Anda di halaman 1dari 8

Tugasan 3- Penulisan Esei (30%)

Transformasi teknologi telah mengubah masa depan banyak negara. Revolusi


Industri 4.0 ternyata memberi kesan kepada masyarakat dunia. World Economic
Forum menjangkakan golongan tenaga yang mahir yang bakal dilahirkan dalam
bidang teknologi dan digital seiring dengan Revolusi Industri 4.0 adalah sangat
mencabar kerana memerlukan masa yang panjang dan penglibatan kos yang terlalu
tinggi.

Berikan pendapat anda tentang keterangkuman negara kita dalam menghadapi


keperluan Revolusi Industri 4?

Panjang penulisan esei ialah 1000 patah perkataan.

Pengenalan

Revolusi industri 4.0 (The Fourth Industrial Revolution) merujuk kepada


perkembangan teknologi yang menekankan kepada kewujudan superkomputer,
robot pintar (Artificial intelligence), suntingan genetik dan perkembangan
neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi
otak serta memudahkan kehidupan manusia dengan penggunaan penciptaan
produk teknologi tersebut (Universiti Malaysia Pahang, 2018). Berdasarkan Fonna,
N. (2019), antara elemen yang paling penting dalam mencetuskan kewujudan
Revolusi Industri 4.0 merupakan perkembangan pesat dalam bidang rangkaian
sosial yang berdasarkan komunikasi dalam talian, perkembangan teknologi tersebut
secara mendadak,  secara langsung merealisasikan konsep globalisasi.
Persoalannya, apakah keterangkuman negara kita dalam menghadapi keperluan
Revolusi Industri 4.0? Bagaimanakah Revolusi Industri 4.0 tersebut memberikan
implikasi terhadap   masyarakat Malaysia?

Keterangkuman negara kita dalam menghadapi keperluan Revolusi Industri 4.0


Dalam Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), modal yang mencukupi amat penting
dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi dan penciptaan produk inovasi
kerana proses pembangunan teknologi automasi dan teknologi komunikasi tersebut
yang sebagai aset IR 4.0 tersebut memerlukan perbelanjaan yang banyak. Carta
tersebut menunjukkan perbelanjaan Malaysia dalam pembangunan dan pengurusan
teknologi negara sejak tahun 2019-2022 (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Malaysia, 2022):

Merujuk kepada carta perbelanjaan tersebut, kita  mendapati Malaysia telah


membelanjakan kos sebanyak RM 906,996,800 untuk membangunkan bidang
teknologi negara dalam tempoh tahun 2018 sehingga tahun 2022. Hal ini telah
membuktikan Malaysia telah mengambil inisiatif secara proaktif dalam
perkembangan sektor teknologi negara, terutamanya mengoptimumkan fungsi
komputer melalui teknologi maklumat dan komunikasi, kerana inilah sebagai trend
sedunia yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia di bawah keperluan IR 4.0 (Ishak
& Yamin, 2020). Jika sesebuah negara itu ingin memperkembang teknologi
negaranya, semestinya setiap pihak haruslah menyumbangkan modal yang
mencukupi, baharulah mempunyai sumber yang mencukupi untuk melakukan
penyelidikan dan pembangunan teknologi bagi usaha jangka masa yang panjang.
Sebagai kesimpulannya, Malaysia sanggup mengeluarkan pembelanjaan dalam
melakukan IR 4.0 disebabkan modal mencukupi merupakan keperluan IR 4.0
tersebut. Malahan, kalau ditinjau kepada jangka masa yang panjang, jumlah modal
tersebut adalah tidak mencukupi kerana proses revolusi tersebut adalah usaha yang
berterusan.
Selain itu, sumber tenaga mahir dan berilmu merupakan salah satu faktor
mencetuskan proses IR 4.0. Menurut Kamarudin (2019), IR 4.0 amat memerlukan
pihak industri sentiasa peka akan tren global dan teknologi agar tidak ketinggalan
dalam sistem fizikal siber yang melibatkan keupayaan baharu dengan sektor
teknologi yang seharusnya terkini. Maka, segala ini memerlukan operasi sumber
tenaga berkemahiran tinggi amat diperlukan dalam proses pembangunan sistem,
aplikasi dan perkhidmatan seperti kecerdasan buatan dan analisis data besar jika
ingin mengoptimumkan pendedahan teknologi tersebut. Demi mencapai keperluan
IR 4.0 ini, kerajaan Malaysia telah mengambil usaha seperti memperkenalkan Dasar
Revolusi Perindustrian Keempat Negara, yang sebagai hala tuju negara dalam
proses pembangunan IR 4.0 (Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,
2021) dan menyediakan lebih banyak institusi latihan teknikal seperti Politeknik.
Jadual di bawah  menunjukkan jumlah enrolmen institusi politeknik (Kolej Komuniti
Selandar, Melaka) dari tahun 2014 sehingga 2017 (Nurul Liyana et. al, 2018):

