Anda di halaman 1dari 18

RANGKAP 1

Penyair menceritakan sebuah


warkah yang ditulis oleh seorang


Bermula warkah surat rencana, yang dipandang hina sehinggakan
Ikatan fakir yang sangat hina, kata-kata yang ditulisnya itu
Sajak dan nazam banyak tak kena, mungkin dianggap salah
Daripada pendapat kurang sempurna. berdasarkan buah fikirannya yang

kurang sempurna.
SYAIR BURUNG NURI
MAKSUD SYAIR BURUNG
NURI...

RANGKAP 2

Gerangan sungguh amatlah leta, Menurut penyair, seseorang itu


Perinya akal gelap-gelita, dianggap hina jika dia tidak berakal,
Hemat pun rendah daif berserta, bersikap kurang sopan, berakhlak
Tambahan badan miskin dan nista. rendah, dan hidup dalam keadaan

miskin.
RANGKAP 3

Beribu ampun kiranya tuan, Penyair juga memohon maaf


Atasnya hulu fakir nistawan, sekiranya perkara yang ditulis
Daripada masyghul gundah merawan, daripada perasaan kecewanya itu
Terperilah madah patik nin tuan. menghasilkan kata-kata yang kurang

menarik dalam warkah tersebut.
RANGKAP 4

Dituliskan sahifah supaya nyata, Penyair menulis lembaran yang jelas


Barang yang ghairah di dalam cinta, tentang adab kepada pasangan
Terfikir-fikir bukan menderita, yang sedang bercinta agar mereka
Dakwat dan kertas tempat berkata. tidak kecewa dan menjadikan surat

sebagai saluran meluahkan
perasaan.
RANGKAP 5

Sudahlah nasib untung yang malang, Penyair menceritakan nasib malang


Mengambah lautan berulang-ulang, yang ditempuhinya secara berulang
Mudaratnya bukan lagi kepalang, kali sehingga boleh membawa
Senantiasa di dalam nasib dan walang. kemudaratan dan menyebabkan

dirinya sentiasa dalam keadaan
sedih dan kecewa.
RANGKAP 6

Hanyutlah badan ke sana ke mari, Penyair mengisahkan kehidupannya


Segenap pesisir desa negeri, terumbang-ambing tanpa arah tuju,
Bertambahlah pula sopan dan negeri, tidak terurus hingga melupakan
Santap nan tidak minum pun kari. makan dan minum.

RANGKAP 7

Bangun terjunun badan suatu, Namun penyair tersedar bahawa


Gundahlah fikir tiada tertentu, tiada guna hidup dalam kekecewaan
Laksana cermin jatuh ke batu, sehingga boleh menyebabkan
Remuk dan redam hancur di situ. kehidupannya menjadi hancur.

RANGKAP 8

Penyair sedar apabila berada dalam


keadaan yang sangat kecewa boleh
Remuk dan redam rasanya hati, menyebabkan fikirannya tidak
Lenyaplah fikir budi pekerti, waras. Sekiranya dituruti perasaan
Jikalau kiranya hamba turuti, kecewa itu, penyair berfikir lebih
Daripada hidup sebaiknya mati. baik mati daripada hidup dalam

keadaan sebegitu.

SYAIR IN DITULIS OLEH


Mohd Yusof Md Nor dan Dr.
Abd. Rahman Kaeh
(Penyelenggara) Puisi
Melayu Tradisi DAN
DITERBIT PADA 1996 OLEH
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
TEMA

# Adab dalam kehidupan seseorang.


PERSOALAN

(a) Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan


berakhlak mulia.

(b) Kekecewaan yang boleh merosakkan


kehidupan seseorang.

(c) Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika


bercinta.

(d) Rasional dalam berfikir dan membuat tindakan.


Gaya Bahasa dan


Keindahan Bunyi

(a) Inversi. Contohnya,


Dituliskan sahifah supaya nyata.

(b) Simile. Contohnya, Laksana


cermin jatuh ke batu.

(c) Sinkope. Contohnya, Sajak dan


nazam banyak tak kena.

(d) Repetisi. Contohnya,


Hanyutlah badan ke sana ke mari.

(e) Asonansi. Contohnya, Bermula


warkah surat rencana.
(perulangan vokal a).

(f) Aliterasi. Contohnya,


Gundahlah fikir tiada tertentu.
(perulangan konsonan t).
Bentuk dan Ciri-ciri Syair

(a) Terdiri daripada lapan rangkap.


(b) Berisi empat baris dalam setiap rangkap.


(c) Semua baris merupakan maksud.


(d) Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.


(e) Terdiri daripada sepuluh hingga tiga belas suku kata sebaris.

(f) Bentuknya terikat.


Nilai

(a) Kesedaran.

(b) Merendah diri.


(c) Rasional.

(d) Hemah tinggi.


Pengajaran

(a) Kita sepatutnya bersikap merendah diri .


(b) Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.


(c) Kita janganlah mementingkan percintaan dalam kehidupan.


(d) Kita tidak boleh berputus asa.


(e) Kita janganlah bertindak mengikut kata hati.


IR BURUNG NURI
YA

S
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai