Anda di halaman 1dari 31

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

TAHAP PENERIMAAN PELAJAR UNTUK MENAIKI BAS: KAJIAN KES DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

ABSTRAK

Kesudian menaiki bas oleh pelajar UUM yang memiliki kenderaan adalah bergantung kepada faktor-faktor tertentu. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat kaji selidik atau melihat faktor-faktor yang akan menyebabkan pelajar beralih dari kenderaan persendirian kepada perkhidmatan bas. Bas merupakan suatu pengangkutan yang lestari. Disamping dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, bas juga dapat meminimumkan pencemaran sekiranya penggunaan bas adalah maksimum. Faktor yang telah dikenalpasti akan menyebabkan penukuran kepada pengangkutan bas adalah jarak perjalanan dan juga kos. Kajian dijalankan di dalam kawasan UUM iaitu meliputi keseluruhan tempat tumpuan pelajar. Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik pilihan keadaan dimana pelajar akan diberikan satu situasi yang akan menyebabkan mereka memilih had kesanggupan mereka untuk berkenderaan sendiri. Model logistik dibentuk melalui kajian yang dijalankan. Model ini dapat memberikan aggaran pada masa depan supaya dapat menyelesaikan masalah yang serius di kawasan UUM. Enam model telah dibentuk bagi menganalisis kesudian menaiki bas oleh pelajar UUM yang memiliki kenderaan.

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

BAB I PENGENALAN KAJIAN 1.1 PENDAHULUAN Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan kepada rakyatnya supaya mengamalkan sikap untuk berkongsi kenderaan. Ini merupakan satu langkah bijak yang diambil oleh kerajaan. Ini kerana dengan berkongsi kenderaan bukan sahaja dapat mengelakkan daripada kesesakan lalulintas, malah dapat mengurangkan kadar kemalangan dan juga pencemaran. Untuk kesan yang lebih efektif, pelbagai kemudahan awam disediakan oleh kerajaan supaya rakyatnya tidak menggunakan kenderaan sendiri. Antara pengangkutan awam yang disediakan ialah perkhidmatan bas. Bas merupakan sistem pengangkutan terbaik kerana bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan malah dapat mengurangkan pencemaran. Jika kita lihat negara-negara maju seperti Jepun, Britain dan Amerika, mereka lebih menggalakkan rakyatnya menggunakan kenderaan awam berbanding kenderaan sendiri. Mereka mengambil langkah dengan mengurangkan tempat letak kenderaan dan menaik taraf sistem pengangkutan awam yang disediakan. Hasilnya negara mereka kurang kesesakan lalu-lintas, pencemaran dan juga kemalangan. Dengan ini satu kajian dilaksanakan dengan harapan dapat menyebabkan para pengguna untuk beralih kepada penggunaan bas daripada kenderaan sendiri. Kajian akan dilakukan di Universiti Utara Malaysia. Kajian ini dilakukan di UUM kerana terdapat beberapa masalah yang timbul akibat daripada para pelajarnya kini lebih gemar berkenderaan sendiri. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji perangai pemilihan kenderaan awam oleh pelajar UUM.

1.2

LATAR BELAKANG Masalah yang dihadapi oleh Universiti Utara Malaysia ialah kebanyakan pelajar

pelajarnya lebih gemar untuk berkenderaan sendiri daripada menggunakan pengangkutan yang telah disediakan. Ini akan menyebabkan timbulnya masalah masalah seperti pencemaran udara, bunyi dan peningkatan peratus kemalangan. Jika diteliti dengan lebih dekat lagi, UUM menghadapi satu lagi masalah iaitu permintaan tepat letak kenderaan yang semakin meningkat. Peningkatan taraf hidup merupakan faktor utama menyebabkan pengguna lebih gemar untuk berkenderaan sendiri.
2

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

Hal ini akan menyebabkan kesesakan terutamanya pada waktu-waktu puncak. Jika dilihat, pengguna akan mengambil masa yang lama untuk keluar masuk di UUM pada waktu puncak. Sekiranya bas digunakan sebaiknya, masalah kesesakan terutamanya pada waktu puncak dapat dielakkan. Dengan keluasan kawasan UUM sekarang, sudah tentu tidak dapat menampung permintaan untuk tempat meletak kenderaan. Pelajar dan kakitangan perlu mengambil masa yang lama untuk mencari dan meletakkan kenderaan mereka. Hasilnya, terdapat beberapa kenderaan meletakkan kenderaan mereka di tempat yang tidak sepatutnya. Ini tidak sepatutnya berlaku. Hal ini bukan sahaja mengundang bahaya kepada para pemandu yang lain malah menyukarkan pergerakan kenderaan sekaligus akan menyebabkan kesesakan. Kajian akan dilakukan terhadap pelajar UUM untuk mengkaji perangai pemilihan kenderaan awam. Kajian ini meliputi soal selidik pilihan keadaan (stated preference survey) untuk mengkaji bagaimana para pelajar beralih kepada penggunaan bas. Ini untuk mengenalpasti mengapa mereka kurang berminat untuk menaiki kenderaan awam yang telah disediakan oleh pihak Universiti. Jawapan yang diberi akan dikaji dan dianalisa dengan membinakan satu model logistik. Hasil kajian amat penting dan ia boleh digunakan untuk mengkaji keperluan akan datang. Daripada hasil kajian juga perkhidmatan bas di UUM dapat menyelenggara perkhidmatan mereka sesuai dengan jawapan yang diberi oleh pihak respondan. Hal ini diharap dapat mengubah sikap mereka daripada berkenderaan sendiri kepada menaiki kenderaan awam. Jika kajian ini berhasil, pihak UUM tidak perlu menambah tempat letak kenderaan dan kawasan yang diperuntukkan boleh digunakan untuk pembangunan yang lebih baik. Segala masalah masalah seperti, kemalangan, kesesakan dan pencemaran dapat dihindari.

1.3 OBJEKTIF Objektif kajian ini ialah untuk mendapatkan kelakuan pelajar dalam memilih mod pengangkutan di dalam kampus terutamanya berkaitan dengan bas. Kajian ini akan melibatkan: 1. Kajian pilihan keadaan 2. Permodelan kelakuan pelajar memilih mod pengangkutan 3. Membuat analisis keperluan dan seterusnya memberikan cadangan berkenaan langkah-langkah untuk menggalakkan pelajar menggunakan pengangkutan awam.

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

1.4 SKOP KAJIAN Kawasan dimana kajian akan dijalankan adalah di dalam Universiti Utara Malaysia (UUM). Para pelajar merupakan subjek dan responden dalam kajian yang akan dijalankan. Para pelajar akan ditemuduga dan jawapan yang diberikan akan dimasukkan di dalam borang soal selidik. Hasil daripada soal selidik ini amat penting kerana ia akan digunakan dalam analisa statistik yang kemudiannya dijadikan sebagai rujukan dalam menghasilkan suatu model logistik. Kawasan kawasan yang dipilih untuk menjalankan kajian ialah: Kolej Perniagaan (COB) Kolej Sastera dan Sains (CAS) Kolej Undang-undang, Kerajaan, dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS)

1.5 RUMUSAN Kajian yang akan dijalankan ialah kajian kesudian menaiki bas oleh pelajar UUM yang akhirnya akan menerbitkan suatu model mengenai perangan pemilihan kenderaan awam oleh pelajar UUM. Faktor masa, jarak, kos, keselesaan merupakan antara faktor-faktor yang mempengaruhi kajian. Keputusan kajian adalah sepenuhnya daripada soal selidik dengan pelajar iaitu respondan bagi kajian ini. Secara keseluruhannya, hasil daripada pengagregatan dan penganalisaan data yang akan dilakukan adalah untuk menyelidik dan menganalisis kesudian menaiki bas oleh pelajar UUM serta menghasilkan suatu model yang dapat menghubungkan faktor yang akan menyebabkan penggunaan bas oleh pelajar UUM dalam suatu fungsi logistik dan regresi linear. Melalui kajian ini, kita akan dapat menentukan parameter-parameter atau dikenali sebagai pembolehubah bersandar yang sesuai bagi model logistik tersebut. Model yang dihasilkan diharap dapat membantu dalam meramal tahap penggunaan bas pada masa akan datang. Model ini juga diharap dapat membantu UUM menyelenggara sistem perkhidmatan awam mereka agar memenuhi citarasa pelajar pelajar.

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

BAB II

ULASAN KARYA

2.1

PENGENALAN

Model pisah ragaman atau model pemilihan kenderaan merupakan model yang digunakan untuk menganggarkan peratus atau bahagian daripada jumlah perjalanan yang menaiki setiap ragam pengangkutan yang ada di kawasan kajian. Sekiranya terdapat tiga ragam pengangkutan seperti kereta, bas dan motosikal, maka model ini memberikan peratus orang yang menaiki kereta, bas dan motosikal. Model terawal telah dihasilkan oleh Warren T. Adam (Riza Atiq 1994). Antara contoh model yang dihasilkan ialah

Y=-2.6466+ 3.7084 ln P +0.3912 ln E + 2.3757 ln T + 0.4918 ln U -0.9708 ln M (2.1)

di mana Y = Peratus orang menaiki transit P = Jumlah penduduk berumur 5 tahun keatas (dalam sebutan 10 000) T = Faktor perkhidmatan transit E = Faktor ekonomi U = Faktor pengagihan guna tanah M = Kawasan yang menjadi perbandaran(dalam batu persegi)

Warren T. Adam telah mencipta model pisah ragaman zon penghujung pada tahun 1959. Pada masa itu, model pisah ragaman antara zon tidak wujud lagi. Model zon penghujung dianalisa dari data-data yang diambil dari beberapa bandar besar di Amerika Syarikat di antara tahun 1948 hingga 1953 dan ia adalah berada dalam bentuk persamaan regresi. Namun model yang dibina adalah untuk menganggarkan pisah ragaman untuk keseluruhan bandar dan bukan untuk satu satu zon di dalam bandar. Dalam tahun 1956, ketika kajian pengangkutan ke atas kawasan Chicago dijalankan telah menghasilkan satu lagi model pisah ragaman (Howe 1958). Model peluang-penghalang yang telah digunakan adalah jantina, guna tanah, taraf pekerjaan dan pemilihan lesen memandu orang
5

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

yang melakukan perjalanan yang bertujuan untuk menganggar peratus orang menaiki transit untuk pergi bekerja. Kajian pengangkutan ke atas Pittsburg dijalankan pada awal 60-an telah menghasilkan satu lagi bentuk model pisah ragaman. Model ini menggunakan cara pengkelasan kategori dari persamaan regresi dalam penentuan pesahan orang yang menaiki transit. Pembolehubah utama yang digunakan adalah pemilihan kenderaan, kepadatan penduduk dan jarak dari pusat bandar (Keffer1962). Pisah ragaman pengangkutan boleh dilakukan selepas pengagihan perjalanan. Dalam kes ini, model ini dinamakan pisah ragaman antara zon kerana pisah ragaman dilakukan terhadap perjalanan dari satu zon ke satu zon yang lain. Pisah ragaman juga boleh dilakukan sebelum pengagihan perjalanan. Dalam hal ini pula, model ini dinamakan pisah ragaman zon penghujung kerana pisah ragaman dilakukan terhadap pengeluaran dan tarikan perjalanan oleh setiap zon (Riza Atiq 1994). Model zon penghujung dibina beasaskan anggapan bahawa setiap orang yang melakukan perjalanan terpaksa menaiki sesuatu ragam pengangkutan. Misalnya orang yang melakukan perjalanan dengan menaiki bas tidak mempunyai pilihan lain selain menaiki bas. Anggapan ini betul bagi bandar yang perkhidmatan pengangkutan awamnya dalam keadaan yang tidak memuaskan (Meyer dan Miller 1984). Ini bermakna orang yang memiliki kereta tidak akan meninggalkan keretanya di rumah untuk menaiki bas. Demikian jugalah orang yang menaiki bas, mereka memang benar benar terpaksa menaiki bas walaupun keadaanya tidak selesa. Oleh sebab model zon penghujung ini melakukan pisah ragaman keatas jumlah keluaran dan tarikan perjalanan, maka pisah ragaman itu merupakan fungsi guna tanah dan sosioekonomi. Pembolehpemboleh ubah yang digunakan boleh dikatakan sama seperti pemboleh ubah dalam model penjanaan perjalanan. Pada tahun 1960-an, telah wujud kesedaran akan kelemahan yang ketara dalam model pisah ragaman zon penghujung. Dengan itu lahirlah model antara zon. Model antara zon yang pertama dibina ialah model untuk menganggarkan kebarangkalian orang menaiki transit yang hendak dibina di San Francisco. Dalam kajian tersebut, beberapa pemboleh ubah yang sesuai telah disenaraikan dan seterusnya dipadankan dengan pisah ragaman pengangkutan dengan cara pencocokan lengkung. Akhirnya didapati bahawa nisbah masa perjalanan dengan jarak, tujuan perjalanan dan kaitannya dengan usia dan jantina pejalan kaki yang mana merupakan satu pembolehubahberkesan bagi menentukan kebolehan berjalan kaki. Daripada pembolehubah ini,
6

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

beberapa lengkung pesongan boleh dihasilkan untuk beberapa jenis perjalanan. Lengkung lengkung ini bolehlah dikatakan sebagai berbentuk suatu fungsi logistik ataupun fungsi Gompetz. Hanya terdapat 10% perbezaan yang ketara antara nilai pisah ragaman yang sebenar dengan nilai anggaran. Dengan kata lain, perkaitannya adalah lebih kurang 90%.