Jadi,merujuk kepada jadual tersebut, kita mendapati jumlah enrolmen pelajar ke


institusi politeknik semakin meningkat disebabkan kerajaan bersasaran memupuk
generasi muda yang mampu menjadi sumber tenaga yang berkemahiran tinggi
untuk keperluan IR 4.0.

Kesan IR 4.0 terhadap Malaysia dalam aspek sosial


Memang tidak dapat dinafikan bahawa IR 4.0 tersebut telah membawa
banyak implikasi dan kesan terhadap aspek sosial Malaysia, sama ada kewujudan
peluang pekerjaan, kesihatan, dan pendidikan. Menurut petikan Sir Francis Bacon
yang dicetak dalam Meditationes Sacrae, ‘ Knowledge itself is power (Ilmu itu adalah
kuasa)’ (Baggaley et al., 2013), sama dengan trend IR 4.0 tersebut, IR 4.0 tersebut
telah menekankan konsep ‘K-ekonomi’, iaitu sektor ekonomi menekankan ilmu. Jadi,
isu tersebut telah membawa banyak kesan sosial yang signifikan kepada negara
kita.
Peluang pekerjaan
Menurut Ghufron (September, 2018), IR4.0 memang memerlukan inovasi
baharu dan lapangan kerja baharu yang tak terpikirkan sebelumnya. Namun
terdapat juga lapangan kerja yang digantikan oleh mesin kecerdasan buatan. Hal ini
dikatakan sedemikian kerana perkembangan K-ekonomi telah menyebabkan banyak
sumber tenaga buruh terpinggir kerana sektor ekonomi terkini memerlukan sumber
tenaga mahir dan profesional, maka bukannya tenaga buruh. Jika ditinjau daripada
perspektif yang berbeza, trend tersebut telah mewujudkan lebih banyak peluang
pekerjaan yang baharu dan peluang untuk memulakan keusahawanan. Golongan
kelainan upaya (OKU) merupakan golongan yang terjaga dalam proses IR4.0
tersebut. Hal ini disebabkan sektor ekonomi berdasarkan aplikasi internet dan ilmu.
Kecacatan anggota badan mereka tidak lagi menjadi rintangan mereka, mereka juga
boleh melakukan perniagaan dalam talian. Menurut Noor (2022), perniagaan dalam
talian dapat membawa banyak kemudahan kepada golongan OKU daripada aspek
pengurusan, pengangkutan dan tapak perniagaan. Disebabkan transformasi
kegiatan aktiviti  dalam talian sudah menjadi salah satu norma baharu, jadi Malaysia
telah melakukan banyak usaha untuk menggalakkan golongan OKU menggunakan
platform dalam talian untuk mempromosi hasil produk mereka. Sebagai buktinya,
AGROBANK telah pada tahun 2021 menawarkan kursus pemasaran digital dalam
talian secara percuma kepada usahawan berdaftar dengan Pertubuhan Orang Cacat
Penglihatan Malaysia melalui Program Zero Cost Marketing bagi membantu komuniti
itu memperoleh pendapatan (Harian Metro, Oktober 27, 2021). Memang tidak dapat
dinafikan golongan OKU mendapatkan peluang pekerjaan yang sama rata di bawah
usaha kerajaan untuk menjalankan IR4.0.

