Anda di halaman 1dari 2

Bawod (Janathan Kandok)

Tema
Persahabatan yang utuh antara manusia dengan haiwan peliharaannya.
Persoalan
a) Watak dan Perwatakan Kegigihan seorang murid dalam mengejar impian.
b) Kedaifan hidup di luar bandar bukan suatu penghalang untuk bersaing dalam dunia
pendidikan.
c) Pengorbanan dan kesetiaan antara dua ekor haiwan.
d) Kekuatan kasih sayang pengikat kebahagiaan sesebuah keluarga.
e) Kesetiaan haiwan peliharaan terhadap tuan.

Watak dan Perwatakan


Beluntung
a) Anak tunggal dalam keluarganya.
b) Berumur dua belas tahun dan bersekolah dalam darjah enam di Sekolah Rendah
Kerajaan Timbang Pasir.
c) Dia mempunyai dua ekor haiwan peliharaan, iaitu Tuyog dan Bawod.
d) Penyayang dan prihatin terhadap haiwan peliharaannya.
e) Bersikap rasional dalam membuat keputusan.
f) Gigih dalam menuntut ilmu.
g) Penyabar apabila diejek oleh kawan-kawan sekelasnya.
h) Bijak dalam pelajaran.
i) Seorang yang patuh akan arahan bapanya.

Bawod
a) Seekor kambing peliharaan Beluntung.
b) Bersifat seperti manusia apabila bersahabat baik dengan Tuyog, seekor kerbau.
c) Sangat setia kepada tuannya, Beluntung dan kepada Tuyog, seekor kerbau.
d) Seekor kambing yang penakut akan air hujan dan air sungai.
e) Bersifat gigih apabila sanggup meredah air sungai.
f) Bawod menjadi haiwan sembelihan untuk kenduri kesyukuran.

Tuyog
a) Seekor kerbau peliharaan Beluntung.
b) Tuyog dijadikan haiwan tunggangan Beluntung ke sekolah pada setiap hari.
c) Bersifat seperti manusia apabila bersahabat baik dengan Bawod, seekor kambing.
d) Sangat setia kepada tuannya, Beluntung.
e) Kerbau yang suka berendam dalam air sungai.
f) Kerbau yang gagah dan pantas berlari.

Teknik Plot
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Imbas kembali.
(d) Imbas muka.
(e) Kejutan.
(f) Saspens.
Gaya Bahasa
(a) Personifikasi. Contohnya, Cahaya itu merayapi kawasan sekitar.
(b) Simile. Contohnya, Dia memandang kecewa ke halaman rumah yang sudah kelihatan seperti
tasik kecil.
(c) Sinkope. Contohnya, Hisyy …, asyik tanya saja.

(d) Inversi. Contohnya, Di hadapannya, Tuyog tertambat pada pohon nangka.


(e) Repetisi. Contohnya, Bawod takut akan air, takut akan hujan.
(f) Peribahasa. Contohnya, Bapa tentu senang hati.
Latar
Latar Tempat
(a) Rumah Beluntung.
(b) Kelas darjah enam.
(c) Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir.
(d) Bawah pohon kelapa, halaman sekolah.
(e) Padang Kampung Layong.
(f) Tebing sungai.

Latar Masa
(a) Waktu awal pagi.
(b) Waktu pagi.
(c) Waktu rehat.
(d) Waktu siang.
(e) Seminggu yang lalu.
(f) Dalam tempoh dua bulan.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat yang patuh dan taat akan suruhan kedua-dua ibu bapa.
(b) Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarganya.
(c) Masyarakat yang berani menyertai pertandingan walaupun berdepan dengan saingan
yang lebih hebat.
(d) Masyarakat pendidik yang amanah dan bertanggungjawab dalam memikul tugas.
(e) Masyarakat kampung yang bermuafakat dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti
kemasyarakatan.
(f) Masyarakat kampung yang berpendidikan rendah.
(g) Masyarakat murid yang gigih dan tekun menuntut ilmu.

Nilai
(a) Tanggungjawab.
(b) Kasih sayang.
(c) Kegigihan.
(d) Keberanian.

Pengajaran
(a) Kita hendaklah amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
(b) Kita mestilah bersifat penyayang terhadap sesama insan.
(c) Kita hendaklah gigih dalam menempuh sebarang cabaran dan rintangan demi kejayaan
masa depan.
(d) Kita mestilah berani menyertai sebarang aktiviti yang boleh memberikan manfaat kepada
diri.

Anda mungkin juga menyukai