Anda di halaman 1dari 1

Soalan latihan

Dalam usaha meningkatkan keupayaan tenaga kerja di negara ini, kelemahan mereka
ini perlu dikenalpasti dan langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk mengetasinya.
Huraikan.
Tenaga kerja amatlah penting dalam pembangunan negara selaras dengan negara yang
masih dalam proses membangun bagi mencapai status negara moden. Oleh itu, seiring
dengan pembangunan negara terdapat kelemahan tenaga kerja dan langkah-langkah tertentu
perlu diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
Antara kelemahan tenaga kerja di negara ini ialah kelemahan tenaga kerja dalam
penggunaan mesin yang berteknologi tinggi. Hal ini kerana masih ada sebilangan tenaga
kerja yang masih belum lagi menguasai cara menggunakan mesin yang canggih dan ini akan
menjejaskan kualitii pengeluaran. Bukan itu sahaja, ada juga sesetengah tenaga buruh tidak
menguasai teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan keadaan ini turut menjejaskan
pengeluaran yang dikawal melalui komputer. Oleh yang demikian, kursus dan Latihan

m
sepatutnya diberikan kepada tenaga kerja bagi menambahkan ilmu mereka.

er as
co
Selain itu, tenaga kerja di negara ini kurang kemahiran dalam berkomunikasi. Hal ini

eH w
memberikan impak yang negative ke sesebuah syarikat terutamanya kepada syarikat besar.

o.
Kemahiran berkomunikasi amatlah penting bagi seseorang tenaga kerja. Apabila tenaga kerja
rs e
kurang berkeupayaan dalam berkomunikasi secara berkesan sama ada secara bertulis ataupun
ou urc
lisan mereka akan kurang mendapat keyakinan dari pihal yang berkepentingan seperti klien
syarikat. Oleh itu, kemahiran berkomunikasi sepatutnya diasah lagi dalam tenaga kerja.
o

Bukan itu sahaja, kelemahan tenaga kerja di negara ini ialah sikap pekerja yang
negatif. Hal ini kerana sesetengah pekerja tidak mempunyai motivasi untuk berkerja. Mereka
aC s
v i y re

hanya bekerja untuk menyara kehidupan dan tidak berusaha untuk melakukan kerja yang
diberikan dengan kreatif dan inovatif. Ini akan memberi kesan negative kepada produktiviti
mereka sehingga dapat menjejaskan kualiti produk yang dihasilkan. Oleh itu, sikap negatif
pekerja menjadi salah satu kelemahan tenaga kerja di negara ini.
ed d
ar stu

Antara langkah yang dapat diambil untuk mengatasi kelemahan diatas ialah memberi
ganjaran dan insentif kepada pekerja yang mempunyai pencapaian yang cemerlang. Pekerja
yang kreatif patut diberi ganjaran atau insentif sebagai galakan untuk meningkatkan motivasi
pekerja. Dengan itu, produktiviti syarikat itu akan meningkat kerana adanya galakan daripada
sh is

majikan. Oleh itu, pemberian ganjaran dan insentif dapat membantu dalam meningkatkan
Th

produktiviti pekerja.
Akhir sekali, ialah memperbanyakkan lagi latihan dan kursus bagi menambahkan
kemahiran sedia ada tenaga kerja. Penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional bagi
sektor tenaga buruh di sektor pengeluaran. Amalan ‘belajar sambil bekerja’ juga dapat
menyerapkan pengetahuan teknikal dalam kalangan pekerja. Oleh yang demikian, dengan
adanya latihan dan kursus yang banyak tenaga kerja dapat mengasah lagi kemahiran mereka.
Kesimpulannya, tenaga kerja yang berkualiti akan menghasilkan produk yang
bermutu tinggi dan berinovasi serta dapat meningkatkan ekonomi dan seterusnya dapat
memajukan negara.
(398 patah perkataan)

This study source was downloaded by 100000809488748 from CourseHero.com on 07-29-2021 21:58:54 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/71530784/Dalam-usaha-meningkatkan-keupayaan-tenaga-kerja-di-negara-ini-kelemahan-mereka-ini-perlu-dikenalpas/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai