Anda di halaman 1dari 5

Tema dan Persoalan

Tema: Persahabatan yang utuh antara manusia dengan haiwan peliharaannya.

Persoalan

(a)    Kegigihan seorang murid dalam mengejar impian.

(b)   Kedaifan hidup di luar bandar bukan suatu penghalang untuk bersaing dalam
dunia pendidikan.

(c)   Pengorbanan dan kesetiaan antara dua ekor haiwan.

(d)   Kekuatan kasih sayang pengikat kebahagiaan sesebuah keluarga.

(e)   Kesetiaan haiwan peliharaan terhadap tuan.

Watak dan Perwatakan

Beluntung

(a)   Anak tunggal dalam keluarganya.

(b)   Berumur dua belas tahun dan bersekolah dalam darjah enam di Sekolah
Rendah Kerajaan Timbang Pasir.

(c)   Dia mempunyai dua ekor haiwan peliharaan, iaitu Tuyog dan Bawod. 

(d)   Penyayang dan prihatin terhadap haiwan peliharaannya.

(e)   Bersikap rasional dalam membuat keputusan.

(f)    Gigih dalam menuntut ilmu.

(g)   Penyabar apabila diejek oleh kawan-kawan sekelasnya.

(h)   Bijak dalam pelajaran.

(i)    Seorang yang patuh akan arahan bapanya.

Bawod

(a)   Seekor kambing peliharaan Beluntung.

(b)   Bersifat seperti manusia apabila bersahabat baik dengan Tuyog, seekor kerbau.
(c)   Sangat setia kepada tuannya, Beluntung dan kepada Tuyog, seekor kerbau.

(d)   Seekor kambing yang penakut akan air hujan dan air sungai.

(e)   Bersifat gigih apabila sanggup meredah air sungai.

(f)    Bawod menjadi haiwan sembelihan untuk kenduri kesyukuran.

Tuyog

(a)   Seekor kerbau peliharaan Beluntung.

(b)   Tuyog dijadikan haiwan tunggangan Beluntung ke sekolah pada setiap hari.

(c)   Bersifat seperti manusia apabila bersahabat baik dengan Bawod, seekor


kambing.

(d)   Sangat setia kepada tuannya, Beluntung.

(e)   Kerbau yang suka berendam dalam air sungai.

(f)    Kerbau yang gagah dan pantas berlari

Gaya Bahasa

(a)   Personifikasi. Contohnya, Cahaya itu merayapi kawasan sekitar.

(b)   Simile. Contohnya, Dia memandang kecewa ke halaman rumah yang sudah


kelihatan seperti tasik kecil.

(c)   Sinkope. Contohnya, Hisyy …, asyik tanya saja. 

(d)   Inversi. Contohnya, Di hadapannya, Tuyog tertambat pada pohon nangka.

(e)   Repetisi. Contohnya, Bawod takut akan air, takut akan hujan.

(f)    Peribahasa. Contohnya, Bapa tentu senang hati


Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat

Latar

Latar Tempat

(a)   Rumah Beluntung.

(b)   Kelas darjah enam.

(c)   Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir.

(d)   Bawah pohon kelapa, halaman sekolah.

(e)   Padang Kampung Layong.

(f)    Tebing sungai.

Latar Masa

(a)     Waktu awal pagi.

(b)    Waktu pagi.

(c)     Waktu rehat.

(d)    Waktu siang.

(e)     Seminggu yang lalu.

(f)     Dalam tempoh dua bulan.

Latar Masyarakat

(a)   Masyarakat yang patuh dan taat akan suruhan kedua-dua ibu bapa.
(b)   Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarganya.

(c)   Masyarakat yang berani menyertai pertandingan walaupun berdepan dengan


saingan yang lebih hebat.

(d)   Masyarakat pendidik yang amanah dan bertanggungjawab dalam memikul


tugas.

(e)   Masyarakat kampung yang bermuafakat dan bekerjasama dalam melaksanakan


aktiviti kemasyarakatan.

(f)    Masyarakat kampung yang berpendidikan rendah.

(g)   Masyarakat murid yang gigih dan tekun menuntut ilmu.

Nilai dan Pengajaran

Nilai

(a)     Berdikari.

(b)    Baik hati.

(c)     Tanggungjawab.

(d)    Kerjasama.

(e)     Kebijaksanaan.

(f)     Kasih sayang.

(g)    Kegigihan.

(h)    Keberanian.

Pengajaran

(a)   Kita mestilah bersifat penyayang terhadap sesama insan.

(b)   Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas kejayaan yang diperoleh.


(c)   Kita hendaklah amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
yang diberikan.

(d)   Kita perlulah rajin dan gigih dalam menuntut ilmu demi kejayaan masa depan.

(e)   Kita mestilah berani menyertai sebarang aktiviti yang boleh memberikan


manfaat kepada diri.

(f)    Kita hendaklah gigih dalam menempuh sebarang cabaran dan rintangan demi
kejayaan masa depan.

(g)   Sebagai seorang anak, kita mestilah patuh dan taat akan suruhan kedua-dua
ibu bapa.

(h)   Kita mestilah berhemah tinggi dan berbuat baik terhadap jiran sekampung.

(i)    Kita mestilah mempunyai perasaan simpati dan belas kasihan

Anda mungkin juga menyukai