Anda di halaman 1dari 2

1.

Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Abdul Aziz bin Baba, Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah diiringi Timbalan-Timbalan Pengetua, untuk
masuk ke dalam dewan.

Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, Melaka Maju
Jaya dan Amanah Rakyat.

Hadirin dipersilakan duduk


2. Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Bismillahirahmanirahiml
Assalamualaikum WBT

Yang Berusaha Encik Abdul Aziz Bin Baba


Pengetua Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah

Yang Berusaha Encik Abdul Rahim Bin Ishak


Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik

Yang Berusaha Puan Nurul Hanim Binti Kamaruddin


Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat

Ketua-Ketua Jabatan, Guru-Guru, Kaunselor, Staf-Staf Serta Rakan-Rakan Yang


Dikasihi

3. Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat
kita berkumpul pada hari ini bersempena dengan Majlis Penutupan Bulan Minggu
Aktiviti tahun 2022.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis menjemput Saudara Muaz Amir
bin Abdul Muizz untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Terima Kasih diucapkan kepada saudara Muaz atas
bacaan doa itu tadi.

4. Hadirin.
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah
(Rujuk Lampiran)

Terima kasih diucapkan kepada __________________

5. Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Seterusnya Majlis menjemput Yang Berusaha Encik Abdul Aziz bin Baba, Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah untuk menyampaikan ucapan beliau dan
seterusnya merasmikan Sambutan bulan kemerdekaan dan minggu aktiviti MRSM
Alor Gajah 2022
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Diminta Ayahanda untuk kekal diatas pentas bagi melaksanakan gimik pelancaran
Bulan Kemerdekaan MRSM Alor Gajah.

Terima Kasih diucapkan kepada Ayahnda Pengetua

6. Hadirin,

Dengan berakhirnya ucapan tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Penutupan Minggu
Aktiviti MRSM Alor Gajah tahun 2022

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang bersama-sama


membanting tulang dalam menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak langsung

Sekian WBT Assalamualaikum WBT

Pelajar diminta untuk kekal di dalam dewan bagi memberi laluan kepada guru-guru
dan staf untuk meninggal dewan dahulu

Anda mungkin juga menyukai