Secara matematik, fungsi logistik adalah seperti berikut (Spiegel 1981);

P=

1 ab + c

di mana P = Kebarangkalian bagi suatu pilihan x = Pembolehubah bersandar a,b,c = Pemalar

Untuk fungsi Gompertz pula; P = qr di mana P = Kebarangkalian bagi suatu pilihan x = Pembolehubah bersandar q,b,r = Pemalar

Model pisah ragaman antara zon memecahkan perjalanan dari satu zon ke satu zon yang lain kepada beberapa ragam pengangkutan yang ada di kedua dua zon berkenaan. Oleh itu, model ini boleh memasukkan pemboleh pemboleh ubah tentang pengangkutan antara zon zon. Misalnya, bagi perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur menuju ke Shah Alam, model ini boleh mengambil kira kos menaiki bas, menaiki kereta dan menaiki motosikal serta masa perjalanan bagi ketiga tiga ragam pengangkutan tersebut. Perkara ini menyebabkan model ini boleh mengambil kira orang orang yang mempunyai pilihan sama ada menaiki kenderaan sendiri atau menaiki kenderaan awam. Perkara ini juga membolehkan model ini mengetahui kesan perubahan dasar kerajaan ke atas pilihan ragam pengangkutan, seperti kesan bayaran tol, kesan menghadkan pemilikan kereta dan juga kesan memperbaiki perkhidmatan kenderaan awam.
7

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

2.2

MODEL PISAH RAGAMAN ZON PENGHUJUNG Model ini memecahkan jumlah perjalanan yang keluar atau memasuki sesuatu zon

kepada beberapa ragam pengangkutan yang ada. Model jenis ini memecahkan perjalanan kepada ragam ragam pengangkutan yang ada bukan dalam bentuk jumlah perjalanan tetapi dalam bentuk kebarangkalian daripada jumlah keluaran perjalanan. Oleh sebab lengkok bagi pisah ragaman sebenar selalunya berbentuk fungsi logistik, maka fungsi fungsi ini digunakan bagi tujuan pembinaan model.

PENJANAAN PERJALANAN

PISAH RAGAMAN

PENGAGIHAN PERJALANAN

UMPUKAN PERJALANAN

Rajah 2.1: Kedudukan model pisah ragaman zon penghujung (Sumber: Riza Atiq 1994).

Fungsi logistik merupakan model untuk pilihan perduaan manakala dalam pisah ragaman ini terdapat empat pilihan iaitu berjalan kaki, menaiki bas, menaiki kereta dan menaiki motosikal. Hal ini menyebabkan satu struktur pilihan yang seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.2 perlu digunakan. Dalam struktur pilihan yang ditunjukkan dalam rajah 2.2, pilihan pertama ialah menaiki kenderaan atau berjalan kaki. Dalam pilihan kedua pula ialah didalam kategori untuk menaiki kenderaan sendiri ataupun kenderaan awam. Bagi kenderaan sendiri pula dipecahkan lagi menjadi pilihan ketiga iaitu dengan menaiki motosikal ataupun kereta. Sebagai contoh kita lihat
8

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

salah satu aplikasi pisah ragaman. Laporan ini adalah ringkasan bancian perjalanan tahun 2005 antara kakitangan dan pelajar di College Lane, de Havilland dan St Albans Campuses antara 7 Mac dan 1 April. Dua kategori bancian dijalankan. Satu adalah bancian terhadap kakitangan manakala satu lagi adalah bancian terhadap pelajar. Namun kedua-dua bancian ini adalah sama. Bancian yang dijalankan adalah bancian terhadap pilihan mod pengangkutan.

SEMUA PERJALANAN

Pilihan Pertama

BERJALAN KAKI Pilihan Kedua

BERKENDERAAN

KENDERAAN AWAM (BAS) Pilihan Ketiga

KENDERAAN SENDIRI

MOTOSIKAL

KERETA

Rajah 2.2 Struktur pilihan pisah ragaman pengangkutan (Sumber : Riza Atiq 1994)

2.3

SELIDIK PILIHAN KEADAAN Pisah ragaman atau model pilihan kenderaan memerlukan satu kajian terhadap keadaan

keadaan yang menyebabkan seseorang itu memilih satu satu jenis mod kenderaan. Maka, untuk tujuan tersebut, soal selidik terhadap orang orang yang memilih mod pengangkutan tersebut diperlukan. Ini kerana, cara ini merupakan cara terbaik untuk mendapatkan hasil yang tepat. Sebelum soal selidik dijalankan, soalan soalan yang merupakan penyebab suatu pilihan mod kenderaan dikenal pasti terlebih dahulu. Biasanya, dalam pengangkutan antara faktor yang mempengaruhi pemilihan mod kenderaan ialah faktor ekonomi iaitu pendapatan seseorang, masa
9

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

perjalanan dan kos perjalanan yang amat mempengaruhi pemilihan tersebut. Sebagai contoh, jika masa perjalanan untuk menaiki kenderaan awam adalah lebih pendek daripada menaiki kereta, sebahagian pemilik kereta akan meninggalkan keretanya untuk menaiki kenderaan awam. Begitu juga dengan kos perjalanan. Keadaan yang sama akan berlaku sekiranya kos perjalanan yang dijana oleh kenderaan lain adalah lebih murah daripada menaiki kereta. Daripada Tsinghua Science and Technology volume 11 soal selidik pilihan keadaan pernah dijalankan di Beijing Capital International Airport pada 22 Mac 2004 oleh JIAO Pengpeng, LU Huapu, YANG Lang. Bancian adalah termasuk penumpang-penumpang yang menaiki dan menuruni pesawat dan juga orang yang menghantar penumpang ke lapangan terbang. Kandungan kajian adalah termasuk sifat individu, sifat perjalanan dan ragam dalam pemilihan pengangkutan iaitu transit, teksi, kenderaan sendiri ataupun kenderaan awam dan bas. Kajian merupakan gabungan antara kajian pilihan keutamaan (stated preference survey) dan kajian pilihan pendedahan (stated revealed survey) (JIAO et. al 2004). Dalam Transportation Research, satu lagi kajian yang menggunakan kajian pilihan keadaan ialah kajian keadaan peilihan tepat letak kenderaan dikalangan pelancong di Newport, Rodhe Islandyang dijalankan oleh C. M. Anderson, Chhandita Das & Timothy J. Tyrrell. Kajian ini sebenarnya strategi perancangan pengangkutan yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. Kajian ini mengenalpasti penyelesaian yang efektif dengan mencari faktor yang menyebabkan transit sebagai pilihan. Kajian pilihan keadaan dijalankan dengan respondon perlu membuat pilihan antara untuk menggunakan dua tempat untuk meletak kenderaan dimana tempat letak kenderaan tersebut memerlukan pengangkutan awam dan berjalan kaki untuk menuju destinasi yang ditetapkan. Masa memainkan peranan dalam pemilihan pengangkutan tersebut.

10

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

Rajah 2.3 Contoh kajian pilihan keadaan (Sumber : Transportation Research 2006)

Dalam menjalankan kajian pilihan keadaan, pengukuran dilakukan dengan beberapa kaedah untuk mendapatkan data. Dalam satu kajian yang dilaksanakan di Hong Kong mengenai faktor yang menyebabkan kesesakan di stesen transit di Hong Kong telah menjalakan dua kaedah untuk mengumpul data iaitu dengan cara temuduga dan tinjauan keadaan (William H. K. Lam et al 1998).

2.4 MODEL PISAH RAGAMAN ANTARA ZON Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.3, model pisah ragaman antara zon digunakan selepas model pengagihan perjalanan. Model ini memecahkan jumlah perjalanan di antara dua zon dalam matrik asalan-tujuan kepada beberapa ragam pengangkutan yang ada. Oleh itu jika terdapat matriks asalan-tujuan dalam unit perjalanan orang, model ini akan memecahkan kepada beberapa matriks asalan-tujuan mengikut ragam ragam pengangkutan yang wujud. Misalnya bagi kawasan Kuala Lumpur, ia boleh dibahagikan kepada matriks asalan Tujuan bagi perjalanan berjalan kaki, perjalanan berkereta, perjalanan bermotosikal dan perjalanan menaiki bas (Riza Atiq 1994). Kelebihan model jenis ini adalah ia boleh memasukkan pembolehubah berkenaan dengan ciri-ciri setiap ragam pengangkutan di antara dua zon. Dengan ini, masa perjalanan dan kos perjalanan antara zon permulaan dan zon tujuan boleh dimasukkan ke dalam model di samping ciri guna tanah dan sosio ekonomi kedua dua zon penghujung.
11

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

Dalam peringkat awal perkembangannya, model ini menggunakan lengkong lencongan, tetapi ia memerlukan jumlah lengkung lencongan yang banyak kerana setiap satu lengkung hanya boleh memberikan dua pilihan berasaskan hanya satu pembolehubah sahaja.(Riza Atiq 1994). Bagi menggantikan lengkung lencongan ini, fungsi logistic boleh digunakan. Walau bagaimanapun, fungsi logistic ini hanya terhad kepada dua pilihan sedangkan jumlah pilihan biasanya melebihi dua. Perkara ini boleh diatasi dengan menggunakan struktur pilihan seperti yang telah ditunjukkan dalam bahagian 2.2. Satu cara lagi boleh digunakan untuk menggantikan lengkung lencongan ialah dengan menggunakan fungsi logic multinominal. Fungsi ini boleh memodelkan pilihan yang banyak dan proses penentukurnya juga tidak sukar (Riza Atiq 1994).

2.5

PEMBINAAN MODEL REGRESI LELURUS Model regresi lelurus biasanya digunakan dalam statistik dan kaedah berangka dan model

ini memerlukan pengiraan yang banyak. Pengiraan yang banyak juga diperlukan untuk memilih model yang baik dan untuk menguji ketepatannya. Hal ini menyebabkan penggunaan model regresi lelurus kurang disukai pada suatu ketika dahulu. Namun dengan perkembangan teknologi, wujudnya perisian perisian computer yang boleh memudahkan pengiraan dilakukan. Antara perisian yang boleh digunakan adalah SPSS, Mathcad, Microsoft Excell dan lain lain.

2.6 MENENTUKURKAN FUNGSI LOGIK MULTINOMIAL Terdapat beberapa cara untuk menentukan fungsi logistik multinomial. Meyer dan Miller (Meyer dan Miller 1984) menyarankan penggunaan kaedah kobolehjadian maksimum (maximum likelihood), tetapi kaedah ini menyulitkan dan melibatkan banyak proses matematik. Satu lagi cara untuk menentukan fungsi logik multinomial ialah dengan menjelmakan fungsi ini ke dalam bentuk persamaan lelurus dan kemudian semua parameter yang tidak diketahui dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.

12

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

2.7 PANDUAN UNTUK MEMBINA MODEL Bagi memastikan model yang dihasilkan memenuhi kriteria yang dikehendaki, beberapa aspek perlu diambil kira; 1. Mudah dan sederhana Sesuatu model yang dibina itu hendaklah mudah dan sederhana agar model berkenaan dapat digunakan dan difahami secara mudah 2. Sesuai dengan tujuan model dibina Model yang dibina hendaklah sesuai dengan tujuan yang dikehendaki. 3. Kos yang munasabah Kos yang perlu untuk membina model ini mestilah lebih rendah daripada kos pemerhati sebenar. 4. Ketepatan Model yang ingin dibina, mestilah mencapai ketepatan dan ralat ralat yang hadir mestilah berada dalam tahap yang masih boleh diterima. 5. Peka Model hendaklah peka terhadap sebarang perubahan yang bakal berlaku dalam kajian. 6. Boleh diguna pakai Model diharap dapat digunapakai dimana model mampu memberi gambaran kepada keadaan sebenar.

13

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

BAB III

METODOLOGI

3.1

PENGENALAN Pengumpulan data adalah sangat penting dalam kajian ini kerana ralat dan kesilapan

dalam peringkat ini akan menyebabkan pengukuran model menjadi tidak tepat dan seterusnya akan mengakibatkan ralat yang lebih besar lagi semasa membuat ramalan pada masa akan datang (Atkins 1986). Demikian juga tentang penentuan sempadan kawasan kajian dan pembahagiannya kepada zon-zon, sesuatu model boleh mengeluarkan jawapan yang jauh berbeza dengan mengubah-ubah sistem pembahagian kawasan kajian kepada zon zon (Openshaw 1978). Kajian ini adalah merujuk kepada kesudian untuk menaiki bas oleh pelajar UUM. Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang biasanya menjadi penentu iaitu jarak perjalanan, usia, jantina, tujuan perjalan, masa yang diambil dan juga sumber kewangan. Faktor faktor yang disebutkan merupakan faktor yang diambil kira dalam kesudian mereka untuk menaiki bas. Untuk memperolehi data data terhadap faktor yang disebutkan, borang soal selidik direkabentuk untuk diedarkan kepada responden. Hasil daripada borang tersebut merupakan data-data yang akan digunakan untuk tujuan kajian. Sebelum kajian dijalankan iaitu borang soal-selidik diedarkan lokasi perlu ditentukan terlebih dahulu. Lokasi merupakan aspek paling penting dalam melakukan kajian ini. Penentuan lokasi perlu dikenalpasti dan amat penting untuk memudahkan pengumpulan data dilaksanakan dengan mudah dan tepat. Dengan cara ini, data yang diperoleh akan dapat memberi keyakinan dan kepastian akan kebenaran dan kesahihannya. Pangkalan data yang lengkap sangat penting dalam pembinaan model untuk kajian ini. Ini kerana data-data berkenaan menjadi asas untuk memahami interaksi antara juzuk-juzuk yang ada dalam kawasan kajian. Lazimnya lima komponen utama pangkalan data ialah; 1. Penggunaan kemudahan pengangkutan yang ada sekarang seperti aliran lalu lintas di jalan utama, penggunaan bas dan sebagainya. 2. Data tentang sistem pengangkutan yang ada sekarang seperti jalan dan lebuh raya, perkhidmatan kenderaan awam, pengurusan lalu lintas dan sebagainya.
14

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

3.

Guna tanah. Pembangunan dan perubahan guna tanah akan mengubah permintaan perjalanan. Oleh itu, data guna tanah yang ada sekarang seperti kawasan perumahan dan jenis jenis rumah, kawasan perniagaan dan penggunaan penggunaan bangunan, dan juga kawasan industri dan jenis jenis kilang yang ada di dalamnya perlu diperoleh.

4. 5.

Sosioekonomi seperti jumlah penduduk atau keluarga, pendapatan dan pemilikan kereta. Corak dan permintaan perjalanan. Ini termasuklah data asalan-tujuan beserta masa perjalanan, ragam pengangkutan setiap perjalanan dan sebab perjalanan berkenaan.

3.2 KAEDAH MENJALANKAN KAJIAN Kajian ini akan dijalankan dengan tiga langkah bagi menghasilkan model kajian. Tiga langkah yang dinyatakan adalah seperti berikut; 1. Kajian soal selidik 2. Analisis data 3. Pembinaan model

Huraian langkah langkah yang dinyatakan adalah seperti berikut:-

Kajian Soal Selidik Kajian ini dijalankan dengan bertanya kepada responden iaitu para pelajar UUM. Soalan yang ditanya adalah berdasarkan soalan yang telah ditentukan dan jawapan ditanda di dalam borang kaji selidik. Langkah ini boleh dikatakan sebagai langkah untuk mengambil data.

Analisis Data Bahagian ini merangkumi kerja pengagregatan data. Data data yang diperoleh hasil daripada kajian soal selidik dimasukkan ke dalam pangkalan data dan graf yang berkaitan diplotkan untuk melihat hubungan antara pembolehubah.

Pembinaan Model Selepas hubungan antara pembolehubah diperolehi, model logistik dibina. Kemudian kesahihan model diperiksa untuk mengenal pasti ralat yang hadir. Dalam kajian ini, soal selidik akan dilakukan terhadap pelajar pelajar UUM yang bertindak sebagai respondan. Kawasan kajian
15

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

adalah meliputi linkungan pertama dan lingkungan kedua. Lokasi yang dipilih merupakan lokasi yang terbaik untuk menemuramah respondan terhadap ragam pemilihan pengangkutan awam. Soal selidik akan dijalankan pada waktu waktu puncak iaitu biasanya waktu pagi ketika pelajar bergegas ke kuliah dan tengah hari serta petang ketika pelajar pulang dari perkuliahan.

3.3

KAEDAH PENGUMPULAN DATA Seperti yang telah dinyatakan, data-data untuk kajian ini adalah hasil daripada temuramah

atau soal-selidik terhadap pelajar pelajar UUM. Temubual dengan pelajar adalah berdasarkan borang soal selidik yang digunakan untuk mendapatkan data kajian. Oleh itu soalan soalan di dalam borang soal selidik perlulah dirangka dengan baik dan teliti agar dapat memenuhi kehendak kajian. Terdapat beberapa langkah yang diambil untuk merangka kaedah kajian ini iaitu ; 1. Mengkaji data yang diperlukan 2. Merangka beberapa soalan yang berkaitan 3. Menjalankan kajian terhadap soalan yang dirangka 4. Merekabentuk borang soal selidik berdasarkan soalan yang dirangka 5. Mengenal pasti responden kajian 6. Mengenal pasti lokasi soal selidik akan dijalankan 7. Menemuramah responden 8. Merekodkan data ke dalam pangkalan data 9. Membuat penilaian terhadap data yang diperoleh

Setiap langkah yang dinyatakan perlu dipatuhi agar ralat yang dihasilkan oleh model dapat diminimumkan. Bahagian pengumpulan data merupakan bahagian paling awal dalam pembinaan model kajian kerana melalui data data inilah yang akan menghasilkan data data yang sesuai dengan skop kajian.

3.4

KAJI SELIDIK PILIHAN KEADAAN Kaji selidik pilihan keadaan dilakukan bagi memperoleh data yang tepat bersesuaian

dengan kehendak kajian ini. Bagi orang yanag dikenali dan dipercayai, soal-selidik secara bersurat digunakan. Namun tidak semua orang yang dikenali dan dipercayai menggunakan cara
16

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

ini. Orang yang hanya memahami objektif kajian ini sahaja akan diberikan borang soal-selidik dan kejujuran amat penting untuk memperoleh data yang tepat. Bagi orang orang yang tidak dikenali, soal selidik akan dijalankan secara temuduga. Ini kerana cara ini boleh mendapatkan data yang dipastikan kesahihannya. Dalam kajian ini, soal selidik pilihan keadaan dilakukan. Data data diambil secara temudaga iaitu tempat dimana menjadi tarikan keluaran pelajar seperti dewan kuliah, tepi jalan, tempat letak kenderaan serta tempat tempat yang telah dikenalpasti. Temuduga di kawasan tempat letak kenderaan merupakan kaedah yang mudah dan murah. Pelajar yang menaiki kenderaan persendiriaan ditahan dan ditanya berkaitan dengan soal selidik kajian. Sebelum soal selidik dilakukan penerangan ringkas diberikan untuk mengelakkan salah faham berlaku. Soal selidik akan dijalankan dengan bilangan sampel tertentu di setiap kawasan yang dikenal pasti. Perisian seperti Excell, SPSS dan Mathcad diguna untuk mengnalisa data data yang diperoleh hasil daripada soal selidik yang dijalankan.

3.5

BORANG SOAL SELIDIK Kajian ini memerlukan satu borang soal selidik yang berkesan dan dimuatkan dengan

soalan soalan yang telah dirangka. Soalan soalan yang dirangka adalah berdasarkan keperluan data yang diingini. Setiap soalan mestilah mudah dan senang difahami dan teratur. Antara soalan soalan yang terkandung di dalam soal selidik adalah seperti berikut; 1. Jantina 2. Umur 3. Sumber kewangan 4. Pemilihan kenderaan 5. Kos

3.6

KAEDAH PEMBINAAN MODEL Dalam bahagian ini, cara atau kaedah menghasilkan model akan diterangkan dengan

lebih teliti. Model akan dibina setelah data data yang diperoleh selesai dianalisis. Melalui analisis tersebut satu fungsi logistik akan dibina.

17

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

3.7

JADUAL PERANCANGAN KERJA

2011

2012

18

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

BAB IV

ANALISIS KAJIAN

4.1

PENGENALAN Dalam kajian ini, data diperoleh melalui hasil dari soal-selidik yang telah dijalankan

terhadap pelajar pelajar UUM yang merupakan responden dalam kajian ini. Soal-selidik melibatkan semua pelajar UUM yang menaiki kenderaan persendirian iaitu pelajar yang menggunakan kereta dan juga yang menggunakan motosikal. Soal-selidik dijalankan ditempat letak kenderaan di dalam kawasan UUM. Setelah data-data yang diingini diperoleh, data tersebut disusun dan kemudian pengagregatan dan analisis data dilaksanakan. Setiap data yang diperoleh hasil daripada soal-selidik dicatatkan di dalam borang kaji selidik. Data kemudiannya dipindahkan ke dalam pangkalan data kajian. Pangkalan data bertujuan untuk mengasingkan data mengikut kehendak kajian dan seterusnya memudahhkan proses analisis dilaksanakan. Microsoft Excel 2010 dipilih sebagai pangkalan data. Ini kerana perisian ini akan memudahkan proses analisis data. Perisian ini juga dapat melakukan analisis data dengan mudah. Maka, disamping perisian ini dijadikan sebagai pangkalan data, perisian ini juga akan digunakan untuk analisis data. Sebelum analisis data dijalankan, data perlu disusun mengikut kategorinya. Dalam kajian ini sebanyak 150 data dicerap untuk digunakan sebagai sampel untuk tujuan analisis. Data-data yang diperoleh kemudiannya diagregatkan berdasarkan faktor jantina dan juga jenis kenderaan. Data diagregat dan di analisis dan akhirnya satu model berbentuk yang berbentuk fungsi logistik dihasilkan.

4.2

PENGAGREGATAN DATA Dalam pengagregatan data untuk kajian ini ini terdapat dua pembolehubah tak bersandar

telah dikenal pasti. Pembolehubah tersebut adalah: Jarak perjalanan Harga pakir Dalam kajian ini juga terdapat pelbagai ketidak tentuan bagi mendapatkan data kajian. Ini kerana kedudukan pelajar adalah tidak tetap untuk pada setiap hari. Kedudukan pelajar berubah
19

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

pada keesokan harinya. Ini menyebabkan data yang diperoleh pada hari ini tidak semestinya sama untuk data yang diambil pada hari berikutnya. Pengagregatan data dilakukan supaya data tersebut dapat dianalisis untuk menghasilkan suatu persamaan yang mana ia dapat digunakan oleh jurutera untuk tujuan rekabentuk suatu struktur kejuruteraan. Hasil persamaan boleh dalam bentuk bertulis ataupun dalam bentuk atucara komputer. Hasil daripada kajian ini memudahkan jurutera untuk merekabentuk suatu sistem yang mana akan menggalakkan para pelajar UUM untuk menaiki kenderaan awam yang disediakan.

4.2.1 PENGAGREGATAN DATA KESUDIAN MENAIKI BAS BERDASARKAN JENIS KENDERAAN JIKA TERDAPAT KENAIKAN HARGA PETROL Pengagregatan data untuk kesan kenaikan harga petrol dilihat melalui jenis kenderaan iaitu motosikal dan juga kereta. Pengkelasan data dibahagikan mengikut jarak jarak yang telah dikenal pasti. Graf 4.1 menunjukkan graf yang telah dijalankan pengagregatan mengikut jenis kenderaan jika terdapat kenaikan harga petrol hasil soal selidik terhadap 150 orang pelajar UUM.
40 35 30 25 20 15 10 5 0 Motosikal Kereta

Graf 4.1
Peratusan pelajar yang menaiki bas jika terdapat kenaikan harga petrol.

Hasil daripada pengagregatan dan graf, dapat dilihat bahawa sebanyak 36.0% penunggang motosikal akan beralih kepada perkhidmatan bas sekiranya harga petrol dinaikkan
20

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

kepada RM2.50 seliter pada jarak 1501 meter dan lebih. Bagi pengguna kereta pula menunjukkan peralihan tertinggi kepada sistem perkhidmatan bas pada jarak yang sama iaitu 1501meter dan keatas dengan peratus kebarangkalian sebanyak 37.3%. Ini menunjukkan bahawa para pengguna kenderaan kereta dan motosikal akan beralih pada perkhidmatan bas pada jarak 1501 meter dan lebih jika harga petrol dinaikan kepada RM2.50 seliter.

4.2.2 PENGAGREGATAN DATA KESUDIAN MENAIKI BAS BERDASARKAN JENIS KENDERAAN JIKA TEMPAT LETAK KENDERAAN DIKENAKAN BAYARAN Pengagregatan data menaiki bas berdasarkan kadar harga pakir dilakukan dengan mengagregatkan data soal selidik kepada tahap harga. Tahap-tahap harga dikelaskan dengan permulaan sebanyak RM0.50 dan seterusnya dinaikkan dengan kadar RM0.50. Graf 4.2 dibawah menunjukkan penggregatan data yang dilakukan terhadap soal-selidik yang dijalankan terhadap 150 orang pelajar.

40 35 30 25 20 15 10 5 0 <0.5 0.50-1.00 1.00-1.50 1.50-2.00 2.00-2.50 2.50-3.00 Motosikal Kereta

Graf 4.2
Peratusan pelajar yang menaiki bas jika tempat letak kenderaan dikenakan bayaran.

Daripada graf yang ditunjukkan, bagi pengguna motosikal terdapat kenaikan kebarangkalian penukaran kepada bas dari permulaan dan sehingga suatu tahap yang tinggi kebarangkalian tersebut menurun. Peratus kebarangkalian tertinggi untuk pengguna motosikal bertukar kepada perkhidmatan bas ialah 30.67% iaitu pada harga pakir adalah diantara RM1.50 ke RM2.00. Bagi pengguna kereta pula, keadaan yang sama seperti motosikal berlaku. Terdapat
21

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

kenaikan peratus sehingga ke tahap maksimum kemudian berlaku penurunan. Peratus kebarangkalian tertinggi untuk pengguna kereta beralih kepada perkhidmatan bas adalah 33.33% iaitu pada harga pakir diantara RM2.00 ke RM2.50.

4.2.3 PENGAGREGATAN DATA KESUDIAN MENAIKI BAS BERDASARKAN JENIS KENDERAAN JIKA PERKHIDMATAN BAS DINAIKTARAF Pengagregatan data kesudian menaiki bas terhadap peningkatan perkhidmatan bas dilakukan dengan pengkelasan jarak. Suatu jarak ditentukan untuk melihat peratus penukaran terhadap perkhidmatan bas. Untuk mendapatkan peratus tersebut, soal-selidik dilakukan terhadap 150 orang pelajar di UUM. Kemudian dari data yang diperoleh pengagregatan dilakukan. Graf 4.3 menunjukkan kebarangkalian peratus pelajar yang akan bertukar kepada perkhidmnatan bas jika perkhidmatan bas dinaiktaraf setiap 10 minit untuk sebuah bas.
35 30 25 20 15 10 5 0 <300 300-500 501-700 701-900 901-1100 1101-1300 Motosikal Kereta

Graf 4.3: Peratusan pelajar yang menaiki bas jika sistem perkhidmatan bas dinaik taraf

Daripada graf dapat diketahui bahawa terdapat kenaikan sehingga ke suatu tahap maksimum untuk pengguna motosikal. Keberangkalian peratus penukaran kepada sistem perkhidmatan bas tertinggi untuk pengguna motosikal ialah 38.67% iaitu pada jarak 1501 meter dan lebih. Bagi pengguna kereta pula, terdapat kenaikan dan kemudian berlaku penurunan. Peratus kebarangkalian tertinggi untuk pengguna kereta bertukar kepada perkhidmatan bas ialah 32.00% dimana ia berlaku pada jarak 1101 meter ke 1300 meter.

22

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

4.3

ANALISIS DATA Untuk analisis data, data yang telah digregatkan diguna semula untuk menjalakan analisis

ini. Data yang sesuai dipilih dari segi aplikasi keadaan sebenar untuk dianalisis. Data yang dipilih mestilah merupakan suatu data yang mempunyai pembolehubah yang tak bersandar yang boleh dimasukkan ke dalam persamaan agar dapat di analisis. Perisian Microsoft Excel dipilih untuk menjalakan analisis data. Dalam analisis data kajian ini, didapati terdapat dua pembolehubah tak bersandar iaitu: Jarak perjalanan Harga pakir Jarak perjalanan dikenal pasti sebagai suatu pembolehubah tak bersandar yang boleh dilakukan analisis keatasnya melalui analisis permodelan logistik dan juga analisis persamaan regresi linear. Harga pakir juga dikenal pasti sebagai suatu pembolehubah tak bersandar yang boleh dianalisis seperti jarak perjalanan. Kedua dua pembolehubah ini mempengaruhi kaedah pemilihan pelajar dalam soal selidik yang dijalankan. Terdapat dua analisis yang akan dilaksanakan terhadap data yang diperoleh. Dua analisis tersebut adalah : Analisis Model Logistik Analisis Regresi Linear untuk Model Logistik Untuk mendapatkan kedua-dua model tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2003. berikut merupakan tatacara untuk menggunakan perisian Microsoft Excel tersebut: i. Buka fail data kajian ii. Pada menu Tools , pilih Data Analysis iii. Pilih Regression iv. Masukkan input input data yang berkaitan dan tekan OK.

