Anda di halaman 1dari 4

Syair Burung Nuri karya Rahman Kaeh

Syair Burung Nuri Maksud

Bermula warkah surat rencana, Penyair menceritakan warkah yang


Ikatan fakir yang sangat hina, ditulis oleh orang hina banyak
Sajak dan nazam banyak tak kekurangan berdasarkan
kena, pendapatnya yang tidak sempurna.
Daripada pendapat kurang
sempurna.

Gerangan sungguh amatlah leta, Penyair menyatakan bahawa dia


Perinya akal gelap-gelita, dipandang hina, pemikirannya
Hemat pun rendah daif berserta, yang tidak luas dan hidup dalam
Tambahan badan miskin dan keadaan miskin.
nista.

Beribu ampun kiranya tuan, Penyair memohon maaf atas


Atasnya hulu fakir nistawan, coretan kata-katanya yang ditulis
Daripada masyghul gundah dalam perasaan sedih.
merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.

Dituliskan sahifah supaya nyata, Penyair menulis surat untuk


Barang yang ghairah di dalam meluahkan perasaan cinta kepada
cinta, pasangannya.
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat
berkata.

Sudahlah nasib untung yang Penyair menceritakan perjalanan


malang, hidupnya yang sering dirundung
Mengambah lautan berulang- malang dan terpaksa menghadapi
ulang, pelbagai cabaran.
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan
walang.

Hanyutlah badan ke sana ke Penyair menceritakan


mari, kehidupannya yang tiada hala tuju
Segenap pesisir desa negeri, dan terumbang-ambing hinggakan
Bertambahlah pula sopan dan tidak makan dan minum.
negeri,
Santap nan tidak minum pun
kari.

Bangun terjunun badan suatu, Penyair tersedar bahawa kesedihan


Gundahlah fikir tiada tertentu, dan kekecewaan boleh
Laksana cermin jatuh ke batu, mengakibatkan hidupnya musnah.
Remuk dan redam hancur di situ.

Remuk dan redam rasanya hati, Penyair sedar kekecewaan boleh


Lenyaplah fikir budi pekerti, menyebabkan seseorang itu
Jikalau kiranya hamba turuti, bertindak di luar kawalan fikiran
Daripada hidup sebaiknya mati. yang waras dan rasional. Jika
penyair menurut perasaannya lebih
baik dia memilih mati daripada
hidup.

Mohd Yusof Md Nor dan Dr.


Abd. Rahman Kaeh
(Penyelenggara) Puisi Melayu
Tradisi, 1996 Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

1. Tema

Adab dalam kehidupan seseorang yang sering ditempuhi.


Persoalan Nilai Pengajaran

Persoalan Nilai kebijaksanaan Kita hendaklah bijak


kebijaksanaan menyusun perancangan
menyusun demi memikat orang
perancangan bagi yang kita cintai.
memiliki orang yang
kita cintai
Persoalan sikap Nilai merendah diri Kita hendaklah
merendah diri dalam mengamalkan sikap
kehidupan. merendah diri supaya
orang lain tidak
membenci diri kita.

Persoalan keburukan Nilai rasional Kita hendaklah


sikap menurut rasional dalam
perasaan membuat sesuatu
tindakan agar tidak
menyesal pada
kemudian hari.

Persoalan ketabahan Nilai ketabahan Kita hendaklah tabah


dalam menghadapi dalam menghadapi
dugaan hidup sikap dugaan dalam
kehidupan

Persoalan keperitan Nilai kegigihan Kita hendaklah gigih


hidup orang yang dan tidak berputus asa
serba kekurangan demi mendapat sesuatu
yang kita inginkan

Bentuk Syair :-
1. Syair ini terdiri daripada 8 rangkap
2. semua baris sama iaitu 4 baris dalam satu rangkap
2. Rima akhir : a,a,a,a
3. Bilangan suku kata dalam setiap baris antara 10 hingga 13 suku kata.
4. Bilangan perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 6 suku
perkataan.

Gaya Bahasa contoh

Inversi Dituliskan sahifah supaya nyata,


(ayat songsang) Sepatutnya: sahifah dituliskan supaya
nyata.

Anafora (perulangan Remuk dan redam hancur di situ.


perkataan di awal baris) Remuk dan redam rasanya hati,

Epifora (perulangan negeri


perkataan di akhir baris)

Simile Laksana cermin jatuh ke batu,

Sinkope Sajak dan nazam banyak tak kena,

Kata ganda Perinya akal gelap-gelita,

Diksi
Penggunaan bahasa Arab Masygul

Anda mungkin juga menyukai