Kesihatan
Projek Genom Manusia  ialah projek penyelidikan saintifik antarabangsa
dengan matlamat utama untuk menentukan urutan pasangan DNA dan untuk
mengenalpasti dan memeta susunan gen manusia dari segi fizikal dan fungsi. Projek
tersebut bermula pada tahun 1990 sehingga tahun 2003, dan merupakan projek
yang melambangkan perkembangan Bio-teknologi dalam era IR4.0. Tujuan projek
tersebut adalah demi  mengaplikasikan hasil projek tersebut dalam bidang
perubatan, agar dapat merawat lebih 40000 penyakit genetik (Collins & McKusick,
2001). Menurut Anas et al.,(2014), Malaysia juga terlibat dalam projek tersebut, dan
telah menubuhkan pasukan Penyelidikan Genom Melayu disebabkan keperluan
perkembangan perubatan bawah permintaan IR4.0. Melalui penyelidikan
sedemikian, golongan pesakit genetik dapat terjaga kerana hasil penyelidikan
genom tersebut, dapat memudahkan pengenalpastian penyakit genetik yang
dihadapi dan mengambil tindakan sepatutnya untuk menggerakkannya ataupun
merawatnya. Jadi, kesihatan mereka dapat dijamin, tambahan lagi mereka dapat
menikmati kehidupan tanpa gangguan penderitaan penyakit seperti orang biasa.
Ditinjau daripada perancangan jangka masa panjang, sumber tenaga sihat di negara
kita barulah mencukupi dan mampu melibatkan diri dalam pembangunan negara
agar meningkatkan kadar produktiviti negara. Jadi, memang tidak dapat dinafikan
bahawa perkembangan bio-teknologi dalam bidang suntingan genetik tersebut, telah
memanfaatkan golongan penyakit genetik.

Pendidikan
Di bawah perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), 
segala maklumat sedia ada para hujung jari para pelajar. Menurut Nur Qistina &
Hazman (2010), disebabkan perkembangan ICT bawah IR 4.0, segala maklumat
disediakan pada hujung jari para pendidik dan pelajar. Hal ini telah memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kerajaan Malaysia juga telah
melakukan usaha untuk membantu pelajar di kawasan luar bandar. Sebagai
buktinya, beberapa kawasan pedalaman di Selangor yang sebelum ini berhadapan
dengan masalah capaian Internet lemah yang menyebabkan sesi pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) kerap terganggu, berjaya diatasi selepas kerja
penaiktarafan menara komunikasi dan pemasangan akses jalur lebar tanpa wayar
( Sinar Harian, Mac 22, 2022). Jadi, melalui usaha sedemikian, para pelajar di
kawasan pedalaman dapat menikmati kemudahan proses pembelajaran digital yang
setara dengan pelajar bandar. Disebabkan IR 4.0 menekankan kepada sektor
ekonomi berdasarkan ilmu, jadi pelajar kawasan pedalaman seharusnya tidak
dipinggirkan dalam proses pendidikan digital kerana mereka juga tulang belakang
pembangunan negara setanding dengan pelajar bandar. Jadi memang tidak dapat
dinafikan, kerajaan Malaysia telah memberikan kelengkapan pendidikan digital yang
sama rata kepada pelajar kawasan pedalaman supaya mereka juga memperoleh
ilmu pengetahuan dan menghadapi rintangan dan memenuhi keperluan era IR 4.0
tersebut.
Kesimpulan
Kesimpulannya, IR 4.0 telah menjadi sesuatu trend global semasa, demi
memenuhi keperluan IR4.0 ataupun IR 5.0 yang akan datang, kerajaan telah
melakukan pelbagai usaha untuk menunjukkan keterangkuman yang proaktif dalam
transformasi sedemikian. Pada masa yang sama, golongan OKU, pesakit dan juga
pelajar kawasan pedalaman tidak terpinggir dalam dasar kerajaan. Kehidupan
mereka terjaga dan diberikan peluang untuk setaraf dengan insan biasa. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa dunia kian berubah, demi mengikuti gelombang
perubahan global, rakyat Malaysia juga perlu melakukan perubahan supaya tidak
terpinggir oleh transformasi global.
(1179 patah perkataan)
Rujukan
Amalia, A. (2021). Sejarah Revolusi Industri dari 1.0 sampai 4.0. JURNAL ILMIAH
SUMBER DAYA MANUSIA Tema : SDM Dalam Menghadapi Revolusi Indust
Ri Arham Lat If, 1.
Anas, N., Engku Alwi, E. A. Z., Wan Taib, W. R., Razali, M., Mohd Noor, M. S., &
Zulkipli, S. N. (2014). Penyelidikan genom Melayu di Malaysia: konsep,
pencapaian & kajian lanjutan dari perspektif Islam.
Baggaley, R., Calleja, J. M. G., Marum, L., & Marum, E. (2013). Knowledge is power;
information is liberation. Bulletin of the World Health Organization, 91, 898-
898.
Collins, F. S., & McKusick, V. A. (2001). Implications of the Human Genome Project
for medical science. Jama, 285(5), 540-544.
https://jamanetwork.com/journals/jama/article-abstract/193524.
Fonna, N. (2019). Pengembangan Revolusi Industri 4.0 dalam Berbagai Bidang.
Guepedia.

Ghufron, G. (2018, September). Revolusi Industri 4.0: Tantangan, Peluang, dan


solusi bagi dunia pendidikan. In Seminar Nasional Dan Diskusi Panel
Multidisiplin Hasil Penelitian Dan Pengabdian Kepada Masyarakat 2018 (Vol.
1, No. 1).
Harian Metro, (Oktober 27, 2021). Kursus percuma buat usahawan OKU. Harian
Metro. https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/10/770755/kursus-percuma-
buat-usahawan-oku.
Ishak, W. H. W., & Yamin, F. M. (2020). Penguasaan Semasa E-Kemahiran dalam
Kalangan Pelajar UUM: Cabaran Dalam Era IR4. 0. Journal of Business
Management and Accounting, 10(1), 29-45.
Kurniawati Kamarudin. (2019, Januari 2). Kekurangan tenaga mahir jadi cabaran
industri 4.0. Malaysia Kini. https://www.malaysiakini.com/news/458549.
Noor, M. N. M. (2022). Pembangunan Sistem Pembelian Barangan Runcit Dalam
Talian. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(1), 86-92.
Nur Qistina Binti Abdullah & Hazman Bin Ali (2010). Penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan guru-guru sekolah
kebangsaan. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Retreived
from http://eprints. utm. my/10521/1/Penggunaan_Tekno
logi_Maklumat_Dan_Komunikasi. pdf.
Nurul Liyana Mahmod, Shaliza Amira Sarif, & Mohd Rahim Mahmood. (2018).
Implikasi Pelaksanaan Promosi Terhadap Pengambilan Pelajar Ke Kolej
Komuniti Selander, Melaka. Academia.edu.
https://www.academia.edu/download/58160156/5_6178948897889583223.pd
f.
Prasetyo, B., & Trisyanti, U. (2018). Revolusi industri 4.0 dan tantangan perubahan
sosial. IPTEK Journal of Proceedings Series, (5), 22-27.
http://iptek.its.ac.id/index.php/jps/article/view/4417.

Sinar Harian, (Mac 22, 2021). Jendela bantu lancarkan PdPR di pedalaman
Selangor. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/194074/EDISI/Jendela-bantu-
lancarkan-PdPR-di-pedalaman-Selangor.
Sophia Ahmad. (2020, Disember 30). Malaysia ke arah Industry4WRD. Berita
Harian
Online.https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2020/12/770245/
malaysia-ke-arah-industry4wrd.
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Pendana Menteri. (2021). Dasar Revolusi
Perindustrian Keempat (4IR) NEGARA. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan
Pendana Menteri. https://www.epu.gov.my/sites/default/files/2021-08/Dasar-
4IR-Negara.pdf.
Universiti Malaysia Pahang. (2018). Revolusi Industri 4.0. Bendahari.ump.edu.my.
https://bendahari.ump.edu.my/index.php/ms/info-kewangan1/530-revolusi-
industri-4-0.

Anda mungkin juga menyukai