Hasil daripada analisis data dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2010. Output yang terhasil mengandungi maklumat seperti ralat, kolerasi ganda dua, ujian t, nilai dan titik persilangan. Kesemua output ini amat berguna untuk tujuan analisis.

23

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

BAB V

PERBINCANGAN

5.1

PENGENALAN Universiti Utara Malaysia merupakan sebuah universiti yang terkenal dengan

penyelidikan dan pembangunan. UUM pesat membangun dari aspek kualiti pembelajaran dan kemudahan infrastruktur. UUM telah menyediakan perkhidmatan bas untuk memudahkan para pelajar untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain terutamanya untuk ke tempat belajar. Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya. Perancangan pembinaan universiti keenam ini bermula apabila Kementerian Pendidikan Malaysia merancang untuk menubuhkan universiti ini dalam bulan Ogos 1983. Pada 19 Oktober 1983, Jemaah Menteri telah memberi kelulusan rasmi ke atas projek yang pada waktu itu dinamakan Projek Universiti Keenam, di Kedah. Beberapa bulan kemudian, pejabat sementara universiti keenam yang diberi nama Universiti Utara Malaysia ini dibuka secara rasminya pada 15 Februari 1984 di Jitra. Pada awal perancangan penubuhan UUM, para pelajar tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan bermotor di dalam kawasan universiti. Namun akhirnya perancangan tersebut terpaksa diubah. Perancangan awal UUM untuk tidak membenarkan pelajar pelajarnya membawa kenderaan bermotor sesuai dengan kawasan rekabentuk UUM yang bangunannya dibina. Kawasan ini digelar lingkungan 1 UUM. Pengubahsuaian terhadap perancangan awal ini telah dapat diperhatikan pada lingkungan ke 2 UUM yang mana bangunan bangunan kolej yang baru dibina terlalu jauh dengan kawasan kediaman pelajar. Ini menyebabkan dasar untuk tidak membenarkan pelajar membawa kenderaan bermotor terpaksa diubah. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji, menyelidik dan menganalisis kesudian para pelajar UUM untuk menaiki bas serta menghasilkan beberapa model pemilihan yang dapat menunjukkan hubungkait faktor-faktor pemilihan mod pengangkutan untuk menaiki bas oleh pelajar UUM dalam bentuk fungsi logistik. Model logistik yang dihasilkan daripada kajian ini dapat digunakan bagi kajian kejuruteraan awam sebagai panduan dalam mereka bentuk
24

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

sistem pengangkutan awam yang baik dan juga sebagai asas untuk menentukan dasar pemilikan kenderaan untuk pelajar. Pengubahsuaian yang dilaksanakan berdasarkan model ini akan menjamin kepuasan para pengguna, meminimumkan penggunaan kenderaan persendirian oleh palajar sekaligus dapat memeperbaiki sistem perkhidmatan kenderaan awam UUM agar dapat digunakan pada kadar yang maksimum.

5.2

PERBINCANGAN HASIL KAJIAN Daripada pengagregatan dan analisis data yang telah dijalankan terhadap soal selidik

kesudian menaiki bas oleh pelajar UUM telah memberikan gambaran umum tentang corak pemilihan mod kenderaan dikalangan pelajar pelajar UUM. Sebanyak 150 data telah dicerap bagi mewakili keseluruhan pelajar pelajar UUM. 150 data ini dianggap sebagai sampel bagi keseluruhan pelajar UUM untuk melihat corakk pemilihan mereka. Dari hasil data juga, terdapat beberapa pembolehubah tak bersandar yang dipertimbangkan iaitu : Jarak perjalanan Harga pakir Daripada hasil yang diperoleh juga menunjukkan hanya tedapat sedikit perbezaan antara P model yang dihasilkan dengan nilai P sebenar yang diperoleh. Ralat yang kecil diperoleh bagi setiap model yang dihasilkan.. Secara keseluruhannya data yang diperoleh adalah baik. Faktor peringkat pemilihan pelajar tidak menentu. Jika diperhatikan data yang diperoleh yang telah di grafkan, terdapat peratus pemilihan tidak seperti diharapkan iaitu kenaikan secara seragam bagi setiap yang dinilai iaitu jarak perjalanan dan juga harga. Namun jika diperhatikan terdapat turun naik terhadap peratus sebelum peratus mencapai tahap yang maksimum. Namun terdapat juga turanan peratus berlaku selepas nilai maksimum dicapai. Hal ini berlaku mungkin disebabkan tahap jarak yang diberi adalah tidak baik. Jarak yang baik dapat memberikan kenaikan yang seragam sehingga ke nilai maksimum. Ini juga mungkin disebabkan responden tidak memahami soalan atau samar-samar tentang kehendak soalan. Walaupun penerangan telah diberikan kepada responden namun mungkin ia masih belum mencukupi.

25

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

5.3

PERBANDINGAN HASIL KAJIAN Jika diteliti kajian yang dijalankan adalah lebih baik daripada kajian yang pernah

dijalankan di Beijing Capital International Airport pada 22 Mac 2004 oleh JIAO Pengpeng, LU Huapu, YANG Lang. Bancian adalah termasuk penumpang-penumpang yang menaiki dan menuruni pesawat dan juga orang yang menghantar penumpang ke lapangan terbang. Kandungan kajian adalah termasuk sifat individu, sifat perjalanan dan ragam dalam pemilihan pengangkutan iaitu transit, teksi, kenderaan sendiri ataupun kenderaan awam dan bas. Kajian merupakan gabungan antara kajian pilihan keutamaan (stated preference survey) dan kajian pilihan pendedahan (stated revealed survey) (JIAO et. al 2004). Kajian kesudian menaiki bas oleh pelajar UUM yang memiliki kenderaan adalah lebih baik kerana kajian telah menghasilkan model yang peka terhadap perubahan dan dapat diguna untuk meningkatkan penggunaan kenderaan awam di dalam UUM. Jika diperhatikan kajian yang dijalankan di Beijing Capital International Airport pada 22 Mac 2004 oleh JIAO Pengpeng, LU Huapu, YANG Lang hanya melihat ragam pemilihan bagi mereka yang berada di kawasan lapangan terbang tersebut.

