Anda di halaman 1dari 15

REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.

1.0 PENGENALAN

Industri Keempat, Revolusi Keempat, Industri 4.0 atau Revolusi 4.0 – semuanya
adalah tentang perkara yang sama. Secara umumnya, ia melibatkan Internet of Things (IoT)
atau Internet Kebendaan dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza
daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap,
revolusi industri kedua yang menjurus kepada elektrik dan revolusi industri ketiga yang lebih
kepada penggunaan teknologi maklumat (IT). Revolusi Industri 4.0 yang rancak berlaku di
seluruh dunia memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat
dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar. Rumah pintar, kereta pintar,
telefon pintar dan banyak lagi elemen pintar diterjemahkan di dalam teknologi pintar melalui
Industri 4.0.

Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth
Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan
kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan
perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan
fungsi otak. Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot
yang bakal menjadi ”kawan” yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian. Mungkin
sukar untuk digambarkan logik akalnya apabila melihat pesanan piza yang kita lakukan
melalui pesanan telefon, akan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan dron sampai di
depan pintu rumah.

Selain itu, segala urusan rumah seperti mencuci baju, memberi makanan haiwan
kesayangan dan mematikan alat pendingin hawa hanya perlu menekan butang di telefon
pintar masing-masing tanpa perlu lagi bersusah payah mengambil perkhidmatan pembantu
rumah. Untuk ke pejabat pula, kita tidak perlu lagi untuk menghidupkan enjin dan memandu
di tengah-tengah jalan raya yang sesak. Semuanya akan selesai dengan hanya menekan
butang kekunci, penumpang boleh menyambung tidur dalam kereta masing-masing dan
segala urusan pemanduan akan dikawal sepenuhnya melalui satelit sampai ke tempat yang
ingin dituju dengan selamat. Senario tersebut walaupun pelik, namun secara perlahan-lahan

1
telah mula berkembang dan berevolusi menjadi satu bentuk norma yang biasa pada masa
akan datang.

2.0 DASAR-DASAR YANG TERLIBAT

Rangka kerja strategik yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi menghadapi
gelombang Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) memandangkan ianya akan
menambahkan jumlah pendapatan negara kepada RM2 trilion dalam tempoh 7 hingga 8 tahun
akan datang. Industri 4.0 yang didorong oleh revolusi digital atau internet melalui aplikasi
sistem siber fizikal yang bukan hanya tertumpu pada sektor pembuatan malah akan turut
melibatkan sektor perkhidmatan. Revolusi ini merupakan kesinambungan daripada revolusi
perindustrian ketiga yang berteraskan sistem elektronik dan teknologi maklumat. Trend
revolusi keempat bermula daripada negara-negara perindustrian maju dan berteknologi tinggi
seperti Jerman dan Amerika Syarikat yang kini berkembang kepada negara-negara seperti
China, Korea Selatan dan Singapura.

2.1 INISIATIF BERHUBUNG INDUSTRI 4.0

Kerajaan telah mengadakan beberapa inisiatif berhubung Industri 4.0 termasuk

Pertama : mengisytiharkan tahun 2017 sebagai tahun ekonomi internet Malaysia.


Sumbangan ekonomi digital Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
telah mencecah 17.8% pada 2015 dah hampir merealisasikan sasaran 18.2% yang
ditetapkan untuk tahun 2020. Sebanyak RM162 juta telah diperuntukkan di dalam
Bajet 2017 bagi berbagai program seperti eko sistem e-dagang, digital maker
movement serta pengenalan kategori lokasi baharu sebagai hub digital Malaysia.

Kedua : penubuhan digital free trade zone yang pertama di dunia yang diterajui oleh
MDEC yang menggabungkan zon fizikal dan maya dengan penambahan
perkhidmatan online dan digital bagi memudahkan e-dagang antarabangsa dan
merangsang inovasi berteraskan internet. Digital free trade zone ini dilancarkan hari
Rabu, 22 Mac 2017 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin
Razak bersama kehadiran Jack Ma dari Ali Baba.com.

