Anda di halaman 1dari 5

SYAIR BURUNG NURI

TEKS SYAIR 1: SYAIR BURUNG NURI


Maksud Syair

Rangkap 1: Penyair menceritakan sebuah warkah yang ditulis oleh seorang


yang dipandang hina sehinggakan kata-kata yang ditulisnya itu mungkin
dianggap salah berdasarkan buah fikirannya yang kurang sempurna.

Rangkap 2: Menurut penyair, seseorang itu dianggap hina jika dia tidak
berakal, bersikap kurang sopan, berakhlak rendah, dan hidup dalam keadaan
miskin.

Rangkap 3: Penyair juga memohon maaf sekiranya perkara yang ditulis


daripada perasaan kecewanya itu menghasilkan kata-kata yang kurang menarik
dalam warkah tersebut.

Rangkap 4: Penyair menulis lembaran yang jelas tentang adab kepada


pasangan yang bercinta agar mereka tidak kecewa dan menjadikan surat
sebagai saluran untuk meluahkan perasaan.

Rangkap 5: Penyair menceritakan nasib malang yang ditempuhinya secara


berulang-ulang kali sehingga boleh membawa kemudaratan dan menyebabkan
dirinya sentiasa dalam keadaan sedih dan kecewa.

Rangkap 6: Penyair mengisahkan kehidupannya yang terumbang-ambing tanpa


arah tuju, serta tidak terurus hingga melupakan makan dan minum.

Rangkap 7: Namun penyair tersedar bahawa tiada gunanya hidup dalam


kekecewaan sehingga boleh menyebabkan kehidupannya hancur.

Rangkap 8: Penyair sedar apabila berada dalam keadaan yang sangat kecewa
boleh menyebabkan fikirannya tidak waras.  Sekiranya dituruti perasaan kecewa
itu, penyair berfikir lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan sebegitu.

Tema
Adab dalam kehidupan seseorang.  Penyair menceritakan adab dalam
kehidupan yang sering ditempuhi oleh seseorang seperti masalah kekecewaan
dalam perhubungan, masalah kehidupan yang terumbang-ambing, dan masalah
kegagalan berfikir secara rasional yang akan memusnahkan kehidupan
seseorang.

Persoalan
(a)     Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.
(b)    Persoalan kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan seseorang.
(c)     Persoalan kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta.
(d)    Persoalan sikap rasional dalam berfikir dan membuat tindakan.
(e)     Persoalan kesederhanaan dalam percintaan.

Bentuk
(a)     Syair ini berbentuk terikat.
(b)    Syair ini terdiri daripada lapan rangkap.
(c)     Semua baris merupakan maksud.
(d)    Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama:
         Rangkap 1: empat baris;
         Rangkap 2: empat baris;
         Rangkap 3: empat baris;
         Rangkap 4: empat baris;
         Rangkap 5: empat baris;
         Rangkap 6: empat baris;
         Rangkap 7: empat baris;
         Rangkap 8: empat baris;

(e)     Bilangan perkataan bagi setiap baris syair ini antara tiga hingga enam patah
kata:
Gerangan sungguh amatlah leta,                                                                     (4
patah kata)
Perinya akal gelap-gelita,                                                                                     (3
patah kata)
Hemat pun rendah daif berserta,                                                                      (5
patah kata)
Sajak dan nazam banyak tak kena.                                                                 (6
patah kata)

(f)    Jumlah suku kata dalam syair ini antara sepuluh hingga tiga belas suku


katab:
Sudahlah nasib untung yang malang,                                                              (10
suku kata)
Senantiasa di dalam nasib dan walang.                                                          (13
suku kata)

(g)   Rima akhir terikat:


         Rangkap 1: aaaa;
         Rangkap 2: aaaa;
         Rangkap 3: aaaa;
         Rangkap 4: aaaa;
         Rangkap 5: aaaa;
         Rangkap 6: aaaa;
         Rangkap 7: aaaa;
         Rangkap 8: aaaa.

Unsur Bunyi
(a)    Asonansi.
         Barang yang ghairah di dalam cinta,                                                (perulangan
vokal a)
         Segenap pesisir desa negeri,                                                               (perulangan
vokal e)
         Terfikir-fikir bukan menderita,                                                             (perulangan
vokal i)

(b)   Aliterasi.
         Dituliskan sahifah supaya nyata,                                                (perulangan
konsonan  s)
         Gundahlah fikir tiada tertentu,                                                     (perulangan
konsonan t)
         Remuk dan rendam rasanya hati,                                              (perulangan
konsonan r)

Gaya Bahasa
(a)    Inversi.  Dituliskan sahifah supaya nyata; Bertambahlah sopan dan negeri.
(b)   Kata ganda.  Gelap-gelita; terfikir-fikir; berulang-ulang.
(c)    Kata arkaik.  Masyghul.
(d)   Anafora (perulangan perkataan yang sama pada awal baris).  Remuk dan
rendam (rangkap 7, baris 4; rangkap 8, baris 1).
(e)    Epifora (perulangan perkataan yang sama pada akhir baris).  Tuan (rangkap
3, baris 1 dan 4).
(f)    Repetisi.  Hanyutlah badan ke  sana ke  mari  (rangkap 6, baris 1).
(g)   Simile.  Laksana cermin jatuh ke batu.
(h)   Sinkope.  Sajak dan nazam banyak  tak  kena.
(i)     Paradoks.  Daripada hidup sebaiknya mati.

Nilai
(a) Nilai kesedaran.
Penyair sedar akan kesilapan yang dilakukannya akibat terlalu menurut
perasaan.
(b) Nilai merendah diri. 
Penyair meminta maaf terlebih dahulu sebelum meneruskan bicara dalam
lembarannya itu.
(c) Nilai rasional. 
Penyair menyarankan agar seseorang itu bertindak secara rasional.
(d) Nilai hemah tinggi. 
Penyair menasihati agar pasangan yang bercinta menjaga adab masing-
masing.
(e) Nilai kebijaksanaan. 
Penyair menyarankan agar setiap pasangan bijak menguruskan percintaan
mereka.

Pengajaran
(a) Kita sepatutnya bersikap merendah diri agar dapat menjaga perasaan orang
lain.

(b) Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan untuk


mengelakkan perkara tersebut berulang lagi.

(c) Kita janganlah mementingkan percintaan dalam kehidupan kerana boleh


mengakibatkan seseorang itu merana apabila kecewa.

(d) Kita tidak boleh berputus asa kerana tindakan ini akan merugikan diri sendiri.
(e) Kita janganlah bertindak mengikut kata hati kerana tindakan ini akan
menyebabkan perkara buruk berlaku.

Anda mungkin juga menyukai