Anda di halaman 1dari 2

ANTOLOGI BINTANG HATI ( TINGKATAN 3 )

UNIT 1: Puisi Tradisional


Syair Burung Nuri
Maksud
Rangkap I
Penyair menceritakan sebuah warkah yang ditulis oleh seorang yang dipandang hina
sehinggakan kata-kata yang ditulisnya itu mungkin dianggap salah berdasarkan buah
fikirannya yang kurang sempurna.

Rangkap 2
Menurut penyair, seseorang itu dianggap hina jika dia tidak berakal, bersikap kurang
sopan, berakhlak rendah, dan hidup dalam keadaan miskin.

Rangkap 3
Penyair juga memohon maaf sekiranya perkara yang ditulis daripada perasaan kecewanya
itu menghasilkan kata-kata yang kurang menarik dalam warkah tersebut.

Rangkap 4
Penyair menulis lembaran yang jelas tentang adab kepada pasangan yang sedang
bercinta agar mereka tidak kecewa dan menjadikan surat sebagai saluran meluahkan
perasaan.

Rangkap 5
Penyair menceritakan nasib malang yang ditempuhinya secara berulang kali sehingga
boleh membawa kemudaratan dan menyebabkan dirinya sentiasa dalam keadaan sedih
dan kecewa.

Rangkap 6
Penyair mengisahkan kehidupannya terumbang-ambing tanpa arah tuju, tidak terurus
hingga melupakan makan dan minum.

Rangkap 7
Namun penyair tersedar bahawa tiada guna hidup dalam kekecewaan sehingga boleh
menyebabkan kehidupannya menjadi hancur.

Rangkap 8
Penyair sedar apabila berada dalam keadaan yang sangat kecewa boleh menyebabkan
fikirannya tidak waras. Sekiranya dituruti perasaan kecewa itu, penyair berfikir lebih baik
mati daripada hidup dalam keadaan sebegitu.

Tema
Adab dalam kehidupan seseorang.
Persoalan
(a) Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.
(b) Kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan seseorang.
(c) Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta.
(d) Rasional dalam berfikir dan membuat tindakan.

Bentuk dan Ciri-ciri Syair


(a) Terdiri daripada lapan rangkap.
(b) Berisi empat baris dalam setiap rangkap.
(c) Semua baris merupakan maksud.
(d) Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.
(e) Terdiri daripada sepuluh hingga tiga belas suku kata sebaris.
(f) Bentuknya terikat

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi


(a) Inversi. Contohnya, Dituliskan sahifah supaya nyata.
(b) Simile. Contohnya, Laksana cermin jatuh ke batu.
(c) Sinkope. Contohnya, Sajak dan nazam banyak tak kena.
(d) Repetisi. Contohnya, Hanyutlah badan ke sana ke mari.
(e) Asonansi. Contohnya, Bermula warkah surat rencana (perulangan vokal a).
(f) Aliterasi. Contohnya, Gundahlah fikir tiada tertentu. (perulangan konsonan t).

Nilai
(a) Kesedaran.
(b) Merendah diri.
(c) Rasional.
(d) Hemah tinggi.

Pengajaran
(a) Kita sepatutnya bersikap merendah diri .
(b) Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
(c) Kita janganlah mementingkan percintaan dalam kehidupan.
(d) Kita tidak boleh berputus asa.
(e) Kita janganlah bertindak mengikut kata hati.

Anda mungkin juga menyukai