2
Ketiga : merangkan pelan hala tuju strategik kebangsaan tentang internet of things
yang diterajui oleh MIMOS. Pelan ini diunjur menjana sejumlah RM9.5 bilion kepada
pendapatan negara kasar menjelang 2020 serta menyediakan 14,270 peluang
pekerjaan berkemahiran tinggi. Melalui pelbagai aktiviti promosi yang dijalankan oleh
MITI, lebih banyak syarikat pengeluar peralatan bagi penggunaan internet dan sensor
dijangka melabur di negara ini untuk mewujudkan ekosistem serba kondusif bagi
industri IoT.

2.2 PROGRAM OUTREACH

Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dan agensi juga


telah mengadakan program out reach kepada pihak-pihak yang berkepentingan di
dalam Industri 4.0. Antaranya:
 Persidangan pembangunan dan peluang rantaian bekalan antara syarikat
multinasional dan pengusaha kecil dan sederhana pada 15 Disember 2016;
 Seminar pengeluaran pintar dan teknologi automasi pada 12 Januari 2017 oleh
MIDA;
 Seminar berhubung peluang perniagaan dan pengeluaran pintar pada 21 Februari
2017 juga oleh MIDA;
 Bekerjasama dengan institusi pendidikan dan teknikal serta industri bagi
pembangunan bakat dan bidang teknologi baru, digital dan kejuruteraan bagi
menyediakan graduan tersedia untuk pasaran kerja dalam pengeluaran pintar.
Sebagai contoh Malaysia memerlukan 2 ribu saintis data, data scientist menjelang
2020; dan
 Memberi tumpuan kepada PKS bagi menerima pakai proses pengeluaran pintar.
Ianya penting untuk membangunkan PKS yang berdaya tahan dan mampan ke arah
mencapai pertumbuhan inklusif dan seimbang.

MITI dalam merangka polisi nasional dan pelan tindakan menyeluruh bagi
Industri 4.0 dengan kerjasama kementerian dan agensi yang berkaitan bagi
memanfaatkan sumber sedia ada. Polisi nasional berkenaan telah diumumkan pada
akhir tahun 2017 dan diharapkan ia menjadi salah satu pemangkin untuk memastikan
jumlah pendapatan negara mencapai RM2 trilion dalam tempoh 7 hingga 8 tahun akan

3
datang. Pada Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) ini, ramai pakar melihat
tugas hakiki manusia akan digantikan oleh tenaga robotik, jutaan manusia hilang kerja
terutamanya di sektor pengilangan. Justeru itu, semua pihak perlu bersedia dengan
reskill supaya pekerja-pekerja ini terus memberi sumbangan. Berdasarkan sejarah,
Malaysia dan negara-negara Asean sebelum ini bersandarkan kepada pekerja
berkemahiran rendah dan murah sebagai tarikan pasaran mereka. Menyebabkan Asean
terdedah kepada pengangguran jika segalanya bertukar kepada automatik pada
revolusi perindustrian keempat.

2.3 UPGRADING AND UP-SKILLING TENAGA-TENAGA KERJA

Program-program yang dirancangkan untuk meningkatkan lagi atau upgrading


and up-skilling tenaga-tenaga kerja sekarang dalam jangka pendek ini. Langkah-
langkah dari segi penyediaan graduan untuk ke arah menyediakan tenaga kerja dalam
masa jangka pendek. Usaha-usaha yang dilaksanakan secara National Blue Ocean
Strategy – NBOS (Strategi Lautan Biru) dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan
juga Kementerian Pendidikan juga Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan
berlaku penyelarasan terhadap keperluan ini. Antaranya melahirkan data scientist agar
kita akan ketinggalan dari segi Industri 4.0 ini.

2.4 PRESTASI KEJAYAAN

Prestasi ini boleh diukur dengan kejayaan-kejayaan yang wujud dalam negara
kita. Pelaburan pihak-pihak syarikat di luar menganggap Malaysia sebagai salah satu
pusat, ada angka dan kajian mengatakan yang terbaik dalam dunia dari segi pelaburan.
Malaysia menyediakan segala prasarana yang mencukupi, prasarana moden yang
mencukupi dari segi sistem jalan raya dan juga misalnya national broadband
penetration rate yang dikeluarkan data oleh KKMM pada Jun 2016 ialah 77.3%. Ini
juga menunjukkan bagaimana prestasi persiapan kita untuk menghadapi Industri 4.0.