5.4

CARA MENGGALAKKAN PELAJAR MENAIKI BAS Daripada hasil analisis kajian yang telah dijalankan, cara yang terbaik untuk

meningkatkan penggunaan bas dikalangan pelajar UUM yang berkenderaan adalah dengan mengenakan harga pakir dan juga meningkatkan sistem perkhidmatan bas. Daripada model juga dapat diperhatikan bahawa sekirannya harga pakir dikenakan dalam lingkungan RM2.00 ke RM2.50, lebih daripada 60 % pelajar yang mengguna kereta akan beralih kepada perkhidmatan bas manakala untuk pengguna motosikal sekiranya harga pakir ditetapkan dalam lingkungan RM 1.00 ke RM 1.50 hampir 50 % pelajar akan beralih kepada perkhidmatan bas. Sistem perkhidmatan bas juga akan memainkan peranan dalam menggalakkan pelajar menggunakan bas. Sekiranya sistem perkhidmatan bas dinaiktaraf dengan 10 minit untuk sebuah bas, pada jarak perjalanan 1000 m ke 1300 m hampir 50% pelajar yang menggunakan motosikal akan beralih ke perkhidmatan ini manakala bagi pengguna kereta pula pada jarak 1000 m 1300 m lebih daripada 50% pelajar akan beralih ke perkhidmatan ini. Salah satu kaedah lagi ialah dengan menaikkan harga petrol. Namun kadar harga petrol ditetapkan oleh pihak kerajaan. Sekiranya harga petrol dinaikkan kepada RM2.50 seliter lebih
26

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

daripada 60% pengguna motosikal dan kereta akan beralih kepada perkhidmatan bas pada jarak perjalanan 1300 m ke 1500m. Namun untuk kes meningkatkan penggunaan bas secara efektif di dalam UUM, dengan meningkatkan sistem perkhidmatan bas dengan 10 minit untuk sebuah bas dan mengenakan harga pakir sebanyak RM2.50 untuk kereta dan RM1.50 untuk motosikal. Dengan cara ini lebih daripada 50 % pengguna motosikal dan kereta akan beralih kepada perkhidmatan bas.

5.5

PENGGUNAAN HASIL KAJIAN Hasil model logistik dan regresi linear yang diperoleh daripada pengagregatan dan

analisis data dapat digunakan untuk membina satu atucara ringkas. Atucara yang dihasilkan merupakan suatu perwakilan model. Dengan ini pengiraan untuk mendapatkan kebarangkalian dari model lebih mudah dengan hanya memasukkan data-data yang berkaitan dalam atucara. Antara perisian perisian yang boleh digunakan untuk membina atucara adalah seperti C++, Matlab dan Visual Basic. Konsep penggunaan setiap bahasa-bahasa diatas adalah hampir sama. Setiap yang dinyatakan dapat dilaksanakan menggunakan Windows XP. Selain itu bahasa-bahasa tersebut mudah untuk dilaksanakan. Atucara yang dibina adalah berdasarkan hasil model logistik dan regresi linear yang diperoleh untuk menggambarkan corak pemilihan pelajar. Penggunaan hasil kajian juga dapat digunakan untuk meningkatkan lagi pengguna pengguna bas yang itu dengan meningkatkan lagi sistem perkhidmatan bas yang sedia ada. Jurutera perlu mengamalkan etika moral yang baik tidak hanya mementingkan aspek kejuruteraan semata-mata tetapi juga mementingkan ciri-ciri kemanusiaan itu sendiri.

27

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

BAB VI

KESIMPULAN KAJIAN

6.1

KESIMPULAN HASIL KAJIAN Hasil daripada pengagregatan dan analisis data yang dijalankan dapat disimpulkan

bahawa kajian iani telah berjaya mencapai objektifnya. Objektif utama kajian ini ialah: Kajian pilihan keadaan Permodelan pemilihan pelajar dalam memilih mod pengangkutan Membuat analisis keperluan dan seterusnya memberikan cadangan berkenaan langkah-langkah untuk menggalakkan pelajar menggunakan pengangkutan awam.

6.2

CADANGAN KAJIAN PADA MASA HADAPAN Ketepatan ujikaji ini boleh lagi dipertingkatkan dengan beberapa kaedah dan cadangan

untuk kajian lanjutan yang bakal dijalankann pada masa masa akan datang. Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan adalah : Pengkaji hendaklah mahir menggunkan perisian Microsoft Excell supaya dapat mengagregat dan menganalisis data dengan tepat dan efisyen. Pengkaji hendaklah memahami keadaan semasa di kawasan kajian yang merangkumi lokasi dan peta semasa. Menggunakan lebih banyak perisian untuk mengagregat dan menganalisis data seperti Matlab, Visual Basic, Pengaturcaraan C, Fotran dan SPSS. Perbandingan terhadap keputusan yang diperoleh bagi setiap data dapat dilakukan. Kajian dalam data soal selidik perlu diperbaiki serti mengubah dan menambah keperluan data yang sedia ada kepada suatu bentuk yang lebih berkesan yang mudah difahami oleh responden. Lebih banyak data patut diambil supaya pengagregatan dan analisis yang dilakukan memperolehi keputusan yang lebih menghampiri keadaan sebenar. Menentukan kelebaran saiz yang lebih baik agar dapat memperolehi data yang baik dari responden.

28

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

RUJUKAN

Atkins, S. T. 1986. Transport planning Models: What the Paper Say dalam Traffic Engineering & Control :460-467

C. M. Anderson, Chhandita Das & Timothy J. Tyrrell 2005, Transportation Reasearch: Parking Preferrence Among Tourist in Newport, Rodhe Island : 334, 340-341

JIAO Pengpeng, LU Huapu, YANG Lang 2004, TSINGHUA SCIENCE AND TECHNOLOGY 11 :Disagregate Traffic Mode Choice Model Based on Combination of Revealed and Stated Preference Data. 355-356

John Wiley & Sons Inc, 2004, Applied Statistics and Probability for Engineers, Third Edition : 373-380.

Keefer, L.E. 1962, Characteristic of Captive and Choice Transit Trips in the Pittsburgh Metropolitan Area dalam Highway Research Board Bullentin. No. 347 hlmn.24-33.

Yaakub Bin Ismail 2002, Kesudian Berjalan Kaki oleh Pelajar UUM, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur UUM : 1-4, 5-20, 39-42.

29

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

LAMPIRAN 1

BORANG SOAL SELIDIK

KESUDIAN MENAIKI BAS OLEH PELAJAR UUM YANG MEMILIKI KENDERAAN


Jantina Lelaki Perempuan

Apakah mod pengangkutan yang anda gunakan untuk tujuan perjalanan anda ?

Motosikal

Kereta

Jika harga petrol dinaikkan dari RM1.92 seliter kepada RM2.50 seliter, berapakah jarak perjalan yang akan menyebabkan anda menaiki bas ? < 300 300m-500m 501m-700m 701m-900m 901m-1100m 1101m-1300m 1301m-1500m >1501m

Jika tempat letak kenderaan dikenakan bayaran, berapakah had bayaran yang menyebabkan anda beralih kepada perkhidmatan bas ? < RM 0.50 RM0.50-RM1.00 RM1.00-RM1.50 RM1.50-RM2.00 RM2.00-RM2.50 RM2.50-RM3.00 RM3.00-RM3.50 >RM3.50

30

PLK-UUM

BPMG 2013 Teori Dan Praktis Pengangkutan

Jika perkhidmatan bas dinaikkan taraf dengan sebuah bas dalam setiap 10minit, berapakah jarak perjalanan yang menyebabkan anda menaiki bas ?

< 300 300m-500m 501m-700m 701m-900m 901m-1100m 1101m-1300m 1301m-1500m >1501m

31

Anda mungkin juga menyukai