Kesimpulan Melalui pemindahan teknologi kita dapat meningkatkan ekonomi perindustrian di samping mencapai matlamat untuk menuju ke arah negara yang lebih maju.

Anda mungkin juga menyukai