Untuk memudahkan memahami apakah maksud Industri 4.0 ini. Dalam bahasa
yang mudah ia dipanggil sebagai smart factory atau kilang pintar. Bagi mewujudkan
kilang pintar, kita perlu ada bangunan pintar, kita perlu ada logistik pintar, kita perlu

4
ada pejabat pintar dan tentunya kita perlu ada modal insan yang pintar untuk ke arah
itu.

2.5 BAJET 2018

Kerajaan menyasarkan Malaysia menjadi ekonomi termaju berpendapatan


tinggi menjelang 2020 dengan nilaian ekonomi dan dagangan semasa berkembang
RM2 trilion pada 2025 dan menikmati impak manfaat Revolusi Perindustrian
Keempat (Industri 4.0) secara ketara menjelang 2030. Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak, berkata kerajaan berusaha melaksanakan Dasar Digital Malaysia sejajar
hala tuju dunia di ambang Industri 4.0 dan era ekonomi digital. Justeru itu sebagai
menyokong aktiviti pelaburan dan perniagaan Industri 4.0, kerajaan akan
menyediakan geran sepadan sebanyak RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan
Domestik bagi menaik taraf kemudahan pengilangan pintar. Futurise Centre di
Cyberjaya juga akan diperkukuhkan sebagai pusat sehenti syarikat korporat dan
universiti, untuk membangunkan prototaip produk serta melonjakkan daya inovasi.
Kerajaan akan memberi galakan cukai seperti berikut iaitu

Pertama - melanjutkan tempoh insentif Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200


peratus ke atas kelengkapan automasi dari tahun taksiran 2018 sehingga 2020.

Kedua - Galakan Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200 peratus untuk sektor
pengilangan dan perkhidmatan berkaitan pengilangan; dan

Ketiga - Elaun Modal bagi peralatan ICT termasuk perbelanjaan pembangunan


perisian komputer layak dituntut sepenuhnya mulai tahun taksiran 2018 hingga 2020

Selaras dengan Industri 4.0, kerajaan turut mengumumkan geran RM5,000


untuk setiap pemandu teksi bagi membeli kereta baharu. Insentif yang membuktikan
kerajaan mendengar rakyat, katanya, adalah untuk semua pemandu teksi berdaftar
sedia ada yang berhasrat bertukar ke penggunaan aplikasi e-hailing.

5
2.7 PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI 4.0 MAI-MIDF

Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Malaysian Industrial Development


Finance Bhd. (MIDF) melancarkan Program Pembangunan Industri 4.0 MAI-MIDF
bertujuan memacu pertumbuhan keseluruhan rantaian bekalan automotif. Ini
termasuk dalam bidang pengilang komponen, pembekal bahan-bahan serta rangkaian
penjualan dan pengedaran. Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari
berkata, kerjasama unik itu akan menggabungkan program pembangunan kapasiti
pihaknya dengan kebolehan pembiayaan oleh MIDF untuk menawarkan satu program
yang komprehensif. Kerjasama strategik ini adalah penting untuk menyokong
komuniti automotif tempatan.

3.0 AKTOR-AKTOR YANG TERLIBAT

3.1 PERKHIDMATAN AWAM

Kesemuanya ini menuntut keupayaan perkhidmatan awam dalam memberi


respon segera kepada pelbagai teknologi yang mengkacauganggu, atau bersifat
disruptif ini dan bersedia dengan pendekatan yang lebih segar lagi multi-dimensional
serta kombinasi top-down dan bottom-up, inside-out serta outside-in, khususnya
dalam penggubalan dasar, regulasi baharu yang merangkumi hak dan privasi
pelanggan, keselamatan, pendidikan, ekonomi serta teknologi pintar.

3.2 SISTEM PENDIDIKAN TINGGI

Mendepani cabaran Industri 4.0 atau Revolusi Perindustrian Keempat, pelajar


di universiti mesti keluar daripada kebiasaan. Forum Ekonomi Dunia (WEF)
menggariskan pentingnya penguasaan elemen 4C iaitu Critical Thinking & Problem
Solving, Communication, Collaboration dan Creativity pada semua peringkat
pengajian, termasuk di menara gading. Jika di sekolah Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) menjadi nadi, pelajar di universiti hendaklah berkemahiran 4C mesti
diasah setiap penjuru kehidupan, di kolej kediaman, dewan kuliah, merentasi aktiviti
kesukarelawanan dan keusahawanan dan juga di padang sukan.

6
Sebagai persiapan menghadapi cabaran Industri 4.0, pelajar di universiti perlu
mempertimbangkan tindakan berikut:

 Tajamkan kemahiran penyelesaian masalah kompleks.


Sembilan teras Industri 4.0 boleh dirumuskan dengan satu perkataan, iaitu
kompleks. Apakah itu masalah yang kompleks? Masalah yang kompleks diukur
menerusi kelebaran julat konflik yang terlibat, kedalaman analisis dan
pengetahuan diperlukan, keterlibatan isu yang unik, keperluan mematuhi
piawaian ditetapkan, kehendak pengguna dan pemegang taruh pelbagai, impak
penyelesaian terhadap pelbagai aspek seperti ekonomi, persekitaran, sosial,
politik, etika, kesihatan dan kelestarian. Justeru itu, jelaslah siswa tidak lagi
terikat dengan bidang pengajian dan peperiksaan semata-mata. Kebolehlenturan
kognitif amat diperlukan agar masalah kompleks ditangani secara agresif dan
holistik.

 Kemaskan kemahiran komunikasi lisan, bertulis


Dengan IoT sebagai nadi, keupayaan berkomunikasi dengan efisyen secara lisan
dan bertulis adalah kritikal. Suatu masa dahulu, mesyuarat bersemuka, tetapi hari
ini diskusi kita di mana-mana. Banyak konflik akibat komunikasi, andai aspek
bahasa dan seni komunikasi tidak diteliti. Dengan salah faham, terencatlah kerja
berpasukan, kepemimpinan dan proses penyelesaian masalah. Maka,
menjunamlah produktiviti organisasi, soal kualiti dan kuantiti. Selain teknologi,
ketidakupayaan berkomunikasi dengan berkesan menggunakan bahasa Inggeris
tidak lagi boleh dijadikan sempadan. Dengan lebih banyak kompetensi bahasa
dimiliki, pelajar akan berdiri megah di arena globalisasi.

 Kukuhkan diri sebagai pemimpin dan ahli pasukan


Penyelesaian masalah kompleks merentasi disiplin secara tuntas memerlukan
kerjasama berpasukan cemerlang, sebagai ketua dan ahli pasukan yang berkesan.
Selain pengetahuan teknikal, karisma dan kepemimpinan berinovasi adalah resipi
kejayaan kerja berpasukan. Memimpin dan menjadi ahli pasukan yang baik
memerlukan ilmu dan kemahiran. Di universiti, pelbagai peluang ditawarkan

7
misalnya menerusi projek berkumpulan, selain kegiatan di kolej kediaman dan
badan beruniform yang semuanya adalah peluang seluas lautan.

 Kayakan diri dengan kepintaran emosi


Untuk Industri 4.0, bijak sahaja tidak memadai. Pekerja cemerlang bukan sahaja
perlu mahir tindakannya dan penuh hikmah penuturannya, malah perlu pintar
emosinya. Kepintaran emosi adalah keupayaan mengenalpasti dan mengurus
emosi diri dan pihak lain dengan tiga teraju utama iaitu kesedaran, jaringan dan
kawalan emosi. Kepintaran emosi kunci kejayaan hubungan sosial dan
profesional. Bertegas tidak semestinya bermaksud seorang ketua perlu
membaling fail, tidaklah juga bermaksud seorang ketua sunyi kata-kata apabila
anak buah bermasalah.

 Manfaatkan semua peluang, sentiasa kreatif


Peluang pada era Industri 4.0 adalah umpama emas yang bertaburan di jalanan,
hanya menunggu siapa yang datang mengutipnya. Dengan Industri 4.0
menekankan misalnya aspek pembuatan pintar maka sumber manusia yang bakal
mengisinya mestilah bijak merebut peluang, kreatif dan berinovatif dalam
mengemukakan cadangan dan berani ambil risiko.

Ketua Pakar Pendidikan Tinggi Bank Dunia, Francisco Marmolejo dalam


Seminar Revolusi Industri 4.0 berkata, sistem pendidikan tinggi di seluruh negara juga
akan mengalami perubahan hasil revolusi Industri 4.0. Malaysia memerlukan institut
pendidikan tinggi yang lebih fleksibel dan sedia mengharungi cabaran baharu itu agar
mana-mana golongan masyarakat tidak terpinggir dalam era globalisasi dan digital.
Pengetahuan yang ada pada kita hari ini hanya menyumbang satu peratus sahaja
menjelang 30 tahun akan datang dan ketika itu pasaran kerja akan dipenuhi dengan
individu atau tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran
kritis.

Dalam seminar itu, Marmolejo turut memuji Malaysia selaku negara pertama
merangka elemen cabaran Industri 4.0 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
(Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Selain menyifatkan inisiatif Malaysia sebagai satu

8
langkah ke hadapan, beliau menyifatkan pelan pembangunan pendidikan tinggi yang
merangkumi 10 lonjakan itu sebagai rangka kerja naratif sangat baik bukan sahaja
untuk masa depan tetapi hari ini.

4.0 FAKTOR / KESAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

4.1 MANFAAT KEPADA SEKTOR KOMODITI

Industri 4.0 adalah peluang untuk Malaysia membangunkan industri


perladangan dan komoditi seperti minyak sawit, getah, kayu, koko atau lada.
Sebenarnya, ia boleh digunakan secara meluas dan lebih daripada jangkaan kita.
Sebagai contoh, minyak sawit dengan penderiaan yang digunakan bersama sistem
melalui rangkaian komunikasi komputer, kita boleh mengesan produktiviti setiap
pokok, bukan setakat setiap plot atau sebuah estet. Selain itu, ia boleh mengetahui
tahap tekanan bagi setiap pohon sawit yang disebabkan cuaca kering atau hujan yang
berpanjangan serta tindakan diperlukan seperti pengairan, pembajaan dan penggunaan
racun perosak. Ini akan memberi kesan langsung kepada hasil buah tandan segar
(FFB).

Apabila merujuk kepada penuaian dan pemindahan, dengan mempunyai mesin


bersepadu yang boleh mengenal pasti secara tepat FFB yang sempurna masak,
memotongnya daripada pohon sawit, mengumpul semua tandan tanpa buah gugur dan
terus dihantar ke kilang secara autonomi. Ini akan meningkatkan hasil minyak secara
dramatik dengan FFB yang sempurna masak tanpa lebam kerana tidak melalui banyak
pengendalian serta kurang kehilangan buah tergugur. Pengurusan ladang yang
dijalankan dari pusat kawalan dengan kurang pembabitan manusia secara langsung.

Melalui permintaan semakin meningkat untuk kebolehkesanan, penggunaan


Industri 4.0 mungkin dapat membantu pengguna menentukan keaslian minyak sawit
yang terkandung dalam sesuatu produk dengan menggunakan pengenalan melalui
frekuensi radio (RFID) atau kod visual bagi mengetahui sama ada ramuannya
dihasilkan secara mampan. Ia agak realistik untuk melihat penggunaan Industri 4.0
dalam proses pemerahan, penapisan dan oleokimia serta pengangkutan yang akan
meningkatkan produktiviti, keselamatan serta kualiti.

9
Selain itu, Industri 4.0 juga boleh meringankan cabaran produktiviti dalam
industri huluan dan hiliran getah. Sistem Penorehan Getah Automatik (ARTS) yang
sedang menjalani percubaan sudah menunjukkan penetapan masa untuk penorehan,
pengumpulan dan penggumpalan lateks serta penggunaan perangsang boleh
dimekanisasikan, manakala pengumpulan dan penelitian data untuk setiap gram, toreh
dan pokok (GTT) boleh membantu mengenal pasti tindakan diperlukan untuk
meningkatkan hasil.

Pada masa sama, permintaan terhadap tenaga kerja asing boleh dikurangkan
dengan automasi besar-besaran dalam pengeluaran sarung tangan getah, seperti
dilakukan salah sebuah pengilang getah terkemuka negara, Hartalega. Automasi ini
digunakan dengan jumlah tenaga kerja bagi setiap juta keping pada 2.6 di Pusat
Generasi Baharu (NGC) di Sepang, berbanding beberapa kali ganda di kilangnya yang
lain yang sedang ditingkatkan keupayaannya. Ini bermakna, terdapat lebih
peningkatan produktiviti boleh dicapai dengan penggunaan IoT yang lebih hebat.

 Memudahkan kerja
Penggunaan sistem penderiaan, komputer dan komunikasi pada kenderaan, dron
dan jentera lain boleh dicapai sepenuhnya hari ini. Selain itu, penggunaan Sistem
Pengesanan Global (GPS) dan rangkaian mudah alih dengan penghantaran data
dan analisis data besar sudah menjadi perkara biasa. Sememangnya penggunaan
jentera dan sistem sedemikian untuk tanaman tahunan yang ditanam di dataran
jauh lebih mudah berbanding melakukan perkara sama untuk tanaman di kawasan
lebih beralun seperti kelapa sawit dan getah. Namun, dengan fokus, kolaborasi
dan peruntukan sumber yang tepat, ini tidak mustahil.

 Cabaran tentukan perubahan


Kenyataannya, cabaran yang kita hadapi hari ini sudah memaksa kita untuk
bertindak. Kekurangan tenaga kerja mengakibatkan kehilangan FFB dan hasil
pengeluaran minyak. Potensi hasil sudah pun mendatar sementara kita bekerja
mencari klon baharu melalui penyelidikan genomik yang dapat menyelesaikan
masalah itu. Ditambah dengan tanah yang terhad untuk penanaman baharu dan

10
keperluan mengekalkan perlindungan hutan selaras dengan janji COP 21 kita,
satu-satunya pilihan kita adalah dengan meningkatkan produktiviti.

Sebagai permulaan, kita sangat memerlukan peralatan kejuruteraan untuk


penuaian, pengumpulan buah dan pemindahan yang tidak terlampau canggih. Kedua-
dua jenis ciptaan brownfield dan greenfield sedang dipertimbangkan melalui platform
seperti Pertandingan Antarabangsa Kejuruteraan Sawit (ICOPM). Ini akan bertindak
sebagai jambatan kepada Industri 4.0 pada masa hadapan. Sebagai sektor yang
menyumbang 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita
mempunyai tanggungjawab memastikan kepentingan dan kemampanannya tidak
berkurangan.

4.2 KILANG PINTAR (SMART FACTORY)

Kilang-kilang boleh menjadi lebih pintar menerusi aplikasi alat yang


digunakan bagi inisiatif Industri 4.0 dan Internet of Things (IOT). Kilang-kilang
pintar akan meningkatkan produktiviti kakitangan, menambahbaik pengurusan tenaga,
menganalisa prediktif penyelenggaraan, melaksanakan semakan inventori, mengkaji
untuk meminimakan masa ketergendalaan dan melaksanakan integrated remote
operation. Fenomena IOT ini merupakan gelombang internet seterusnya yang
berpotensi untuk memberi kesan positif kepada hampir setiap industri daripada
pertanian kepada penjagaan kesihatan, serta melibatkan komuniti perniagaan dan
masyarakat umum.

Kilang-kilang pintar akan menjadi lebih responsif terhadap permintaan


pengguna dan beroperasi dalam keadaan yang lebih kos berkesan dengan
memanfaatkan pemusatan teknologi seperti big data analysis, cloud solutions,
embedded system, mobiliti dan kesalinghubungan rangkaian. Sedang industri
mencapai kemajuan dalam membangunkan dan memanfaatkan perkilangan pintar,
beberapa cabaran yang melibatkan peraturan/pematuhan, kesediaan infrastruktur dan
keperluan keselamatan siber perlu ditangani untuk memudahkan pemerolehan
kompetensi, kapasiti dan peluang pasaran baharu di kalangan pemain industri di
Malaysia agar kadar pertumbuhan yang lebih tinggi dalam IoT dapat dicapai.

11
5.0 KESIMPULAN

Perubahan pesat dalam industri memerlukan masyarakat menjadi penggerak dalam


Revolusi Industri 4.0, justeru itu, mereka harus turut berubah. Sekiranya mereka tidak mahu
berubah, mereka yang kelak diubahkan oleh teknologi tersebut. Ini yang berlaku apabila
perkhidmatan e-hailing seperti GRAB, yang menggunakan teknologi berasaskan telefon
pintar dan memudahkan pengguna, boleh memberi kesan yang menjejaskan perkhidmatan
teksi konvensional. Keadaan sama juga berlaku apabila Netflix diperkenalkan di mana
penstriman video untuk menonton filem melalui dalam talian melenyapkan perkhidmatan
sewaan video seperti Blockbuster.

Teknologi yang ada sekarang menukar cara konvensional dan golongan yang tidak mahu
berubah akan diganggu dan dinyahkan oleh teknologi baharu. Teknologi sekarang bergerak
begitu pantas dan seluruh dunia sedang bergerak pantas dalam menguasai teknologi ini. Jika
kita tidak berusaha keras, negara-negara serantau lain seperti Indonesia, Thailand, Vietnam
akan mendahului dan meninggalkan kita. Perubahan teknologi yang pantas ini juga
menyukarkan kita untuk menjangka apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Oleh itu,
kita perlu sentiasa peka dan bersedia untuk berubah agar dapat berada di landasan yang sama
dengan negara-negara lain di dalam persaingan Revolusi Perindustrian 4.0.

12
6.0 RUJUKAN

Sistem pendidikan perlu dengan Industri 4.0. Retrieved from


http://www.kosmo.com.my/k2/varia/sistem-pendidikan-perlu-dengan-industri-4-0-1.681651

A.I. Komponen utama revolusi industri. Retrieved from http://www.kosmo.com.my/jurnal/ai-


komponen-utama-revolusi-industri-4-0-1.708701

Industry 4.0: Definition, Design Principles, Challenges, and the Future of Employment.
Retrieved from https://www.cleverism.com/industry-4-0/

Profesor MadyaDr Afandi Ahmad, P. (2017). Industri 4.0 ubah cara kerja, hidup. Retrieved
from https://www.bharian.com.my/node/291781

Teks Ucapan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-15 (MAPPA XV). Retrieved
from http://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2017/TEKS_UCAPAN_MAPPAXV.pdf

Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia 2015. Retrieved from


http://www.mida.gov.my/home/administrator/system_files/modules/photo/uploads/
20161007164137_2015_IPR_BM.pdf

TN50 sediakan rakyat hadapi revolusi perindustrian keempat - PM Najib. Retrieved from
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tn50-sediakan-rakyat-hadapi-revolusi-
perindustrian-keempat-pm-najib-149593

Revolusi Industri Ke-4: Mampukah Menginsankan Teknologi. Retrieved from


http://www.majalahsains.com/revolusi-industri-ke-4-mampukah-menginsankan-teknologi/

Revolusi Perindustrian 4.0: Bersediakah kita? Retrieved from


http://www.sinarharian.com.my/nasional/revolusi-perindustrian-4-0-bersediakah-kita-
1.687864

13
Industri 4.0: Apakah manfaatnya kepada komoditi? Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/09/330726/industri-40-apakah-
manfaatnya-kepada-komoditi

Peruntukan revolusi industri 4.0 kembangkan inovasi. Retrieved from


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/342693/peruntukan-revolusi-industri-
40-kembangkan-inovasi

Program Pembangunan Industri 4.0 MAI-MIDF diperkenal. Retrieved from


http://www.utusan.com.my/mobile/bisnes/ekonomi/program-pembangunan-industri-4-0-mai-
midf-diperkenal-1.539788

A Kadir, B. (2017). The nine pillars of Industry 4.0 | 4th Post | Industry 4.0 | Technolgy |
Lean | Six Sigma | Research |. Retrieved from
https://www.4thpost.com/single-post/2017/07/23/The-nine-pillars-of-Industry-40

Buehler, M., Patrick Buffet, P., & Castagnino, S. (2018). The Fourth Industrial Revolution is
about to hit the construction industry. Here’s how it can thrive. Retrieved from
https://www.weforum.org/agenda/2018/06/construction-industry-future-scenarios-labour-
technology

Industry 4.0: the fourth industrial revolution – guide to Industrie 4.0. (2018). Retrieved from
https://www.i-scoop.eu/industry-4-0/#Industry_40_the_essence_explained_in_a_nutshell

Wright, I. (2018). What Is Industry 4.0, Anyway?. Retrieved from


https://www.engineering.com/AdvancedManufacturing/ArticleID/16521/What-Is-Industry-
40-Anyway.aspx

14
7.0 LAMPIRAN

Rajah 1: Aplikasi teknologi di dalam Revolusi Perindustrian 4.0

15

Anda mungkin juga menyukai